The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ARMANSHALIHUDDIN_PAI3_PISMP AMBILAN JUN 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by armanshalihuddin04, 2021-07-13 07:19:13

T1 ARMAN

ARMANSHALIHUDDIN_PAI3_PISMP AMBILAN JUN 2020

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM
MPU 3062

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
BUKU LOG

PISMP SEMESTER 3

NAMA : AHMAD ARMAN BIN SHALIHUDDIN

KAD PENGENALAN : 010104-08-0279

ANGKA GILIRAN : 2020182340224
AMBILAN : JUN 2020

KELAS : PENDIDIKAN ISLAM 3

NAMA PESYARAH : 1. EN. MUSAIDI BIN MUSTAFFA

2. EN. IKHWAN HOSNI BIN ALI

BIL TUGASAN TARIKH HANTAR
1 BUKU LOG 14 JULAI 2021

ISI KANDUNGAN Muka surat
3
Bil Kandungan 4
1. Biodata Guru Pelatih
2. Carta Organisasi 5
6
Maklumat Persatuan 7
 Logo Rasmi BSSM 8
12
3. 17
 Ikrar BSSM 19
 Lagu BSSM 25
29
6. Laporan Mingguan
7. Nota-nota BSSM
8. Pertolongan Cemas
9. Asas Perkhemahan
10. Asas Kawad Kaki
11. Rujukan

2

BIODATA GURU PELATIH

NAMA : AHMAD ARMAN BIN SHALIHUDDIN

KAD PENGENALAN : 010104-08-0279

KURSUS : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

AMBILAN : JUN 2020

KELAS : Pendidikan Islam 3

MENTOR : Puan Farihah Binti Mohd Noor @ Jamil

TARIKH LAHIR : 04 Januari 2001

ALAMAT RUMAH : No. 2133, Lorong 10, RPT Permai 2, 34100 Selama, Perak.

NO TELEFON : 016-4351664

EMAIL : [email protected]

3

CARTA ORGANISASI
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

2021

PEGAWAI KADET SISPA TINGGI

PK MUHAMMAD FAIZ IKMAL B. ZULKIFLI
PISMP SEM 3

PEGAWAI KADET SISPA BENDAHARI N. BENDAHARI SETIAUSAHA
KANAN (PENTADBIRAN)
PK MUHMMAD PK SITI NURAFRINA BT. PK AHMAD NAQIYUDDIN B.
PK HANNAN BT. AHMAD NIZAR FAKHRURRAZI B. MOHD MOHD SAMSUL ZULKIFLEE
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3
SABRI PISMP SEM 3
PISMP SEM3
N. SETIAUSAHA

PK ASIAH AMANI BT.
MOHAMAD RIDHUAN

PISMP SEM 3

LATIHAN & DEMONSTRASI LATIHAN & DEMONSTRASI LATIHAN & DEMONSTRASI

PK MUHAMMAD NAQIB B. PK SUBASAN A/L VEZHAVENTHAN PK MOHAMAD HAFEZ BIN ABDUL
JUNAIRIZAL PISMP SEM 3 HAMID
PISMP SEM 3
PISMP SEM 3

ALPHA BRAVO CHARLIE DELTA

PK MUHAMMAD ADAM PK AHMAD SYUKRI B. PK AHMAD ‘ AKIF B. PK AIMAN NAZLI BIN
BIN NASRI MUHAMMAD FAUZI AHMAD ZAKI AMERAN
PISMP SEM3 PISMP SEM 3
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3

