The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SKPTK Kali Ke 45

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-80223559, 2021-10-14 04:10:22

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SKPTK Kali Ke-45

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SKPTK Kali Ke 45

Keywords: Buku Program

SEK. KEB. PERMATANG TO’ KANDU,
13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

KALI KE - 45
TAHUN 2021

Dirasmikan oleh :
YBrs. Puan Salizawati Binti Omar,
Guru Besar SK Permatang To’ Kandu

ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1. Seulas Pinang i

2. Sekapur Sireh ii

3. Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 1

4. Tentatif Mesyuarat Agung PIBG 2

5. Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 3-4

6. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 5

7. Senarai AJK PIBG Sesi 2019/2020/2021 6

8. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44 7 -12

9. Laporan Aktiviti PIBG sesi 2019/2020 13

10. Laporan Penyata Kewangan PIBG sesi 2020/2021 14-16

11. Cadangan/Usul 17

12. AJK PIBG 2021/2022 18

13. Penghargaan 19

14. Promosi Jalinan Hubungan 20

SEULAS PINANG

Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Sejahtera
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan izinNya dapat kita semua berkumpul sekali lagi
bagi menjayakan mesyuarat agung PIBG kali-45 pada tahun ini. Saya ingin mengambil kesempatan
untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa, dan waris yang sudi
meluangkan masa untuk menyertai mesyuarat kita pada hari ini secara atas talian.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas kepada semua ajk PIBG dan para guru yang
terlibat sebagai JK Pelaksana kerana berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG Kali 45 Sesi
2021/2022 buat pertama kalinya secara maya. Ini jelas menunjukkan melalui kerjasama yang erat
dan komited semua pihak, segala keterbatasan di era pendemik C19 ini mampu diatasi demi
melaksanakan segala aktiviti yang telah direncanakan.
Selaku YDP PIBG, saya cukup mengalu-alukan kehadiran Penasihat PIBG kita yang baru iaitu Pn.
Salizawati binti Omar untuk menyertai mesyuarat pada hari ini. Beliau merupakan Guru Besar SK
Permatang To’Kandu yang baru. Berdasarkan pengalaman dan kepakaran beliau, pihak PIBG
berharap sinergi kecemerlangan sekolah kita akan dapat diteruskan.
Melalui mesyuarat ini juga, pihak PIBG memandang secara proaktif kerjasama semua pihak ibu bapa,
waris dan guru dapat digerakkan bersama kelak jika pembukaan sekolah dibenarkan beroperasi
semula agar kita semua mengambil bahagian dalam proses membantu pemulihan kemudahan
sekolah khususnya keadaan kelas demi keselesaan pembelajaran anak anak kita jua.
Akhir kata, sama-samalah kita bersatu dan sepakat demi kejayaan dan kecemerlangan murid-murid
SK Permatang To’Kandu ini. Seperti kata pepatah “Sepakat Membawa Berkat”.
Sekian, terima kasih.

Ismail bin Abdullah
Yang Dipertua PIBG
SK Permatang To’Kandu

SEKAPUR SIREH

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ...
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-45 dapat diadakan di atas talian walaupun tidak dapat bersua muka. Saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang menyertai Mesyuarat Agong PIBG pada kali ini.
Penyertaan ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi SK
Permatang To’ Kandu untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan
sahsiah murid.
Sekolah merupakan institusi yang memberi peluang kepada semua murid menimba pelbagai ilmu,
memupuk bakat dan membentuk sahsiah terpuji. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) pula
merupakan tiang sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program. Oleh yang
demikian, saya amat berharap agar barisan guru, ibu bapa/penjaga murid-murid di sekolah ini
sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak dan
kejayaan sekolah seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru
menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah
dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Tanpa
kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan-kejayaan yang
diharapkan.
Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita semua
mengharapkan peningkatan di dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Hanya dengan
kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina
menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik serta kokurikulum.
Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi
mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat
yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia.

SALIZAWATI BINTI OMAR
GURU BESAR
SK PERMATANG TO’KANDU

NOTIS MESYUARAT

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU,

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TO’ KANDU

13500 PERMATANG PAUH,

PULAU PINANG.

