The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by agrocultured, 2023-01-06 02:55:39

KOD ETIKA & TATAKELAKUAN

KOD ETIKA & TATAKELAKUAN

Buku Perancangan & Kalendar Aktiviti 2023 ____________________________________________________

KOD ETIKA DAN TATAKELAKUAN

Selaras dengan Arahan Perdana Menteri No. 1, 1998 “Gerakan Pemantapan
Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia”, Jabatan Pertanian
Sabah telah menubuhkan Jawatankuasa ini ialah untuk mewujudkan pentadbiran
jabatan yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti yang paling tinggi dengan
mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni di samping berusaha mengatasi masalah-
masalah dan kelemahan terutamanya dalam pengurusan kewangan kerajaan,
pentadbiran awam, pengendalian kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan
penyelewengan yang ditegah oleh peraturan, perundangan serta agama.

Buku Kod Etika dan Kod Tatakelakuan Jabatan Pertanian Sabah disediakan bagi
maksud pelaksanaan aktiviti penggalakan dan penerapan serta penghayatan nilai-
nilai murni, etika dan tata kelakuan.

1. NILAI-NILAI MURNI TERAS JABATAN PERTANIAN SABAH
Nilai-nilai murni teras yang perlu dihayati oleh semua warga Jabatan Pertanian
Sabah tersebut adalah seperti berikut :
• Benar
• Amanah
• Bijaksana
• Telus
• Bersyukur
• Adil

2. NILAI-NILAI MURNI KEMBANGAN JABATAN PERTANIAN SABAH
Nilai-nilai murni kembangan yang perlu dihayati oleh semua warga Jabatan
Pertanian Sabah tersebut adalah seperti berikut:
• Bertanggungjawab
• Berdedikasi
• Berdisiplin
• Bekerjasama
• Bersih
• Berbudi Mulia
• Ikhlas
• Tekun
• Sederhana
• Sabar

Jabatan Pertanian Sabah________________________________________________________________

Buku Perancangan & Kalendar Aktiviti 2023 ____________________________________________________

3. TATAKELAKUAN JABATAN PERTANIAN SABAH

Pewujudan Kod Tatakelakuan bertujuan untuk memutuskan kelakuan warga
Jabatan Pertanian sentiasa selaras dengan Kod Etika dan peraturan serta
undang-undang Kerajaan. Ianya juga bermatlamat untuk memelihara imej,
kredibiliti dan reputasi Jabatan Pertanian Sabah agar sentiasa dihormati
bersesuaian dengan wawasan untuk menjadikan Jabatan sebagai organisasi
peneraju transformasi pertanian.

Tatakelakuan yang perlu difahami oleh semua warga Jabatan Pertanian Sabah
adalah seperti berikut :
• Tanggungjawab Kepada Kerajaan Memerintah
• Hubungan dengan Menteri-Menteri
• Hubungan dengan Orang Awam
• Berkecuali dalam Hal Politik
• Keselamatan dan Kerahsiaan Maklumat
• Keselamatan Perlindungan
• Pengaksesan dan Penyebaran Maklumat
• Tanggungjawab Terhadap Penggunaan Sumber-Sumber Awam
• Pengawasan Harta Awam
• Pengisytiharan Harta
• Cuti
• Ketidakhadiran Bertugas
• Penghayatan Disiplin Waktu Bekerja
• Pakaian
• Kepatuhan Terhadap Arahan
• Percanggahan Kepentingan
• Pekerjaan Luar
• Membuat Penyataan Akhbar dan Perhubungan Dengan Media Massa
• Penerimaan Hadiah
• Kesusahan Berat Kerana Hutang, Meminjam Wang dan Menjadi Penjamin
• Menyara Hidup Melebihi Pendapatan Rasmi
• Kegiatan Politik
• Kegiatan Jenayah
• Anutan dan Kepercayaan Membahayakan
• Dadah, Minuman Keras dan Perjudian
• Kekerasan dan Diskriminasi
• Pematuhan Peraturan Umum
• Jemputan Majlis Rasmi
• Pematuhan Arahan, Peraturan, Pekeliling Dan Surat Pekeliling

Jabatan Pertanian Sabah________________________________________________________________

Buku Perancangan & Kalendar Aktiviti 2023 ____________________________________________________

TATACARA TUNTUTAN SKIM INSURAN KEMALANGAN PERIBADI
KAKITANGAN KERAJAAN SECARA BERKUMPULAN

Jika berlaku kemalangan atau kecederaan mana-mana kakitangan termasuk pekerja
bergaji hari Jabatan, adalah layak untuk menuntut insuran kemalangan peribadi.
Tempoh sah untuk membuat laporan bagi tujuan tuntutan insuran ini adalah selama
90 hari sahaja dari Tarikh kemalangan berlaku. Pegawai/Pegawai Penguasa adalah
bertanggungjawab untuk menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut dengan
kadar SEGERA untuk melaporkan kejadian.

