PGA 101
PELAJAR DAN KEPERLUAN
PEMBELAJRAN
PERBEZAAN
BUDAYA
&
PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
DI
MALAYSIA
NUR ALIA BINTI MANAS (157881)
NURUL SHAFIKAH BINTI SHAMSUDIN (156167)
DISEMAK OLEH:
DR. NIK ROSILA BINTI NIK YAACOB
PERBEZAAN
BUDAYA DAN
PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
DI MALAYSIA
PELAJAR PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
2021/2022
PENGHARGAAN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM...
Pertama sekali, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan
limpah dan kurnia-Nya, kami berhasil menyiapkan
tugasan ebook yang ditugaskan dengan jayanya.
Tambahan pula, ribuan terima kasih diucapkan kepada
semua pihak yang memberi sokongan, tunjuk ajar dan
bantuan terutamanya kepada pensyarah-pensyarah
Pga 101 iaitu Prof Madya Dr. Shahabuddin Hashim
dan Dr. Nik Rosila Nik Yaacob atas didikan dan
tunjuk ajar yang dicurahkan. Akhir kalam, semoga
maklumat yang terkandung di dalam ebook ini dapat
dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat.
Sekian terima kasih.
ISI
KANDUNGAN
DEMOGRAFI KAUM DI MALAYSIA
1
ASAL-USUL KAUM DI MALAYSIA
2-3
DEFINISI BUDAYA
4
SIFAT-SIFAT BUDAYA
5-7
ELEMEN BUDAYA
8-9
KEPELBAGAIAN BUDAYA
10-12
KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
13-16
PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
17
ASPEK PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
18-19
UNSUR PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
20-22
ELEMEN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
23
DIMENSI PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
24-25
KONSEP 1 MALAYSIA
26
SEKOLAH WAWASAN
27
PENDIDIKAN MULTIBUDAYA MODEL JAMES A. BANKS
28
PRINSIP YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEMASA MERANCANGKAN
POLISI PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
29-30
KESAN PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
31-32
LATIHAN PENGUKUHAN
33
PENUTUP
34
RUJUKAN
35
DEMOGRAFI PENDUDUK DI MALAYSIA
Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan
keturunan. Kumpulan terbesar rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu
Melayu, Cina dan India. Selain itu, terdapat juga penduduk peribumi di Semenanjung
Malaysia yang merupakan Orang Asli dan secara umumnya terbahagi kepada tiga kaum
terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Negeri Sabah mempunyai kumpulan etnik
yang mempunyai pelbagai dialek dan budaya terbesar iaitu sebanyak 32 kumpulan etnik
komuniti majoritinya ialah etnik Kadazandusun. Kumpulan lain termasuk Rungus, Bajau,
Bajau Laut, Murut, Lundayeh, Orang Sungai dan Iranun. Manakala penduduk Sarawak
terdiri daripada 27 kumpulan etnik dan etnik Iban adalah etnik majoriti selain Bidayuh,
Melanau dan Orang Ulu. Tambahan pula, menurut statisitik jumlah penduduk di Malaysia
pada tahun 2021, terdapat sejumlah 20.9 juta orang (69.7%) bagi penduduk bumiputera,
6.7 juta orang bersamaan 22.5% bagi penduduk kaum Cina, penduduk kaum India pula
mencatat sebanyak 2.0 juta orang (6.9%) dan lain-lain penduduk sebanyak 1.0 %
bersamaan 0.3 juta orang.
Sumber; Malaysia 2021 (Jabatan Penerangan Malaysia)
Rajah 1 : Jumlah Penduduk di Malaysia mengikut Kaum
1
Asal-usul kaum
utama di Malaysia
Kaum Melayu
Masyarakat terbesar yang terdapat di Malaysia ialah terdiri daripada
kaum Melayu. Seperti yang kita ketahui, majoriti penduduk di Malaysia
ialah terdiri daripada kaum Melayu. Oleh hal yang demikian, kaum
melayu di Malaysia majoritinya menuturkan bahasa Melayu, beragama
islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Menurut sejarah,
perkataan Melayu adalah nama sungai di Sumatera Selatan yang
mengalir disekitar bukit Si Guntang dekat Palembang. Perkataan
Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang
bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera.
Tambahan pula, rumpun Melayu meliputi penduduk yang mendiami
Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan tanah Melayu. Oleh hal yang
demikian, di Malaysia, masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada
beberapa kumpulan yang berbeza iaitu yang pertama ialah anak jati
yang merujuk kepada penduduk peribumi Malaysia. Contohnya, orang
Melayu Kedah, orang Melayu Kelantan, orang Melayu Perak dan
sebagainya. Manakala, kumpulan yang kedua ialah terdiri daripada
anak dagang.
Kaum Cina
Kaum Cina ialah warganegara Malaysia yang
berketurunan bangsa Han. Mereka merupakan
kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia selepas
kaum Melayu dan kebanyakan mereka adalah
keturunan pendatang berbangsa Han yang datang ke
Tanah Melayu semasa pemerintahan Dinasti Ming
sekitar abad ke-15, Dinasti Qing dan Republik China.
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku
dialek. Terdapat enam suku dialek utama iaitu
Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan dan
Fuzhou. Adalah terbukti bahawa orang yang
tergolong dalam golongan suku dialek tertentu
tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di
Malaysia.
2
Kaum India
Kaum India di Malaysia merupakan rakyat
Malaysia yang berasal dari India. kebanyakan
mereka datang ke Malaysia ketika zaman
penjajahan British di Tanah Melayu. Namun,
sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa
kaum India datang ke Malaysia sejak zaman
keagungan Dinasti Chola. Kini, kaum ini
merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia
selepas kaum Melayu, Cina. Kaum ini
mengamalkan adat resam kaum India,
menganuti agama Hindu, menuturkan bahasa
Tamil dan lain-lain.
3
DEFINISI
BUDAYA
Budaya dapat didefinasikan sebagai keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak,
berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan dan
penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban atau
kemajuan (akal budi).
