The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu SVM/SKM dan DVM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BPLTV-013 Moe, 2020-12-08 04:56:40

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu SVM/SKM dan DVM

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu SVM/SKM dan DVM

Keywords: GPPdP,Garis Panduan,PdPNB,Norma Baharu,BPLTV,PDPNB

GARIS PANDUAN

Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu

SVM/SKM dan DVM

EDISI

DISEMBER 2020

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

ISI KANDUNGAN

1. LATAR BELAKANG ................................................................................................ 4
2. TUJUAN .................................................................................................................. 4
3. TEMPOH................................................................................................................. 6
4. OBJEKTIF ............................................................................................................... 6
5. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NORMA BAHARU (PdPNB)..................... 7

5.1 Kerangka PdPNB....................................................................................... 7
5.2 Kaedah PdPNB.......................................................................................... 8
5.3 Bahan PdPNB.......................................................................................... 12
6. PdPNB MENGIKUT PERINGKAT PENGAJIAN.................................................... 12
6.1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) .............................................................. 12
6.2 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)............................................................... 14
6.3 Diploma Vokasional Malaysia (DVM)....................................................... 17
7. PELIBATAN IBU BAPA ......................................................................................... 26
8. PENUTUP ............................................................................................................. 26
RUJUKAN.................................................................................................................... 28
LAMPIRAN 1 ............................................................................................................... 30
LAMPIRAN 2 ............................................................................................................... 31
LAMPIRAN 3 ............................................................................................................... 32
LAMPIRAN 4 ............................................................................................................... 33
LAMPIRAN 5 ............................................................................................................... 34
LAMPIRAN 6 ............................................................................................................... 35

1

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

SENARAI SINGKATAN

BPLTV Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
CLO Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcomes)
CO Perancangan Kursus (Course Outline)
CU Competency Unit
DPSK Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi
DVM Diploma Vokasional Malaysia
HBL Pembelajaran dari Rumah (Home Based Learning)
ILKS Institut Latihan Kemahiran Swasta
JPK Jabatan Kemahiran Malaysia
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
KSIB Kumpulan Sokongan Ibu Bapa
KSKV Kurikulum Standard Kolej Vokasional
KV Kolej Vokasional
LP Lembaga Peperiksaan
MBOT Lembaga Teknologis Malaysia
MQA Agensi Kelayakan Malaysia
NOSS Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan National
(Occupational Skills Standards)
ODL Pembelajaran Jarak Jauh dan Terbuka (Open and Distance Learning)
PA Penilaian Akhir
PB Pentaksiran Berterusan
PBKhas Pentaksiran Berterusan Khas
PDK Pembelajaran di Kolej
PdP Pengajaran dan Pembelajaran
PdPNB Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu

2

PdPR Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
PIBG SVM/ SKM dan DVM
PKP
PKPB Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
PKPD Persatuan Ibubapa dan Guru
PKPP Perintah Kawalan Pergerakan
PLO Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
PVMA Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
RPA Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
RPK Hasil Pembelajaran Program (Programme Learning Outcomes)
SKM Program Vokasional Menengah Atas
SLaPB Rekod Pentaksiran Akademik
SLDN Rekod Pentaksiran Kompetensi
SLT Sijil Kemahiran Malaysia
SMK Sistem Latihan Program Bertauliah
SOP Sistem Latihan Dual Nasional
SPKM Masa Pembelajaran Murid (Student Learning Time)
SVM Sekolah Menengah Kebangsaan
TA Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure)
TAI Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
TT Sijil Vokasional Malaysia
Tempoh Amali
Tempoh Amali Industri
Tempoh Teori

3

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

1. LATAR BELAKANG

1.1 Bermula tarikh 18 Mac 2020, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan beberapa
perintah kawalan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan
Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)
yang dilaksanakan di seluruh Malaysia.

1.2 Menteri Kanan Pendidikan telah mengeluarkan arahan penutupan sekolah/
institusi pendidikan bagi semua negeri melalui sidang media pada
8 November 2020.