KEBAJIKAN ICT & TEKNOLOGI KESELAMATAN DISIPLIN &
KEPIMPINAN
PK GEERTHIKAH A/P PK AHMAD AMIR HUDZAIFAH PK FRANCO IVAN FELIX
KARTHIGASU BIN ABDUL RAHIM PISMP SEM 3 PK MUHAMMAD ALIFF B.
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3 MD ANUAR
PK EZHILARASI A/P BALA
PK MUHAMMAD SHARILL PK MUHAMMAD QURHAFIZ PISMP SEM 3 PISMP SEM 3
AIZAD B. ABDUL KHALID B. MOHD YUSRI
PISMP SEM 3 PK HANIS AYUNI BT. HADI PK NURUL AINI BT. SAAD
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3 PISMP SEM 3
PK ILYA MAISARAH BT.
PK MUHAMMAD NAQIB BIN ABDUL RAHMAN PK NUR AFIQAH ALIN BT.
JUNAIRIZAL PISMP SEM 3 MOHD BAKRI
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3

PERALATAN TUGAS KHAS

PK NUR HAFIZAH BT MOHD PK MUHAMMAD SHARILL AIZAD
KHAIRUDDIN B. ABDUL KHALID
PISMP SEM 3 PISMP SEM 3

PK NUR AISYAH AFIFA BINTI PK MIZANI AIDA BINTI ASZHAR
SHAIFUL PISMP SEM 3

PISMP SEM 3 PK DEEPAN A/L KRISHNASAMY
PISMP SEM 3
PK RAVIKUMARAN A/L
SUBRAMANIAM
PISMP SEM 3

4

LOGO RASMI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

5

IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Bahawa kami
Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar
Tat setia kepada Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
Dan pemerintah-pemerintah di negara kami
Berdasarkan prinsip-prinsip Rukunegara

Bahawa kami berikrar
Akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan undang-undang
Serta arahan persatuan walau di mana kami berada

Bahawa kami berikrar
Akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami
Kepada mereka yang sakit dan menderita
Di waktu aman atau bencana
Berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut:

KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN

6

LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Lirik: Tan Sri Dato’ Dol Ramli
Lagu: Dato’ Johari Salleh

7

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Tarikh : 23 Jun 2021

Masa : 8-10 Pagi

Tempat : Dalam aplikasi Google Meet

Jurulatih bertugas : Encik Musaidi Bin Mustaffa
: Encik Ikhwan Bin Rosni

Kehadiran : 82 orang

Nama ahli yang tidak hadir : Tiada

● Berkumpul di Google Meet pada pukul 8 pagi
● Mengisi kehadiran yang diberikan melalui Google Clasroom
● Jurulatih membincangkan tentang perkara-perkara yang akan dipelajari dalam unit

kokurikulum ini
● Jurulatih menunjukkan beberapa aktiviti yang akan dilakukan dalam unit beruniform

ini
● Berbincang tentang ahli jawatankuasa dan juga ketua untuk unit kokurikulum ini
● Ahli jawatankuasa dan juga ketua dipilih pada sesi ini

Refleksi
Pada sesi kelas ini, saya dan rakan-rakan telah berkenalan dengan jurulatih baharu di dalam
kursus unit beruniform ini. Jurulatih menceritakan biodata beliau kepada kami dengan
terperinci. Selepas itu, kami memulakan sesi pembelajaran yang pertama. Saya telah
mendengar pencerahan daripada jurulatih tentang perkara-perkara yang akan dipelajari di
dalam unit kokurikulum ini. Selain itu, pada hari ini juga, saya telah berbincang dengan
jurulatih dan rakan-rakan yang lain mengenai pemilihan ahli jawatankuasa dan juga ketua
untuk unit kokurikulum ini. Jadi, saya telah mencadangkan beberapa nama pelajar yang
paling layak dan sesuai untuk menjadi ketua dan AJK bagi unit kokurikulum ini.