Menurut kamus dewan Menurut Sejarawan Islam
Kamus Dewan edisi : Ibn Khaldun
keempat mendefinisikan
budaya sebagai kemajuan Menurut sejarawan Islam iaitu Ibn
Khaldun, beliau mengatakan
fikiran, akal budi (cara
berfikir), berkelakuan dan bahawa budaya merujuk kepada
kebiasaan cara hidup. Menurut
sebagainya. beliau,manusia mempunyai intelek
dan daya fikir maka melalui daya
intelek tersebut manusia dapat
Menurut Tokoh Barat : memahami antara satu sama lain
Louise Damen dan menyesuaikan cara hidup
Lousie Damen perna
h menulis di dalam orang sekeliling. Beliau
menggunakan teori Asyabiyah
bukunya yang berjudul Culture Learning: sebagai model perkembangan
The Fifth Dimension in the Language
peradaban manusia. Hal ini
Classroom, bahwa budaya mempelajari demikian kerana, teori ini
berbagi pola atau model manusia untuk berbincang tentang ikatan sosial
hidup seperti pola hidup sehari-hari. Pola budaya yang dapat digunakan
untuk menjalin ikatan kelompok
dan model ini meliputi semua aspek
interaksi sosial manusia. Budaya adalah sosial.
mekanisme adaptasi utama umat
manusia.
4
SIFAT-SIFAT
SESEBUAH
BUDAYA
Kebudayaan di dunia ini mempunyai pelbagai sifat yang diamalkan oleh sesebuah kaum dan bangsa. Umum
mengetahui bahawa di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kaum yang mengamalkan budaya dan kepercayaan
masing-masing. Oleh hal yang demikian, wujud lima sifat-sifat budaya di Malaysia.
Budaya itu dikongsi.
Budaya itu dikongsi bermaksud budaya yang
diamalkan dikongsi oleh anggota masyarakatnya.
Hal ini bermaksud setiap perlakuan itu diramal dan
disokong oleh sekumpulan manusia. Budaya tidak
boleh dianggap sebagai budaya seandainya hanya
seorang sahaja yang mengamalkannya. Oleh itu,
budaya adalah suatu fenomena sosial yang dikongsi
oleh sekumpulan masyarakat. Umum mengetahui di
Malaysia kita diperkenalkan dengan pelbagai
budaya yang dikongsi terutamanya dari segi
pemakanan, pemakaian, pertuturan dan
sebagainya. Sebagai contoh, kaum melayu terkenal
dengan makanan melayu seperti nasi lemak dan
begitu juga dengan kaum lain. Hal ini membuktikan
bahawa kita mampu bertoleransi dan berkongsi
budaya walaupun berlainan kaum.
Budaya itu dipelajari.
Budaya itu dipelajari bermaksud setiap budaya itu
tidak lahir begitu sahaja dan perlu dipelajari.
Sebagai seorang manusia kita perlu belajar
menguasai sesuatu ilmu sehingga ia menjadi
kebiasaan dalam kehidupan. Umum mengetahui
bahawa setiap sesuatu perkara perlu dipelajari dan
difahami untuk diamalkan dan dipraktikkan dalam
kehidupan seharian. Sebagai contoh di Malaysia,
terdapat pelbagai budaya yang boleh dipelajari,
misalnya budaya membaca doa sebelum makan,
budaya mencuci tangan sebelum makan, budaya
memberi duit raya dan sebagainya. Oleh itu, ibu
bapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-
anak dengan mengajari budaya dan
mempraktikkannya supaya menjadi rutin harian.
5
Budaya itu berubah
Setiap budaya itu berubah dan tidak kekal mengikut
peredaran masa dan tempat. Hal ini dikatakan
demikian kerana perubahan kebudayaan adalah
perubahan yang terjadi disebabkan adanya
ketidaksesuaian terhadap unsur-unsur budaya.
Tambahan pula, setiap budaya yang menjadi amalan
sesebuah kaum akan sentiasa berubah dan tidak ada
satupun budaya yang kekal. Sebagai contoh, pada
era pandemik, budaya perkahwinan tidak dilakukan
seperti dahulu lagi. Hal ini kerana, wujud penyakit
COVID-19 menyebabkan majlis perkahwinan yang
dilakukan perlulah mengikuti Prosuder Operasi
Standard (SOP) yang ditetapkan seperti menjaga
jarak, menggunakan ‘hand sanitizer’, tidak boleh
terlalu ramai dan sebagainya. Hal ini jelas
membuktikan bahawa setiap budaya itu berubah
mengikut peredaran zaman, keadaan dan tempat.
.
Budaya itu simbolik
Budaya itu simbolik bermaksud satu lambang yang
memberikan makna tertentu kepada pendukungnya
seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan
sebagainya. Setiap budaya itu mempunyai identiti
yang tersediri. Perlambangan yang wujud turut
membantu manusia berhubung dan berkomunikasi
antara satu sama lain seperti isyarat memanggil,
bercakap dan sebagainya. Hal ini demikian kerana
simbol ini diciptakan untuk dikembangkan secara
bersama-sama. Sebagai contoh, kita di Malaysia
sudah dikenali dengan budaya membahasakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar antara
kaum di Malaysia. Buktinya, bahasa Melayu telah
menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia. Hal ini telah
memudahkan semua kaum untuk berinteraksi dan
menjadi satu simbol yang sama antara satu sama
lain.
6
Budaya itu diambil dan diterima
Setiap budaya wujud dalam semua kelompok
masyarakat. Budaya yang diterima ialah
budaya yang dianggap relevan dan memberi
kebaikan kepada semua masyarakat. Oleh itu,
setiap budaya yang baik akan diterima dan
diamalkan tanpa dipersoalan asal-usul budaya
tersebut. Sebagai contoh, terdapat segelintir
kaum Cina di Malaysia memakai pakaian kaum
Melayu seperti baju kurung. Hal ini
membuktikan bahawa rakyat Malaysia sentiasa
bersatu hati dan dapat menerima budaya
antara satu sama lain walaupun berbeza agama,
warna kulit, budaya dan sebagainya.
7
Elemen-elemen
Budaya
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, elemen bermaksud sesuatu yang menjadi
bahagian dalam sesuatu kesesluruhan unsur
Bahasa
Bahasa merupakan perwujudan yang paling penting dalam
sesebuah masyarakat dan merupakan satu lambang bunyi suara
yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok masyarakat. Bahasa dapat disampaikan dalam pelbagai
cara seperti lisan, tulisan atau karya seni. Bahasa juga merupakan
alat perpaduan yang dapat menyatupadukan kaum-kaum di
Malaysia. Sebagai contoh, bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan yang diperkenalkan bagi memudahkan komunikasi
antara satu sama lain.
