PENGENALAN Tuhau (Etlingera coccinea) merupakan sejenis tanaman dalam keluarga Zingiberaceae. Tuhau sesuai ditanam pada altitud 500 meter dari paras laut dengan julat suhu 20°C - 35°C dan hujan 2000 milimeter - 3000 milimeter setahun. Di negeri Sabah, tanaman ini banyak didapati di daerah Tenom, Tambunan, Nabawan, Sipitang, Sook, Ranau, Keningau dan Lahad Datu. Kajian tuhau telah dilaksanakan di Stesen Penyelidikan Pertanian Tenom sejak tahun 2017. Varieti yang telah dikenalpasti dan disyorkan untuk penanaman di Sabah adalah Lagud Sebrang Tuhau 1 (LSTu1). DESKRIPSI TANAMAN Tuhau tergolong dalam tanaman monoecious, tumbuh menegak dalam bentuk rumpun dan membiak melalui rizom. Jadual berikut menunjukkan ciri-ciri Tuhau LSTu1: PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN TANAMAN i. Penanaman Anak benih tuhau yang berumur 3-4 bulan di tapak semaian sedia untuk ditanam di ladang. Jarak tanaman yang digunakan ialah 2 meter x 2 meter dan memerlukan 2,500 anak benih sehektar. Tuhau tumbuh subur pada keamatan cahaya sederhana (5500 LUX - 6500 LUX), oleh itu naungan diperlukan untuk kawasan penanaman yang terbuka. Pembuangan daun mati perlu dilakukan untuk pertumbuhan yang baik. ii. Pembajaan Berikut adalah kadar pembajaan yang disyorkan untuk penanaman di ladang. iii. Perosak dan Penyakit Tanaman Pada umumnya tidak terdapat serangan perosak dan penyakit yang serius. PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN Pembiakkan tuhau yang disyorkan ialah menggunakan biji yang matang. Biji benih dirawat dengan racun kulat sebelum disemai. Setelah bercambah dan mempunyai 3 helai daun, anak benih dipindahkan ke polibeg. Anak benih sedia ditanam di ladang setelah mencapai umur 3 - 4 bulan. CIRI-CIRI KETERANGAN Ketinggian pokok 150-340 cm Pola susunan daun Berselang-seli Panjang daun 30-82 cm Lebar daun 11-19 cm Warna sulur/batang Hijau-kemerahan Sifat pertumbuhan bunga Terbentuk dari rizom dan muncul di permukaan tanah Diameter bunga 6-12 cm Sifat pembentukan buah Terbentuk 1-2 cm di bawah permukaan tanah Diameter gugusan buah 7-8 cm Aroma Berbau serangga ‘posisang’ atau Walang sangit (Leptcorisa oratorius) dan bau ketumbar Bentuk buah Sulur muda Bentuk daun Bunga Empulur Pola susunan daun Buah dan biji tuhau yang matang Pertumbuhan tuhau pada keamatan cahaya 5500 LUX - 6500 LUX Anak benih berumur 3 bulan
TEKNOLOGI PENANAMAN TUHAU (LSTU1) JABATAN PERTANIAN SABAH Kementerian Pertanian ,Perikanan Dan Industri Makanan Sabah .............................................................Dicetak oleh.................................................. Seksyen Penerangan Pertanian, Jabatan Pertanian (Ibu Pejabat) Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah, Aras 1, Wisma Pertanian Sabah, 88632 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia ANGGARAN KOS PENGELUARAN DAN PENDAPATAN SEHEKTAR PENUAIAN DAN HASIL Penuaian hasil dilakukan apabila sulur muda telah mengeluarkan 2-3 helai daun dan bahagian empulurnya boleh diperolehi. Sebanyak 10,000 empulur dapat dihasilkan dalam sehektar sebulan. Walau bagaimanapun, penghasilan empulur akan berkurangan pada musim kemarau. Penuaian sulur muda Mengupas lapisan luar sulur muda untuk mendapatkan empulur Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan. Bingkisan No: 129/SC/2022
PENANAMAN PISANG SABAH JABATAN PERTANIAN Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah Kegunaan Buah Pisang Sabah boleh dimakan segar, dijadikan pisang goreng dan penyediaan pelbagai jenis kuih traditional. Ianya juga boleh digunakan sebagai bahan pembuatan kek. Buah yang masak juga boleh direbus sebelum dimakan, sementara buah yang belum masak boleh diproses menjadi kerepek atau dijadikan tepung pisang. Nutrien Kadar (setiap 100g) Kalori (Kcal) 89.0 Karbohidrat (g) 22.8 Protein (g) 1.1 Lemak (g) 0.3 Natrium (mg) 1.0 Magnesium (mg) 27.0 Kalium (mg) 358.0 Fosforus (mg) 22.0 Zat Besi (mg) 0.26 Thiamin (mg) 0.03 Riboflavin (mg) 0.07 Niasin (mg) 0.66 Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi: Jabatan Pertanian Daerah yang berdekatan Nilai Zat Pemakanan Penuaian Hasil Pisang Sabah mula mengeluarkan hasil 9-10 bulan selepas ditanam. Buah akan matang 14-16 minggu selepas mengeluarkan jantung pisang. Penuaian dilakukan dengan membuat separuh cantasan pada batang pokok kemudian lenturkan batang pisang dan potong tangkai tandan pisang tersebut. Tandan pisang diletakkan di tempat yang beralas dan elakkan tandan daripada terhempap ke tanah. Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Banana#Nutrition ...……………………………………Dicetak oleh……………………………………. Seksyen Penerangan Pertanian, Jabatan Pertanian (Ibu Pejabat) Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah Aras 1, Wisma Pertanian Sabah, 88632 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Perkara Tahun 1 (RM) Tahun 2 (RM) Tahun 3 (RM) Jumlah (RM) Penyediaan ladang 1,500.00 - - 1,500.00 Bahan tanaman @ RM3.00/pokok 3,300.00 - - 3,300.00 Upah menanam @ RM1.00/pokok 1,100.00 - - 1,100.00 Peralatan pertanian 300.00 - - 300.00 Baja 1,500.00 2,000.00 2,000.00 5,500.00 Racun kimia (racun rumpai, penyakit dan serangga perosak 700.00 700.00 700.00 2,100.00 Kos buruh 9,600.00 9,600.00 9,600.00 28,800.00 Jumlah (RM) 18,000.00 12,300.00 12,300.00 42,600.00 Perkara Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Jumlah Purata hasil (MT) @15 kg/ tandan 16.5 49.5 49.5 115.5 Purata Pendapatan (RM) @ RM0.80/kg 13,200.00 39,600.00 39,600.00 92,400.00 Anggaran Kos Pengeluaran Sehektar Anggaran Pendapatan Sehektar Kerepek Pisang Sabah Pisang Sabah Goreng Bingkisan No: 113/IC/2021