1. Ketua Pegawai Pentadbiran 2. Penolong Pegawai Tadbir
Ibu Pejabat Pertanian Ibu Pejabat Pertanian
88632 KOTA KINABALU 88632 KOTA KINABALU
Tel: 088-283299 (P) Tel: 088-283295 (P)
Fax: 088-239046 (P) Fax: 088-239046 (P)

Di samping itu, Pegawai/Pegawai Penguasa mestilah menyediakan dokumen-
dokumen berikut sebagai sokongan kepada tuntutan.

1. Bagi kakitangan yang meninggal dunia:
• Laporan polis
• Laporan Perubatan
• Laporan Bedah Siasat
• Salinan Sijil Mati
• Salinan slip-slip gaji (3 bulan kebelakangan)
• Salinan Surat Pelantikan Jawatan
• Permit Pengkebumian

2. Bagi kakitangan yang cedera:
• Laporan polis
• Laporan Perubatan
• Salinan Surat Pelantikan Jawatan
• Salinan slip-slip gaji (3 bulan kebelakangan)
• Salinan Cuti Sakit
• Gambar menunjukkan bahagian yang cedera

Jabatan Pertanian Sabah________________________________________________________________

Buku Perancangan & Kalendar Aktiviti 2023 ____________________________________________________

ALAMAT DAN NOMBOR KEMENTERIAN PERTANIAN DAN
PERIKANAN NEGERI SABAH, JABATAN DAN AGENSI

Nama Kementerian, Jabatan Alamat Perhubungan Nombor
Dan Agensi Negeri Perhubungan

Kementerian Pertanian dan Aras 7 dan 8, Wisma Pertanian Tel : 088-283654 /
Perikanan Jln. Tasik Luyang , Off Jln. Maktab 283655
Gaya, Beg Berkunci No. 2049 Faks : 088-234834
88624 KOTA KINABALU

Jabatan Pertanian Sabah Aras 1,5,6 dan 7, Wisma Pertanian Tel : 088-283283
Jln. Tasik Luyang, Off Jln. Maktab Faks : 088-239046
Gaya, Beg Berkunci No. 2050
88632 KOTA KINABALU

Jabatan Pengairan dan Aras 5, Wisma Pertanian, Jln. Tel : 088-280500
Saliran Sabah Tasik Luyang, Off Jln. Maktab Faks : 088-242770
Gaya Beg Berkunci No. 2052
88767 KOTA KINABALU

Jabatan Perikanan Sabah Aras 4, Blok B, Wisma Pertanian Tel : 088-235966 /
Jln. Tasik Luyang, Off Jln. Maktab 245489 / 245490
Gaya, Beg Berkunci No. 2051 Faks : 088-240511
88628 KOTA KINABALU

Jabatan Perkhidmatan Aras 3, Blok B, Wisma Pertanian Tel : 088-287400
Veterinar Sabah Jln. Tasik Luyang, Off Jln. Maktab Faks : 088-218418
Gaya, Beg Berkunci 2051
88999 KOTA KINABALU

Koperasi Pembangunan Desa Aras 2, Wisma Pertanian, Jln. Tel : 088-291388 /
(KPD) Tasik Luyang, Off Jln. Maktab 328/362
Gaya Faks : 088-291354
Korperasi Kemajuan Beg Berkunci 86
88998 KOTA KINABALU Tel : 088-294301
Perikanan dan Nelayan Faks : 088-233076
Aras 4, Blok A, Wisma Pertanian
Sabah (KO-NELAYAN) Jln. Tasik Luyang, Off Jln. Maktab Tel : 088-212311 /
Gaya, Beg Berkunci 150 210472 / 210531
Lembaga Industri Getah 88994 KOTA KINABALU Faks : 088-234940
Sabah
Aras 3, Wisma Pertanian, Jln.
Tasik Luyang, Off Jln. Maktab
Gaya, Beg Berkunci 2016
88999 KOTA KINABALU

Jabatan Pertanian Sabah________________________________________________________________

Buku Perancangan & Kalendar Aktiviti 2023 ____________________________________________________

ALAMAT DAN NOMBOR KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI
ASAS TANI SERTA AGENSI PERSEKUTUAN

Nama Kementerian, Jabatan Alamat Perhubungan Nombor
Dan Agensi Negeri Perhubungan