Norma
Norma ialah peraturan atau ketentuan yang telah menjadi
kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota
masyarakat. Elemen ini menunjuk pada aturan perilaku yang
dijangka akan dipatuhhi oleh setiap anggota masyarakat. Secara
umum, fungsi dan peranan norma adalah sebagai pedoman atau
acuan bagi setiap individu dalam berperilaku di tengah-tengah
kehidupan bermasyarakat. Menurut Isworo Hadi Wiyono,
pengertian norma adalah peraturan atau petunjuk hidup yang
memberi ancar-ancar perbuatan mana yang boleh dijalankan dan
perbuatan mana yang harus dihindari untuk mewujudkan
ketertiban dan keteraturan dalam masyarakat. Sebagai contoh,
kini kita di Malaysia diterapkan dengan ‘norma baharu’ di mana
setiap aktiviti yang dilakukan perlulah mengikut SOP yang
ditetapkan. Hal ini berlaku adalah disebabkan penyakit COVID-19
yang melanda seluruh masyarakat di dunia.
8
Kepercayaan
Kepercayaan bermaksud keyakinan atau akuan akan benarnya
sesuatu iman dan iktikad dalam diri seseorang individu. Umum
mengetahui bahawa rakyat Malaysia mempunyai masyarakat
yang berbilang kaum. Hal ini secara tidak langsung telah
mewujudkan pelbagai kepercayaan dan agama yang dianuti. Di
samping itu, seperti yang kita ketahui, majoriti kaum di
Malaysia ialah beragama Islam dan segelintirnya beragama
Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain. Selain itu, terdapat
pelbagai kepercayaan yang diamalkan oleh segelintir
masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat yang beragama Islam
percaya bahawa wujudnya perkara ghaib seperti malaikat,
syurga, neraka dan lain-lain.
Nilai
Nilai ialah sifat ketinggian dalam kehidupan manusia seperti dalam
pemikiran, agama dan kemasyarakatan. Nilai merupakan elemen
yang terpenting dalam kebudayaan. Hal ini demikian kerana, nilai
dapat mengatur kehidupan manusia. Nilai yang diamalkan oleh
seseorang akan mencerminkan dirinya di hadapan khalayak ramai.
Jika seseorang itu mengamalkan nilai yang baik dalam hidup
bermasyarakat maka seseorang itu akan dipandang mulia oleh
masyarakat. Oleh itu, Islam mengajar kita untuk sentiasa berbaik
dengan semua manusia tanpa mengira warna kulit, bangsa, kaum
dan sebagainya. Sebagai contoh, antara nilai budaya yang perlu
diamalkan oleh masyarakat ialah nilai bertolak ansur, kasih sayang,
hormat-menghormati, bertoleransi dan banyak lagi. Kesannya,
keharmonian dalam masyarakat dapat diwujudkan.
9
Kepelbagaian
Budaya
Budaya dominan
Budaya dominan ialah budaya yang diamalkan oleh
kumpulan yang paling berkuasa. Budaya ini menerima
sokongan daripada institusi sosial utama dan menjadi
kepercayaan utama dalam kalangan masyarakat. Budaya
ini juga memiliki darjah kekuasaan yang tidak boleh
dikongsi oleh budaya lain. Hal ini menjadikan budaya ini
sebagai tanda aras bagi pertimbangan terhadap budaya
lain. Sebagai contoh, majoriti kaum di Malaysia ialah kaum
Melayu, jadi bahasa Melayu akan dijadikan bahasa rasmi
atau bahasa pengantar yang digunakan oleh masyarakat
Malaysia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Impaknya, interaksi yang dilakukan akan lebih mudah
difahami oleh semua kaum di Malaysia kerana
menggunakan satu bahasa yang difahami oleh semua
golongan masyarakat
Sub-Budaya
Subbudaya bermaksud budaya yang diamalkan
oleh sekumpulan ini berbeza dari segi nilai dan
norma budaya dominan. Budaya ini wujud
disebabkan oleh kumpulan ini hidup dalam
keadaan yang berbeza atau membawa bentuk
budaya lain dalam masyarakat. Kebiasaannya,
budaya ini dikongsi oleh sesetengah elemen
dengan budaya dominan dalam masa yang sama
mengamalkan tingkah laku yang berbeza dan
unik. Secara amnya, subbudaya berasaskan
umur, daerah, etnik, pekerjaan dan kepercayaan.
10
Budaya Menentang
Budaya ini diamalkan oleh sekumpulan
masyarakat yang dilihat nyata menentang
dan menolak nilai dan norma daripada
budaya dominan. Budaya ini merupakan
salah satu daripada subbudaya tetapi budaya
ini bertentangan dari segi nilai dan norma
dengan budaya dominan begitu ketara.
Sesetengah budaya menentang secara tidak
langsung mencabar sistem politik dominan.
Sebagai contoh, budaya merompak, rempit,
pengganas, dan sebagainya.
Kejutan Budaya
Kejutan budaya merujuk kepada keadaan
seseorang yang berada dalam budaya yang asing
bagi seseorang individu. Hal ini akan melahirkan
rasa bingung, ragu-ragu, takut, ganjil dan soalah
berada di tempat asing. Apabila budaya asing ini
diamalkan di alam masyarakat menyebabkan
gangguan dan kejutan kerana ia tidak mengikut
nilai dan norma masyarakat setempat. Sebagai
contoh, kejutan budaya sering berlaku bagi
mereka yang berhijrah ke luar negeri atau negara.
11
Budaya Etnosentrik
Budaya etnosetrik merujuk kepada orang atau
kumpulan masyarakat yang mengukur atau
menilai budaya orang lain berdasarkan standard
atau spesifikasi yang diamalkannya. Mereka ini
cenderung menganggap budaya masyarakat
sendiri lebih unggul berbanding budaya
masyarakat lain. Orang yang etnosentrik melihat
kumpulannya merupakan paling penting dalam
mentakrifkan sesuatu budaya dan melihat budaya
lain terpesong daripada normal. Sebagai contoh,
budaya entosentrik sangat ketara di Korea Selatan
di mana mereka menganggap bahawa rakyat
mereka mempunyai standard kecantikan yang
lebih tinggi berbanding negara lain.
12
Kesan
Kepelbagaian
Budaya
Kepelbagaian sosio-budaya di negara kita akan memberi kesan secara langsung
terhadap sistem pendidikan negara. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang
pendidik, adalah sangat penting untuk peka terhadap peranan guru, murid,
sekolah dan kurikulum dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang
seimbang kepada semua anak didik yang berbeza agama, kaum dan latar
belakang. Kesannya, sikap prejudis dapat dihakis dalam kalangan guru.