Pengenalan Pisang, Musa spp tergolong dalam keluarga Musaceae. Pisang yang boleh dimakan adalah daripada spesis M. acuminata Colla dan M. balbisiana Colla. Penanaman pisang tersebar luas di kawasan tropika di mana Filipina, Thailand, Indonesia, India dan Malaysia merupakan negara pengeluar utama pisang di Asia. Pisang Sabah merupakan jenis hibrid triploid (ABB) yang sangat popular ditanam secara komersial di Sabah. Ianya dipercayai berasal dari Filipina. Di Sabah, Pisang Sabah juga dikenali sebagai Pisang Rebus atau Pisang Saba manakala di Semenanjung Malaysia ianya dikenali sebagai Pisang Nipah atau Pisang Abu. Penanaman Pisang Sabah boleh memberi pulangan yang agak lumayan dengan permintaan yang semakin meningkat terutama sekali dari Semenanjung Malaysia. Deskripsi Tanaman Pokok Pisang Sabah mempunyai batang yang besar dan tegap yang boleh mencapai ketinggian 3-5 meter. Saiz batang boleh mencapai garispusat 0.3-0.6 meter. Batang dan daun berwarna hijau. Seperti jenis pisang yang lain, setiap pokok Pisang Sabah hanya akan berbunga dan berbuah sekali sahaja. Setandan buah Pisang Sabah boleh mencapai berat antara 10-40 kilogram. Keperluan Iklim dan Tanah Pisang Sabah sesuai ditanam di kawasan yang beriklim tropika dengan suhu antara 28-32ºC dan taburan hujan antara 1000-3000 milimeter/tahun. Ia tumbuh dengan baik jika ditanam di kawasan yang lapang tanpa pelindung, rata atau sedikit beralun dan mempunyai jenis tanah yang subur serta bersaliran baik. Pisang Sabah tidak sesuai ditanam di kawasan yang menakung air pada tempoh lama serta kawasan berbukit melebihi 25º kecerunan. Penyediaan Bahan Tanaman Pisang Sabah boleh ditanam dengan menggunakan sulur atau kultur tisu. Jenis sulur yang disyorkan adalah sulur pedang yang diambil dari pokok induk yang subur dan bebas dari penyakit. Penanaman melalui kultur tisu digalakkan bagi mendapatkan pertumbuhan seragam dan pengeluaran hasil lebih awal berbanding penggunaan bahan tanaman daripada sulur. Pengurusan dan Penyelenggaraan Tanaman a. Penanaman Kawasan penanaman perlu dibersihkan dan sebaiknya dibajak terlebih dahulu sebelum menanam. Jarak tanaman Pisang Sabah yang sesuai ialah 3.0 x 3.0 meter (1,100 pk/ha). Saiz lubang tanaman adalah 30 sentimeter x 30 sentimeter x 30 sentimeter dan diisi dengan jenis dan jumlah baja seperti dalam jadual program pembajaan. Penanaman elok dilakukan pada awal musim hujan. b. Pembajaan Program pembajaan Pisang Sabah yang disyorkan adalah seperti jadual di bawah. c. Kawalan Rumpai Pengawalan rumpai dari peringkat awal penanaman amat penting bagi tanaman pisang. Kawalan rumpai secara manual hendaklah dilakukan di sekeliling pokok bagi mengurangkan persaingan makanan dan air. Tanaman pisang amat sensitif terhadap racun herba. Penggunaan racun herba hendaklah dilakukan secara berhati-hati bagi menggelakkan terkena daun atau batang pisang. d. Penyakit dan Perosak Pada amnya Pisang Sabah jika dijaga dengan baik agak jarang dijangkiti penyakit dan serangan serangga perosak. Namun ianya boleh dijangkiti oleh Penyakit Layu Bakteria (Ralstonia solanacearum) dan menyebabkan pokok mati. Penyakit ini boleh dikawal dengan mengamalkan pengurusan ladang yang baik dan menggunakan bahan tanaman yang sihat dan bebas dari penyakit. Pisang Sabah agak tahan terhadap jangkitan Penyakit Bintik Daun Sigatoka (Mycosphaerella musicola) dan Layu Panama (Fusarium oxysporum). Serangga perosak yang sering menyerang tanaman Pisang Sabah adalah Penggulung Daun Pisang (Erionota thrax) dan Pengorek Umbisi Pisang (Cosmopolites sordidus). Penggulung Daun Pisang boleh dikawal dengan memungut dan memusnahkan larva dan kepompongnya. Pengorek Umbisi Pisang harus dikawal pada peringkat awal penanaman dengan menggunakan sulur yang sihat dan dicelup dalam air panas 55° C selama 5-10 minit sebelum menanam. Serangan di peringkat ladang dikawal dengan menebang pokok yang diserang, umbisinya dikorek, dicincang dan didedahkan kepada cahaya matahari agar larva dan kepompongnya mati. Ianya juga boleh dikawal dengan menyembur racun Dieldrin @Dieldrix 15 pada kadar 0.1% a.i. pada pangkal pokok yang diserang dan permukaan rizom yang dipotong ketika membuang sulur. Umur (Bulan) Jenis Baja Kadar Baja (g/pokok) Semasa menanam CIRP Kapur (GML) Baja Organik 100 100 1000 1 NPK Hijau (15:15:15) 100 2 NPK Hijau (15:15:15) 150 3 NPK Hijau (15:15:15) 150 4 NPK Hijau (15:15:15) 150 5 NPK Hijau (15:15:15) 150 6 NPK Biru (12:12:17:2) MOP (Muriate of Potash) 200 100 8 NPK Biru (12:12:17:2) 200 9 NPK Biru (12:12:17:2) 250 12 NPK Biru (12:12:17:2) NPK Hijau (15:15:15) 250 250 13 Kapur (GML) 1000 15 NPK Biru (12:12:17:2) 250 18 NPK Biru (12:12:17:2) 250 21 NPK Biru (12:12:17:2) 400 24 NPK Biru (12:12:17:2) 400 Sulur pedang Simptom jangkitan Penyakit Layu Bakteria pada pokok dan buah tanaman Pisang Sabah. Bahan tanaman daripada kultur tisu