PBA0014 TEL:04-3906516

Ruj.Kami : PIBG SKPTK 20/21/MESY(04)

Kepada: Tarikh : 04 OKTOBER 2021

Ibubapa/waris/penjaga,
SK Permatang To’ Kandu

Dato’/Datin/Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 SESI 2021/2022
Perkara di atas adalah dirujuk.

2) Sukacitanya dimaklumkan bahawa PIBG SKPTK akan mengadakan Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG Kali ke-45 sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 17 OKTOBER 2021 (AHAD)
Masa : 2.30 PTG HINGGA 4.30 PTG
Tempat : Lokasi masing-masing (dalam talian)
Aplikasi : Google Meet

3) Ibu bapa/waris yang mencadangkan usul perlu hadir dalam mesyuarat Agung
untuk membentangkan usul yang dicadangkan. Pautan mesyuarat agung akan
dikongsikan dalam whatsapp kumpulan kelas anak tuan/puan.

4) Pihak PIBG dan Sekolah sangatlah berbesar hati agar pihak tuan /puan dapat
meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat ini demi meningkatkan lagi kecemerlangan
pendidikan anak-anak kita khasnya dan sekolah amnya.

5) Semoga dengan kehadiran tuan/puan ke mesyuarat ini dapat memeriahkan lagi
majlis dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian,terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

......................................................
(HASSAN BIN ZULKIFLI)
Setiausaha,
Persatuan Ibubapa dan Guru,
SK Permatang To’ Kandu.

TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG

2.00 ptg - 2.10 ptg : Pendaftaran masuk para waris dan guru

2.10 ptg -2.30 ptg : Ucapan Penaja:
Wakil daripada Bank Islam Malaysia Berhad

Cawangan Bayan Baru

2.30 petang : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
: Nyanyian Lagu: Negaraku
: Bacaan Doa Majlis Alfadhil Ustaz Muhammad Azizi bin Shaari

2.50 petang : Ucapan Yang Dipertua PIBG:
En. Ismail bin Abdullah

YDP PIBG SKPTK Sesi 2020/2021

2.55 petang : Cabutan hadiah untuk 5 pemenang bertuah

3.00 petang : Ucaptama dan perasmian Mesyuarat Agung PIBG SKPTK Kali
Ke-45 sesi 2021/2022 :
YBrs. Puan Salizawati binti Omar,

Guru Besar SK Permatang To’ Kandu

- Cabutan hadiah untuk 5 pemenang bertuah

3.30 petang : Mesyuarat Agung PIBG SKPTK Kali Ke-45 sesi 2021/2022
dimulakan

- Sebelum pembubaran JK PIBG Sesi 2020/2021
- Cabutan hadiah untuk 10 pemenang bertuah

4.30 petang - Selepas Pelantikan JK PIBG Sesi 2021/2022
- Cabutan hadiah untuk 10 pemenang bertuah
: Ucapan penangguhan daripada YDP PIBG Sesi 2021/2022
- Cabutan hadiah untuk 15 pemenang bertuah

JAWATANKUASA MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-45

Penasihat : Pn. Salizawati binti Omar
En. Ismail bin Abdullah
Yang Dipertua : En. Dr. Rozaini bin Othman
En. Hassan bin Zulkifli
Naib Yang Dipertua : Pn. Nasihah binti Hashim
Pn. Norsyamzila binti Syamsudin
Setiausaha PIBG :

Setiausaha PIBK :

Bendahari :

Bil Jawatankuasa AJK
1. Pengacara Majlis En. Mohd Lotfi Amir bin Shuib (K)
En. Mohd Khairul Sani bin Che Ani

2. Kehadiran waris/guru Pn. Nasihah binti Hashim (K) Pn. Afizah binti Rajudin
Pn. Arifah binti Ayob
Pn. Ambikavedy a/p Amasamy Cik Hasnah binti Ibrahim
Pn. Surianu binti Abdullah Pn. Wahida binti Waris
Pn. Olga Anak Angking Pn. Rozita binti Haron
Pn. Nurulhuda binti Mokhtar

3. Platform Mesyuarat En. Amiruddin bin Samsuddin (K)
/Admin Host/Teknikal En. Mohd Shahrul Ikram bin Md Shariff
Officer En. Mohd Nazhir bin M. Noor
En. Mohd Yasri bin Mat Yasit
Pn. Hajah Norsuria binti Ishak
En. Ku Adnan bin Ku Hassan
En. Mohd Sahasmir bin Ahmad Sapian
En. Mansor bin Osman