1.3 Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam norma baharu
diwujudkan sebagai panduan kepada Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) yang melaksanakan Program Vokasional Menengah Atas
(PVMA) dan Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).

2. TUJUAN

2.1 Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu SVM/ SKM dan
DVM dibangunkan untuk membantu pengurusan dan pelaksanaan PdP di KV,
SMK (PVMA) dan ILKS.

2.2 Garis Panduan ini menggantikan Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Pembukaan Semula Kolej Vokasional KPM yang telah
dikeluarkan oleh BPLTV.

2.3 Garis panduan ini juga mengambil kira keperluan semua agensi berkaitan
seperti Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Kemahiran Malaysia (JPK) untuk
peringkat Sijil Vokasional Malaysia serta agensi akreditasi dan badan profesional
seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Teknologis Malaysia
(MBOT) untuk pengajian peringkat Diploma.

4

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

2.4 Garis Panduan (GP) ini adalah panduan dan kaedah alternatif pelaksanaan PdP
yang boleh dirujuk apabila berlakunya suatu bencana atau wabak.

2.5 Skop Garis Panduan PdP dalam norma baharu merujuk kepada PdPR, PdP
bersemuka dan Pentaksiran dan Penilaian bagi SVM/SKM dan DVM.

2.6 Garis panduan ini terpakai kepada Kolej Vokasional, SMK yang melaksanakan
PVMA dan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.

2.7 Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan;

2.7.1 Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma
Baharu yang dikeluarkan oleh KPM bertarikh 9 Oktober 2020.

2.7.2 Surat Makluman Garis Panduan Pelaksanan PdP Amali Teknikal dan
Vokasional, Ruj: KPM 600-8//2/1 (Jld 2) (57) bertarikh 13 Oktober 2020.

2.7.3 Surat Pemakluman Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah,
Ruj: KPM 600 – 9/6/26(96) bertarikh 2 Oktober 2020.

2.7.4 Advisory Note No. 4/2020 Panduan Pengendalian Program Pendidikan
Tinggi Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan.

2.7.5 Advisory Note Bil. 5/2020 Panduan Kaedah Alternatif Penyampaian
Program Dan Penilaian Pembelajaran Murid Dalam Standard Program.

2.7.6 Panduan Pengendalian Program Pendidikan Tinggi Semasa dan Pasca
Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 (MQA) bertarikh 29 Mac 2020.

2.7.7 Surat Siaran Pengendalian Program Pengajian Dalam Menangani
Penularan Wabak Covid-19 (MBOT) bertarikh 18 Mac 2020.

2.7.8 Garis Panduan Pengurusan Pelaksanaan Latihan Sistem Latihan Dual
Nasional (SLDN) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP) edisi Julai 2020.

5

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

2.7.9 Garis Panduan Pengurusan Latihan Kemahiran Melalui Latihan Kaedah
Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) di bawah Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia (SPKM) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) edisi Julai 2020.

2.7.10 Surat Siaran Jabatan Pembanguan Kemahiran (JPK) Melalui Persijilan

Kemahiran Malaysia (SPKM) Secara Bersemuka Semasa Pasca

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

[rujukan: JPK/700/114 (10)].

2.7.11 Garis panduan, surat pekeliling ikhtisas, surat siaran, arahan dan
peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa serta yang akan
dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh KPM dan badan-badan
akreditasi yang terlibat.

3. TEMPOH

Tempoh pelaksanaan garis panduan ini digunakan sepanjang tempoh pengajian
semasa berlaku suatu bencana atau wabak tertakluk kepada arahan kerajaan dan
KPM dari semasa ke semasa.

4. OBJEKTIF
Objektif garis panduan ini adalah untuk memastikan:
4.1 Pengurusan dan pelaksanaan berjalan lancar dan efisyen;
4.2 Hasil pembelajaran dapat dicapai dalam tempoh yang ditetapkan;
4.3 Penilaian murid dapat dilaksanakan.