KESAN KEPADA MURID
Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus
dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya
menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa
murid. Hal ini demikian kerana, setiap murid telah diterapkan dengan
sifat hormat-menghormati antara satu sama lain. Kesannya,
keharmoniaan antara murid yang pelbagai kaum dapat diwujudkan.
Murid juga digalakkan untuk berinteraksi dan berhubung dengan
mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran
batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina. Hal ini
akan mengeratkan lagi silaturahim antara mereka terutama bagi
murid yang berbeza kaum.
Penggunaan bahasa standard harus diamalkan oleh murid. Umum
mengetahui bahawa rakyat malaysia terdiri daripada masyarakat yang
berbilang. Oleh hal yang demikian, sistem pendidikan di Malaysia telah
mewujudkan satu bahasa standard bagi menyelaraskan sistem bahasa
dan komunikasi antara pelajar dan para guru. Sebagai contoh, bahasa
Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa pengantar di Malaysia
yang digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia. Jadi, semua murid perlu
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa formal di sekolah.
13
KESAN KEPADA GURU
Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan
bersikap profesional. Hal ini demikian kerana,
seperti yang kita tahu, para pelajar terdiri
daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang
berbeza. Oleh hal yang demikian, guru perlu
untuk bersikap profesional dalam segala hal
tanpa mengira status pelajar tersebut. Hal ini
secara tidak langsung dapat mewujudkan suatu
suasana yang baik di dalam bilik darjah.
Guru tidak harus membezakan bangsa murid,
tidak mengelompok murid mengikut kaum
mereka tertentu sahaja. Guru perlu sentiasa
bersikap adil terhadap semua murid tanpa
mengira kaum, agama, warna kulit, tahap
kepandaian dan lain-lain. Oleh hal yang
demikian, guru perlulah sentiasa bersikap adil
terhadap semua muridnya. Kesannya, hubungan
baik antara guru dan pelajar dapat diwujudkan.
Berikut Guru harus berusaha menolong murid memahami
merupakan dan membentuk nilai sikap, tingkah laku yang
sesuai. Guru merupakan pembentuk nilai, jadi
kesan guru harus membentuk murid-murid untuk
kepelbagaian memiliki akhlak yang mulia dan menjadi insan
yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.
budaya Sebagai contoh, guru menanam sikap tolong-
terhadap guru. menolong dalam diri anak-anak muridnya ketika
mereka melakukan kerja secara berkumpulan.
Guru perlu menghormati murid seperti orang
lain, bersikap adil, kurangkan hukuman
berbentuk deraan. Guru perlulah sentiasa
bersikap adil dan saksama dalam melayan
karenah anak-anak muridnya tanpa mengira
latar belakang sosio-budaya murid tersebut.
Selain itu, guru perlu mengurangkan hukuman
berbentuk deraan. Hal ini demikian kerana,
perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada
fizikal pelajar malah juga memberi kesan kepada
mental pelajar. Oleh itu, guru perlu menasihati
anak-anak muridnya dengan cara yang
berhemah sekiranya mereka melakukan
kesalahan.
14
KESAN KEPADA
SEKOLAH
Jenis Sekolah
Umum mengetahui bahawa amalan dalam Rajah: Sekolah Jenis Kebangsaan
sistem persekolah di Malaysia menjurus ke
Lokalti Sekolah
arah kebangsaan dan sistem berpusat.
Namun, pelaksanaan menyebabkan wujud
pelbagai jenis sekolah yang berbeza. Budaya
sekolah juga berbeza memandangkan
sekolah tertentu berbentuk etnosentrik iaitu
mengikut kaum. Oleh hal yang demikian,
wujud tiga jenis sekolah di Malaysia iaitu
sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Cina dan sekolah jenis
kebangsaan Tamil. Sekolah-sekolah ini
mempunyai fokus yang tersendiri dan turut
memperkenalkan budaya masing-masing.
Rajah: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sekolah-sekolah yang terletak di bandar
kebanykannya mempunyai latar belakang
Kepimpinan Sekolah sosiobudaya iaitu kelas sosial dan etnik. Hal
Kejayaan sesebuah institusi ini menimbulkan pelbagai cabaran
atau sekolah bergantung terhadap sekolah di bandar kerana kesan
terhadap kepimpinan sekolah. pengaruh sosiobudaya tempatan. Manakala
Hal ini dikatakan demikian sekolah di luar bandar dan pedalaman pula
kerana, pengurus yang baik biasanya mempunyai taraf sosioekonomi
akan mewujudkan sebuah
yang rendah. Oleh sebab itu, sekolah-
sekolah yang mesra, sekolah di luar bandar banyak mengalami
memotivasikan dan kerjasama masalah kekurangan guru, pertukaran guru
yang kerap dan prestasi pencapaian yang
sebagai sebuah pasukan.
Sebagai contoh, wujudnya rendah.
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
(PIBG).
15
KESAN KEPADA
KURIKULUM
Kurikulum Tersurat
Kurikulum kebangsaan
merupakan satu program yang
merangkumi kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang
temasuk pengetahuan ,
kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan.
Tujuannya adalah untuk
membantu perkembangan
seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi.
Antara contoh kurikulum
tersurat ialah asuhan dan
didikan awal kanak-kanak.
Kurikulum Tersirat
Kurikulum tersirat adalah perlakuan,
perancangan dan tindakan menggubal,
membina dan melaksanakan kurikulum
yang tidak dianyatakan secara bertulis
tetapi berfungsi membina hati, akal dan
jiwa pelajar supaya menjadi insan yang
berguna pada masa hadapan. Cahfel
(1997) berpendapat terdapat dua
bentuk kurikulum yang dilaksanakan di
sekolah iaitu overt (terbuka) yang
memberi fokus kepada kursus pengajian
yang eksplisit dan covert (tersirat) yang
memberi fokus kepada pembelajaran
yang tacit (diaplikasikan tetapi tidak
didokumentasikan dan tidak tercatat).