4. Pencatat nama calon En. Mohd Tarmizi bin Mohd Sabri (K)
dan Kiraan undi En. Mohd Asrul bin Ahmad
En. Abdullah bin Bakar
En. Shafarim bin Shafii
En. Azli bin Che Hat @ Che Ad

5. Pengerusi sementara En. Ismail bin Abdullah

6. Bacaan Doa En. Mohd Azizi bin Shaari (K)
En. Tn. Hj. Mohd Shukri bin Hashim

7. Buku Program Pn. Nor Azizah binti Mohd Salleh (K)
Pn. Roziah binti Ramli Pn. Farizal binti Muhamad
Pn. Rohayu binti Mohd Rani Pn. Norliliwati binti Mustafa
Pn. Marsyani binti Mohammed Pn. Norhashidah binti Md Nor

8. Pencatat Minit Pn. Noor Anisah binti Abu Bakar (K)
Mesyuarat Pn. Maryam binti Hussien
Pn. Norsuriani binti Mansor
9. Jemputan Pn. Noor Farina binti Mohd Noor
Pn. Nazuha binti Jaafar
10. Cenderamata/Sijil Pn. Masitah binti Muhammad Sued
11. Cabutan Bertuah
Pn. Nor Aziah binti Ya (K)
12. Banner Digital Pn. Hajjah Azizah binti Ismail
13. Draf Ucapan Guru Datin Shahrizal binti Mohd Yusof
Pn. Anida binti Mahmud
Besar/VIP Pn. Junainah binti Ismail
14. Dokumentasi Pn. Wan Ruslina binti Wan Sulaiman
Pn. Nurzaliza binti Rasli
& Fotografi Pn. Fatimah Adawiah binti Ahmad Zamil
En. Mohammad Hafiz bin Mohd Yusoff
En. Fazly bin Hussin
Semua guru kelas

Pn. Asniza binti Ismail (K)
Pn. Nur Fariza binti Abdul Ghaffar
Pn. Kartini binti Hj. Omar
Pn. Hajjah Izzana binti Ishak
Pn. Hasfariza binti Abu Hassan
Pn. Zakiah binti Abdul Rahim

Pn. Afrah Azwa binti Halmi (K)
Pn. Salina binti Samat
Pn. Wahidah binti Mohamad
Pn. Diana ninti Ismail
Pn. Mazidah binti Mat Saad
Pn. Zuraida binti Ahmad
Pn. Zuhaida binti Md Zainuddin
Pn. Norma binti Sirun
Pn. Sakinah binti Saat
Pn. Nurimah Hanim binti Ishak
Pn. Nurul Fatin Wahida binti Pisol
Pn. Hamidah binti Hassan
Pn. Wan Norelawati Binti Pa Wan Chik
Pn. Suraya binti Mohd Isa
Pn. Siti Rozana binti Hussien
Pn. Che Zarina binti Che Ngah

En. Abdul Razak bin Mamat (K)
En. Jamal Anuar Zuhri bin Jamaluddin
En. Mohd Azhar bin Mohamad

En. Mohamad Faisal bin Hamzah (K)
En. Abdul Halim bin Othman
En. Mohd Sopi bin Saad

Pn. Nurulhasanah Binti Ismail (K) Pn. Nikmah binti Hashim
Pn. Nor Farisha binti Nasir Pn. Norhaneza binti Roslan
Pn. Nor Fariza binti Abd Ghafar Pn. Puteh binti Manaf
Pn. Tuan Azimah binti Tuan Kob

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-45

1. Kata-kata aluan pengerusi mesyuarat.
2. Membentangkan dan mengesahkan laporan minit Mesyuarat Agung Kali Ke-44.
3. Membentangkan laporan kegiatan PIBG Sesi 2020/2021.
4. Membentangkan dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan PIBG Bagi Tahun Berakhir

31 Disember 2020.
5. Membentangkan dan membahaskan usul dan cadangan.
6. Hal-hal lain.
7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2021.
8. Pelantikan AJK PIBG sesi 2021/2022

8.1- YDP PIBG
8.2- NAIB YDP PIBG
8.3 - SETIAUSAHA (LANTIKAN SEKOLAH)
8.4- BENDAHARI (LANTIKAN SEKOLAH)
8.5 - 10 AJK ( 6 IBUBAPA DIPILIH SEMASA MESYUARAT)