6

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

5. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NORMA BAHARU (PdPNB)
PdPNB adalah merujuk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR), PdP secara bersemuka dan secara Off-site yang perlu dilaksanakan
apabila PdP secara konvensional tidak dapat dijalankan. PdPNB ini terpakai kepada
tiga peringkat pengajian iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).
5.1 Kerangka PdPNB
5.1.1 Kerangka PdPNB boleh digambarkan seperti Rajah 1.

Rajah 1: Kerangka PdPNB
5.1.2 Pengajar perlu menetapkan kaedah PdPNB sama ada PdP dalam talian,

PdP luar talian, PdP bersemuka dan PdP Off-site mengikut kesesuaian
pelaksanaan.

7

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

5.1.3 Pelaksanaan PdPNB teori dan amali boleh dilaksanakan di rumah atau di
kolej mengikut kesesuaian.

5.1.4 Pengajar perlu menyediakan bahan PdPNB yang fleksibel dengan
mengambil kira keperluan semua murid.

5.1.5 Penyampaian kurikulum adalah berbeza mengikut peringkat pengajian
SVM, SKM dan DVM.

5.1.6 Pengajar boleh mengunakan mana-mana kaedah atau gabungan
kaedah mengikut kesesuaian.

5.1.7 Penilaian pembelajaran dilaksanakan mengikut keperluan agensi/ badan
yang berkenaan.

5.1.8 Pengajar perlu mendokumenkan bahan pengajaran, tugasan, aktiviti dan
penilaian serta menyediakan laporan.

5.2 Kaedah PdPNB

PdPNB dijalankan secara dalam talian, luar talian, bersemuka dan Off-site.

5.2.1 PdP Dalam Talian
Pelaksanaan PdP dalam talian perlu mengambil kira capaian internet
pengajar dan murid. Terdapat dua kaedah PdP yang boleh dilaksanakan
dalam talian iaitu:

5.2.1.1 Segerak (Synchronous)

i. Berlaku pada masa sebenar (real-time). Pengajar dan murid
boleh berkomunikasi dan bertemu secara maya pada masa
yang sama, walaupun ketika berada di lokasi yang
berlainan.

8

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

ii. Strategi pembelajaran interaktif disusun dengan mengambil
kira masa pembelajaran dan dijadualkan mengikut waktu
tertentu dalam jadual waktu akademik tetap dalam talian
secara langsung.

5.2.1.2 Tidak Segerak (Asynchronous)

i. Tidak berlaku pada masa sebenar (real-time). Komunikasi di
antara pengajar dan murid berlaku pada masa yang
berbeza.

ii. Strategi pembelajaran kendiri berpandukan kepada bahan
PdP yang dibangunkan lebih awal dan membolehkan
interaksi pembelajaran berlaku tidak secara langsung atau
masa nyata.

iii. Tidak tertakluk kepada jadual waktu akademik yang tetap.
Pengajar dan murid tidak perlu hadir pada masa yang sama.

iv. Kandungan pembelajaran dirakam dalam bentuk video atau
audio dan kemudian dimuat naik ke aplikasi dalam talian
yang bersesuaian untuk dikongsikan dengan murid.

v. Maklumbalas pembelajaran antara pengajar dan murid
dibuat pada waktu yang lain, contohnya semasa sesi tutorial
akan datang. Murid boleh menyelesaikan tugasan mengikut
kesesuaian masa sendiri, tertakluk kepada tempoh masa
yang diberikan oleh pengajar.

vi. Murid boleh mengajukan sebarang soalan berkenaan
kandungan kuliah melalui sesi konsultasi atau semasa kelas
tutorial secara dalam talian.