PENANAMAN KELAPA TACUNAN (TACD) (Tacunan Green Dwarf) JABATAN PERTANIAN Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah Seksyen Penerangan Pertanian, Jabatan Pertanian (Ibu Pejabat) Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah, Aras 1, Wisma Pertanian Sabah, 88632 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Pokok Kelapa Tacunan mula berbuah 4 tahun selepas ditanam. Rupabentuk Buah Kelapa Tacunan Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan. Komponen buah kelapa yang matang adalah seperti berikut: Ciri utama Kelapa Tacunan yang mempunyai Pelepah dan Buah berwarna hijau. Berat buah 1292 g Saiz buah Ukurlilit ‘Polar’= 62 cm Ukurlilit ‘Equatorial’= 55 cm Berat sabut kelapa 381 g Isipadu air 238 ml Tahap kemanisan air 8.9% TSS Berat tempurong 212 g Berat isi segar 460 g Ketebalan isi kelapa 10.7 mm Berat kopra 247 g Kandungan minyak 53 ml Purata berat buah kelapa muda 3,837 g Bingkisan No:101/FT/2016
Pengenalan Kelapa Tacunan (TACD) (Tacunan Green Dwarf) merupakan janaplasma berasal dari Filipina yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian Sabah pada tahun 1980. Prestasi pertumbuhan kelapa ini telah dinilai dan diperbanyakan di Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, Sandakan. Kelapa ini disyorkan untuk penanaman secara komersil kerana mempunyai buah yang bersaiz besar, berbuah awal dan pokok yang rendah. Kos pengeluaran bahan tanaman kelapa ini adalah lebih murah berbanding dengan kelapa jenis kacukan kerana ia hanya perlu dibiakan dalam keadaan kebun bahan tanaman yang terkawal (isolated seedgarden) tanpa kos pengeluaran debunga, emaskulasi (emasculation) dan pendebungaan berbantu. Kelapa ini telah diperkenalkan kepada petani melalui projek penyelidikan usahasama dengan Jabatan Pertanian di daerah Pitas, Kota Marudu, Kudat, Menumbok, Tawau dan Sandakan. Kelapa ini mampu menghasilkan buah bersaiz sederhana hingga besar. Deskripsi Tanaman Tacunan merupakan kelapa jenis rendah. Ia mudah dikenalpasti kerana keseluruhan daun dan buah berwarna hijau, mempunyai seludang yang pendek dan tebal serta ruang kosong pada bahagian hujung, spikelet yang pendek dan tebal. Setiap jambak mempunyai 30 bunga betina. Sabut pada hujung buah mempunyai tanda retakan. Batang pokoknya walaupun agak besar namun peningkatan ketinggian adalah lambat. c. Kawalan rumpai Kerja merumpai perlu dibuat sebelum pembajaan dilakukan. Merumpai dibuat bagi menjaga kesuburan dan memudahkan penuaian hasil. d. Kawalan Penyakit dan Perosak Kelapa Tacunan tidak mempunyai masalah penyakit dan perosak yang serius. Walau bagaimanapun, masalah serangan kumbang tanduk selalu dikesan pada pokok yang telah dipindahkan ke ladang. Serangan yang teruk akan menjejaskan pertumbuhan dan hasil tanaman. Kawalan dibuat dengan menjaga kebersihan ladang dan memusnahkan tempat pembiakan kumbang serta memastikan batang pokok kelapa atau kayu terbiar tidak mereput di ladang. Penuaian dan Hasil Kelapa Tacunan mulai berbuah selepas 4 - 6 tahun ditanam. Buahnya sesuai dimakan segar dan digunakan untuk masakan. Kelapa ini juga mempunyai kandungan asid laurik dan hasil minyak yang tinggi. Oleh itu, ia sesuai untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara (VCO). Purata sebiji kelapa boleh menghasilkan 53 ml VCO. Kelapa Tacunan di Filipina dilaporkan boleh mengeluarkan hasil purata sebanyak 94 biji buah setahun sepokok dengan potensi hasil mencapai sehingga 204 biji. Setiap biji buah boleh menghasilkan 250 g kopra. Pada keadaan tempatan iaitu di Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, pokok kelapa ini boleh mengeluarkan hasil 50 - 90 biji buah. Buah matang mengandungi 460 g isi segar yang boleh menghasilkan 247 g kopra pada kelembapan 6%. Setiap pokok boleh menghasilkan 17 pelepah setahun yang bersaiz besar berbanding dengan kelapa rendah yang lain. Panjang pelepah boleh mencapai 5.6 - 6.6 m dengan tangkai pelepah 1.5m. Setiap pelepah mempunyai 220 helai daun. Kelapa ini cepat berbuah dan tandan buah yang pertama selalu kelihatan menyentuh permukaan tanah. Penyediaan bahan tanaman Anak benih kelapa berumur 2 hingga 3 bulan boleh ditanam di dalam polibeg. Ia sesuai dipindahkan ke ladang pada umur 7 hingga 8 bulan selepas disemai. Pengurusan dan penyelenggaraan Ladang a. Penanaman Jarak penanaman ialah 7 m x 7 m secara segitiga sama dengan kepadatan 236 pokok sehektar. b. Pembajaan Umur pokok selepas ditanam (bulan) Kadar baja NPK Mg (12:6:22+3) (kg sepokok) Semasa menanam 0.5 + 200g baja Fosfat 6 0.5 12 0.5 18 0.6 24 0.8 30 1 36 1.2 42 1.5 48 1.8 54 2.1 60 dan ke atas 2.5
PENANAMAN KELAPA PANDAN Aromatic Green Dwarf (AROD) JABATAN PERTANIAN Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah Pokok Kelapa Pandan berhasil tinggi Anak benih cambah Kelapa Pandan di petak semaian Buah Kelapa Pandan BINGKISAN NO:- 87/IC/2015 ...……………………………………Dicetak oleh……………………………………. Seksyen Penerangan , Jabatan Pertanian (Ibu Pejabat) Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah Aras 1, Wisma Pertanian Sabah, 88632 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Untuk keterangan lanjut sila hubungi:- Pejabat Pertanian Daerah yang terdekat
