M A J A L A H ISU 1 OKTOBER 2023 GRADUAN KEJURUTERAAN AWAM EDISI KHAS WWW.ATRIBUTKEJAYAAN.COM PASCA-IR4.0
04 08 07 03 CABARAN GRADUAN KEJURUTERAAN AWAM DALAM PASCA-IR4.0 06 ISI KATA ALUAN KETUA EDITOR ATRIBUT UTAMA GRADUAN KEJURUTERAAN AWAM UNTUK BERTAHAN SELEPAS IR4.0 STRATEGI PENINGKATAN ATRIBUT UNTUK GRADUAN KEJURUTERAAN AWAM KANDUNGAN PENGANGGURAN GRADUAN KEJURUTERAAN AWAM SELEPAS IR4.0
Ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada rakan-rakan sekelas sesi 2021-2022 yang banyak menyumbangkan idea serta kerjasama yang jitu, ahli Sidang Redaksi serta semua pihak yang bersama-sama bekerja keras dalam menerbitkan majalah ini. DARI MEJA KETUA EDITOR Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat llahi dengan rahmat limpah kurniaNya Majalah Kunci Kejayaan edisi khas ini berjaya diterbitkan. Selaku Ketua Editor, saya mengucapkan jutaan terima kasih khasnya kepada Pensyarah Dr Junaidah Yusuf yang telah memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami ahli Sidang Redaksi untuk menerbitkan Majalah Digital Akademia Edisi Khas UTM Space ini yang mana ianya adalah salah satu dari inisiatif Modul Graduate Success Attribute. Akhir kalam, saya mewakili Sidang Redaksi memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan serta kelemahan dalam kandungan Majalah Kunci Kejayaan yang menjadi pemangkin kepada usaha dan menambahkan hasil semua warga akademia UTM Space pada masa akan datang. AZNI BIN KAMARUDIN 03 MAJALAH KUNCI KEJAYAAN Majalah Kunci Kejayaan yang dicoretkan ini merupakan antara wadah untuk memaparkan karya mereka samaada dari segi laporan dimana ianya membantu mencungkil, mengasah bakat penulisan dan juga merupakan medium perkongsian ilmu pengalaman yang dapat dikongsi bersama warga UTM Space sekaliannya. SEKIAN, WASSALAM. Azni SIDANG PENGARANG Mohd Nazmi Bin Abu Bakar Abdul Hakim Bin Baharom KREATIF Sukmawirawandy Bin Mohd Jody Syahminawi Bin Yasin Aminullah
01 CABARAN TEKNOLOGI PANTAS Perubahan pesat dalam teknologi IR4.0 telah membawa kepada pengenalan teknologi canggih seperti Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT), Big Data dan penggunaan teknologi digital. Graduan kejuruteraan awam adalah perlu memahami dan menguasai teknologi AI untuk meningkatkan efisiensi dalam perancangan dan pengurusan projek pembinaan. 02 GLOBALISASI DAN PERSAINGANANTARABANGSA Graduan perlu bersaing di pelbagai peringkat termasuk antarabangsa yang mungkin mempunyai latar belakang dan pengalaman yang pelbagai. Graduan kejuruteraan awam perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan agar dapat bersaing dalam pasaran kerja yang penuh dengan persaingan sengit. 03 PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH Pembangunan kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, dan kemahiran berfikir kritis menjadi semakin penting. Graduan perlu dapat berkomunikasi dengan rakan sekerja dan pelanggan dengan berkesan. 05 MAJALAH KUNCI KEJAYAAN DALAM KEJURUTERAAN AWAM PASCA-IR4.0 C A B A R A N GRADUAN
04 KESEDARAN ETIKA DAN PRIVASI Graduan perlu memahami dan mematuhi etika dalam penggunaan teknologi dan pengumpulan dan penggunaan data yang merupakan aset yang sangat berharga di dalam era 4.0. 05 KESELAMATAN DAN SUSTAINABILITY Graduan kejuruteraan awam perlu memahami cabaran keselamatan yang berkaitan dengan infrastruktur yang mereka reka dan bina. Selain itu, mereka harus mempertimbangkan kesan sosial dan alam sekitar dalam setiap projek untuk mempromosikan kelestarian alam sekitar dan memenuhi peraturan yang semakin ketat dalam hal ini. 06 PERATURAN DAN PIAWAIAN PEMANTAUAN Cabaran mencakup pemahaman mendalam mengenai peraturan dan piawaian dalam industri kejuruteraan, seperti standard keselamatan bangunan dan regulasi lingkungan. Graduan perlu mengikuti perkembangan dalam peraturan ini dan memastikan projek-projek mereka mematuhi semuaperaturanyangberlaku. 05 MAJALAH KUNCI KEJAYAAN CABARAN DALAM KEJURUTERAAN AWAM IR4.0 C A B A R A N GRADUAN
PENGANGGURAN GRADUAN KEJURUTERAAN AWAM xxxxxx 06 MAJALAH KUNCI KEJAYAAN PASCA - IR4.0
ATRIBUT UTAMA GRADUAN KEJURUTERAAN AWAM SEBAGAI JAMINAN 10 MAJALAH KUNCI KEJAYAAN 01CABARAN TEKNOLOGI PANTAS Perubahan pesat dalam teknologi IR4.0 telah membawa kepada pengenalan teknologi canggih seperti Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT), Big Data dan penggunaan teknologi digital. Graduan kejuruteraan awam adalah perlu memahami dan menguasai teknologi AI untuk meningkatkan efisiensi dalam perancangan dan pengurusan projek pembinaan. 02KEMAHIRAN AUTOMASI Perubahan pesat dalam teknologi IR4.0 telah membawa kepada pengenalan teknologi canggih seperti Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT), Big Data dan penggunaan teknologi digital. Graduan kejuruteraan awam adalah perlu memahami dan menguasai teknologi AI untuk meningkatkan efisiensi dalam perancangan dan pengurusan projek pembinaan. 03 PEMAHAMAN TERHADAP DATA DAN ANALISIS Seorang graduan mengumpulkan data mengenai tekanan tanah dan beban struktur semasa ujian lapangan, kemudian menggunakan perisian analisis data untuk mengenal pasti potensi masalah dan membuat penyesuaian dalam rekabentuk struktur.