(4 GURU DILANTIK OLEH PIHAK SEKOLAH)
8.6- 2 orang juruaudit (seorang dipilih dalam kalangan ibu bapa)

dan (seorang guru yang dilantik oleh pihak sekolah)
9. Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG sesi 2021/2022

AJK PIBG

SENARAI AJK PIBG SKPTK SESI 2019/2020/2021

Bil NAMA AJK JAWATAN NO TELEFON
YDP 0124470276
1. EN. ISMAIL BIN ABDULLAH NYDP 0194445410
2. EN. DR. ROZAINI BIN OTHMAN SETIAUSAHA PIBG 01126998525
3. EN. HASSAN BIN ZULKIFLI SETIAUSAHA PIBK 0195747243
4. PN. NASIHAH BINTI HASHIM BENDAHARI 0174480594
5. PN. NORSYAMZILA BINTI SYAMSUDIN AJK GURU 0192008242
6. EN. MUHAMMAD AZIZI BIN SHAARI AJK IBUBAPA 0164441215
7. EN. FAZLY BIN HUSSIN AJK IBUBAPA 0164740447
8. EN. MOHAMMAD HAFIZ BIN MOHD
AJK IBUBAPA 0124533595
YUSOF AJK IBUBAPA 0132164905
9. EN. MANSOR BIN OSMAN AJK IBUBAPA 0134004796
10. EN. KU ADNAN BIN KU HASSAN
11. EN. MOHD SAHASMIR BIN AHMAD AJK IBUBAPA 0166652069
AJK IBUBAPA 0174282743
SAPIAN
12. PN. SURAYA BINTI MOHD ISA AJK IBUBAPA 0195432367
13. PN. WAN NORELAWATI BINTI PA’ WAN AJK IBUBAPA 0174005949
JURUAUDIT WARIS 0183044991
TEH JURUAUDIT GURU 0133269835
14. PN. CHE ZARINA BINTI CHE NGAH
15. PN. SITI ROZANA BINTI HUSSIN
* EN. MUHAMAD HIDIR BIN CHE OMAR
* EN. MOHD TARMIZI BIN MOHD SOBRI

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-44

TARIKH : 02 MAC 2019
SABTU
HARI : 8.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI
EN. ISMAIL BIN ABDULLAH
TEMPAT :

DIPENGERUSIKAN :

AGENDA BUTIRAN MESYUARAT
1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SKPTK SESI 2018/2019

YDP mengucapkan terima kasih kepada waris yang sudi hadir ke
Mesyuarat Agung Kali ke-44 SKPTK dan berharap dengan kedatangan
para waris dapat memberi impak yang lebih bermanfaat dan
sumbangan idea untuk sama-sama mencari penambahbaikan demi
anak-anak didik khasnya dan sekolah amnya.

YDP juga memaklumkan JK PIBG 2018/2019 telah berjaya
melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh 2019 dan meminta
para waris untuk merujuk Buku Program Mesyuarat Agung PIBG
SKPTK Kali ke-44 di muka surat 15.

2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SKPTK KALI KE-43

En. Hassan bin Zulkifli, Setiausaha PIBG SKPTK membentangkan Minit
Mesyuarat Kali Ke-43 dengan meminta para waris merujuk muka surat
9 hingga 14. Beliau memohon para waris untuk membaca dan merujuk
jika ada perkara berbangkit dalam minit mesyuarat tersebut dan
bolehlah membuat bantahan sekiranya ada. Beliau juga meminta waris
untuk bangun mencadangkan agar minit mesyuarat tersebut disahkan
dan disokong jika tiada sebarang bantahan.

Pn. Nor Aziah binti Che Ya mencadangkan agar minit Mesyuarat Agung
Kali Ke-43 disahkan dan disokong oleh Pn. Rohana binti Mat Nor.

3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN TAHUN 2018
Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2018 dibentangkan
oleh Bendahari PIBG SKPTK 2018/2019 iaitu Pn. Norsyamzila binti
Syamsuddin. (Beliau meminta para waris merujuk Buku Program pada
muka surat 16 hingga 18) dan meminta waris untuk mencadang agar
penyata kewangan itu disahkan dan disokong jika tiada sebarang
bantahan.
Pn. Wan Norelawati binti Pa Wan Teh mencadangkan agar penyata
kewangan disahkan dan disokong oleh En. Mohd Yasri bin Mat Yasit.