16
PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
Pendidikan multibudaya amat diutamakan untuk
menerapkan nilai-nilai material dan bukan material dalam
kalangan pelajar dan mengelakkan berlakunya
penyelewengan budaya. Multibudaya adalah satu
perkataan yang paling sesuai dan tepat untuk
menggambarkan kehidupan masyarakat yang berbilang
budaya. Menurut Banks, 2002 mengatakan Pendidikan
multibudaya adalah satu idea, satu tindakan membentuk
semula pendidikan dan satu proses. Sebagai satu idea,
pendidikan multibudaya cuba mewujudkan satu peluang
yang saksama kepada semua pelajar yang dari pelbagai
golongan, kaum, sosio-ekonomi yang berlainan untuk
mengubah persekitaran sekolah agar ia dapat
menunjukkan kepelbagaian kebudayaan dan golongan
dalam sekolah dan sosial. Selain itu, menurut James
A.Banks dan Cherry A.McGee Banks, 2003 mengatakan
Pendidikan Multibudaya juga merupakan satu sistem
pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar
berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa
mengira jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa
pertuturan dan agama. Beliau juga menyatakan bahawa
pendidikan multibudaya ini adalah satu pergerakan
pembaharuan yang akan mengubah sistem pendidikan
institusi pengajian. Ia bukan sahaja mengubah struktur
kurikulum sesebuah institusi tetapi perubahan terhadap
persekitaran dan struktur pentadbiran turut terjadi.
17
ASPEK PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
KONSEP
Aspek yang pertama ialah konse
p pendidikan multibudaya iaitu
idea atau pengertian am yang menggambarkan semua pelajar
mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa
membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau
kriteria lain. Sebagai contoh, guru mestilah memberi layanan
yang sama rata terhadap semua pelajar walapun terdapat
pelajar yang berlainan agama dan pelajar yang kaya atau
miskin. Hal ini dikatakan demikian kerana, sesetengah pelajar
tidak akan rasa tersisih dari segi ilmu dan perhatian daripada
guru. Apabila pelajar menerima cara pembelajaran dan
perhatian yang sama, mereka dapat belajar dengan tenang dan
keadaan di dalam bilik darjah akan menjadi lebih aman dan
harmoni.
GERAKAN
Aspek yang kedua ialah gerakan pe
ndidikan multibudaya. Kita selalu
mendengar perkataan gerakan ini terdapat pada sesebuah organisasi tetapi
maksud gerakan pendidikan multibudaya ialah usaha untuk mengubah
institusi pendidikan agar pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina
dan lain-lain juga memiliki peluang yang sama untuk belajar. Sistem
pendidikan di Malaysia telah mewujudkan pelbagai usaha dan strategi untuk
diaplikasikan dalam kurikulum sekolah supaya dapat menerapkan kefahaman
tentang pentingnya pendidikan multibudaya di sesebuah sekolah. Selaras
dengan era globalisasi ini, pendidikan multibudaya bukanlah sesuatu yang
asing di Malaysia tetapi jika tidak diterapkan di bangku sekolah, ia boleh
mengancam identiti negara kita. Contohnya, pelbagai usaha telah diwujudkan
oleh pihak pendidikan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya
dapat menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
sekaligus menaikkan nama negara ke persada dunia dengan keunikan
multibudaya melalui pendidikan.
18
ASPEK PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
PROSES
Aspek pendidikan multib
udaya yang ketiga ialah
proses pendidikan multibudaya. Proses ini
bermaksud satu siri perubahan atau
perkembangan untuk mencapai tujuan agar
kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua
pelajar. Apabila menyebut tentang proses, ia
bermaksud suatu aliran perubahan yang berlaku
hasil daripada usaha yang dijalankan. Proses
pendidikan multibudaya ini semestinya dilalui
oleh institusi pendidikan seperti staf sekolah,
guru-guru dan pelajar. Jika hari- hari nilai sama
rata diterapkan dan dibudayakan di sekolah,
pelajar, guru-guru dan staf sekolah seperti
pekerja kantin dan staf pejabat sekolah dapat
mewujudkan persekitaran sekolah dan budaya
sekolah yang harmoni tanpa mengira perbezaan
individu dari segi budaya, kelas sosial dan lain-
lain. Proses amat penting kerana jika ada usaha
sahaja tetapi tidak dijalankan sudah pasti
menjadikan sesuatu perkara yang dihasilkan tidak
mampu berjaya. Oleh itu jelaslah bahawa, satu
siri perkembangan itu perlu diterapkan di institusi
pendidikan agar dapat mewujudkan budaya
semangat integrasi dalam diri setiap individu.
19
UNMSUURLTPIEBNUDDIADYIKAAN
PEMAHAMAN
IDENTITI BUDAYA
ORANG LAIN
Apabila kita dengar tentang pendidikan
multibudaya, kita mestilah faham tentang
intipati pendidikan multibudaya.
Pemahaman identiti budaya orang lain
sangat penting terhadap pendidikan
multibudaya. Hal ini dikatakan demikian
kerana, apabila guru menerapkan
sesuatu kefahaman kepada pelajar
tentang identiti budaya orang lain,
pelajar-pelajar dapat berinteraksi dan
berkawan antara satu sama lain. Mereka
tidak akan bersikap pilih kasih atau
mempunyai gambaran negatif terhadap
budaya orang lain atau perbezaan
individu lain. Pemahaman mengenai
identiti budaya orang lain dapat
diterapkan melalui kurikulum di sekolah
melalui pembelajaran dan pengajaran
dalam subjek Pendidikan sivik. Oleh itu,
pemahaman yang diperolehi pelajar
dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian mereka sekali gus mewujudkan
masyarakat yang harmoni di Malaysia.
20
MENGHORMATI
KEBUDAYAAN
ORANG LAIN
Seterusnya ialah menghormati kebudayaan orang
lain. Nilai murni saling menghormati amat penting
dalam kalangan masyarakat kerana kita dapat
mewujudkan suasana yang aman damai tanpa
berlaku salah faham dan pergaduhan. Jika tiada sikap
saling menghormati antara satu sama lain, akan
berlakunya rusuhan kaum dan penindasan terhadap
golongan masyarakat yang lemah dari segi kelas
sosial atau perbezaan fizikal mereka. Perbuatan ini
telah menunjukkan sikap negatif dan berlaku
ketidaksamarataan terhadap masyarakat sedangkan
mereka layak mendapat layanan sama rata
walaupun berbeza budaya kerana mereka juga
masyarakat yang berwarganegara secara iktiraf di
Malaysia. Maka, tiada sebab untuk kita menindas
atau menghukum sesuatu identiti budaya tersebut.
Sikap menghormati budaya orang lain dapat
ditunjukkan apabila tiba hari perayaan mereka. Kita
dapat melihat masyarakat yang multibudaya ini
memberi ucapan perayaan antara satu sama lain. Di
sekolah pula, pelajar-pelajar menunjukkan rasa
hormat melalui aktiviti dekorasi bilik darjah mengikut
kesesuaian perayaan mereka dan juga saling
memberi ucapan antara guru dan pelajar serta
dalam kalangan pelajar. Jelaslah bahawa, institusi
pendidikan mestilah menerapkan sikap saling
menghormati antara satu sama lain yang berbeza
budaya agar lahirnya generasi yang bersatu padu.