Pengenalan Kelapa Pandan atau ‘Aromatic Green Dwarf’ (AROD) berasal dari Thailand dan ditanam di Sabah pada tahun 1985 untuk kajian kesesuaian tanaman di Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, Sandakan. Pada tahun 1997, Jabatan Pertanian Sabah telah mengesyorkan kelapa Pandan untuk ditanam secara komersil bagi hasil buah. Kini ia merupakan varieti kelapa yang paling digemari untuk hasil buah muda. Isi kelapa tua boleh digunakan untuk membuat minyak kelapa dara ‘virgin coconut oil’ (VCO) beraroma, halwa buah, kuih-muih dan sebagainya. Deskripsi Tanaman Pokok Kelapa Pandan adalah jenis rendah dan biasanya mula berbuah 3 tahun selepas ditanam. Ia mempunyai pelepah dan buah yang berwarna hijau. Buah berbentuk bulat dan bersaiz sederhana. Daun, akar, bunga, isi dan air mempunyai aroma pandan. Keperluan Iklim dan Tanah Kawasan yang mempunyai musim kemarau lebih daripada 2 bulan adalah tidak sesuai kecuali kemudahan pengairan disediakan kerana Kelapa Pandan tidak tahan dengan keadaan kemarau yang berpanjangan. Kawasan yang disyorkan untuk penanaman haruslah mempunyai tanah yang subur dan amalan pertanian yang baik dilaksanakan oleh pengusaha. Penuaian dan Hasil Kelapa Pandan boleh menghasilkan buah sebanyak 80 - 120 biji sepokok setahun. Purata hasil buah sehektar adalah 21,000 - 32,000 biji. Hasil tuaian adalah dalam bentuk kelapa muda atau kelapa tua. a. Kelapa Muda Buah kelapa muda yang sesuai untuk dimakan segar adalah pada umur 7 bulan selepas pembentukan buah. Air kelapa pada umur ini mempunyai tahap kemanisan paling tinggi dengan kandungan gula mencapai 7.2% (TSS). Umumnya sebiji buah kelapa muda mempunyai purata berat 2.4 kg, kandungan air 510 ml dan kandungan gula 5.5 % (TSS). Buah muda boleh dijual dalam bentuk separa kupas atau dipanggang. Airnya boleh diproses menjadi minuman ringan. Kemudahan pengangkutan dan prasarana untuk pemasaran perlu ada berhampiran dengan kawasan penanaman kelapa. Buah kelapa muda perlu dikendalikan dengan cermat dan diangkut secepat mungkin ke tempat pemasaran kerana jangka hayat penyimpanannya hanya 3 - 4 hari selepas dituai. Buah muda dalam bentuk separa kupas perlu disimpan di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama. b. Kelapa Tua Buah Kelapa Pandan menjadi kelapa tua dalam masa 11 bulan selepas pembentukan buah. Umumnya sebiji buah kelapa tua mempunyai purata berat isi kira-kira 250 g dan bila diproses boleh menghasilkan 56 ml Minyak Kelapa Dara (VCO). Bahan Tanaman Anak benih Kelapa Pandan boleh dipohon dari Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, Sandakan dan Stesen Kelapa Menumbok, Jabatan Pertanian Sabah. Pengurusan dan Penyelenggaraan Tanaman a. Penanaman Jarak tanaman yang disyorkan ialah 6.5 m x 6.5 m x 6.5 m (272 pokok sehektar) dengan menggunakan sistem penanaman tiga segi. Penanaman boleh disepadukan dengan tanaman buah-buahan dan herba, lebah madu atau ternakan untuk meningkatkan hasil dan pendapatan seunit kawasan. b. Pembajaan Pembajaan adalah perlu untuk pertumbuhan pokok yang baik dan hasil yang tinggi dengan menggunakan baja sebatian NPK biru (12:12:17:2+TE). Kadar baja mengikut umur pokok adalah seperti berikut: * ditabur dalam lubang penanaman * Umur pokok Kg/pokok Semasa menanam 0.15 + 0.2 kg CIRP* 6 bulan 0.2 1 tahun 0.5 1 ½ tahun 0.6 2 tahun 0.8 2 ½ tahun 1.0 3 tahun 1.2 3 ½ tahun 1.5 4 tahun 1.8 4 ½ tahun 2.5 5 tahun ke atas 2.5 setiap enam bulan
KELAPA MATAG (MYD X TAGT) JABATAN PERTANIAN Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah ...……………………………………Dicetak oleh……………………………………. Seksyen Penerangan Pertanian, Jabatan Pertanian (Ibu Pejabat) Kementerian Pertanian , Perikanan Dan Industri Makanan Sabah, Aras 1, Wisma Pertanian Sabah, 88632 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Bingkisan No: 105/FT/2016 Hasil Kelapa MATAG mulai mengeluarkan bunga tiga tahun selepas ditanam. Penuaian buah dilakukan pada empat tahun selepas ditanam. Buah kelapa MATAG boleh dikutip sebagai hasil buah muda atau buah matang. Buah muda biasanya dituai apabila mencapai 7 bulan. Manakala buah matang dituai pada 12 bulan selepas pembentukan buah. Kelapa MATAG mempunyai potensi hasil buah sebanyak 58 ke 75 biji sepokok setahun. Hasil sehektar dianggar 10,440 ke 13,500 biji buah setahun. Sebiji buah kelapa MATAG boleh menghasilkan 481 g isi segar atau 256 gram kopra. Oleh itu, satu hektar tanaman kelapa MATAG boleh menghasilkan 5 tan ke 6.5 tan isi segar atau 2.6 ke 3.4 tan. kopra setahun (6% kelembapan). Pada lokasi yang mempunyai kilang pemprosesan, isi kelapa sesuai dibuat santan dan kelapa parut kering. Minyak Kelapa Dara (VCO, Virgin Coconut oil) juga boleh diproses dengan menggunakan isi kelapa ini. Komponen buah muda dan buah matang adalah seperti berikut: Komponen buah Buah muda* Buah matang Berat buah (g) 2138 1232 Kuantiti air (ml) 512 264 Berat isi (g) 145 481 Berat sabut (g) - 293 Berat tempurung (g) - 193 Berat kopra (g)* - 256 Kandungan gula (% t.s.s) 6.24 - Minyak (ml) - 88 * kematangan buah pada 7 bulan ** pada 6% kandungan kelembapan
Pengenalan MATAG adalah kelapa kacukan yang dihasil menerusi proses pendebungaan berbantu diantara induk betina Kelapa Rendah Malayan Kuning (Melayan Yellow Dwarf (MYD)) atau Merah (Melayan Red Dwarf (MRD)) dengan induk jantan kelapa Tagnanan (TAGT) yang berasal dari Filipine. Buahnya besar dan berbentuk bulat. Usaha membiak bahan tanaman Kelapa MATAG telah dimulai oleh Jabatan Pertanian Sabah pada tahun 1999. Kelapa MATAG diagihkan kepada petani di bawah Program Penanaman Baru atau Pemulihan Semula Kelapa Berintegrasi sejak Rancangan Malaysia Kelapan. Bahan Tanaman Bahan tanaman kelapa MATAG adalah dibekalkan oleh Stesen Kelapa Menumbok. Para pekebun kecil yang berminat untuk menanam kelapa ini boleh memohon melalui Pegawai Pertanian di Daerah yang berdekatan. Penanaman Jarak tanaman kelapa MATAG ialah 8 meter x 8 meter (180 pokok/hektar). Saiz lubang penanaman