4. PERKARA BERBANGKIT
Keselamatan murid semasa datang dan pulang
En. Fazly bin Hussin bertanyakan tentang keadaan kawalan lalu lintas
yang agak sesak ketika murid datang dan pulang.
Guru besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan
seorang pengawal sekolah untuk berkawal di luar walaupun itu bukan
bidang kuasanya dan pihak sekolah membayar kos tambahan untuk
perkara tersebut. Guru Besar juga mengalu-alukan jika ada ibu bapa
yang sanggup untuk membantu pihak sekolah dalam mengawal lalu
lintas bagi 3 sesi:
 Datang pagi antara jam 7.20 pagi hingga 8.00 pagi
 Pulang tengah hari jam 1.00 hingga 2.00 petang
 Pulang kelas KAFA jam 5.30 petang hingga 6.00 petang.
Ini adalah tugas sukarela dan ada dalam Kumpulan Sokongan Ibu bapa
(KSIB).
Beliau juga memaklumkan untuk menambah baik sistem berbumbung
dewan terbuka bagi memudahkan aktiviti murid-murid SKPTK dan ibu
bapa menunggu anak-anak apabila pulang. Usaha untuk mendapatkan
tajaan, sumbangan akan dijalankan.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa PIBG sesi
2018/2019 kerana berjaya mengadakan beberapa program yang
disusun dengan jayanya.

5. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SKPTK SESI 2018/2019
En. Ismail bin Abdullah selaku YDP PIBG SKPTK sesi 2018/2019
membubarkan jawatankuasa PIBG SKPTK sesi 2018/2019

6. PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
En. Ismail bin Abdullah mengambil alih sementara perjalanan
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 dengan menjadi pengerusi
sementara.

7. PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG SKPTK SESI 2019/2020

En. Jabri bin Hasan memaklumkan bahawa lantikan guru bagi JK PIBG
sesi 2019/2020 adalah seperti berikut:

Setiausaha PIBG : En. Hassan bin Zulkifli
Setiausaha PIBK : Cik Nasihah binti Hashim
Bendahari : Pn. Norsyamzila binti Syamsuddin

AJK Guru:
1) En. Muhammad Azizi bin Shaari
2) En. Mohd Tarmizi bin Mohd Sabri - Juruaudit Guru

Beliau menerangkan rasional melantik JK dalam kalangan guru sedikit
berbanding JK Ibu bapa/Waris ramai kerana memberi peluang kepada
JK ibu bapa mengemukakan idea-idea dalam membangunkan sekolah
secara bersama.

8. JAWATAN YDP DAN JK PIBG SESI 2019/2020

Pn. Faridah Hanim binti Abdul Wahab mencadangkan agar En. Ismail
bin Abdullah sebagai calon YDP PIBG SKPTK bagi sesi 2019/2020
serta terus mengekalkan AJK Ibu bapa sedia ada pada sesi 2018/2019
ke sesi 2019/2020 bagi meneruskan lagi kelicinan pengurusan PIBG
yang telah dirancang. Pn. Rohana Bt Saad menyokong. En. Shahran bin
Abd Rani mencadangkan agar cadangan ditutup. En. Mohd Faisal bin
Hamzah menyokong cadangan tersebut.

Lantikan AJK dan JURUAUDIT IBUBAPA

EN. FAZLY BIN HUSSIN AJK IBUBAPA
EN. MOHAMMAD HAFIZ BIN MOHD YUSOF AJK IBUBAPA
EN. MANSOR BIN OSMAN AJK IBUBAPA
EN. KU ADNAN BIN KU HASSAN AJK IBUBAPA
EN. MOHD SAHASMIR BIN AHMAD SAPIAN AJK IBUBAPA
PN. SURAYA BINTI MOHD ISA AJK IBUBAPA
PN. WAN NORELAWATI BINTI PA’ WAN AJK IBUBAPA
TEH
PN. CHE ZARINA BT CHE NGAH AJK IBUBAPA
PN. SITI ROZANA BINTI HUSSIN AJK IBUBAPA
EN. MUHAMAD HIDIR BIN CHE OMAR JURUAUDIT WARIS