21
MEMANDANG VARIASI
BUDAYA SEBAGAI SESUATU
KEBAIKAN UNTUK DIHARGAI,
DITERIMA DAN DIPELIHARA
DALAM KOMUNITINYA
Akhirnya, memandang variasi budaya sebagai
sesuatu kebaikan untuk dihargai, diterima dan
dipelihara dalam sesebuah komuniti. Hai ini
apabila penerapan nila-nilai budaya yang
diajarkan di sekolah semestinya membantu
pelajar untuk lebih menghargai budaya dalam
komuniti Malaysia. Hal ini dikatakan demikian
kerana, sikap menghargai antara satu sama lain
menyebabkan semua individu merasa sangat
berharga dan dihargai di negara sendiri. Apabila
pelajar-pelajar dapat menerapkan nilai
menghargai seterusnya mereka dapat
mengaplikasikan nilai tersebut sehingga mereka
dewasa. Sebagai contoh, individu yang tahu sifat
hargai terhadap orang lain berbeza budaya dapat
membina hubungan baik antara satu sama lain.
Mereka juga dapat mewujudkan suasa kerja yang
sangat harmoni dan dapat bekerjasa dengan baik
dalam kerja. Oleh itu, pihak yang
bertanggungjawab perlu mengambil langkah yang
proaktif supaya dapat membuka minda
masyarakat bahawa mereka dapat memandang
variasi budaya ini sebagai satu kebaikan sekaligus
memelihara variasi budaya di Malaysia tapa
ditelan zaman dan ditindas daripada pihak luar
negara.
22
ELEMMUELNTPIBEUNDDAIDYIAKAN
Menurut Blum (2001), Beliau telah
berpendapat bahawa terdapat 3
elemen dalam pendidikan multibudaya.
Antaranya ialah menegaskan identiti
budaya seseorang, mempelajari, dan
menilai warisan budaya seseorang.
Seterusnya, ialah menghormati dan
berkeinginan untuk memahami serta
belajar tentang etnik atau kebudayaan-
kebudayaan orang lain. Ketiga ialah
menilai dan merasa senang dengan
perbezaan kebudayaan itu sendiri. la
bermakna masyarakat dapat melihat
kebudayaan orang lain itu sebagai
sesuatu yang baik untuk dihargai dan
dipelihara.
23
DIMENSI PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
PENYATUAN Mengintegrasikan pelbagai budaya dan
KANDUNGAN kelompok untuk mengilustrasikan
sesuatu konsep asas, generalisasi dan
teori dalam sesuatu mata pelajaran.
Contoh, pihak berwajib meletakkan
kepelbagaian budaya seperti perbezaan
kaum, bahasa, agama dan sebagainya di
dalam satu kandungan yang sama dalam
sesebuah mata pelajaran.
Menjalankan aktiviti pengajaran yang PROSES
membantu pelajar untuk memahami, PEMBINAAN
menyiasat dan menentukan implikasi PENGETAHUAN
budaya ke dalam sebuah mata pelajaran.
Contohnya, guru mengadakan sesi
pembelajaran secara berkumpulan yang
melibatkan semua pelajar yang berbeza
budaya, agama, dan sebagainya. Hal ini
membolehkan para pelajar mengenali
antara satu sama lain dan dapat berinteraksi
dengan lebih mendalam.
24
PEDAGOGI EKUITI Pedagagoi ekuiti atau saksama sangat
(SAKSAMA) penting dalam pendidikan multibudaya.
Hal ini apabila pelajar dapat melahirkan
sikap perkauman yang positif dan
demokr
atik. selain itu dapat membantu
pelajar memahami bagaimana identiti
etnik dipengaruhi oleh konteks
persekolahan, sikap dan kepercayaan
kumpulan sosial yang dominan.
Penyusunan semula budaya dan organisasi MEMPERKASAKAN
sekolah supaya pelajar berbeza kaum, etnik, BUDAYA SEKOLAH
sosioekonomi, dan bahasa mempunyai
kesaksamaan. Contohnya, seorang guru DAN STRUKTUR
perlu melatih pelajar yang berbeza budaya, SOSIAL
bahasa, bangsa, kaum dan sebagai di dalam
satu kelompok yang sama seperti menyertai
pelbagai aktiviti dalam kegiatan sukan,
berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar
yang berbeza etnik dan ras.
PENGURANGAN Mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri
PREJUDIS budaya pelajar khususnya dari segi
perbezaan kaum, budaya, sosiekonomi
dan Bahasa. Selain itu, menentukan
kaedah pengajaran yang sesuai untuk
mereka. Hal ini mampu mengurangkan
perasaan prejudis mereka terhadap
budaya kaum lain.
25
KONSEP 1 MALAYSIA
Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh
Dato Seri Najib Abdul Razak bertujuan
untuk memperkenalkan idea satu
bangsa tanpa mengira kepelbagaian
etnik dan kebudayaan. Berfungsi
mengurangkan jurang perbezaan
antara bandar dan luar bandar, serta
kumpulan etnik agar setiap rakyat
mempunyai hak untuk mendapat
bantuan kerajaan dengan sama rata.
•1 Malaysia adalah gagasan bagi m
engharmonikan rakyat pelbagai
kaum di negara ini tanpa mengubah identiti sesebuah kaum tersebut.
Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu
menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud itu.
Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil
secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan secara
menyeluruh. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, Gagasan 1
Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa
Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas
kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah
negara Malaysia.
• Perpaduan yang digambarkan oleh Gagasan 1 Malaysia amat berbeza
dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara etnik yang dilenyapkan
dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya
1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan
Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan
menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut
dibanggakan. Jelaslah bahawa konsep 1 Malaysia amat menekankan
penerimaan terhadap keunikan pelbagai kaum dan menghormati
antara satu sama lain.