ialah 40 cm x 40 cm x 30 cm. Anak benih berumur 7 hingga 8 bulan adalah sesuai ditanam. Setiap lubang tanaman perlu ditabur dengan 200 g baja fosfat untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Anak benih yang baru ditanam di ladang perlu dibuat pelindung sementara dengan menggunakan daun kelapa atau kelapa sawit. Penyelenggaraan Ladang (1) Kawalan Rumpai Rumput rumpai di keliling pokok kelapa dan antara barisan perlu dikawal dengan pusingan sebanyak 6 kali setahun. Kawalan rumpai boleh dibuat secara manual atau dengan racun rumpai seperti paraquat atau glyphosate. (2) Pembajaan Tanaman kelapa MATAG perlu dibaja untuk pertumbuhan yang subur dan hasil yang baik. Baja yang disyorkan adalah NPK Biru+TE dengan nisbah 12:12:17:2+TE. Berikut adalah panduan kadar baja mengikut umur pokok: Umur pokok Kadar baja NPK biru+TE sepokok (kg) Semasa menanam 0.15 + 0.2 CIRP 6 bulan 0.2 1 tahun 0.5 1 ½ tahun 0.6 2 tahun 0.8 2 ½ tahun 1.0 3 tahun 1.2 3 ½ tahun 1.5 4 tahun 1.8 4 ½ tahun 2.5 5 tahun ke atas 2.5
DURIAN BABAGON (Durio graveolens Becc.) JABATAN PERTANIAN SABAH Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah Kegunaan Selain daripada dimakan segar, buah Durian Babagon juga boleh diproses dijadikan tempoyak dan sebagai bahan dan perisa pelbagai jenis kuih dan kek. Nutrien Kadar (setiap 100g) Kalori (Kcal) 152.0 Kelembapan (%) 66.7 Karbohidrat (g) 21.5 Protein (g) 2.6 Lemak (g) 6.2 Serat (g) 2.0 Abu (g) 1.0 Kalsium (mg) 10.0 Zink (mg) 5.9 Zat Besi (mg) 6.0 Kuprum (mg) 7.0 Vitamin C (mg) 49.0 Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi: Stesen Penyelidikan Pertanian, Peti Surat No. 197, 89908 Tenom. Tel: 087-735661 / 737568 / 737951 Fax: 087-737570 Daun dan bunga Durian Babagon Nilai Zat Pemakanan Penuaian dan Hasil Durian Babagon akan mengeluarkan hasil antara 5-6 tahun jika ditanam menggunakan anak cantuman dan 8-10 tahun jika menggunakan biji benih. Sementara itu buahnya mengambil masa selama 105-120 hari dari tempoh pengeluaran bunga sehingga dituai. Anggaran hasil bagi setiap pokok dewasa ialah antara 30-50 biji/pokok/tahun (25-60 kilogram/pokok/tahun) bagi pokok yang berumur antara 8-10 tahun. Berdasarkan kepada rekod penyelidikan di ARS Tenom, didapati pengeluaran hasil akan meningkat sehingga mencecah 150-200 biji / pokok / tahun (140-210 kilogram / pokok / tahun) pada umur pokok antara 18-25 tahun. Pada kebiasaannya Durian Babagon berbuah 2 kali setahun. Bingkisan No. 122/FT/2021 Penyakit yang selalu menyerang adalah seperti kanker batang (Phytopthora palmivora), kulat daun (Rhizoctonia solani), penyakit akar (Phythium sp dan Rigidoporus lignosus). Penyakit kanker batang pada peringkat awal boleh dikawal dengan penggunaan racun kulat seperti fosetyl-aluminium (contoh: Aliette) atau metalaxyl (contoh: Ridomil 25WP) sama ada melalui kaedah siraman, suntikan, semburan atau sapuan. Kawalan serangga perosak dan penyakit juga boleh dilakukan secara biologi menggunakan mikro organisma tertentu. Buah masak berwarna hijau kekuningan dan isi berwarna Dicetak oleh Seksyen Penerangan , Jabatan Pertanian Sabah (Ibu Pejabat) Kementerian Pertanian,Perikanan Dan Industri Makanan Aras 1, Wisma Pertanian Sabah, 88632 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Pengenalan Negeri Sabah memang terkenal dengan kepelbagaian jenis tanaman termasuk buah-buahan tempatan. Jabatan Pertanian Sabah melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi khasnya Stesen Penyelidikan Pertanian (ARS), Tenom sejak awal 80an lagi telah giat menjalankan aktiviti mengumpul dan menanam pelbagai jenis buah-buahan tempatan termasuk jenis liar dan yang baru diperkenalkan (newly introduced) dari luar negara melalui projek Koleksi Janaplasma Tanaman Buah-Buahan. Jenis tanaman buah-buahan tempatan yang diberi tumpuan adalah jenis yang berpotensi untuk dibangunkan secara komersial termasuk untuk kegunaan pembiakbakaan tanaman (plant breeding) di masa hadapan. Di antara jenis buah-buahan tempatan yang diberi tumpuan adalah durian, tarap, bambangan, pulasan dan banyak lagi. Hasil daripada kajian selama lebih kurang 30 tahun di ARS Tenom, mendapati sejenis durian tempatan dinamakan ‘Durian Babagon’ (Durio graveolens Becc.) mempunyai kualiti buah yang baik dan berpotensi untuk dibangunkan secara komersial. Durian ini mempunyai isi bertekstur lembut, warna oren dan rasa manis berlemak. Ianya juga kadangkala mengeluarkan buah 2 kali setahun bergantung kepada keadaan cuaca. Asal sebenar durian ini tidak diketahui namun bahan tanamannya diambil dari kawasan Kg. Babagon, Penampang. Deskripsi Tanaman Pokok Durian‘ Babagon’ adalah bersaiz besar dan boleh mencapai 25-30 meter ketinggian dan 100-250 sentimeter ukurlilit batang. Daun berbentuk oblong dengan permukaan atas berkilat, berwarna hijau tua sementara bawah daun berwarna hijau keperangan. Pangkal daun berbentuk obtus dan hujung daun berbentuk akuminat. Bunga berwarna putih krim. Buah berbentuk ovat, bersaiz sederhana besar dengan berat antara 0.9-1.4 kilogram sebiji serta berwarna hijau muda ke hijau kekuningan. Terdapat sedikit duri halus di sekeliling pangkal tangkai (pedisel). Hujung buah (apeks) juga mempunyai sedikit duri halus. Isi buah berwarna oren, sederhana tebal (5.0-8.0 milimeter), tekstur halus dan berasa lemak manis. Duri buah sederhana panjang. Ciri unik buah Durian Babagon adalah ianya mudah dibuka. Keperluan Iklim