The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan Oleh;
AMADIFILZAH BINTI ABINDI
SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMADIFILZAH BTE ABINDI Moe, 2023-09-04 01:30:16

Skrip Pengacara Majlis_Perhimpunan Badan Beruniform

Disediakan Oleh;
AMADIFILZAH BINTI ABINDI
SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara

1 SKRIP PENGACARAAN PERHIMPUNAN BADAN BERUNIFORM SMK SEKSYEN 4 BANDAR KINRARA, PUCHONG, SELANGOR ● Pukul 7.20am, pengawas pastikan murid berdiri tegak dalam barisan masing-masing & berdiri dalam keadaan senyap. Setelah semua bersedia, barulah jemput pentadbir ke atas pentas. ● Ahli badan beruniform mengambil tempat di tapak perhimpunan & tiang bendera. (Squad dalam keadaan ‘Senang Diri) ● Pukul 7.30am, mesti mulakan majlis. Rakan-rakan sila berdiri tegak. Luruskan barisan. Letak tangan di sisi. Berdiri dalam keadaan senyap. Dijemput Barisan Pentadbir untuk mengambil tempat duduk. (Komander arahan: ‘Baris Sedia’) ● Mulakan majlis selepas pentadbir berada di atas pentas. Hanya sebut nama pentadbir yang hadir. ● Komander badan beruniform memberikan arahan & memberi laporan kepada pentadbir. (Komander arahan: ‘Senang Diri) Yang Berusaha, PUAN FADZLON BINTI FAISAL, Pengetua, SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, PUAN RAMZIAH BINTI HUSIN Penolong Kanan Pentadbiran, PUAN LAM YUET WAH, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, ENCIK MOHAMAD ASRI BIN SEMAN, Penolong Kanan Kokurikulum, [JANGAN SEBUT TIDAK JIKA HADIR] Yang Berusaha, PUAN NORSILA BINTI ABDUL JALIL, Penolong Kanan Petang, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Para Kaunselor, Guru-Guru, Pengawas-Pengawas, serta RAKAN-RAKAN yang dikasihi sekalian. 1. Selamat Pagi dan Selamat Sejahtera.


2 NYANYIAN LAGU 2. Perhimpunan pagi ini akan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. 3. Mohon barisan pentadbir, guru-guru dan rakan-rakan, berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu dengan penuh semangat. ● Komander memberikan arahan untuk murid bersedia menyanyikan lagu. (Komander arahan: ‘Baris Sedia’) ● Nyanyian 3 buah lagu. ………………………………………………………………………………………………………………..


3 BACAAN DOA 4. Upacara perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa oleh saudara ________________________________________. Dipersilakan. ● Bacaan doa.


4 Terima kasih saudara __________________________________________ atas bacaan doa yang disampaikan tadi. ……………………………………………………………………………………………………………….. BACAAN IKRAR 5. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid oleh saudara/saudari ____________________________. Dipersilakan. ● Bacaan ikrar.


5 Terima kasih saudara/saudari ___________________ atas bacaan ikrar yang tadi. ……………………………………………………………………………………………………………….. 6. Barisan pentadbir, guru-guru dan rakan-rakan dipersilakan untuk mengambil tempat duduk. ● Komander memberikan arahan untuk ahli ‘senang diri’ & duduk. ● Pastikan semua guru dan murid duduk & bersedia. ……………………………………………………………………………………………………………….. LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS 7. Untuk meneruskan perhimpunan, saya menjemput guru bertugas minggu lepas iaitu Cikgu _____________________________________ untuk menyampaikan laporan. Dipersilakan. ● Ucapan guru bertugas minggu lepas. Terima kasih Cikgu________________________________________ atas laporan yang disampaikan tadi. UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU INI 8. Seterusnya, saya menjemput guru bertugas minggu ini iaitu Cikgu ________________________________________________. Dipersilakan. ● Ucapan guru bertugas minggu ini. Terima kasih Cikgu ___________atas ucapan yang disampaikan tadi.


6 UCAPAN PENTADBIR 9. Seterusnya, dipersilakan ________________________________ (Rujuk senarai nama) untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan. Yang Berusaha, PUAN FADZLON BINTI FAISAL, Pengetua, SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, PUAN RAMZIAH BINTI HUSIN Penolong Kanan Pentadbiran, PUAN LAM YUET WAH, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, ENCIK MOHAMAD ASRI BIN SEMAN, Penolong Kanan Kokurikulum, [JANGAN SEBUT TIDAK JIKA HADIR] Yang Berusaha, PUAN NORSILA BINTI ABDUL JALIL, Penolong Kanan Petang, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Para Kaunselor, Guru-Guru, Pengawas-Pengawas, serta RAKAN-RAKAN yang dikasihi sekalian. Terima kasih diucapkan kepada ________________________________ (Rujuk senarai nama) atas ucapan yang telah disampaikan.


7 PENUTUP 10. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Perhimpunan pada pagi ini sampai ke penghujungnya. (Dipersilakan komander badan beruniform untuk memberikan arahan seterusnya.) ● Komander memberikan arahan kepada ahli untuk berdiri. ● Komander memberi laporan penutup kepada pentadbir. ● Komander memberikan arahan keluar baris kepada ahli. 11. Dipersilakan barisan pentadbir untuk beredar meninggalkan majlis. 12. Seterusnya, perhimpunan rasmi di serahkan semula kepada Guru Bertugas Mingguan. Sekian, terima Kasih.


Click to View FlipBook Version