The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SALIHAWATI BINTI SALBERI IPG-Pelajar, 2024-02-22 10:21:26

RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN PUTERI ISLAM IPG

1 RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GELUGOR TAJUK : Anyaman Tikar Kelerai Mata Bilis dan Tampuk Jantung KEMAHIRAN : Anyaman TARIKH : 19 Mac 2024 MASA : 2.30 – 3.30 petang ( 1 jam ) TEMPAT : Bilik Pendidikan Seni Visual BILANGAN MURID : 30 orang ALATAN : Tali anyaman plastik , Kertas Warna, Gunting, Gam, Pisau, Laptop, Projektor, Pensil Warna OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir proses pembelajaran ini : i. Psikomotor : - Murid dapat menghasilkan satu anyaman tikar mudah dengan menggunakan tali anyaman dan kertas dengan baik. ii. Kognitif : - Murid dapat menyatakan dua jenis corak anyaman tikar yang mudah iaitu kelerai mata bilis dan kelerai tampuk jantung dengan betul. iii. Afektif : - Murid dapat melakukan aktivti anyaman tikar menggunakan kertas dan tali anyaman dengan seronok.


2 Langkah/Masa Kandungan / Isi Pelajaran Aktiviti PdP Organisasi / Pengelolaan Catatan / Alatan Pengurusan kelas / pengenalan (10 minit) Pengenalan kepada asas kemahiran anyaman tikar mengkuang. 1. Guru meminta murid untuk duduk di dalam kumpulan yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 6 kumpulan. 2. Guru memperkenalkan asas kemahiran anyaman tikar, jenis anyaman, motif seni anyaman kelarai, dan alatan dan bahan yang akan digunakan dengan menggunakan slaid Prezi. https://prezi.com/p/7nbzpro9fjni/ting3-bab-9-seni-anyaman/ 3. Guru menunjukkan beberapa contoh anyaman tikar daripada kertas kepada murid untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Kedudukan murid di dalam bilik PSV. Motif seni anyaman kelerai. Contoh anyaman tikar daripda kertas. Catatan : - Ahli PPIM melakukan tatacara perjumpaan sebelum aktiviti dijalankan. - Setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Alatan dan Bahan : - Slaid Prezi - Projektor - Laptop - Anyaman tikar kertas K1 K2 K3 K4 K5 K6 MEJA GURU


3 Pemanasan Badan ( 5 minit ) Aktiviti Chicken Dance Dan Happy Finger. 1. Guru menayangkan video Chicken Dance sebagai aktiviti regangan badan yang mudah dan video senaman tangan untuk menguatkan otot jari tangan bagi proses anyaman tikar. 2. Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk kehadapan bagi megetuai gerakan dan senaman yang dilakukan. 3. Murid perlu berdiri dan mengambil ruang masingmasing untuk mengikuti setiap gerakan yang ditayangkan dengan bersemangat. Video gerakan Chicken Dance. Video senaman jari tangan mengikut rentak lagu. Catatan : - Murid diminta untuk berdiri dan mengambil ruang masing-masing. Alatan dan Bahan : Video Youtube - Chicken Dance - Senaman Jari


4 Demonstrasi ( 9 minit ) Demonstrasi menganyam tikar menggunakan tali anyaman plastik. 1. Guru menayangkan satu video tentang teknik anyaman mudah menggunakan tali anyaman yang diperbuat daripada plastik kepada murid. 2. Guru memberikan pilihan kepada murid untuk memilih corak kelerai mata bilis atau kelerai tampuk jantung. 3. Guru menunjukkan cara mengukur dan memotong tapak anyaman. 4. Guru memotong tali anyaman untuk dijadikan jalur sisip anyaman. 5. Guru menunjukkan proses menganyam kelarai mata bilis dan kelarai tampuk jantung menggunakan teknik yang betul. 6. Guru menghasilkan satu corak anyaman dan hasil ditunjukkan kepada semua murid. Video Teknik Anyaman Mudah Menggunakan Tali Anyaman. Contoh tali anyaman tikar yang diperbuat daripada plastik. Catatan : - Anyaman kelarai mata bilis ialah teknik yang mudah bagi pemula. Alatan dan Bahan : - Tali anyaman - Gam - Gunting - Pisau