dan Tanah Keperluan tanah dan iklim untuk Durian Babagon adalah sama dengan durian biasa (D. zibethinus). Ia tumbuh dengan baik di kawasan beriklim tropika pada julat suhu 20°C - 35°C dan mempunyai taburan hujan sekata antara 1,500 - 3,500 milimeter setahun. Walau bagaimanapun, pokok durian memerlukan musim kemarau yang pendek iaitu 2 hingga 8 minggu dengan taburan hujan yang rendah untuk mengalakkan pengeluaran bunga. Durian Babagon tumbuh dengan baik pada tanah lom yang dalam, bersaliran baik, tinggi kandung organik dan pH 6.0-7.0. Ianya lebih sesuai ditanam di kawasan yang rata atau sedikit beralun. Pembiakan Bahan Tanaman Durian Babagon mudah dibiak secara tampang sama ada melalui teknik cantuman mata tunas, baji (cleft-grafting) atau cantuman sisi (side grafting). Pokok cantuman boleh ditanam di ladang pada 8-10 bulan selepas dicantum. Pembiakan melalui biji benih tidak digalakkan kerana lambat mengeluarkan hasil. Pengurusan dan Penyelenggaraan Tanaman a. Penanaman Jarak tanaman yang sesuai ialah 10 x 10 meter (100 pokok/hektar) hingga 12 x 12 meter (69 pokok/hektar). Sistem penanaman sama ada menggunakan sistem empat segi atau tiga segi. Saiz lubang tanaman adalah 60 x 60 x 60 sentimeter. Semasa menanam, lubang tanaman perlu diisi terlebih dahulu dengan CIRP dan baja organik seperti dalam jadual pembajaan. Anak tanaman perlu disiram dan diberi naungan sementara bagi mengelakkan daun daripada melecuh pada 2 bulan pertama selepas menanam di ladang. b. Kawalan Rumpai Pengawalan rumpai dibuat secara manual atau sungkupan di sekeliling pokok. Pokok yang berumur 2 tahun ke atas, tidak digalakkan mengawal rumpai menggunakan cangkul sebab akan mencederakan akar yang aktif mengambil makanan. Rumpai yang tumbuh di antara pokok pula boleh dikawal dengan menggunakan mesin pemotong rumput, menebas dengan parang ataupun dengan semburan racun rumpai. d. Serangga Perosak dan Penyakit Pokok Durian Babagon terdedah kepada serangan serangga perosak dan penyakit sama seperti durian biasa yang lain. Serangga perosak yang sering menyerang adalah seperti Pengorek biji durian (Mudaria magniplaga), Pengorek kulit buah (Conogethes punctiferalis), Kumbang pengorek batang (Platypus cupulatus), Pengorek batang (Synanthedon sp), Kutu psyllid (Allocaridara malayensis), Koya (Pseudococcus sp), Kumbang koboi (Adoretus compressus), Kumbang belangkas (Hypomeces squamosus) dan Teritip (Phenacaspis hedyoticlis). Kawalan dibuat dengan penggunaan racun yang sesuai seperti deltametrin (contoh: Decis), cypermethrin (contoh: Garrison), methdathion (contoh: Ultracide) atau dimethoate (contoh: Dimet 40) bergantung kepada jenis serangga perosak yang menyerang. Nota: Penggunaan baja organik disyorkan sebagai tambahan dengan kadar 10-15kg/pokok/tahun. Jadual 1. Jadual Pembajaan Durian Babagon Umur (Tahun) Jenis Baja Jumlah Baja (kg/pk/tahun) Kekerapan Setahun Semasa menanam CIRP Baja Organik 0.1 2.0 - - 1 15:15:15 0.6 6 kali 2 15:15:15 1.0 4 kali 3 15:15:15 2.0 4 kali 4 15:15:15 3.6 4 kali 5 12:12:17:2 + TE 4.5 4 kali 6 12:12:17:2 + TE 6.0 4 kali 7 12:12:17:2 + TE 7.5 3 kali 8 12:12:17:2 + TE 9.0 3 kali 9 ke atas 12:12:17:2 + TE 10.0 3 kali c. Pembajaan Program pembajaan yang disyorkan bagi tanaman Durian Babagon adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah.
PENANAMAN AVOKADO (Persea americana Mill.) JABATAN PERTANIAN Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah b. Pembajaan Pembajaan avokado adalah penting untuk memperolehi hasil yang baik. Jenis baja yang digunakan serta kadar dan kekerapan pembajaan adalah seperti berikut: c. Kawalan Rumpai Merumpai secara manual atau menggunakan racun rumpai adalah perlu terutama pada peringkat pokok muda bagi mengurangkan persaingan pokok untuk mendapatkan nutrien. d. Kawalan Penyakit dan Perosak Lalat buah merupakan serangga perosak utama yang menyerang buah avocado matang yang hampir masak. Ia dikawal dengan menggunakan perangkap feromon selepas pembentukan buah. Reput akar yang disebabkan oleh Phytophthora spp. merupakan penyakit utama tanaman avocado yang wujud di semua negara pengeluar avokado. Pokok yang diserang penyakit menunjukkan symptom daun kekuningan, dedaun yang jarang dan layu, mati rosot ranting dan pokok menjadi lemah. Serangan yang serius akan menyebabkan pokok layu dan mati. Penyakit ini dikawal dengan kaedah menyiram tanah dengan bahan kimia seperti ‘acetylacetonate’ (alluminium tris) atau ‘metalaxyl’. Kaedah suntikan batang dengan ‘acetylacetonate’ atau ‘kalium orthophosphonate’ juga boleh dilakukan. Walau bagaimanapun, penyelesaian terbaik untuk menangani masalah penyakit ini adalah dengan menggunakan bahan tanaman yang tahan penyakit. Penyakit-penyakit lain yang penting ialah bintik berpusar dan reput pada hujung tangkai buah. Penyakitpenyakit ini boleh dikawal dengan semburan racun ‘copper-oxychloride’. Penuaian dan Hasil Pokok klon cantuman mula mengeluarkan buah dua tahun selepas ditanam. Dalam keadaan iklim tempatan, musim utama avokado berbuah ialah pada bulan Mei - Jun dan luar musim pada Oktober. Hanya buah avokado yang matang sahaja akan dituai. Penuaian buah pramatang akan menjejaskan kualiti buah sementara kelewatan menuai akan mengakibatkan kerugian disebabkan jangkitan penyakit. Kematangan buah boleh ditentukan secara objektif melalui analisa bahan kering dan kandungan minyak buah. Walau bagaimanapun, kematangan