8

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Tarikh : 30 Jun 2021

Masa : 8-10 Pagi

Tempat : Dalam aplikasi Google Meet

Jurulatih bertugas : Encik Musaidi Bin Mustaffa
: Encik Ikhwan Bin Rosni

Kehadiran : 82/82 orang

Nama ahli yang tidak hadir : Tiada

● Berkumpul di Google Meet pada pukul 8 pagi
● Mengisi kehadiran yang diberikan melalui Google Clasroom
● Jurulatih berbincang tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi apabila

melakukan unit beruniform secara atas talian
● Jurulatih memberikan gambaran tentang perkhemahan yang akan berlangsung

secara umum
● Jurulatih menunjukkan contoh carta organisasi perkhemahan
● Jurulatih meminta kami menyediakan satu carta organisasi yang terdiri dari ketua

platun, penolong ketua platun, bendahari, setiausaha dan AJK-AJK yang diperlukan
untuk perkhemahan ini.
● Carta organisasi tersebut dapat dibina pada hari tersebut

Refleksi
Pada sesi kelas ini, saya telah berbincang dengan jurulatih dan rakan-rakan ahli persatuan
bulan sabit merah mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi ketika melaksanakan unit
beruniform secara atas talian. Saya turut bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan dan
jurulatih tentang cara-cara untuk menangani masalah ketika melaksanakan unit beruniform
secara atas talian agar kelas dapat dijalankan dengan lancar dan selesa. Saya juga telah
mendengar pencerahan daripada jurulatih mengenai carta organisasi perkhemahan yang
perlu kami selesaikan. Jadi, saya dan rakan-rakan sekelas membuat undian untuk melantik
pelajar yang layak untuk menjadi AJK perkhemahan dalam unit beruniform ini.

9

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Tarikh : 7 Julai 2021

Masa : 8-10 Pagi

Tempat : Dalam aplikasi Google Meet

Jurulatih bertugas : Encik Musaidi Bin Mustaffa
: Encik Ikhwan Bin Rosni

Kehadiran : 82 orang

Nama ahli yang tidak hadir : Tiada

● Berkumpul di Google Meet pada pukul 8 pagi
● Mengisi kehadiran yang diberikan melalui Google Clasroom
● Jurulatih menerangkan tentang perkhemahan yang akan berlansung secara atas

talian dan juga aktivti-aktivti yang akan dilaksanakan secara terperinci
● Carta Organisasi perkhemahan dibaiki semula oleh setiausaha dan membuka

jawatan-jawatan AJK kepada ahli yang tidak mempunyai jawatan
● AJK yang baharu berjaya dipilih dan carta organisasi baharu dapat dibentuk.

Refleksi
Pada sesi kelas ini, saya telah mencatat beberapa penerangan jurulatih tentang
perkhemahan secara atas talian yang akan saya sertai bersama rakan-rakan ahli persatuan
bulan sabit merah. Antara perkara yang ditekankan oleh jurulatih ialah aktiviti-aktiviti yang
akan dilaksanakan semasa program perkhemahan. Pada hari ini juga, jurulatih telah
meminta agar kami memperbaiki semula kesilapan di dalam carta organisasi perkhemahan
dan melantik lagi AJK yang masih kekosongan. Jadi, saya telah mencadangkan beberapa
nama pelajar yang layak dilantik menjadi ahli jawatankuasa perkhemahan. Saya juga telah
menawarkan diri saya untuk menjadi AJK peralatan di dalam persatuan bulan sabit merah ini.

10

Gambar di atas menunjukkan saya dan rakan-rakan telah berkenalan dengan jurulatih
baharu di dalam kursus unit beruniform ini.

Gambar ini pula sewaktu saya mendengar pencerahan daripada jurulatih tentang
perkara-perkara yang akan dipelajari di dalam unit kokurikulum ini

11

Gambar di atas menunjukkan saya dan rakan-rakan telah mendengar pencerahan daripada
jurulatih mengenai pengurusan dan persiapan perkhemahan

Gambar ini pula sewaktu saya mendengar penerangan jurulatih tentang aktiviti-aktiviti yang
akan dilaksanakan semasa program perkhemahan.

12

Selepas selesai mendengar penerangan mengenai perkhemahan, saya bersama
rakan-rakan dan jurulatih terus berbincang mengenai pelantikan ajk perkhemahan dan
membuat undian.