(Diterima sebulat suara)

9. MEMBAHASKAN USUL
En. Jabri bin Hasan menerangkan bahawa kebanyakkan usul yang diterima kali
ini adalah yang berbentuk cadangan dan penambahbaikan untuk sekolah.
Usul hanya akan dibahaskan jika ada perubahan kepada perlembagaan
persatuan dan kutipan sumbangan PIBG. Oleh itu, setiap cadangan dan komen
daripada ibu bapa telah dijawab secara lisan.
En. Basri bin Saidi mengusulkan agar pihak JK PIBG yang baharu mengambil
tindakan segera kepada pihak-pihak berkaitan supaya berusaha mendapatkan
kembali tanah sekolah yang terletak pada LOT 72 yang masih didiami oleh
penghuni dengan bilangan 3 buah rumah ketika ini. Sedangkan pampasan untuk
mereka keluar dari kawasan tersebut telah dibuat oleh KPM. Jika lot tanah ini
dapat kembali kepada sekolah, kemungkinan parkir kereta guru dapat dialihkan
ke situ.

10. HAL-HAL LAIN
Isu penyediaan air bertapis kepada murid
Pn. Mazura binti Sabdin mencadangkan agar pihak sekolah memasang mesin
penapis air seperti Coway @ cuckoo bagi membekalkan air bersih dan bertapis
kepada murid tanpa perlu mereka berulang kali membeli air minuman di kantin.
Naik taraf peralatan siar raya di dewan terbuka
En. Ismail bin Abdullah (YDP PIBG) memaklumkan akan mendapatkan penaja dan
penyumbang bagi peralatan siar raya di dewan terbuka SKPTK dalam anggaran
RM 8000 demi kemudahan murid-murid SKPTK.
Waktu hadir dan pulang
Guru Besar meminta agar ibu bapa dapat menghantar anak mereka ke sekolah
lebih awal iaitu sebelum jam 7.30 pagi supaya Pdpc yang bermula pada jam 7.40
tidak terganggu. Waktu pulang pula bolehlah dirujuk pada surat siaran yang telah
pihak sekolah keluarkan kepada ibu bapa pada awal persekolahan dahulu.
Waktu Operasi Pintu Pagar Sekolah.
Guru Besar akan memaklumkan kepada pengawal keselamatan agar menutup
pintu pagar pada masa yang di tetapkan untuk mengelakkan perkara yang tidak
diingini berlaku. Keselamatan perlu ditingkatkan kerana ada pelajar yang lompat
pagar di pintu belakang. Pagar belakang akan dibuka dari jam 7.00 pagi hingga
7.30 pagi dan pada jam 1.00 petang hingga 2.30 petang. Bagi kelas KAFA, pintu
belakang tidak akan dibuka. Semua murid KAFA hendaklah pulang mengikut
pintu hadapan sekolah sebagai langkah keselamatan

Keputusan UPSR 2018 : Bilangan Calon 152
Guru Besar juga menerangkan analisis keputusan UPSR calon yang berjaya
mendapat semua A pada tahun 2018 iaitu seramai:

M/P A B C D Bil % Bil %
lulus lulus Gagal Gagal

BM K 41 45 33 24 143 94.1 9 5.9

BM P 52 33 21 37 143 94.1 9 5.9

BI K 18 23 43 23 107 70.4 45 29.6
BI P 13 10 37 41 101 66.4 51 33.6
MATE 20 21 28 52 121 79.6 31 20.4
SNS 13 51 50 33 147 96.7 3 3.3

Keputusan UPKK 2018
En. Jabri bin Hasan menerangkan bahawa seramai :

TAHUN UPKK 8A 7A 1B

2018 25 orang 19 orang

Ada peningkatan berbanding tahun 2017. Kelas KAFA SKPTK juga telah diberi
penambahbaikan oleh Ust. Mohd Shukriy Bin Hashim untuk meningkatkan kualiti
akademik mengikut sukatan yang dibekalkan oleh pihak JAKIM dan JAINPP.