buah juga boleh dikenalpasti dengan melihat keadaan rupa buah. Bagi varieti buah ungu, buah yang matang menunjukkan tanda kemunculan jalur-jalur ungu kemerahan dan bagi varieti buah hijau menunjukkan perubahan warna daripada hijau kepada hijau muda. Avokado boleh menghasilkan buah antara 2 - 15 tan sehektar bergantung kepada umur pokok. Buah avokado tempatan yang dijual di pasaran tempatan boleh mencecah harga antara RM5 - RM12 sekilogram. Untuk keterangan lanjut sila hubungi: Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan. , Umur (tahun) Jenis Baja Kadar (g) Kekerapan (setahun) 1 NPK Hijau (15:15:15) 250 4 2 NPK Hijau (15:15:15) 500 4 3 ke atas NPK Biru (12:12:17:2+TE) 1,000 4 10 ke atas NPK Biru (12:12:17:2+TE) 1,500 4 Bingkisan No:- 109/FT/2016 Seksyen Penerangan Pertanian, Jabatan Pertanian (Ibu Pejabat) Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah, Aras 1, Wisma Pertanian Sabah, 88632 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Pengenalan Avokado (Persea americana Mill.) berasal dari Mexico dan merupakan buah yang dimakan lebih dari 10,000 tahun oleh penduduk di rantau tersebut. Avokado dianggap antara buah yang paling berkhasiat dan kadangkala digelar sebagai mentega orang miskin. Isi buah berwarna seperti mentega dan rasanya seakan kekacang. Minyak yang dihasilkan oleh buah ini amat bernilai kerana boleh bertindak sebagai agen anti-kolesterol iaitu mengurangkan tahap kolestrol dalam darah akibat pengambilan lemak haiwan dalam makanan. Beberapa negara telah mempromosikan avokado sebagai buah yang berfaedah untuk kesihatan. Misalnya Yayasan Jantung Australia mengesahkan avocado merupakan makanan yang baik untuk kesihatan jantung dan begitu juga Suruhanjaya Avokado Califonia aktif mempromosikannya sebagai makanan yang baik untuk kesihatan. Pengeluaran avocado dunia pada tahun 2012 dianggarkan sebanyak 4.7 juta tan yang bernilai USD7.5 bilion. Pengeluar utama adalah Mexico, Indonesia, Colombia, Chile, Amerika Syarikat dan Brazil. Pengeksport utama adalah Chile, Mexico dan Israel manakala, pengimport utama adalah Amerika Syarikat, Perancis, Belanda, Jepun dan United Kingdom. Penanaman avocado secara komersil tidak terdapat di Malaysia. Avokado yang dijual dipasaran merupakan yang diimport atau hasil dari penanaman di halaman rumah. Deskripsi Bahan Tanaman Terpilih Buah Avokado tempatan adalah kurang berkualiti disebabkan bukan dari varieti yang terpilih. Sehubungan itu, program penyelidikan untuk memilih dan membiak tanaman avokado berkualiti telah dimulakan di Stesen Penyelidikan Pertanian, Bukit Quoin, Tawau pada awal Rancangan Malaysia ke-7, di bawah program mempelbagaikan tanaman di stesen. Avokado mempunyai sifat pembungaan yang unik iaitu memerlukan pendebungaan silang antara pokok. Oleh itu, disyorkan lebih daripada dua jenis klon ditanam iaitu yang mempunyai dua jenis bunga yang berlainan sifat (dikenali sebagai jenis A dan Jenis B). Ini untuk memastikan berlaku pendebungaan silang dan penghasilan buah yang baik. Penggunaan biji benih adalah tidak sesuai sebagai bahan tanaman komersil. Keperluan Tanah Avokado sesuai ditanam pada pelbagai jenis tanah yang mempunyai saliran yang baik. Ia amat sensitif pada tanah yang mempunyai air bertakung dan tanah masin. Pengurusan dan Penyelenggaraan Tanaman a. Penanaman Jarak penanaman avokado berbeza bergantung kepada jenis tanah dan kecergasan serta sifat pertumbuhan pokok. Bagi varieti yang sifat kanopi pokoknya melebar, jarak yang lebih luas diperlukan. Jarak penanaman yang biasa adalah 8m x 8m iaitu kepadatan tanaman 156 pokok sehektar untuk corak tanaman segiempat atau 179 pokok sehektar untuk corak tanaman segitiga. Petani digalakkan untuk mengamalkan tanaman selingan dengan pisang atau betik dalam tempoh dua tahun pertama penanaman supaya memperolehi pendapatan sementara menunggu avokado berbuah. Apabila pokok avokado telah tumbuh dengan keadaan baik, hujung pucuk avokado perlu dicantas pada ketinggian satu meter. Ini untuk menggalakkan pertumbuhan pucuk sisi yang akan membentuk kanopi berbentuk bulat seperti yang dikehendaki. Avokado perlu kerap dicantas untuk membuang sulur air, dahan tegak dan berpenyakit serta pucuk-pucuk yang tidak terdedah kepada matahari. Beberapa avokado berpotensi telah dikenalpasti dan dua klon iaitu QAV1 dan QAV2 telah disyorkan bagi penanaman secara komersil. Ciri-Ciri Klon QAV1 dan QAV2 Klon QAV1 QAV2 Sifat pokok Tegak Melebar dengan kanopi bulat Saiz daun Sederhana Kecil Bentuk buah ‘Pyriform’ ‘Ovate’, tiada leher Saiz Buah Sederhana–besar Sederhana Berat buah 330 – 500 g 290-320g Kulit buah Hijau terang dan bertukar kepada merah keunguan apabila masak, ketebalan sederhana, mudah dikupas. Hijau kekuningan berkilat dan bertukar kuning kehijauan apabila masak, kulit nipis, agak mudah dikupas. Saiz biji Sederhana, 20-25% dari berat buah. Sederhana, 20-25% daripada berat buah, padat di dalam rongga. Isi Kuning bermentega, pemulihan 68%, kualiti yang baik dengan rasa kekacang. Kuning bermentega, pemulihan 65-75%, kualiti yang baik dengan rasa kaya kekacang. Hasil 10 - 15 tan sehektar 5 - 8 tan sehektar