Kementerian Pertanian dan Industri Blok 4G1, Wisma Tani, No. 28 Tel : 03-8870 1200 / 1400
Asas Tani Persiaran Perdana, Presint 4 Faks : 03-8888 6906
Jabatan Pertanian Malaysia Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Tel : 03-8870 3000
Pengarah Pembangunan FAMA Putrajaya Malaysia Faks : 03-8888 5069
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30 Persiaran Tel : 088-491807
Pengurus Besar Wilayah FELCRA Perdana, Presint 4 Faks : 088-491813 / 815
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624
Pengarah MARDI Negeri Sabah PUTRAJAYA MALAYSIA Tel : 088-487500 / 503
Pengarah Lembaga Pertubuhan Pejabat FAMA Negeri Sabah Faks : 088-487510
Peladang Sabah Lot 2, Jalan 1, KKIP Timur
Pengarah MARA Negeri Sabah Commercial Zone 2, Kota Kinabalu Tel : 088-490217 / 148 /
Industrial Zone (KKIP) 769 / 479
Pengurus Agro Bank Malaysia Negeri 88450 KOTA KINABALU Faks : 088-490736
Sabah Pejabat Pengurus Besar Wilayah Tel : 088-249615 /
PELCRA Berhad Sabah, Wisma FELCRA, Lot 33, 249616 / 249617
Lorong Plaza Permai 5, Alamesra Sulaman- Faks : 088-249607
Coastal Highway, Peti Surat 13837 Tel : 088-211011 / 211012
88400 KOTA KINABALU Faks : 088-211603
Pejabat MARDI Negeri Sabah, Lot 1 Taman
Perindustrian Kota Kinabalu Tel : 088-288228 / 238 /
(KKIP) KM7, Jalan Teluk Sepanggar, Menggatal 237 /211 / 267071
88450 KOTA KINABALU Faks : 088-288222
Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah, Tingkat 8,
Blok D, Bangunan KWSP, Jln. Karamunsing
88100 KOTA KINABALU
Pejabat MARA Negeri Sabah
Tingkat 1,2 & 3, Lot 1 & 2, Blok J
Ruang Singgah Mata, Asia City
Peti Surat No. 11040
88609 KOTA KINABALU
Agro Bank Malaysia, Pejabat Negeri Sabah, No.
135, Jalan Gaya
Beg Berkunci No. 145
88994 KOTA KINABALU

Pengurus Bank SME Lot 24 & 25, Blok D, Kepayan Perdana Tel : 088-413586 /
Lembaga Koko Malaysia Jalan Lintas, 88865 KOTA KINABALU 413587 / 588
Lembaga Minyak Sawit Malaysia Faks : 088-413279
(MPOB) Tingkat 5 & 6, Wisma SEDCO Tel : 088-252572
Bahagian Kawalan Racun Perosak Lorong Plaza Wawasan Faks : 088-256912
88111 KOTA KINABALU Tel : 088-493700 / 702 /
Beras Corporation Sdn. Bhd. Pejabat Wilayah Sabah 703 / 705
Pusat Maklumat dan Taman Sawit (OPPIC), Lot 1, Faks : 088-493706 /
Jalan 1A, KKIP Timur 493709
Off Jalan Norowot, 88460 KKIP Tel : 088-266617 / 233961
KOTA KINABALU Faks : 088-218007
Bahagian Kawalan Racun Perosak
Jabatan Pertanian (Persekutuan) Malaysia, Tel : 088-257510 /
Tingkat 5, Bangunan Pos Besar, Peti Surat No. 252506 / 258507 / 508
12436 Faks : 088-232556 /
88827 KOTA KINABALU 257544
Lot 2-8-2, Tingkat 7, Wisma San Hin
Wawasan Plaza, Coastal Highway
P. O. Box 13311
88837 KOTA KINABALU

Jabatan Pertanian Sabah________________________________________________________________

Buku Perancangan & Kalendar Aktiviti 2023 ____________________________________________________

MALAYSIAN ORGANIC (myOrganic)

Skim Organik Malaysia (SOM) telah diberi penjenamaan semula kepada Malaysian
Organic (myOrganic) pada 05 April 2015, di Dewan Serbaguna Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya, Kuala Lumpur. Skim myOrganic yang
merupakan penjenamaan semula pensijilan organik yang lebih komprehensif dan
mengabungkan subsektor tanaman, ternakan dan akuakultur untuk mengiktiraf
ladang yang diusahakan secara organik mengikut syarat dan kriteria yang telah
ditetapkan. Logo ini juga memberikan wajah baru dan menggalakkan penerimaan
pengguna terhadap produk organik di bawah satu jenama.