26
SEKOLAH W
AWASAN
Sekolah wawasan ialah sekolah yang menempatkan beberapa
buah sekolah yang berlainan aliran dan wujudnya
kepelbagaian agama, budaya dan bangsa di bawah satu
bumbing yang sama. Antara matlamat penubuhan Sekolah
wawasan ialah mewujudkan perpaduan dalam kalangan
murid-murid yang berbagai bangsa, latar belakang dan
fahaman agama. Selain itu, matlamat sekolah wawasan iaitu
memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai
kaum. Seterusnya, melahirkan generasi yang mempunyai sifat
toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan
sebuah negara yang bersatu padu. Matlamat sekolah
wawasan yang terakhir ialah menggalakkan interaksi yang
maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian
kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di
sekolah seperti aktiviti ko-kurikulum, sambutan hari perayaan
pelbagai kaum, aktiviti pekhemahan dan sebagainya. Jelaslah
bahawa, penubuhan sekolah Wawasan merupakan satu
medium yang amat efektif bagi menerapkan semangat
integrasi dan perpaduan dalam kalangan pelajar sekaligus
mewujudkan sebuah negara yang aman damai.
Rajah: Sekolah Wawasan
27
PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
MODEL JAMES A. BANKS
James A. Bank merupakan
pengasas pendidikan Multibudaya
dan beliau telah digelar sebagai
“Bapa Pendidikan Multikulturul”.
Banks menjadi profesor kulit hitam
pertama di College of Education di
University of Washington (UW) di
Seattle dan juga pengarah
pengasas Pusat Pendidikan
Multikultural UW, yang menjadi
Pusat Keadilan Pendidikan Banks.
Menurut Model James A. Banks yang mengatakan pendidikan
multibudaya mampu mengurangkan diskriminasi terhadap
sesuatu kaum dan memberikan pendidikan yang adil kepada
semua individu. Selain itu, mewujudkan sifat menghormati di
antara satu sama lain tanpa mengambil kira perbezaan kaum
dan kelas sosial. Seterusnya, membantu individu memahami
kendiri dengan melihat mereka sendiri dari perspektif budaya
lain dengan andaian bahawa mereka mempunyai fahaman dan
pengetahuan sedemikian dan dapat wujud penghormatan
antara satu sama lain. Selanjutnya, membantu pelajar
membina pengetahuan, sikap dan kemahiran diri agar boleh
membangunkan kaum sendiri dan juga kaum yang lain. Di
samping itu, membekalkan pelajar peluang untuk memahami
budaya golongan lain. Seterusnya, membekalkan semua
pelajar kemahiran, sikap dan pengetahuan untuk berfungsi
dalam budaya sendiri dan juga budaya kaum lain. Akhirnya,
mengurangkan diskriminasi dan cerita pengalaman dari ciri-
ciri budaya sendiri.
28
PRINSIP YANG PERLU DIAMBIL KIRA
SEMASA MERANCANGKAN POLISI
PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
Antara prinsip yang perlu diambil kira semasa
merancangkan polisi pendidikan multibudaya ialah
kursus profesional untuk membantu guru. Hal ini
demikian kerana kursus atau program profesional
yang diadakan mampu membantu seseorang guru
untuk memahami ciri-ciri pelbagai kaum yang
terdapat di negara kita seperti perbezaan bangsa,
budaya, bahasa, sosioekonomi dan sebagainya.
Jelaslah bahawa, perkara ini mampu membuatkan
guru faham akan diri dan tingkah laku pelajar mereka.
Prinsip yang kedua ialah peranan pemimpin atau
pegawai bagi memastikan sekolah mendapat
peruntukan kewangan yang saksama. Hal ini
memerlukan pemimpin atau pegawai yang
bertanggungjawab dalam membentuk strategi bagu
memastikan segala peruntukan kewangan dapat
diagihkan dengan adil dan saksama. Jelaslah bahawa,
perkara ini mampu membuatkan sistem pendidikan
Multibudaya dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan serta mewujudkan sebuah sekolah yang
aman dan harmoni.
Prinsip yang ketiga ialah persekitaran sekolah
yang prihatin untuk pelajar. Sebagai contoh, pihak
sekolah menyediakan guru kaunseling dalam
membantu pelajar yang mempunyai masalah tanpa
mengira bangsa, budaya, agama, kaum dan
sebagainya. Hal ini mampu melahirkan pelajar yang
positif dan mewujudkan suasana sekolah yang aman
dan harmoni.
29
Prinsip yang seterusnya ialah guru membantu
pelajar memperoleh kemahiran sosial. Hal ini
demikian kerana pelajar dapat memperoleh
kemahiran sosial untuk berinteraksi dengan pelbagai
pelajar yang berasal dari budaya, kaum, bahasa,
agama yang berlainan. Hal ini membolehkan para
pelajar dapat mempelajari dan berinteraksi antara
satu sama laun tanpa wujud perasaan takut atau
bimbang.
Di samping itu, prinsip yang perlu diambil kira
ialah aktiviti kokurikulum di sekolah. Contohnya, pihak
sekolah menyediakan peluang untuk semua pelajar
yang berbeza budaya menyertai aktiviti kokurikulum,
persatuan atau aktiviti luaranseperti perkhemahan,
pertandingan dan sebagainya. Hal ini mampu
mengembangkan pengetahuan, kemahiran, sikap
serta menggalakkan interaksi positif antara pelajar
yang berlainan budaya, agama, kaum, sosioekonomi
dan sebagainya. Selain itu, pihak sekolah juga harus
menubuhkan persatuan yang ahlinya terdiri daripada
pelajar yang berlainan budaya, agama, sosioekonomi,
latar belakang bagi mewujudkan semangat
perpaduan antara mereka.
Prinsip yang terakhir ialah pelajar perlu
memahami sterotaip dan bias yang mendatangkan
kesan yang negatif terhadap perhubungan kaum.
Oleh itu, pelajar perlu mempelajari nilai-nilai yang
dikongsi oleh semua golong yang berbilang budaya
seperti nilai keadilan, kesaksamaan, kebebasan, belas
kasihan dan keamanan. Hal ini mampu mewujudkan
generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya dan
dapat menghapuskan masalah perkauman.
30
KEMSAUNLTPIEBNUDDIADYIKAAN
Antara kesan pendidikan multibudaya ialah
dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Hal
ini dikatakan demikian kerana, pendidikan
multibudaya mampu melahirkan pelajar yang
mempunyai pengetahuan tentang budaya, kaum,
agama, sosioekonomi yang berlainan dari mereka.
Hal ini mampu diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Sebagai contoh, guru mengajar anak
muridnya supaya mengucapkan Selamat Tahun
Baru Cina, ‘ Happy Deepavali’ dan Selamat Hari
Raya Aidilfitri kepada para pelajar yang
menyambutnya, pasti membuatkan anak murid
dapat mengikutinya juga.