9

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

vii. Perincian PdP secara dalam talian ditunjukkan seperti
dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Perincian PdP Secara Dalam Talian

Perincian Segerak Tidak Segerak
(Synchronous) (Asynchronous)
Pelantar
pembelajaran DELIMa, TV Pendidikan, Eduweb TV, cikgootube

Contoh Google Meet, Zoom, Google Classroom,
aplikasi sosial Microsoft Teams, Youtube, Whatsapp,
Facebook Live, Skype, Telegram
Contoh Whatsapp, Telegram Muat naik bahan
aktiviti PdP pembelajaran,
Telesidang , Stream, Flashcards, Forum,
Contoh Flashcards,Forum, Chat Chat
penilaian PdP
Ujian, Kuiz, Tugasan, Ujian, Kuiz, Tugasan,
Projek, pembentangan, Projek, Pembentangan
berkumpulan individu

5.2.2 PdP Luar Talian
5.2.2.1 Pengajar perlu menyediakan bahan pembelajaran (contoh: nota,
latih tubi, kuiz dan lain-lain) untuk diedarkan kepada murid
melalui pelbagai kaedah seperti kurier/ serahan tangan.

5.2.2.2 Eviden yang telah disiapkan oleh murid boleh dipertimbangkan
untuk diserahkan kepada pengajar semasa sesi pengajian di
kolej.

5.2.2.3 Semua eviden yang berkaitan dengan PdP (contoh: jadual
pelaksanaan pembelajaran, pelaksanaan pentaksiran dan
lain-lain) perlu disimpan dan difailkan sebagai pembuktian.

10

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

5.2.3 PdP Off-Site
5.2.3.1 PdP secara off-site berlaku di lokasi seperti pusat komuniti atau
mana-mana premis yang diisytiharkan sebagai pusat
pemindahan sementara akibat bencana atau wabak.

5.2.3.2 Pihak pengurusan institusi boleh merancang dan berbincang
dengan BPLTV untuk menetapkan premis yang bersesuaian
untuk dijadikan tempat PdP secara off-site.

5.2.4 PdP Bersemuka
5.2.4.1 PdP bersemuka boleh dilaksanakan di dalam bilik kuliah dan
bilik khas yang bersesuaian dengan mematuhi Prosedur Operasi
Standard (SOP) MKN, KKM dan Garis Panduan Pelaksanaan
PdP Amali Teknikal dan Vokasional, KPM.

5.2.4.2 PdP selepas pembukaan semula institusi merupakan
kesinambungan aktiviti PdPR supaya memenuhi keperluan
kurikulum.

5.2.4.3 Pengajar hendaklah melengkapkan jam pertemuan bersama
murid yang tidak dapat mengikuti PdPR melalui kelas gantian
atau kaedah-kaedah lain yang bersesuaian di semester
berikutnya sebelum bergraduat.

5.2.4.4 Pengajar perlu memastikan murid yang tidak dapat mengikuti
sesi PdPR perlu melengkapkan tugasan teori dan amali dalam
tempoh pembelajaran di kolej sebelum bergraduat.

5.2.4.5 Pengajar perlu mengumpulkan semua dokumen PdPR untuk
direkodkan dalam Rekod Pengajaran.

11

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

5.3 Bahan PdPNB

Kriteria Pembinaan bahan PdPNB adalah seperti berikut:

5.3.1 Sesuai dilaksanakan secara dalam talian, luar talian dan off-site;

5.3.2 Menggunakan platform digital yang sesuai;

5.3.3 Memenuhi Hasil Pembelajaran Kursus dan Competency Unit (CU);

5.3.4 Sesuai pembelajaran kendiri bagi Home Based Learning dan
Self-Directed Learning; dan

5.3.5 Perkongsian pembangunan bahan PdP dalam kalangan pengajar KV
adalah digalakkan.

6. PdPNB MENGIKUT PERINGKAT PENGAJIAN
6.1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

6.1.1 Penyampaian Kurikulum

6.1.1.1 PdPNB yang dilaksanakan perlu memastikan semua hasil
pembelajaran dicapai dan mengikut KSKV.

6.1.1.2 Pelaksanaan PdPNB perlu mempertimbangkan kemampuan
pengajar dan murid untuk mengakses bahan PdP di kediaman
masing-masing.