Skim myOrganic adalah satu program pensijilan untuk mengiktiraf pemilik ladang
yang mengusahakan penanaman di ladang secara organik mengikut keperluan-
keperluan yang ditetapkan dalam piawaian (standard) 6egara6 6egara, MS 1529:
2001 The production, processing, labeling and marketing of plant-based organically
produced foods.

SKOP

Skim ini memberi tumpuan kepada pengeluaran, pengendalian termasuk
pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan jualan bahan makanan tanaman
organik.

ASAS PENSIJILAN

Skim ini adalah berasaskan pematuhan kepada ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam
piawaian organik negara. Piawaian ini menggariskan keperluan yang berkaitan
dengan pengeluaran, pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan jualan
bahan makanan tanaman organik.

Elemen-elemen yang diambilkira dalam penilaian skim ini ialah :
1. Kebolehkesanan (Traceability)
2. Penyimpanan Rekod
3. Pengurusan Pengeluaran
4. Integriti Organik
5. Tempoh Peralihan
6. Tanaman Pemisah dan Jarak Pemisah
7. Pengurusan Tapak
8. Pengurusan Air
9. Pengeluaran Tanaman
10. Pengendalian Hasil
11. Penyimpanan
12. Pembungkusan
13. Pengangkutan
14. Kebajikan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
15. Analisis Hasil

Jabatan Pertanian Sabah________________________________________________________________

Buku Perancangan & Kalendar Aktiviti 2023 ____________________________________________________

16. Pengurusan Sisa Ladang
17. Isu Alam Sekitar
18. Rekod Aduan
PELAKSANAAN SKIM
Skim ini dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. Pemeriksaan ladang dijalankan oleh
inspektor dan keputusan untuk meluluskan sesebuah ladang sebagai organik atau
tidak akan dibuat oleh Jawatankuasa Pensijilan.
FAEDAH KEPADA PENGELUAR
Hasil yang dikeluarkan dari ladang yang telah diberi pensijilan boleh dilabelkan
sebagai organik dan berhak menggunakan logo Organik Malaysia di atas produk
mereka. Dengan label ini, produk tersebut boleh dipasarkan sebagai produk organik
dengan harga yang setimpal.
FAEDAH KEPADA PENGGUNA
Pengguna mendapat keyakinan bahawa produk yang dibeli adalah benar-benar
organik dan tidak mengandungi sisa-sisa kimia yang tidak diingini kerana telah
mematuhi piawaian organik Malaysia.
FAEDAH KEPADA ALAM SEKITAR DAN PEKERJA
Oleh kerana baja dan racun perosak kimia dilarang penggunaannya di bawah sistem
perladangan organik secara langsung pencemaran kepada alam sekitar atau berlaku
kes-kes keracunan di kalangan pengusaha dan pekerja-pekerja dapat dikurangkan.
SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI ?
Skim Pensijilan ini terbuka kepada semua pengusaha yang terlibat dalam
pengeluaran tanaman makanan secara organik.

Jabatan Pertanian Sabah________________________________________________________________

Buku Perancangan & Kalendar Aktiviti 2023 ____________________________________________________

PENGURUSAN SISTEM PENANDA

1. RASIONAL PENGURUSAN SISTEM PENANDA

a. Untuk membenarkan Jabatan Pertanian dan FAMA mendaftar pengusaha
dan pengeksport yang terlibat dalam aktiviti pengeksportan sayur-sayuran
dan buah-buahan terutama ke Negara Brunei Darussalam.

b. Untuk memastikan semua pengusaha sayur-sayuran dan buah-buahan
menggunakan / melekatkan LABEL FAMA pada setiap bungkusan bagi
memudahkan pemantauan dan pengesanan punca bekalan yang diperolehi
oleh pengeksport.

c. Untuk membenarkan dan membolehkan Jabatan Pertanian dan FAMA
menyiasat dan mengesan pengusaha dan pengeksport yang dikenalpasti
membuat penghantaran / pengeksportan sayur-sayuran dan buah-buahan
didapati mengandungi sisabaki racun perosak melebihi had ’maximum
residue limit’ (MRL) yang dibenarkan.