JABATAN PERTANIAN Kementerian Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah utama avocado berbuah adalah pada bulan Mei - Jun dan diikuti dengan musim kecil pada bulan Oktober. Hanya buah yang matang akan dituai. penuaian buah yang belum matang akan menjejaskan kualiti buah manakala kelewatan menuai akan menyebabkan buah mudah rosak disebabkan serangan perosak dan penyakit. Kematangan buah boleh dikenalpasti secara visual iaitu melalui perubahan warna pada kulit buah. Anggaran Aliran Kewangan Bagi Sehektar Avokado Untuk 20 Tahun Pembajaan Kawalan Penyakit dan Perosak (a) Lalat buah Lalat buah adalah serangga perosak utama avokado yang menyerang buah yang hampir masak. Ia boleh dikawal dengan menggunakan perangkap feromon selepas pembentukan buah. (b) Penyakit Reput Akar Penyakit reput akar disebabkan oleh kulat Phytophthora spp. Serangan penyakit ini adalah berpunca dari kelembapan tanah yang tinggi dan kelemahan sistem perparitan. Simptom serangan penyakit adalah daun kekuningan, layu, daun gugur, ranting menjadi kering dan pokok akhirnya mati. Semburan racun Metalaxyl (Ridomil) pada pangkal pokok dan permukaan tanah di bawah kanopi setiap 4 minggu sekali mampu mengawal serangan penyakit ini. Penuaian QAV3 mulai berbuah selepas dua tahun ditanam. Musim Bingkisan No: Jenis, Kadar dan Kekerapan Pembajaan Umur (tahun) Jenis Kadar (g) Kekerapan (kali/tahun) 1 NPK Green (15:15:15) 250 4 2 NPK Green (15:15:15) 500 4 3 ke atas NPK Blue (12:12:17:2+TE) 1,000 4 10 ke atas NPK Blue (12:12:17:2+TE) 1,500 4 AVOKADO QAV3 (Persea americana Mill.) PERKARA JUMLAH Aliran Wang Masuk Hasil Pendapatan Kasar @ RM5.00/kg 340,000 Kg RM 1,7000,000 Aliran Wang Keluar (a) Kos Pembangunan Membersih/Penyediaan Tanah Mengukur/melubang/menanam Anak Benih @ RM15/pokok (b) Kos Penyelenggaraan Baja Bahan Kimia Peralatan Ladang (c) Kos Tenaga Kerja Upah Kerja Ladang RM2,500 RM1,200 RM3,840 RM105,600 RM10,000 RM5,000 RM360,000 Pulangan (20 tahun) RM1,211,860 Anggaran pendapatan setahun ialah RM60,593 dan RM5,049 sebulan untuk 20 tahun.
Pengenalan Avokado (Persea Americana Mill.) dipercayai berasal dari Mexico, Amerika Tengah dan di Utara Amerika Selatan. Avokado dirujuk sebagai buah yang paling banyak mengandungi khasiat berbanding dengan buahbuahan lain. Isi buah avokado seakan-akan mentega dengan rasa berlemak. Minyak dari buah avokado adalah bernilai tinggi dan dikenali sebagai agen antikolestrol, dan ini bertentangan dengan kesan negatif dari lemak haiwan. Di sesetengah negara, avokado sering kali dipromosi sebagai buah untuk kesihatan. Selain dimakan segar, isi buah avokado juga boleh diproses menjadi pelbagai jenis makanan dan minuman. Beberapa penelitian telah menunjukkan bahawa pengambilan avokado mampu mengubah profil kolesterol dalam badan menjadi lebih baik dan menurunkan faktor risiko penyakit jantung. Penanaman avokado secara komersial di Sabah masih di peringkat awal. Walau bagaimanapun, permintaan ke atas klon avokado yang berkualiti semakin meningkat dari semasa ke semasa. Deskripsi Tanaman dan Bahan Tanaman Terpilih Program penyelidikan untuk memilih dan membiak tanaman avokado yang berkualiti telah dimulakan sejak awal Rancangan Malaysia ke-7. Hasil daripada penyelidikan yang telah dilaksanakan, sebanyak dua klon avokado telah dilancarkan pada tahun 2012 iaitu QAV1 dan QAV2. Bagi merancakkan industri penanaman avokado, Jabatan Pertanian Sabah telah melancarkan satu lagi klon baharu avokado yang dikenali sebagai QAV3. Huruf ‘Q’ membawa maksud Quoin Hill iaitu tempat di mana penyelidikan dijalankan. Manakala huruf ‘AV’ pula merupakan ringkasan kepada perkataan avokado dan nombor 3 merujuk kepada bilangan varieti yang telah dilancarkan. Ciri-ciri klon QAV3 Bentuk buah QAV3 yang obovate kelihatan lebih menarik berbanding klon QAV1. Avokado mempunyai sifat pembungaan yang unik, di mana pada kebiasaanya akan berlaku pendebungaan silang di antara pokok. Oleh itu, biji yang terhasil adalah tidak sesuai digunakan sebagai bahan tanaman komersial. Bagi memastikan ciri-ciri induk tanaman terus diwarisi, penghasilan anak pokok tanaman secara cantuman adalah disyorkan. Keperluan Iklim dan Tanah Avokado sesuai ditanam di kawasan iklim tropika dengan taburan hujan yang sekata sepanjang tahun. Ia mampu tumbuh dan hidup di tanah yang mempunyai saliran yang baik dan tidak sesuai di kawasan air bertakung dan tanah masin. Pengurusan dan Penyelenggaraan Tanaman Jarak penanaman yang disyorkan bagi avokado klon QAV3 ialah 6 m x 6 m secara segi empat sama dengan kepadatan 270 pokok sehektar. Bagi menggalakkan petumbuhan dahan sisi serta pembentukan kanopi yang lebih baik, pucuk anak pokok avokado dicantas setelah mencapai ketinggian 1 m dari paras tanah. Pemangkasan tunas air yang tumbuh di dahan-dahan sisi perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Ini termasuklah dahan dan ranting yang telah mati dan berpenyakit. Kebersihan kebun avokado perlu dijaga kerana keadaan semak akan menjadi tempat pembiakan perosak. Kawalan rumpai menggunakan mesin rumput adalah digalakkan manakala penggunaan racun rumpai hanya terhad di sekitar sempadan kebun bagi mengurangkan kesan sampingan penggunaan racun terhadap perkembangan tanaman avokado. Klon QAV3 Sifat pokok Tumbuh menegak Saiz daun Sederhana Bentuk buah Obovate, tiada leher Saiz buah Sederhana - besar Berat buah 340 - 500 g Kulit buah Hijau terang dan bertukar kepada warna merah keunguan apabila masak, kulit nipis dan mudah dikupas Saiz biji Sederhana, 20 - 25% dari berat buah, padat di dalam rongga. Isi Kuning bermentega, 68% dari berat buah, kualiti yang baik dengan rasa kekacang. Hasil 16 - 26 t/ha