Sumbangan PIBG dan lain-lain bayaran
En. Hassan bin Zulkifli juga mencadangkan agar kutipan sumbangan PIBG bagi sesi
2019/2020 dinaikkan kepada RM 30.00 per keluarga dan sumbangan tersebut
hendaklah dipungut pada tahun semasa. Beliau juga mencadangkan agar untuk
tahun 2019, kutipan Kecemerlangan UPSR dipungut bagi semua murid Tahun Enam
sebanyak RM 100.00 untuk tujuan peningkatan akademik mereka dan murid tahun
4 dan 5 dipungut sebanyak RM 20.00 bagi Program Motivasi.

(Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan Encik Hassan bin
Zulkifli)

11. UCAPAN PENANGGUHAN
YDP mengucapkan terima kasih atas kerjasama AJK baharu yang
dilantik semula dan berharap sokongan waris/ibu bapa untuk
menjayakan aktiviti PIBG yang bakal dilaksanakan nanti.
Pihak PIBG sentiasa mengambil berat hal keselamatan murid dan
meminta ibu bapa berpesan kepada anak-anak supaya menunggu di
dalam kawasan sekolah. Beliau juga berharap agar para ibu bapa dan
sekolah sentiasa mencari titik persamaan bagi membantu pihak sekolah
dalam menguruskan anak-anak mereka secara terbaik, sentiasa
bermusyawwarah dan bantu-membantu secara bersama.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari. Disemak oleh:
Disediakan Oleh:

............................................. ......................................................
(HASSAN B. ZULKIFLI) (ISMAIL B. ABDULLAH)
Setiausaha PIBG YDP PIBG SKPTK
Sesi 2019/2020 Sesi 2019/2020

LAPORAN AKTIVITI PIBG 2019/2020

BIL PERKARA
1. BANNER HARI ORIENTASI
2. PEMBAYARAN COWAY 2020
3. SUMBANGAN MURID MERENTAS DESA KE PERINGKAT NEGERI
4. KEJOHANAN MERENTAS DESA 2020
5. PERBELANJAAN MAKANAN DAN MINUMAN MESYUARAT AJK PIBG
6. PROGRAM JOM KE SEKOLAH
7. SUMBANGAN UNTUK ADIK YUMNA
8. SUKAN TAHUNAN SKPTK
9. PEMBELIAN LCD SCREEN
10. SUMBANGAN KECEMERLANGAN MURID OLAHRAGA
11. BANNER PROGRAM TABUNG STATIK PIBG
12. CENDERAHATI AJK PIBG
13. BANNER UNTUK BILIK ISOLASI (COVID)
14. PEMBELIAN 16 UNIT TERMOMETER DIGITAL
15. PEMBELIAN 3 UNIT TERMOMETER STAND
16. PEMBELIAN PAPAN TANDA GATE
17. BANNER BAR CODE SNAP N PAY
18. CENDERAHATI UNTUK MURID TAHUN 6

PENYATA KEWANGAN PIBG 2020/2021

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TO’KANDU
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG

PENYATA PENERIMAAN PIBG YANG BERAKHIR 31.12.2020

BIL PERKARA JUMLAH
1. BAKI SUMBANGAN PIBG 2019 4635.06
2. SUMBANGAN PIBG 2020
3. SUMBANGAN WARIS 22,720.00
4. SUMBANGAN DATO ZAIDI 1080.00
5. SUMBANGAN GURU BESAR 1000.00
6. TABUNG STATIK PIBG 500.00
7. HIBAH 150.00
31.49
JUMLAH PENERIMAAN
30,116.55

PENYATA PERBELANJAAN PIBG YANG BERAKHIR 31.12.2020

BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1. BANNER HARI ORIENTASI 36.00
2. BUKU RESIT SUMBANGAN PIBG
3. BUKU CEK 288.00
4. PEMBELIAN KALKULATOR 7.50
5. PEMBAYARAN COWAY 2020
6. SUMBANGAN MURID MERENTAS DESA KE 47.15
1452.00
PERINGKAT NEGERI
200.00