2. BAGAIMANA / KAEDAH PELAKSANAAN

Jabatan Pertanian menetapkan kod pengusaha dan kod kawasan pengeluar setiap
daerah, manakala FAMA menetapkan kod pengeksport sayur-sayuran dan buah-
buahan. Pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran tahunan kod pengusaha sayur-
sayuran dan buah-buahan dibuat oleh Jabatan Pertanian, manakala kod pengeksport
oleh FAMA selepas diakui oleh Jabatan Pertanian. Cetakan label dibuat oleh FAMA.
Penjualan label kepada pengusaha sayur / buah, pemindahan dan kawalan stok
pelaporan rekod penjualan dan penyerahan kutipan wang jualan label dilakukan oleh
Jabatan Pertanian. Semua pengusaha sayur-sayuran dan buah-buahan hendaklah
melekatkan dan mempamerkan label yang telah lengkap dengan maklumat-
maklumat tertentu pada setiap bungkusan sayur atau buah untuk dieksport ke
Negara Brunei Darussalam.

3. FAEDAH KEPADA PETANI

Sistem Penanda dapat memberi kesedaran kepada petani untuk mengeluarkan
sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti. Dengan demikian ia akan
memudahkan petani / pengusaha dan pengeksport memasarkan hasil ladang
berkualiti ke negara Brunei Darussalam.

Jabatan Pertanian Sabah________________________________________________________________

Buku Perancangan & Kalendar Aktiviti 2023 ____________________________________________________

PROGRAM PERSAMPELAN TANAMAN MAKANAN

JENIS PROGRAM PERSAMPELAN

1. Program Persampelan Biasa

Merupakan program pemantauan terhadap paras sisabaki racun perosak dalam
tanaman makanan yang melibatkan 17 buah daerah. Sampel akan diambil di ladang
oleh Juruteknik Pertanian yang terlatih di daerah masing-masing. Sampel-sampel ini
kemudiannya akan diambil oleh pihak Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran untuk
dihantar ke Makmal Sisabaki Racun Perosak bagi tujuan penganalisaan.
Pengambilan sampel (bilangan sampel / jenis) adalah berdasarkan program
persampelan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Program Persampelan.

2. Program Persampelan Khas

Merupakan program pemantauan terhadap paras sisabaki racun perosak dalam
tanaman makanan khusus untuk kelulusan pembelian penanda bagi tujuan
pengeksportan tanaman makanan ke negara Brunei Darussalam dan negeri
Sarawak. Pengambilan sampel untuk tujuan pendaftaran petani dalam Jabatan
Pertanian juga dibuat melalui program ini. Program untuk pengambilan sampel diatur
oleh Unit Pelaksanaan Sistem Pelabelan dan Pembungkusan, Seksyen
Penguatkuasaan dan Perlindungan Tanaman. Pengambilan sampel di ladang juga
dijalankan oleh Juruteknik Pertanian di daerah yang terlibat dan dihantar ke Makmal
Sisabaki Racun Perosak bagi tujuan penganalisaan.

RASIONAL PROGRAM PERSAMPELAN

Program Persampelan dibuat bertujuan untuk mengesan penanam-penanam yang
mempunyai tanaman makanan melebihi paras sisabaki racun perosak (MRL) yang
dibenarkan dan yang menggunakan racun perosak yang diharamkan. Dengan
demikian, petani yang terlibat akan dinasihatkan tentang penggunaan racun perosak
dengan cara yang selamat dan tidak menggunakan racun perosak yang diharamkan
supaya keluaran tanaman makanan adalah selamat digunakan.

KAEDAH PELAKSANAAN

Satu program pengambilan sampel yang dikenali Program Persampelan Biasa telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Program Persampelan yang melibatkan 17 buah
daerah. Sampel diambil terus dari ladang dan dianalisa di Pusat Penyelidikan
Pertanian Tuaran. Keputusan analisa diserahkan kepada Seksyen Pengembangan
Pertanian untuk dimaklumkan kepada daerah yang terlibat. Pegawai Pertanian
Daerah akan menasihati petani yang didapati mempunyai tanaman makanan yang
mengandungi sisabaki racun perosak melebihi paras (MRL) yang dibenarkan.

Jabatan Pertanian Sabah________________________________________________________________

Buku Perancangan & Kalendar Aktiviti 2023 ____________________________________________________

FAEDAH KEPADA PETANI / PENGUSAHA
Petani dapat tahu samada tanaman mereka mengandungi sisabaki racun melebihi
paras (MRL) atau tidak. Mereka juga mendapat nasihat dari Pegawai Pertanian cara
penggunaan racun perosak dengan betul. Tanaman makanan yang mengandungi
sisabaki racun kurang dari paras (MRL) mendapat pasaran yang lebih luas terutama
ke negara Brunei Darussalam dan negeri Sarawak.

Jabatan Pertanian Sabah________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version