5 Ansur Maju Khusus Kemahiran ( 18 minit ) Menghasilkan anyaman tikar daripada kertas dan tali anyaman plastik. Ansur Maju 1 ( 3 minit ) 1. Ketua kumpulan diminta untuk mengambil alatan dan bahan yang disediakan oleh guru di hadapan. 2. Guru memberi penerangan yang jelas tentang pelaksanaan ketiga - tiga aktiviti ansur maju yang akan dilakukan. 3. Guru menyediakan lembaran kerja mengenal jenis anyaman kelarai mata bilis dan kelarai tampuk jantung untuk membiasakan murid dengan corak dan jalinan tersebut. 4. Setiap murid perlu mewarnakan corak kelarai mata bilis dan kelarai tampuk jantung dengan betul mengikut kreativiti masingmasing. Ansur Maju 2 ( 6 minit ) 1. Guru memaparkan slaid arahan dan langkah- langkah untuk menghasilkan anyaman tikar kelarai mata bilis menggunakan bahan gantian iaitu kertas. Lembaran Kerja Mengenal Jenis Anyaman. Catatan : - Setiap kumpulan akan dibekalkan alatan dan bahan yang mencukupi. - Guru sebagai fasilitator yang akan memberi bimbingan kepada murid untuk ketiga – tiga aktiviti ansur maju. - Justifikasi memilih saiz A5 ialah untuk membiasakan murid dengan teknik anyaman. Alatan dan Bahan : - Lembaran Kerja - Pensil warna - Kertas warna - Tali anyaman - Gam - Gunting - Pisau


6 2. Murid mula menghasilkan anyaman tikar kelarai mata bilis yang bersaiz A5 dengan menggunakan kertas warna gunting dan gam. 3. Murid boleh merujuk langkahlangkah anyaman tikar kelarai mata bilis yang dipaparkan pada slaid guru. Ansur Maju 3 ( 9 minit ) 1. Wakil setiap kumpulan diminta untuk mengambil tali anyaman yang disediakan. 2. Murid perlu menghasilkan anyaman tikar menggunakan tali anyaman plastik bagi menggantikan bahan sebenar iaitu daun. 3. Murid diberi kebebasan untuk memilih antara kelarai mata bilis dan kelarai tampuk jantung atau menggabungan kedua-duanya mengikut kreativiti masingmasing. 4. Anyaman tikar yang dihasilkan perlulah bersaiz A4 dan kemas. Contoh anyaman kelarai mata bilis daripada kertas yang murid akan hasilkan. Contoh anyaman tikar yanga akan dihasilkan menggunakan tali anyaman plastik. Saiz A5


7 Aktiviti Pengukuhan / Permainan kecil ( 10 minit ) Gallery Walk 1. Murid diminta untuk menampal hasil kerja mereka pada dinding untuk dipamerkan kepada murid lain. 2. Setiap ahli kumpulan diberikan nombor giliran masing-masing iaitu 1 hingga 5. 3. Murid pertama akan kekal berada di tempat mereka untuk membentangkan hasil kerja mereka dalam tempoh 2 minit. 4. Murid kedua hingga kelima akan bergerak ke kumpulan yang lain untuk sesi pembentangan. 5. Selepas 2 minit, giliran pembentang akan bertukar kepada murid kedua dan berterusan hingga ke giliran murid kelima. 6. Murid diminta untuk mengisi borang penilaian bagi setiap pembentangan kumpulan. Contoh aktiviti Gallery Walk. Catatan : - Gallery Walk ialah aktiviti PAK-21. - Semua murid akan terlibat dengan pembentangan. Alatan dan Bahan : - Hasil akhir anyaman tikar - Borang penilaian.


8 Penutup ( 8 minit ) Rumusan Pembelajaran dan Refleksi 1. Guru membuat rumusan dan sesi soal jawab tentang kemahiran yang telah dipelajari dan diaplikasikan oleh murid iaitu kemahiran anyaman tikar. 2. Murid ditugaskan untuk menyediakan laporan aktiviti anyaman tikar secara berkumpulan sebagai kerja rumah. 3. Murid mengisi exit ticket sebagai maklum balas kepada guru terhadap aktiviti latihan kemahiran yang dijalankan. 4. Murid diminta untuk membersihkan meja kerja mereka dan kawasan sekitar bilik PSV. 5. Murid membaca surah al-Asr dan tasbih kafarah bersamasama. 6. Kelas bersurai. Contoh exit ticket. Catatan : - Exit ticket membantu guru membuat refleksi kendiri bagi proses pengajaran. Alatan dan Bahan : - Exit ticket


9 RUJUKAN Bernama. (2021, February 14). Tikar mengkuang masih dapat sambutan. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/674354/tikar-mengkuang-masih-dapat-sambutan Norhazila Hamzah. (2020, November 11). Senaman tangan [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=rjW8_FQThx8 Reycha Craft. (2022, August 22). DIY: Corak anyaman mata puna [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=HHR-pz-4qkw Syah, H. (2019, December 19). EXIT TICKET. Mudah Mengajar. https://mudahmengajar.blogspot.com/2019/12/exit-ticket.html Siti, R. (2021, July 26). TING 3 BAB 9 : SENI ANYAMAN. prezi.com. https://prezi.com/p/7nbzpro9fjni/ting-3-bab-9-seni-anyaman/ Tanutchanya Kongthai. (2021, August 15). Chicken dance [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=WZJAIkmT3Rg Usrati, D. (2011, March 30). ANYAMAN. https://lamanseni09.blogspot.com/2011/03/anyaman.html


Click to View FlipBook Version