FAKTOR KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kerajaan Melaka berkembang dari perkampungan nelayan menjadi kerajaan yang hebat. Faktor seperti kepimpinan raja , sistem pentadbiran dan sistem perundangan merupakan sebab kerajaan ini menjadi kerajaan yang masyhur suatu ketika dahulu. PENGENALAN KATA KUNCI : RAPENUNDANG:- RAJA, PENTADBIRAN, PERUNDANGAN
Pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang. Susur galur memberikan taraf kedudukan yang tinggi kepada Sultan Melaka. KEPIMPINAN RAJA Keturunan Raja Palembang
Simbol perpaduan & kemakmuran Ketuai hubungan diplomatik Tegakkan keadilan KEPIMPINAN RAJA Ketua angkatan tentera Selaraskan kegiatan ekonomi Ketua Agama Islam Peranan yang Unggul
Kepimpinan raja dikaitkan dengan konsep daulat & derhaka serta pelbagai institusi perajaan seperti adat istiadat istana dan alat kebesaran diraja. Daulat = Kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin Rakyat taat dan tidak boleh menderhaka kepada raja. Alat kebesaran seperti cap mohor, nobat, keris, lembing dan mahkota. Mengukuhkan kedudukan raja dalam sistem pemerintahan kerajaan Melaka. Daulat & Alat Kebesaran KEPIMPINAN RAJA
Raja memiliki ciri kepimpinan seperti adil, berwibawa dan mengambil berat terhadap kebajikan rakyat. Pemerintahan mengikut bidang kuasa yang ditetapkan dalam Hukum Kanun Melaka. Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mansur Shah pemerintah yang mengutamakan kebajikan rakyat. Kewibawaan KEPIMPINAN RAJA
sistem pentadbiran 1. sistem pembesar empat lipatan sultan pembesar berempat pembesar berlapan pembesar enam belas pembesar tiga puluh dua kata kunci pelipat = pembesar empat lipatan
sistem ini bermaksud setiap pembesar dilantik untuk melicinkan pentadbiran dan ada juga pembesar yang dilantik oleh pemerintah untuk memudahkan urusan . sultan akan dibantu pembesar berempat , berlapan , enam belas dan 32 pembesar mentadbir di peringkat pusat , jajahan , daerah , mukim dan kampung sistem pentadbiran
tugas utama menjaga keaman kawasan mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah membekalkan tenaga tentera pemerintah mengurniakan kawasan kepada pembesar sebagai tanda sokongan kawasan pembesar berempat - kawasan pegangan jajahan & daerah - kawasan makanan pembesar dibenarkan mengutip cukai untuk beri ufti kepada pemerintah sistem pentadbiran 2. tugas pembesar
sultan pembesar berempat bendahara penghulu bendahari temenggung laksamana penasihat raja menteri utama ketua turus perang pemangku sultan pemungut cukai & ufti ketua bendahari ketua uru setia istana ketua syahbandar ketua polis & penajra penguasa bandar pegawai protokol istana hakim di darat ketua angkatan laut pengawal peribadi raja ketua duta ketua urusan negeri luar hakim di laut
JOM KENALI FAKTOR YANG TERAKHIR! AYUH!
Kesultanan Melayu Melaka telah memperkenalkan sistem perundangan yang mantap. Undang-undang tersohor Kesultanan Melayu Melaka ialah Hukum Kanun Melaka dan Undangundang Laut Melaka. Undang-undang adat juga diguna pakai iaitu Adat Temenggung. APAKAH SISTEM PERUNDANGAN YANG DIGUNAKAN PADA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA?
HUKUM KANUN MELAKa Mula ditulis semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Mengandungi 44 fasal yang berkaitan hak keistimewaan, tanggungjawab raja dan pembesar. Terkandung hukum Islam yang berkaitan dengan jenayah, urusan jual beli dan kekeluargaan. Kesannya, dapat mewujudkan kemaanan dan menjamin kerselamatan rakyat kerana jenayah di Melaka dapat diatasi dengan baik dan terurus. Disusun semula secara teratur pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1489-1511)
undang-undang laut MELAKa Ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Bertujuan untuk menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan. Mengandungi 25 fasal tentang peraturan di laut, tertib berniaga dan tatacara berjual beli Kandungannya juga berkaitan tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan shahbandar. Aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar dan adil, Undang-undang Laut Melaka.
Berkaitan penggantian sultan iaitu takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki sulung. Mengamalkan sistem pemerintahan beraja. undang-undang adat A D A T T E M E N G G U N G Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan. Berkaitan sistem pemerintahan, perwarisan takhta , perkahwinan, perwarisan harta dan perundangan. Kuasa tertinggi terletak di tangan Sultan atau raja. Sistem pewarisan takhta berlaku secara teratur.
latihan pengukuhan (QR) imbas saya!
latihan pengukuhan
Ruangan refleksi (QR)
Ruangan refleksi