13

NOTA-NOTA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah

Emblem Palang Merah/ Bulan Sabit Merah

Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland
(Palang Merah yang berlatar belakangkan putih sepertimana warna bendera
Kebangsaan Swiss yang diterbalikkan). Lambang ini diwujudkan untuk menentukan
perlindungan bagi mereka yang tecedera di masa perang dan anggota-anggota yang
menjaga dan merawat mereka.
Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia,
mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen
Geneva, bahawa lambing Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota
tenteranya dan mereka menggunakan lambing Bulan Sabit Merah untuk
perkhidmatan ambulans mereka. Langkah tersebut diikuti oleh banyak
Negara-negara Arab dan Negara-negara yang banyak penduduk muslim. Dua pulih
sembilan buah Negara sekarang menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk
menandakan orang-orang dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen
Geneva.
Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal
penggunaan lambing tersebut. Lambing hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan,
kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga oleh orang-orang yang
ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang.
Adalah dilarang menggunakan lambing ini bagi tujuan peperangan, perniagaan dan
pusbiliti. Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dibenarkan menggunakan
lambang ini untuk mengenalpasti bangunan, barang dan kenderaan kepunyaan
mereka.

14

PRISIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN
 Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan
peperangan.
 Mencegah dan meredakan kesengsaraan.
 Melindungi nyawa dan kesihatan.
 Memupuk kesefahaman, kerjasama, hormat-menghormati dan kedamaian sesama
manusia.
1. KESAKSAMAAN (Impartility)
 Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau
pun fahaman politik dalam kegiatannya.
 Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan.

2. KEBERKECUALIAN (Neutrality)
 Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan.
 Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi.

3. KEBEBASAN (Independence)
 Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip

pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak
berkuasa awam.

4. KHIDMAT SUKARELA (Voluntary Service)
 Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang

tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.

15

5. KETUNGGALAN (Unity)
 Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah

negara.
 Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak
 Aktivitinya meliputi seluruh negara
6. KESEJAGATAN (Universality)
 Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi

seluruh dunia.
 Mempunyai tanggungjawab bersama.
 Saling bantu-membantu di antara satu dengan lain antara negara.

16

OBJEKTIF PERLEMBAGAAN
Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM “ Dalam masa aman atau
peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari
angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan
orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad
Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan
Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen
Geneva.”
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998.
Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan
No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan
peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:
Peraturan 1 : Nama dan alamat
Peraturan 2 : Matlamat
Peraturan 3 : Objektif
Peraturan 4 : Keahlian
Peraturan 5 : Guru Penasihat
Peraturan 6 : Ahli jawatankuasa
Peraturan 7 : Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa

17

LAMBANG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Lambang BSMM Ukuran Lambang BSSM

Kegunaan Lambang

Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai semasa
peperangan. Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman ialah untuk
pengenalan, iaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai
pertalian dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.

COGAN KATA BSMM

“ Cergas Pada Masa Aman Dan Perang”

BENDERA BSMM

Bendera BSSM Ukuran bendera BSSM

18

PERTOLONGAN CEMAS

Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di
tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat
rawatan perubatan yang sempurna.

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik
a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes
kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian
atau sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan
rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan
si mangsa.

19

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas
a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa
terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan
kuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau
anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.

Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan
 Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
 Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan
mendapatkan bantuan.
 Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
b) Membuat diagnosa
 Mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang
boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan
mangsa.
c) Memberi rawatan sementara
 Menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa
yang teruk.
d) Membuat dan memberi laporan
 Mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang
telah dilakukan ke atas

20

ASAS PERKHEMAHAN

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, pantai, bukit, gunung dan
sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan maknan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan
dengan persekitaran. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan,
perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu menjadi keutamaan bersama.

Jenis-jenis khemah
 Terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk menyebabkan ia sukar untuk
diklasifikasikan dan diberikan definisi yang sebenar.
 Walau bagaimanapun, jenis-jenis khemah dapat diperincikan berdasarkan
kesesuaiannya.