7. KEJOHANAN MERENTAS DESA 2020 2440.00
8. PERBELANJAAN MAKANAN DAN MINUMAN 311.20

MESYUARAT AJK PIBG 304.00
9. PROGRAM JOM KE SEKOLAH

10. SUMBANGAN UNTUK ADIK YUMNA 150.00
11. SUKAN TAHUNAN SKPTK 3000.00
12. PEMBELIAN LCD SCREEN
13. SUMBANGAN KECEMERLANGAN MURID 50.00
200.00
OLAHRAGA
14. BANNER PROGRAM TABUNG STATIK PIBG 60.00
15. CENDERAHATI AJK PIBG 919.50
16. BANNER UNTUK BILIK ISOLASI (COVID)
17. PEMBELIAN 16 UNIT TERMOMETER DIGITAL 78.00
18. PEMBELIAN 3 UNIT TERMOMETER STAND 2880.00
19. PEMBELIAN PAPAN TANDA GATE
20. BANNER BAR CODE SNAP N PAY 369.00
21. CENDERAHATI UNTUK MURID TAHUN 6 380.00
22. TUNTUTAN PERJALANAN PENGURUSAN PIBG 120.00
23. CAJ BANK NEGARA 1078.00
491.60

55.00

JUMLAH PERBELANJAAN 14, 916.95

BAKI PADA 31.12.2020

RM 15,199.60

Disediakan oleh:

..…………………………...........................
(Norsyamzila binti Syamsudin)
Bendahari PIBG sesi 2019/2021

Disemak oleh: Disemak oleh:

………………….…………………….….... ……………………….……………………..
(Muhamad Hidir bin Che Omar) (Mohd Tarmizi bin Mohd Sabri)
Juruaudit Ibubapa sesi 2019/2021 Juruaudit Guru Sesi 2019/2021

Diperakukan oleh:

........................……….....
Ismail bin Abdullah
YDP PIBG sesi 2019/2021

CADANGAN/USUL MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-45

BIL NAMA CADANGAN/USUL STATUS
1. Pn. Waznati binti
1. Membaik pulih atau menukar kipas dan Hadir
Zulkifly lampu yang tidak berfungsi dengan baik
di setiap kelas agar anak-anak dapat
belajar dalam pengudaraan yang baik
dan selesa.

2. En. Basri bin Saidi 1. Menambah baik ruang/pondok pengawal Hadir
keselamatan agar menjadi lebih selesa
dan bermanafaat.

3. Pn. Wan Norelawati 1. Usul - Mohon dikekalkan bayaran yuran Hadir
binti Pa Wan Teh PIBG RM30 untuk setiap keluarga pada
tahun 2022.

4. En. Ismail bin 1. Cadangan pelantikan AJK PIBG yang Hadir
Abdullah baharu setiap tempoh 2 tahun.

Senarai Nama AJK PIBG 2021/2022

YANG DIPERTUA : ………………………………………………………………….

NAIB YANG DIPERTUA : ………………………………………………………………….

SETIAUSAHA : ………………………………………………………………….

BENDAHARI : ………………………………………………………………….

AHLI JAWATANKUASA WARIS :

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

AHLI JAWATANKUASA GURU :

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

………………………………………………………………….

JURUAUDIT WARIS : ………………………………………………………………….
JURUAUDIT GURU : ………………………………………………………………….

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU,
SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TO’ KANDU

13500 PERMATANG PAUH,
PULAU PINANG

UCAPAN PENGHARGAAN AJK PIBG SKPTK 2020/2021

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Permatang To’ Kandu dengan ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi
terima kasih kepada semua pihak di atas segala sokongan dan juga sumbangan yang telah diberikan,
terutamanya:

1. Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Jemaah Pengurus SKPTK
2. Tuan Guru Besar SKPTK
3. Guru-guru dan Kakitangan SKPTK
4. Ibu bapa dan Waris Murid-murid SKPTK
5. Restoran Kak Sall Kelate
6. Dato Faizal Jeruk Madu Pak Ali
7. Dr. Ahmad Rustam Bin Mohamad Zainudin
6. Paly Maju Resources
7. Restoran Amzar Ikan Bakar
8. Nasi Kandar Tok Kandu
9. DF Loundary Sdn. Bhd.
10. Sinar Azmila Sdn. Bhd. (Shell)
11. Perniagaan MRBI
12. Sallynan Capital Beuno Sdn. Bhd.

Pihak Jawatankuasa PIBG juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan
sepanjang penggal yang lalu. Adalah diharapkan agar persatuan ini akan terus berjaya dan bergiat
aktif khususnya dalam meningkatkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
murid-murid SK Permatang To’ Kandu.

Sekian. Terima kasih.



CATATAN


Click to View FlipBook Version