The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vimala_sharan, 2021-09-12 04:04:27

Buku Skrap Ibu Zain

Buku Skrap Ibu Zain

PENDAHULUAN

Ibu Zain merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam arena
pendidikan Malaysia. Ibu Zain digambarkan oleh tokoh wanita
yang peramah dan penyayang. Ibu Zain juga seorang yang
sensitif yang mudah beremosi. Antara keunikan Ibu Zain adalah
cara beliau bersyarah. Beliau akan berpantun, bersyair, dan
menyanyi. Ini telah menjadi tarikan kepada sesiapa yang
mendengar ucapan beliau.

Kebajikan beliau terserlah menerusi bidang pendidikan. Beliau
sering kali mengambil berat mengenai keperluan wanita untuk
menimba ilmu pengetahuan. Permulaan penglibatan wanita
dalam penulisan sastera dikesan menerusi majalah wanita,
Bulan Melayu yang diterbitkan pada tahun 1930 oleh Ibu Zain.

Penulisan atau karya Ibu Zain kebiasaannya adalah berkisar

kepada kewajipan dan peranan wanita Melayu dalam

kehidupan. Perkara yang menjadi perhatian beliau sepanjang

perjuangan pendidikan termasuklah keperluan wanita

memperdalami ilmu moden, nilai dan had keagamaan, serta

kebajikan politik menerusi semangat cintakan tanah air sendiri.

Hasil penulisan Ibu Zain banyak mempengaruhi perkembangan

gerakan kaum Ibu pada zamannya. Peranan beliau yang luas

terhadap bangsa dan tanah air menyebabkan beliau dipilih

sebagai subjek kepada slot tokoh dalam TahuTuai. Aspek yang

akan disentuh sepanjang penulisan buku skrap ini ialah latar

belakang Ibu Zain, pendidikan dan sumbangannya, cabaran

kehidupan, serta anugerah yang diperoleh sepanjang

.p e r j a l a n a n k e h i d u p a n b e l i a u



Tan Sri Hajah Zainon Binti Munshi Sulaiman atau lebih dikenali
sebagai Ibu Zain telah dilahirkan pada 22 Januari 1903 di Nyalas,
Melaka. Ibu Zain merupakan anak keenam dari lapan adik-beradik.

Ayahnya, Munshi Sulaiman berasal dari Tanjung Pianang, Riau,
Indonesia manakala Ibu Zain bertuah kerana bapanya mempunyai
kesedaran yang tinggi betapa pentingnya pendidikan, malah telah
melanggar tradisi masyarakat Melayu ketika itu yang melarang anak
perempuan daripada belajar, selain daripada belajar mengaji Al-
Quran.

Selepas menghabiskan pelajarannya di Methodist Girls School di
Melaka dan diikuti dengan kelulusan Junior Cambridge, Ibu Zain
kemudiannya bekerja dalam bidang pendidikan. Projek pertama
beliau adalah dengan membina sebuah sekolah di Negeri Sembilan
dengan menggunakan duit beliau sepenuhnya.

Beliau kemudiannya telah berpindah dan menetap di Johor dan
beliau bekerja sebagai penyelia sekolah perempuan bagi sekolah
perempuan daerah Muar dan Batu Pahat dan seterusnya, bagi seluruh
negeri Johor. Ibu Zain juga telah berjaya meyakinkan pentadbir
kerajaan Johor untuk membina lebih banyak sekolah perempuan.
Pada tahun 1948, Ibu Zain telah berjaya menubuhkan kolejnya sendiri
yang bernama Kolej Tunku Ampuan Mariam di Johor Bahru.

Saya memilih Ibu Zain sebagai tokoh kemerdekaan bagi
buku skrap saya kerana beliau adalah antara tokoh
wanita yang telah memberikan sumbangan yang banyak
dalam mencapai kemerdekaan negara kita.

Ibu Zain sentiasa bersikap tidak sanggup melihat anak
gadis Melayu ketinggalan dalam pendidikan apatah lagi
ramai anak gadis waktu itu yang tidak tahu membaca
dan menulis.

Tambahan lagi, penglibatan Ibu Zain dalam bidang
politik menambah jasa dan khidmat bakti beliau kepada
masyarakat.

Ibu Zain turut memainkan peranan dalam
mendaulatkan bahasa Melayu. Beliau terlibat dalam
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun
1956, sehingga tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka
pada tahun 1958.

Perjuangan Ibu Zain ini akan menjadi penyuntik
semangat kepada kaum pendidik dalam menyampaikan
ilmu dan menjadi penjana transformasi pendidikan
negara.



1.Menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan.
2.Beliau telah menjadi seorang guru di Sekolah Perempuan Bandar Maharani

dan kemudian dilantik sebagai Guru Besar di sekolah tersebut.
3.Beliau dilantik menjadi guru pelawat atau penyelia di sekolah Perempuan di

Daerah Muar serta Batu Pahat dn seterusnya di seluruh negeri Johor.
4.Beliau telah menjadi pengasas sekolah agama petang dan menjadi penyelia

serta sekolah tersebut telah menjadi Sekolah Agama Perempuan yang
pertama di Johor.
5.Beliau adalah antara orang yang bertanggungjawab menubuhkan Persatuan
Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor.
6.Beliau telah dilantik menjadi Presiden Pertama bagi Persatuan Guru-Guru
Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor.
7.Beliau juga telah menubuhkan dan menyandang jawatan Yang Dipertua
Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu selama 19 tahun sejak tahun
1930.
8.Beliau turut menghasilkan majalah untuk wanita iaitu Bulan Melayu antara
tahun 1929-1941.
9.Ibu Zain juga menjadi salah seorang perintis UMNO dan ketua kaum ibu.
10.Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor mewakili parti
UMNO pada 1948.
11.Beliau dipilih sebagai wakil rakyat bagi kawasan Pontian pada 1959.
12.Beliau telah berjaya menyatukan kaum ibu untuk turut serta menyokong
usahanya dalam mencapai kemerdekaan negara.
13.Beliau juga berperanan dalam mendaulatkan Bahasa Melayu.
14.Pada tahun 1956, beliau terlibat dalam Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu sehingga tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1958.

Penutup

Perjuangan dan bakti Ibu Zain walau bagaimanapun terhenti apabila negarawati ini
meninggal dunia pada 2 April 1989 kerana mengidap barah dalam perut.
“Agama dididik, moden dibela. Dunia dikelek, akhirat ditatang” ditinggalkan oleh
Allahyarhamah Tan Sri Hajah Zainun Sulaiman untuk renungan dan teladan generasi
kini.
Ibu Zain bukan sahaja pendidik sejati tetapi juga patriot yang tidak pernah patah
semangat dalam memperjuangkan hak pribumi negara ini.
Beliau sentiasa memperlihatkan kegigihannya dalam usaha memajukan bangsa
Melayu.
Perjuangan tanpa jemu Ibu Zain adalah untuk melihat anak bangsanya bukan sahaja
bebas dari taklukan penjajah tetapi belenggu pemikiran yang menyekat kemajuan.
Niat murninya ini ditonjolkan dalam setiap detik perjuangannya. Perjuangannya
dalam memastikan anak bangsanya tidak tercicir dalam mendapat ilmu
pengetahuan dibuktikan apabila Tokoh Guru Suluh Budiman 1980 ini menubuhkan
Kolej Tengku Ampuan Mariam.
Pelopor politik wanita juga telah meninggalkan semangat perjuangan tinggi dalam
memartabatkan nasib wanita kepada generasi wanita Malaysia.


Click to View FlipBook Version