Buku Perancangan & Kalandar Aktiviti 2023 ____________________________________________________
MAKLUMAT SETIAP SEKSYEN DI JABATAN PERTANIAN SABAH
1. BAHAGIAN DASAR & PERANCANGAN
A. SEKSYEN PEMANTAUAN PROJEK
Skop
Pemantauan meliputi pengesanan dan pengesahan dalam perancangan, penyaluran
peruntukan, perolehan, pembekalan dan pelaksanaan serta impak pelaksanaan
Projek-projek Jabatan biayaan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Halatuju
Mengukuhkan pelaksanaan program/projek jabatan melalui pematuhan Prosedur
Operasi Standard (SOP) dan peraturan-peraturan jabatan yang ditetapkan.
Sasaran Program 2023
Sasaran pemantauan program / projek Jabatan pada tahun 2022 adalah 31 lokasi
iaitu 1 lokasi di Ibu Pejabat, 10 daerah, 2 Pusat Latihan, 18 Pusat/Stesen
Penyelidikan, 1 Pusat Pengeluaran Bahan Tanaman.
B. SEKSYEN KUALITI TANAMAN, PELABURAN & EKSPORT
Skop
Melaksana dan menyelaras aktiviti berikut:
1. Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT)
2. Insentif Pelaburan dalam Sektor Pertanian
3. Pemadanan perniagaan (Business Matching) bagi pasaran hasil-hasil
pertanian
4. Pemudahcara (Facilitate) eksport hasil serta produk pertanian ke luar negeri
atau negara.
Halatuju
Jabatan Pertanian Sabah___________________________________________________________________
Buku Perancangan & Kalandar Aktiviti 2023 ____________________________________________________
5. Memastikan Bahan Tanaman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian
Sabah dan Nurseri Swasta yang menyertai Skim Pengesahan Bahan
Tanaman Jabatan Pertanian Sabah adalah bahan tanaman tulen.
6. Meningkatkan penyertaan dan pelaburan pihak swasta di dalam industri
agro makanan Negeri melalui penglibatan permohonan insentif pelaburan
dan galakkan di bawah Akta cukai pendapatan 1967 bagi projek
pengeluaran bahan makanan oleh Kementerian Pertanian dan Industri
Makanan Malaysia (MAFI)
7. Memudahcara dalam khidmat nasihat dan teknikal berkaitan pemadanan
perniagaan, pemasaran, eksport hasil dan produk hiliran pertanian.
C. SEKSYEN DASAR, PERANGKAAN & EKONOMI
Skop
Skop Seksyen Dasar, Perangkaan dan Ekonomi meliputi penyelarasan dan
perancangan dasar, pengumpulan maklumat perangkaan pertanian, kajian sosio
ekonomi dan ekonomik tanaman serta pengurusan perkhidmatan pembangunan
tanah.
Halatuju
a. Menyelaras dan merancang pelaksanaan dasar sektor pertanian tanaman.
b. Memperkasakan maklumat dan perangkaan pertanian untuk perancangan dasar
serta pembangunan industri pertanian tanaman di negeri Sabah.
Sasaran Program 2023
• Menyediakan 112 Laporan Sukutahun Keluasan & Pengeluaran Tanaman.
• Menyediakan 28 Laporan Tahunan Keluasan Tanaman Industri.
• Menyediakan 300 Laporan Curahan Hujan.
• Melaksanakan 3 Bengkel Perangkaan Pertanian.
Jabatan Pertanian Sabah___________________________________________________________________
Buku Perancangan & Kalandar Aktiviti 2023 ____________________________________________________
• Melaksanakan 1 Kursus Pembinaan Sistem Maklumat Geospatial (ArcGIS)
Padi.
• Mensasarkan 246 sampel hasil dan 124 sampel Ujian Pengeringan Padi
untuk Musim Utama.
• Mensasarkan 58 sampel hasil dan 37 sampel Ujian Pengeringan Padi untuk
Padi Huma.
• Mensasarkan 71 sampel hasil dan 39 sampel Ujian Pengeringan untuk Luar
Musim.
• Mensasarkan 3,390 lot di digitalkan untuk Sistem Maklumat Geospatial
Padi.
D. SEKSYEN PERPUSTAKAAN
Skop
Menyediakan perkhidmatan perpustakaan jabatan dari aspek teknologi pertanian dan
pengurusan dokumentasi.
Halatuju
Koleksi informasi pertanian yang terunggul dan comprehensive.
Sasaran Program 2023
1. Menyediakan kemudahan Perpustakaan kepada 300 kakitangan Jabatan
Pertanian Sabah.
2. Membeli 90 buah buku, 20 buah majalah/terbitan berkala yang berkaitan
dengan pertanian.
3. Memproses 50 buah koleksi terbitan Jabatan Pertanian Sabah, 120 buah
buku dan 10 bahan bukan buku.
4. Membantu dua (2) Perpustakaan Pusat Latihan Pertanian Bersepadu
Putatan dan Stesen Penyelidikan Pertanian Lagud Sebrang, Tenom untuk
mengemaskini koleksinya.
Jabatan Pertanian Sabah___________________________________________________________________
Buku Perancangan & Kalandar Aktiviti 2023 ____________________________________________________
E. SEKSYEN DIGITAL PERTANIAN
Skop
a. Mengenalpasti perkhidmatan-perkhidmatan jabatan untuk dilaksanakan
transformasi ke aplikasi perkhidmatan digital.
b. Menyebarluas perkhidmatan / hasil / produk / aktiviti jabatan ke platform digital.
c. Memberi perkhidmatan ICT kepada kakitangan jabatan.
Halatuju
a. Mempersiapkan jabatan melangkah ke arah Smart Digital Government yang
disarankan oleh kerajaan negeri Sabah.
b. Membantu meningkatkan kompetensi kakitangan dalam kemahiran ICT.
Sasaran Program 2023
Membantu aplikasi perkhidmatan digital untuk aplikasi Quarantine Information
System fasa II, Profail Usahawan Pertanian dna Pakej Teknologi Pertanian yang
boleh diakses di dalam Portal Smart Tani Sabah.
Jabatan Pertanian Sabah___________________________________________________________________