The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by agrocultured, 2022-12-28 01:51:33

KALENDAR DOA 2023

DIREKTORAT

Buku Perancangan & Kalendar Aktiviti 2023____________________________________________________

MAKLUMAT SETIAP SEKSYEN DI JABATAN PERTANIAN SABAH

1. DIREKTORAT

A. SEKSYEN PENGURUSAN DAERAH
Skop

Berperanan dalam menyelaras pengurusan Pejabat-pejabat Pertanian Daerah dari
aspek pentadbiran, penyediaan logistik, kemudahan dan kelengkapan yang
diperlukan dalam mempertingkatkan keupayaan perkhidmatan pengembangan
kepada para pengusaha pertanian di Negeri Sabah. Melatih para belia dan
beliawanis berlatar belakang keluarga pertanian bagi melahirkan generasi petani
muda yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pertanian.

Halatuju

➢ Membantu dalam pelaksanaan aktiviti perkhidmatan pengembangan
pertanian di daerah melalui program pengurusan Pejabat-pejabat Pertanian
Daerah.

➢ Memberi tumpuan dalam menaiktaraf kemudahan dan kelengkapan pejabat
untuk menyokong Program Perkhidmatan Pengembangan Pertanian yang
dikendalikan oleh Pejabat Pertanian Daerah

➢ Melaksanakan perkhidmatan kawalselia dalam usaha menguatkuasa
undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan aktiviti-aktiviti
pertanian agar dipatuhi oleh anggota masyarakat yang terlibat.

➢ Menjalankan kursus untuk para belia dan petani dewasa di Pusat Latihan
Petani Damai Kota Marudu, Pusat Latihan Petani Lagud Sebrang Tenom
dan Pusat Latihan Petani Ulu Dusun Sandakan seperti Kursus Asas
Pertanian (enam bulan) dan Kursus Khas (satu minggu).

B. SEKSYEN BELANJAWAN

Skop Dan Halatuju

a. Memastikan pengurusan belanjawan dilaksanakan dengan teratur mengikut
peraturan, garis panduan dan pekeliling kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

b. Memastikan akitiviti perolehan dilaksanakan dengan teratur mengikut tatacara,
peraturan dan garis panduan perolehan kerajaan yang sedang berkuatkusa.

c. Memastikan harta jabatan diurus dengan baik dan teratur selaras dengan
tatacara dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.

Jabatan Pertanian Sabah_________________________________________________________________

Buku Perancangan & Kalendar Aktiviti 2023____________________________________________________

Fungsi
a. Menyedia anggaran belanjawan tahunan dan mengurus permohonan

peruntukan.
b. Menyedia Rancangan Lima Tahun Malaysia.
c. Melapor kemajuan fizikal & kewangan projek.
d. Mengutip Hasil Jabatan.
e. Merancang perolehan Jabatan, memantau dan mengurus perlantikan ke atas

perolehan yang dilaksanakan.
f. Menyelaras pengurusan aset dan stor Jabatan.

C. SEKSYEN PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA

SKOP DAN HALATUJU SEKSYEN PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA

Berfungsi sebagai perancangan, pengurus dan pelaksana urusan yang berkaitan
dengan pentadbiran dan pengurusan sumber manusia pegawai Jabatan Pertanian
secara strategik dan berkesan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan.

D. SEKSYEN KEWANGAN

Seksyen Kewangan diketuai oleh seorang Ketua Akauntan yang bertanggungjawab
menyelia dua (2) Sub Seksyen iaitu Seksyen Kecil Pengurusan Perbelanjaan dan
Hasil Dan Seksyen Kecil Jabatan Mengakaun Sendiri.

Seksyen Kecil Pengurusan Perbelanjaan dipecahkan kepada lima (5) unit iaitu Unit
Pengurusan Gaji, Unit Pembangunan, Unit Bekalan, Unit Hasil & Audit Dalam dan
Unit Amanah yang mana kelima-lima unit ini bertanggungjawab dalam memproses
pembayaran dan perakaunan seperti menyediakan baucar bayaran, menyediakan
laporan, mengemaskini dan menyimpan rekod-rekod perbelanjaan jabatan yang telah
diakaunkan. Senagai tambahan, Pengurusan Hasil & Audit Dalam juga
bertanggungjawab memastikan laporan kewangan termasuk pungutan hasil adalah
teratur mengikut Arahan Perbendaharaan dan pekeliling yang berkuatkuasa.