Struktur khemah
Umumnya khemah mempunyai “ poles” atau batang yang membentuk rangka dan
fabrik khemah atau skin yang akan menutup rangka ini membentuk poket dalaman.
I. Khemah Struktur A

 Bingkai berkaki 2 di bahagian luar hujung khemah dan membentuk khemah
bersegitiga.

 Khemah jenid ini telah lama digunakan dan antara jenis khemah terawal.

21

II. Khemah Hoop
 Menggunakan 1 hingga 3 gegelung dan khemah akan menjadi bentuk terbular.
 Dinding khemah berbentuk melengkung membenarkan isipadu yang lebih luas
dengan permukaan yang sama.
 Khemah jenis ini kuat dan kukuh.

III. Khemah Rabung
 Mempunyai du abatang tiad dan sebatang alang untuk menyokokng bumbung
 Di hujung khemah diikat dengan pancang yang ditanam dalam tanah.
 Flysheet dibentangkan untuk menutup bahagian dalam. Ia selalu digunakan
untuk perlindungan yang cepat dan hanya untuk keadaaan cuara yang elok.

IV. Khemah Dinding
 Mempunyai kain khemah yang agak kecil dan kain tersebut digunakan sebagai
dinding dan bumbung.
 Biasanya khemah ini digunakan untuk aktiviti perkhemahan yang jangka
masanya pendek.
 Lazimnya digunakan di tepi pantai dan tepi sungai untuk aktiviti memancing.

V. Khemah Satu Tiang
 Ringan dan senang didirikan
 Sesuai untuk perkhemahan yang ringkas.
 Boleh digunakan oleh seorang atau dua orang peserta perkhemahan sahaja.

22

VI. Khemah Ridge
 Sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan di kawasan pergunungan, di tepi
sungai, jambori dan sebagainya.
 Boleh digunakan seramai tiga hingga sepuluh orang peserta perkhemahan.
 Dikategorikan kepada tiga jenis iaitu :
1. Khemah ridge jenis helainan terbang (tent harque double)
2. Khemah ridge dua tiang
3. Khemah ridge besar
- Khemah ridge helaian terbang sangat senang dibawa dan ringan.
- Biasanya diperbuat daripada nilon.
- Tiang khemah diperbuat daripada aluminium atau aloi.
- Boleh memuatkan seramai empat hingga sepuluh orang peserta.
- Khemah bentuk ridge dua tiang kebiasaanya mempunyai dua lapis
bahagian bumbung.
- Mahal.
- Boleh memuatkan antara tiga hingga enam orang peserta.
- Tiang dan bumbungnya diperbuat daripada aluminium.
- Khemah ridge bentuk besar bisanya diperbuat daripada kanvas.
- Mempunyai pelbagai saiza dan berat
- Boleh menampung seramai 10 hingga 40 orang penghuni.
- Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan aloi.

23

Mendirikan khemah
PERINGATAN yang harus diingat oleh setiap peserta semasa mendirikan khemah:

 Bina parit-parit kecil di sekeliling khemah supaya air hujan dapat mengalir jauh
dari khemah.

 Ikat tali khemah dengan tegang dan betul ke pancang supaya tidak
menggelendong.

 Menjarakkan khemah supaya tidak terlalu hampir dengan setiap khemah. Jarak
yang sesuai adalah lebih kurang 3.4 meter.

 Taburkan sulfur (belerang) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang
berbisa memasuki khemah.