10 MAJALAH KUNCI KEJAYAAN 04 KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN KERJASAMA Graduan bekerja dalam pasukan pelbagai disiplin, berkomunikasi secara efektif dengan arkitek, jurutera struktur, dan pakar IT untuk memastikan keselarasan dalam pelaksanaan projek 05 PEMAHAMAN TERHADAP KELESTARIAN DAN HIJAU Seorang graduan merancang bangunan dengan menggunakan teknologi hijau seperti pencahayaan semulajadi dan sistem pengairan pintar untuk mengurangkan kesan negatif ke atas alam sekitar. 06 PENYELIDIKAN DAN KEMAHIRAN PEMBELAJARAN KENDIRI Graduan terus mempelajari perkembangan dalam bahan pembinaan yang inovatif dan teknologi terkini melalui kursus dalam talian dan penyelidikan sendiri untuk mengaplikasikan pengetahuan baru dalam projek-projek mereka. 07 KEPIMPINAN DAN KEUSAHAWANAN Seorang graduan mengambil inisiatif dalam projek untuk mencadangkan kaedah yang lebih efisien, memimpin pasukan dalam pelaksanaan, dan merancang projek kecil dengan strategi keusahawanan yang membantu syarikat 08 KETELUSAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN Melaporkan dengan terperinci kepada penyelia mengenai perkembangan projek dan sebarang risiko yang mungkin timbul, serta memastikan bahawa pelan kelestarian diikuti dengan teliti
S T R A T E G I PENINGKATAN ATRIBUT UNTUK GRADUAN 08 MAJALAH KUNCI KEJAYAAN KEJURUTERAAN AWAM
STRATEGI PENINGKATAN ATRIBUT Penglibatan dalam Projek Inovatif Peningkatan Kemahiran Teknikal Pembelajaran Sepanjang Hayat Pembangunan Kemahiran Soft Skills Menjalin Hubungan dalam Industri 07 MAJALAH KUNCI KEJAYAAN Dalam menghadapi era pascaIR4.0 yang mencabar, graduan kejuruteraan awam perlu mempunyai atribut yang mencukupi untuk bersaing dan cemerlang di tempat kerja. Namun, bagaimanakah seorang graduan boleh mengasah dan mengembangkan sifat-sifat yang diperlukan ini? Dalam artikel ini, kami akan meneroka beberapa strategi praktikal yang boleh membantu graduan memperbaiki diri dan menjadi pekerja berkemahiran tinggi.
Kemahiran teknikal yang kukuh adalah asas kejayaan dalam kerjaya kejuruteraan awam. Graduan perlu sentiasa mengembangkan kemahiran mereka dalam bidang seperti permodelan komputer, penggunaan perisian kejuruteraan dan pemahaman yang mendalam dalam fokus kejuruteraan tertentu.Cara terbaik untuk memantapkan kemahiran teknikal ini adalah melalui program latihan atau kursusyanglebihterperinci. PENINGKATAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 11 MAJALAH KUNCI KEJAYAAN Salah satu cara terbaik untuk memperoleh pengalaman berharga adalah melalui penglibatan dalam projek inovatif yang membolehkan graduan berinteraksi dengan teknologi terkini, bekerja dalam pasukan dan menghadapi cabaran nyata. Penglibatan ini tidak hanya membantu mereka menguasai kemahiran teknikal tetapi juga mengasah kemahiran berfikir kritis, penyelesaian masalah dan kerjasama pasukan. PENGLIBATAN DALAM PROJEK INOVATIF
Selain kemahiran teknikal, graduan juga perlu membangunkan kemahiran soft skills termasuk kemahiran komunikasi yang baik, kepemimpinan yang efektif, kemampuan berkolaborasi dan kecekapan dalam berinteraksi dengan rakan sekerja dan pelanggan agar menjagi pekerja yang lebih berdaya saing. PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SOFT SKILLS 11 MAJALAH KUNCI KEJAYAAN Pembelajaran sepanjang hayat adalah asas utama dalam era pasca IR4.0. Graduan perlu sentiasa mencari peluang untuk belajar dengan menghadiri seminar, kursus mahupun conference. Penglibatan graduan dalam rangkaian profesional juga dapat membantu untuk terus mengembangkan kerjaya. PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
11 MAJALAH KUNCI KEJAYAAN Menjalin hubungan dalam industri kejuruteraan awam adalah penting supaya pemahaman lebih mendalam tentang industri ini. Graduan perlu memanfaatkan peluang untuk berinteraksi dengan industry atau kumpulan professional mahupun menjalani latihan di tempat kerja MENJALIN HUBUNGAN DALAM INDUSTRI
UTMSPACE JALAN SEMARAK TAHUN 2023