SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA
JALAN 2/23E TAMAN DANAU KOTA
53300 SETAPAK
KUALA LUMPUR
Nama Murid :
No. MyKid : 111111-11-1011
Kelas : UTM 5
Guru Sejarah: Encik Shamsuri bin Mat Isa
Alhamdulillah dan syukur saya kerana
berjaya menyiapkan tugasan kajian yang
bertajuk Yang Di-Pertuan Agong Teras
Kedaulatan Negara sebagai Kerja Kursus
bagi Mata Pelajaran Sejarah Tahun 5.
Saya mengucapkan terimakasih kepada
guru-guru mata pelajaran Sejarah
terutamanya kepada Encik Shamsuri bin
Mat Isa kerana memberikan tunjuk ajar
yang diberikan.
Saya juga amat berterima kasih kepada
ibu bapa dan adik-beradik saya kerana
sentiasa menyokong dan memberikan
kata-kata semangat dan dorongan kepada
saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Bil. Isi Kandungan Muka Surat
1 Nama Murid 1
2 Penghargaan 2
3 Kandungan 3
4 Pengenalan Institusi Yang Di-Pertuan 4
Agong 5 - 17
5 Senarai Yang Di-Pertuan Agong 18
6 Pakaian Kebesaran Diraja 19 - 22
23
7 Alat Kebesaran Diraja 24
8 Rumusan Kajian
9 Sumber Rujukan
Kajian berkaitan tajuk ini memberikan pengetahuan berguna
kepada saya sebagai murid, malah sebagai warganegara
Malaysia perlu mengetahui proses pemilihan, pelantikan dan
bidang tugas Raja Berperlembagaan yang unik.
Negara kita mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan.
Yang Di-Pertuan Agong menjalankan pemerintahan kerajaan
berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Sebagai Ketua
Utama Negara, bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong
merangkumi perundangan, eksekutif dan kehakiman.
Institusi Yang Di-Pertuan Agong diwujudkan apabila
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Penubuhan institusi Yang Di-Pertuan Agong dibuat semasa
Perlembagaan Persekutuan dirangka. Dalam Perlembagaan
Persekutuan, Yang Di-Pertuan Agong dinyatakan sebagai
Ketua Utama Negara.
Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong dilaksanakan melalui sistem
penggiliran yang unik antara sembilan orang raja Melayu bagi
tempoh lima tahun. Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong dibuat
mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948
bagi menggantikan Durbar. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh
sembilan orang raja Melayu dan empat orang Yang Di-Pertua
Negeri. Antara tugas utama Majlis Raja-Raja termasuklah
melaksanakan pemilihan Yang Di-Pertuan Agong. Majlis Raja-
Raja yang dianggotai oleh sembilan orang raja Melayu dan
empat orang Yang Di-Pertua Negeri.
YANG DI-PERTUAN AGONG
PERTAMA
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni
Al-Marhum Tuanku Muhammad
Tempoh : 3 Ogos 1957 – 1 April 1960
Negeri : Negeri Sembilan
PERMAISURI AGONG PERTAMA
Al-Marhumah Tunku Kurshiah Ibni Al-
Marhum Tunku Besar Buhanuddin
Tempoh : 3 Ogos 1957 – 1 April 1960
Senaraikan semua Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong
Pertama hingga Ke-16
Senaraikan semua Pakaian Kebesaran Diraja
Senaraikan semua Alat Kebesaran Diraja
Setelah menyiapkan buku skrap ini, saya dapat
mengetahui institusi terpenting dalam negara kita yang
tidak terdapat di mana-mana negara di dunia ini.
Institusi Yang Di-Pertuan Agong yang unik perlu
dipertahankan kerana ia melambangkan keutuhan
bangsa dan negara.
Sebagai rakyat di negara ini, saya amat berbangga
mempelajari dan mengetahui tokoh terpenting di negara
ini selain bertanggungjawab memelihara keunikan
sejarah itu sendiri.
Selain itu, saya dapat melatih dan mempelajari cara
menjalankan kajian dan kerja projek bagi mata pelajaran
yang memerlukan saya melakukannya.
1. Buku
a. Buku Teks Sejarah Tahun 5
b. Buku Aktiviti Sejarah Tahun 5
2. Laman Web
a. https://kursirajamelayu.uitm.edu.my/direktori/menu
majlisrajaraja/submenu-senaraispbydpa
b. https://malay.wiki/content/Yang_di-
Pertuan_Agong/Sejarah.html
c. https://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-
Pertuan_Agong
d. https://www.parlimen.gov.my/sejarah-
institusi.html?uweb=p&
e. https://pengurusan.istananegara.gov.my/index.php
?option=com_content&view=article&id=66&Itemid=
607