Kesan pendidikan multibudaya yang
seterusnya ialah menghasilkan tingkah laku sivik.
Hal ini apabila pelajar digalakkan untuk
melakukan aktiviti berkumpulan di dalam kelas
dan ahli kumpulan terdiri daripada individu yang
berlainan latar belakang mampu membuatkan
mereka mengenali antara satu sama lain. Hal ini
juga mampu melahirkan pelajar yang mempunyai
sifat hormat menghormati dan saling
mempercayai antara satu sama lain.
31
Selain itu, kesan pendidikan multibudaya ialah
penerimaan individu berlainan bangsa, etnik. Hal ini
dikatakan demikian kerana, pendidikan multibudaya
mampu mewujudkan individu yang memahami
kepelbagaian budaya tersebut. Contohnya, guru
menerapkan kefahaman kepada pelajar tentang
identiti budaya orang lain mampu membuatkan
pelajar berinteraksi dan berkawan antara satu sama
lain. Jelaslah bahawa, perkara ini membolehkan
mereka menerima antara satu sama lain walaupun
terdapat perbezaan dari segi bangsa, etnik dan
sebagainya.
Di samping itu, kesan pendidikan multibudaya
ialah menghapuskan jurang perbezaan kaum dan
budaya. Hal ini apabila guru memberikan layanan
yang sama rata terhadap semua pelajar walaupun
terdapat pelajar yang berlainan agama, latar belakang
dan sebagainya. Oleh itu, pelajar yang menerima cara
pembelajaran dan perhatian yang sama mampu
menghapuskan jurang perbezaan antara kaum dan
seterusnya mewujudkan pelajar yang saling hormat
menghormati antara mereka.
Akhirnya, kesan pendidikan multibudaya ialah
menubuhkan sekolah yang prihatin dan saksama.
Sebagai contoh, sekolah wawasan yang terdiri
daripada murid Melayu, Cina, India dan kaum lain
mampu membuatkan mereka dapat mempelajari
ilmu pengetahuan dengan adil dan saksama. Hal ini
tentu dapat mewujudkan sebuah sekolah yang
prihatin, saksama dan harmoni.
32
LATIHAN PENGUKUHAN
1.APAKAH MAKSUD BUDAYA MENURUT
PANDANGAN IBN KHALDUN?
2.BERAPAKAH SIFAT BUDAYA YANG TERDAPAT DI
MALAYSIA?
3.SELAIN DARIPADA BAHASA, NYATAKAN ELEMEN-
ELEMEN BUDAYA YANG LAIN.
4. APAKAH KESAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
TEHADAP MURID, GURU, SEKOLAH DAN
KURIKULUM?
5.Apakah prinsip pendidikan multibudaya?
6.Nyatakan dimensi pendidikan multibudaya.
7.Apakah maksud pendidikan multibudaya
menurut Model James A. Banks?
8.Pada pendapat anda, apakah kesan konsep 1
Malaysia yang diwujudkan oleh Datuk Seri
Najib Tun Razak? Jelaskan.
9.Apakah kesan-KESAN positif pelaksanaan
pendidikan multibudaya?
33
PENUTUP
Pendidikan multibudaya penting untuk
memupuk perpaduan di Malaysia,
terutamanya dalam kalangan pelajar.
Kepelbagaian latar belakang pelajar dari
aspek kaum, budaya, status sosio ekonomi,
agama dan sebagainya telah memberi
cabaran dan kesan terhadap pengajaran
dan pembelajaran. Namun, perbezaan ini
telah mendatangkan pelbagai keunikan
kepada negara kita. Selain itu, walaupun
sukar untuk melaksanakan pendidikan
multibudaya, namun begitu semua pihak
hendaklah bekerjasama dalam
merealisasikan pendidikan multibudaya
seterusnya membantu dalam penubuhan
gagasan satu Malaysia. Tegasnya,
pendidikan multibudaya perlu diterapkan
dalam kalangan pelajar agar cita- cita
negara untuk mencapai keharmonian dan
kesejahteraan sejagat dalam kalangan
rakyat yang berbilang kaum dapat
direalisasikan sepenuhnya.
34
RUJUKAN
Anita Rao Mysore, University of Arkansas Libraries. James Albert Bank, 7 Januari 2022,
https://encyclopediaofarkansas.net/entries/james-albert-banks-4682/
Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan Kearah Perpaduan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd. 22
D. Nugroho, Teori Perkembangan Kebudayaan Menurut Ibn Khaldun, 8 januari 2022, (PPT) Teori
Perkembangan Kebudayaan Menurut Ibn Khaldun | Dwi Ariyantoni Nugroho - Academia.edu
M. Prawiro, Pengertian Norma: Fungsi, Ciri-Ciri, Macam-Macam, dan Contoh Norma, 8 Januari
2022, https://www.maxmanroe.com/vid/sosial/pengertian-norma.html
Mohamed Anwar Omar Din, Asal-usul orang melayu ; MENULIS SEMULA SEJARAHNYA (the malay
origin: REWRITE ITS HISTORY), JURNAL MELAYU (7) 2011:1-82
Muhammad Soulhiey Zeckry, Apa itu Budaya, 8 Januari 2022,
http://zeckry.net/2020/03/30/apa- itu-budaya/
Nik Safiah Karim (2005), Kamus Dewan Edisi Keempat, (Kuala Lumpur: Bahasa Dewan Dan
Pustaka), 100
Noraini Omar, Mohd Aderi Che Noh ,Mohd Isa Hamzah. Kepelbagaian elemen budaya dalam
pengajaran pendidikan islam: Isu dan Kepentingan, 5 Januari 2022,
https://ojie.um.edu.my/article/download/5285/3079
Pengertian Perubahan Kebudayaan dan Faktornya, 8 Januari 2022,
http://materiips.com/pengertian-perubahan-kebudayaan
Rohani Hj Ab Ghani (2020): Konsep 1 Malaysia dan Proses Pembinaan Negara Bangsa: Ke arah
Pembentukan Generasi Muda Malaysia Glokal. Universitas Muslim Nusantara Al-Washliyah (UMN-
AW), Medan Indonesia, 1-20
Samsudin Suhaili. (2006). Pendidikan Pelbagai Budaya: Komik Mat Som sebagai bahan bantu
mengajar. Tanjung Malim, Malaysia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Syed Ismail Syed Mustapha, & Ahmad Subki Maskom. (2010). Budaya dan pembelajaran. Puchong,
Malaysia: Penerbitan Multimedia.
35
SEKIAN
TERIMA KASIH