Lokasi perkhemahan
Pemilihan tapak perkhemahan yang bersesuaian adalah amat penting sebelum
mendirikan sesebuah khemah. Ini bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada
penghuni khemah sepanjang perkhemahan untuk memastikan keselamatan juga
kelancaran aktiviti yang akan dilakukan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak perkhemahan.
a) Angin
b) Kecerunan
c) Cahaya
d) Bentuk muka bumi
e) Halangan bahaya semulajadi
f) Laluan air
g) Luas tapak

24

Ciri-ciri tapak perkhemahan
 Pastikan khemah didirikan di tapak yang rata untuk memastikan keselesaan
semasa berkhemah.
 Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah pancaran matahari. Ini adalah
untuk mengurangkan bahang panas di dalam khemah.
 Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah tiupan angin agar dapat
mengelakkan tempias ketika hujan dan mengurangkan kehangatan ketika musim
kemarau.
 Pastikan khemah tidak didirikan di kawasan semak-samun untuk mengelakkan
binatang berbisa merayap ke dalam khemah atau di sekeliling kawasan khemah.

Langkah-langkah keselamatan perkhemahan
1. Penyediaan Kraf Perkhemahan

 Mestilah memakai kasut yang selamat semasa berjalan mencari bahan untuk
perkhemahan.

 Berhati-hati semasa menggunakan peralatan tajam.
 Pastikan bahan-bahan yang berlebihan selepas membuta kraf seperti keratan

kayu dan buluh tidak dibiarkan berselerak.
 Pastikan setiap kraf yang dihasilkan mestilah betul-betul kukuh sebelum

digunakan.
 Pastikan bantuan sama ada rawatan kecederaan ringan atau melaporkan

kepada bahagian pertolongan cemas untuk bantuan hendaklah disegerakan jika
berlakunya kecederaan
 Jika berlakunya kecederaan berat mestilah disegerakan hantar ke hospital.

25

2. Keselamatan Khemah
 Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan
khemah
 Khemah bukan tempat untuk menjemur kain atau pakaian.
 Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
 Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau bianatang lain
daripada memasuki khemah.
 Pastikan di luar dan dalam khemah sentaiasa berkeadaan bersih dan kemas.
 Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
 Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.

Peraturan keselamatan perkhemahan
 Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan keselamatan,
kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa.
 Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan
 Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan
tapak perkhemahan.
 Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta
menghargai kawasan sekitar.
 Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi
sebarang gangguan keselamatan.
 Mengutamakan aspek keselamatan semasam melakukan semua aktiviti

26

ASAS KAWAD KAKI

Apa itu kawad kaki?
Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera,bomba dan
polis yang melibatkan pegerakan kaki, tangan dan badan serentak.

Objektif kawad kaki
1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat
setia.
2. Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan hal-hal
berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan.
3. Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia.
4. Menjadikan seorang pegawai/jurulatih yang mempercayai diri dan bertatatertib pada
setiap masa.
5. Membentuk anggota supaya bekerjsama dalam satu kumpulan.
6. Membina semangat berpasukan, berdisiplin dalam membentuk jati diri serta dapat
membentuk sesebuah pasukan supaya sentiasa bekerjasama dalam pasukan.
7. Melahirkan anggota pertahanan awam yang berkeyakinan dan sentiasa
mengamalkan budaya cemerlang dan berdisiplin.
8. Membina dan melahirkan anggota Bomba yang bersifat tegas sentiasa bekerjasama
dan kekuatan diri dari segi fizikal dan mental.

27

Tujuan

Memberikan ilmu pengetahuan serta membentuk disiplin yang tinggi kepada
pegawai/jurulatih bagi menambah kemahiran kawad serta dapat mengendalikan apa-apa jua
perbarisan.

Bahasa Hukuman Kawad Kaki Bulan Sabit Merah Malaysia

No. Bahasa Hukuman Kawad Kaki BSSM

1. Baris / Skuad.
2 Baris. Sedia.
3 Kekanan. Lurus.
4 Pandang. Depan.
5 Buka Barisan. Gerak.
6 Tutup Barisan. Gerak.
7 Bergerak ke kanan, Bertiga-tiga, Kekanan Pusing.
8 Skuad akan menghadap ke Hadapan, Ke kiri Pusing.
9 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, Kekiri Pusing.
10 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
11 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
12 Skuad akan Menghadap ke Hadapan, Ke kanan Pusing.
13 Skuad akan Menghadap ke belakang, ke belakang Pusing.
14 Bergerak kekanan bertiga-tiga, ke kanan Pusing.
15 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kiri pusing.

