PENGENALAN Tuhau (Etlingera coccinea) merupakan sejenis tanaman dalam keluarga Zingiberaceae. Tuhau sesuai ditanam pada altitud 500 meter dari paras laut dengan julat suhu 20°C - 35°C dan hujan 2000 milimeter - 3000 milimeter setahun. Di negeri Sabah, tanaman ini banyak didapati di daerah Tenom, Tambunan, Nabawan, Sipitang, Sook, Ranau, Keningau dan Lahad Datu. Kajian tuhau telah dilaksanakan di Stesen Penyelidikan Pertanian Tenom sejak tahun 2017. Varieti yang telah dikenalpasti dan disyorkan untuk penanaman di Sabah adalah Lagud Sebrang Tuhau 1 (LSTu1). DESKRIPSI TANAMAN Tuhau tergolong dalam tanaman monoecious, tumbuh menegak dalam bentuk rumpun dan membiak melalui rizom. Jadual berikut menunjukkan ciri-ciri Tuhau LSTu1: PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN TANAMAN i. Penanaman Anak benih tuhau yang berumur 3-4 bulan di tapak semaian sedia untuk ditanam di ladang. Jarak tanaman yang digunakan ialah 2 meter x 2 meter dan memerlukan 2,500 anak benih sehektar. Tuhau tumbuh subur pada keamatan cahaya sederhana (5500 LUX - 6500 LUX), oleh itu naungan diperlukan untuk kawasan penanaman yang terbuka. Pembuangan daun mati perlu dilakukan untuk pertumbuhan yang baik. ii. Pembajaan Berikut adalah kadar pembajaan yang disyorkan untuk penanaman di ladang. iii. Perosak dan Penyakit Tanaman Pada umumnya tidak terdapat serangan perosak dan penyakit yang serius. PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN Pembiakkan tuhau yang disyorkan ialah menggunakan biji yang matang. Biji benih dirawat dengan racun kulat sebelum disemai. Setelah bercambah dan mempunyai 3 helai daun, anak benih dipindahkan ke polibeg. Anak benih sedia ditanam di ladang setelah mencapai umur 3 - 4 bulan. CIRI-CIRI KETERANGAN Ketinggian pokok 150-340 cm Pola susunan daun Berselang-seli Panjang daun 30-82 cm Lebar daun 11-19 cm Warna sulur/batang Hijau-kemerahan Sifat pertumbuhan bunga Terbentuk dari rizom dan muncul di permukaan tanah Diameter bunga 6-12 cm Sifat pembentukan buah Terbentuk 1-2 cm di bawah permukaan tanah Diameter gugusan buah 7-8 cm Aroma Berbau serangga ‘posisang’ atau Walang sangit (Leptcorisa oratorius) dan bau ketumbar Bentuk buah Sulur muda Bentuk daun Bunga Empulur Pola susunan daun Buah dan biji tuhau yang matang Pertumbuhan tuhau pada keamatan cahaya 5500 LUX - 6500 LUX Anak benih berumur 3 bulan
TEKNOLOGI PENANAMAN TUHAU (LSTU1) JABATAN PERTANIAN SABAH Kementerian Pertanian ,Perikanan Dan Industri Makanan Sabah .............................................................Dicetak oleh.................................................. Seksyen Penerangan Pertanian, Jabatan Pertanian (Ibu Pejabat) Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah, Aras 1, Wisma Pertanian Sabah, 88632 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia ANGGARAN KOS PENGELUARAN DAN PENDAPATAN SEHEKTAR PENUAIAN DAN HASIL Penuaian hasil dilakukan apabila sulur muda telah mengeluarkan 2-3 helai daun dan bahagian empulurnya boleh diperolehi. Sebanyak 10,000 empulur dapat dihasilkan dalam sehektar sebulan. Walau bagaimanapun, penghasilan empulur akan berkurangan pada musim kemarau. Penuaian sulur muda Mengupas lapisan luar sulur muda untuk mendapatkan empulur Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan. Bingkisan No: 129/SC/2022