HELLO
all about
my parents
love story
By Nur Nadia Bt Mukhtar
perkahwinan aturan
keluarga-bercinta
selepas kahwin
Ibu bapa saya dikahwinkan atas aturan keluarga iaitu abang saudara ibu
yang memperkenalkan emak saya dengan anak saudara jauhnya iaitu bapa
saya. Perkahwinan ibubapa saya tidak dijangka kerana mereka berdua tidak
pernah bertemu sebelum ini sehingga Pak Ismail memberitahu sesorang ingin
berkenal dengan ibu dan
keluarga sebelah bapa saya datang untuk berjumpa dengan ibu dan
keluarganya.
Tahun 1989 : pertama kali
pertemuan
Pada suatu hari itu, keluarga sebelah ayah ingin berjumpa dengan keluarga
sebelah emak untuk berkenalan dengan lebih rapat. Ketika itu, ibu sedang
mengemas dihalaman rumah dan secara mengejutnya keluarga ayah
sampai di depan rumah tanpa memberitahu apa-apa. Emak terkejut dan
terus masuk rumah dengan memanjat tingkap biliknya kerana belum
bersiap dan tidak mengetahui tentang kedatangan mereka yang secara
mengejut.
Berkenalan
dengan keluarga
Pada ketika itu, bapa saya bekerja sebagai angkatan tentera
malaysia yang menyebabkan lagi susah untuk bertemu dengan emak.
Pada hari pertemuan itu, setelah keluarga sebelah ayah ,memasuki
rumah, emak dan adiknya keluar daripada bilik dan menghidang
beberapa jamuan kecilan untuk tetamu dan seterusnya berkenalan
dengan kedua-dua belah keluarga. Wakil daripada belah bapa
memberi waktu kepada pihak perempuan berkenalan dan membuat
keputusan untuk step seterusnya.
”bersetuju”
Disebabkan ayah dan emak tinggal berjauhan, kerana bapa berkerja dan
emak berada di kampung, cara mereka untuk mengenali antara satu
sama lain adalah dengan menhantar surat. Pada ketika itu, bapa
menanyakan tentang apa keputusan emak, adakah emak terima atau
menolak lamaran ayah. Setelah beberapa hari, emak memberi keputusan
bahawa menerima ayah dan bersetuju untuk berkahwin dengannya.
Tahun 1990 : merisik dan
bertunang
Pada bulan 5 tahun 1990,kedua- dua belah pihak lelaki dan perempuan
bersetuju dan menetap tarikh pertunangan dan merisik. Setelah dua bulan,
pihak lelaki datang merisik dan bertunang dengan emak dengan membawa
beberapa dulang dan ibu kepada ayah memberi rantai sebagai ikatan
pertunangan mereka. Sepanjang tempoh pertunangan , mereka hanya
menghantar surat untuk mengetahui perkembangan antara satu sama
lain.
Tahun 1991 : Berkahwin
Pada 17/1/1991, berlangsungnya majlis perkahwinan mereka yang dibuat secara
sederhana kerana memenuhi kehendak pihak perempuan. Majlis tersebut dihadiri oleh
saudara-mara dan kawan-kawan yang terdekat sahaja. Pada keesokkan harinya
pulak, berlangsungnya majlis “menyambut menantu“ di kampung ayah. Mereka
berkahwin pada umur 23, ibu dan bapa berumur 25 tahun.
Pada hari yang sama juga berlakunya peperangan Iran-Iraq.
”LDR”
Selepas seminggu berkahwin, bapa meninggalkan emak di kampung buat
sementara kerana dia bekerja di Kuala Lumpur dan menguruskan
rumah untuk tinggal di sana. Setelah itu, mereka berpindah di Kuala
Lumpur di rumah Kuartes. Selepas 3 bulan, emak mendapat khabar
gembira kerana mengandung anak sulong mereka. Selepas bersalin di
kampung, mereka balik semula di Kuala Lumpur.
Tahun 1992-1995 : sambung
belajar
Selepas bersalin, ayah telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di
Politeknik Ungku Omar selama dua tahun . Pada ketika itu, perhubungan mereka
jarak jauh, emak tinggal di kampung sambil menjaga anak sulangnya. Ini menunjukkan ,
ayah sangat memberi komitmen antara berkerja, belajar dan berkeluarga. Pada
tahun 1995,mereka dikurniakan lagi seorang cahaya mata keduanya, selepas
beberapa bulan ayah menyambung lagi pengajiannya selama setahun.
”susah senang
bersama”
Selepas itu, mereka berpindah di Kem Desa Kota Bharu. Pada tempoh
berkahwin, mereka mengharungi susah senang bersama . Ayah telah
membeli rumah untuk keluarganya di kampung untuk memberi
keselesaan kepada keluarga .Pada ketika itu, ayah berkerja sebagai
Angkatan Tentera Malaysia di Kelantan. Setelah sepuluh tahun
berkhidmat sebagai ATM, ayah memilih untuk berhenti kerja sebagai
ATM.
Tahun 2002 : kurnia
cahaya mata ketiga
Setelah berhenti sebagai ATM, dalam tempoh dua bulan ayah telah mendapat tiga
tawaran pekerjaan iaitu sebagai penolong JPJ, pensyarah ILP dan controller di
Toyoto. Ayah telah memilih untuk berkerja sebagai Controller disebabkan dekat
dengan kampung. Pada tahun itu juga, mereka dikurniakam anak ketiga. Sehingga
sekrang mereka menetap di Kelantan.
Konklusinya:
Mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu dua lelaki dan sorang perempuan.
Sekarang telah masuk ke 30 tahun ulangan perkahwinan mereka. Anak-anaknya
ada yang berkerja, berkahwin dan belajar. Itu sahaja kisah percintaan ibu dan
bapa saya.
Sekian, Terima Kasih!!!
3 orang anaknya
Anak Anak Anak
Sulung Kedua Bongsu
Thank you