Jabatan Pertanian Sabah_________________________________________________________________

Buku Perancangan & Kalendar Aktiviti 2023____________________________________________________

Seksyen Kecil Jabatan Mengakaun Sendiri pula terdiri daripada tiga (3) Unit iaitu Unit
Penerimaan dan Pembayaran, Unit Komputer dan Unit Penyemakan Baucar Bayaran
yang mana ketiga-tiga unit ini bertanggungjawab dalam memperakukan pembayaran,
mengurus pungutan hasil, menyimpan dan mengakaunkan penerimaan dan
seterusnya menyediakan penyata-penyata kewangan yang berkaitan kedudukan
kewangan jabatan.

1. Skop
1.1. Memproses pembayaran Bayaran Am, Tuntutan dan Gaji Anggota;
1.2. Menguruskan Akaun Amanah, Deposit dan Hasil serta menyediakan
Penyata Kewangan;
1.3. Menguruskan hal-hal pentadbiran kewangan dan kutipan hasil;
1.4. Memberikan perkhidmatan berkaitan dengan aspek perakaunan dan
pengurusan kewangan.

2. Objektif
2.1. Memastikan pelaksanaan Sistem Perakaunan dan Kewangan yang
Cekap;
2.2. Memastikan penyediaan Penyata Kewangan jabatan yang Benar dan
Saksama;
2.3. Memastikan bayaran dan hasil diperakaunkan dengan tepat dan
mematuhi peraturan kewangan yang berkuatkuasa dan;
2.4. Memberikan khidmat nasihat yang berkualiti berkaitan perakaunan dan
kewangan.

Jabatan Pertanian Sabah_________________________________________________________________

Buku Perancangan & Kalendar Aktiviti 2023____________________________________________________

3. Halatuju
3.1. Memastikan proses pembayaran Emolumen termasuk bayaran gaji,
saraan dan pergerakan gaji tahunan mengikut jadual yang telah
ditetapkan oleh Bahagian Gaji Pusat, Jabatan Bendahari Negeri;
3.2. Memastikan Peruntukan Kerajaan Negeri bagi Vot Perbekalan (S),
Pembangunan (D), Akaun Amanah (K) dan Vot Persekutuan
dibelanjakan mengikut aktiviti dan program yang telah dirancang dan
tidak melebihi peruntukan;
3.3. Memastikan terimaan Hasil diperakaunkan dengan teratur dan efisien
selaras dengan peraturan, prosedur, tatacara dan pekeliling yang
berkuatkuasa;
3.4. Memastikan tuntutan bayaran adalah lengkap, tepat dan teratur
selaras dengan prosedur, tatacara dan pekeliling yang sedang
berkuatkuasa dari masa kesemasa;
3.5. Mengendalikan sesuatu sistem perakaunan dengan cekap, amanah
dan berintegriti serta mampu memberikan maklumat yang tepat
mengenai kedudukan kewangan jabatan;
3.6. Sebagai wakil Bendahari Negeri dalam menjadi perunding dan
penasihat pengurusan kewangan dan perakaunan;
3.7. Memantapkan perkhidmatan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan
berteraskan Tadbir Urus yang cekap dan efisien selaras dengan
peraturan dan piawaian yang berkuatkuasa.

Jabatan Pertanian Sabah_________________________________________________________________

Buku Perancangan & Kalendar Aktiviti 2023____________________________________________________

4. Pelan Strategik
Untuk mencapai Halatuju yang telah ditetapkan, beberapa Pelan Strategik
telah dirancang iaitu:

4.1. Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun
(JPKA) Jabatan yang diadakan setiap suku tahun;

4.2. Melalui penubuhan Jawatankuasa Audit Dalaman yang akan
melaksanakan audit dan pemeriksaan rekod di lokasi-lokasi yang
dikenalpasti mempunyai kelemahan dan kurang kemahiran dalam
pengurusan perakaunan;

4.3. Melalui penglibatan aktif dalam Mesyuarat Pelaksanaan Sistem Akruan
dan Sistem-sistem Perakaunan lain yang sedang dalam proses
pembangunan;

4.4. Mengadakan latihan dan kursus Pengurusan Belanjawan,
Pengurusan Perolehan dan Pengurusan Tuntutan dan Dokumen
Kewangan kepada anggota bagi mengukuhkan Pengurusan dan
Tadbir Urus Kewangan di setiap bahagian/Seksyen/ Unit termasuk
lokasi (PTJ) ke arah Organisasi yang berprestasi tinggi dan
berkualiti.

Jabatan Pertanian Sabah_________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version