28

16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri pusing.
17 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kanan pusing.
18 Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing.
19 Langkah, kekanan gerak.
20 Langkah, ke kiri gerak.
21 Langkah, ke hadapan gerak.
22 Langkah, ke belakang gerak.
23 Dari kiri, cepat jalan.
24 Tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah. 3x
25 Tukar langkah, dengan langkah berlagak tukar langkah. 3x
26 Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga, kebelakang pusing.

Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang pusing.
27 Dari kiri / kanan, kanan belok.
28 Dari kiri / kanan, kiri belok.
29 Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga, kekanan / kiri pusing.
30 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
31 Hormat, ke hadapan hormat.
32 Hormat selaku terima sijil, hormat kehadapan hormat.
33 Hormat, kekanan hormat.
34 Hormat, kekiri hormat.
35 Tukar langkah perlahan, perlahan jalan.
36 Tukar langkah masa jalan perlahan, tukar langkah. 3x

29

37 Bergerak kekanan/kiri, kebelakang pusing.
Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang... Pusing.

38 Dari kiri / kanan, kanan belok.
39 Dari kiri / kanan, kiri belok.
40 Bergerak kekanan / kiri, kekanan / kiri pusing.
41 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
42 Tukar langkah cepat, cepat jalan.
43 Skuad henti.
44 Hentak kaki
45 Skuad henti.
46 Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula dari tengah

Cepat jalan .(14-1-2)
47 Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1)

30

LAMPIRAN

Jawatankuasa Perkhemahan Unit Beruniform BBSM

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Darulaman, 0600

Jitra, Kedah.

_______________________________________________________________________

Semua Ahli Jawatankuasa Perkhemahan dan Ketua Platun,

Unit Beruniform BBSM,

Tahun 2021. 7 Julai 2021

Saudara/Saudari,

MESYUARAT JAWATANKUASA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM Bil 2 Tahun 2021

Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas,

2. Sehubungan dengan itu, saya menjemput Saudara/Saudari untuk menghadiri mesyuarat
yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 09 Julai 2021 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Aplikasi Gmeet (Link akan diberikan 10 minit sebelum mesyuarat)

3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Perincian tugas setiap AJK
2.3 Perincian aktiviti untuk setiap slot
2.4 Protokol untuk setiap aktiviti
2.5 Pembentukan kumpulan kecil untuk ujian amali
2.6 Penangguhan mesyuarat

4. Kerjasama Saudara/Saudari amat saya hargai. Saya akhiri dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,
………………………………..
(Nur Syarafana binti Mohd Sabri)

Setiausaha Perkhemahan Unit Beruniform BBSM,

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

31

Rujukan
Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering. Kuala

Lumpur: Fajar Sakti Sdn. Bhd.
Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan Jejak Kerja Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar

Sdn. Bhd.
Consalvo, C. (2012). Experiential Training Activities for Outside and In. New York: Amherst:

Mass Publishing.
Isa Abdul Rahman. (1989). Pertolongan Cemas: Prinsip dan Amalan. Kuala Lumpur:

Crescent News Sdn. Bhd.
Kim Duffek. (2008). Creating Outdoor Classrooms: Schoolyard Habitats and Gardens for the

Southwest. Texas: University of Texas Press.
Martin, B. (2006). Outdoor Leadershi: Theory and Practice. Champaign.IL: Human Kinetics.
Persatuan Orienteering Malaysia. (2010). Teknik Asas Orienteering. Kuala Lumpur: Budiman

Publishing.
Persatuan Pengakap Malaysia. (2009). Buku Panduan dan Skim Latihan Pengakap Kelana.

Kuala Lumpur: Persekutuan Pengakap Malaysia.

32


Click to View FlipBook Version