6.1.1.3 PdPNB yang melibatkan amali boleh dilaksanakan mengikut
kesesuaian tajuk. Sekiranya amali tidak dapat dilaksanakan,
amali boleh ditangguhkan sehingga PdP secara bersemuka
dibenarkan.

12

6.1.1.4 Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

Semua eviden perlu direkod dan disimpan dalam RPK/ RPA.

6.1.1.5 Semua PdPNB juga perlu merujuk kepada Manual Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah, KPM dan Garis Panduan
Pelaksanaan PdP Amali Teknikal dan Vokasional, KPM.

6.1.2 Penilaian Norma Baharu SVM

6.1.2.1 Pengajar perlu memastikan semua kompetensi dan hasil
pembelajaran perlu ditaksir secara teori dan/ atau amali bagi
PB berdasarkan DPSK/ KSKV.

6.1.2.2 PB teori dan amali boleh dilaksanakan semasa PdPR.
Sekiranya tidak dapat dilaksanakan semasa PdPR, PB amali
perlu ditangguhkan sehingga PdP secara bersemuka
dibenarkan.

6.1.2.3 Semua eviden perlu disimpan dan markah perlu direkodkan
dalam RPK/ RPA.

6.1.2.4 PA bagi program SVM adalah berdasarkan garis panduan
penilaian yang telah ditetapkan oleh LP. Sebarang perubahan
tertakluk kepada arahan dari semasa ke semasa.

13

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

6.2 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
6.2.1 Penyampaian Kurikulum
6.2.1.1 Program Single-Tier (ST), Mengikut Tahap (MT) dan
Program Vokasional Menengah Atas (PVMA)
i. PdPNB teori dan amali boleh diteruskan mengikut KSKV/
NOSS yang telah diluluskan oleh JPK.
ii. Amali yang tidak boleh dilakukan secara PdPNB perlu
ditangguhkan sehingga PdP secara bersemuka dibenarkan.
iii. Semua eviden perlu disimpan dan markah perlu direkodkan
dalam RPK.
iv. Pengajar yang terlibat perlu memastikan pembelajaran
sepanjang PdPNB mengikut minggu yang telah ditetapkan
oleh BPLTV dan dipersetujui oleh JPK.

6.2.1.2 Program Apprenticeship Mod SLDN
i. Pelaksanaan Program Apprenticeship Mod SLDN di KV
sepanjang tempoh bencana atau wabak masih mengguna
pakai kaedah pembelajaran mengikut model seperti
Jadual 2.

14

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

Jadual 2: Pelaksanaan Program Apprenticeship Mod SLDN di KV

Tahun Tempoh Tempoh Teori Tempoh
Pengajian Akademik
Model Amali
(TA) (TT) Industri (TAI)

Tahun 1 3 bulan 3 bulan 6 bulan
A
3 bulan 3 bulan 6 bulan
Tahun 2

Tahun 1 Atas persetujuan bersama tetapi mematuhi Akta
B
Tahun 2 550, Akta 350, Akta 139 dan Akta 652

ii. TA dan TT boleh diteruskan melalui PdPNB dengan
memberi tumpuan kepada teori.

iii. TAI bagi amali di industri boleh dilaksanakan dengan
mendapat kebenaran daripada ibu/ bapa atau penjaga dan
pihak industri. Sekiranya tidak dapat dilakukan, TAI akan
ditangguhkan sehingga keadaan membenarkan.

iv. Minggu PdP selepas pembukaan semula institusi
merupakan kesinambungan daripada minggu PdP sebelum
penutupan institusi.

v. Penyelaras SLDN peringkat institusi bertanggungjawab
menyusun semula jadual waktu PdP yang akan
dilaksanakan dan boleh dijalankan secara fleksi mengikut
kesesuaian institusi masing-masing.

vi. Pelaksanaan PdP Mengikut Pengiraan Jam Latihan
ditunjukkan dalam Jadual 3.

15

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

Jadual 3: Panduan Tempoh Jam Latihan Mod SLDN

Tahap Jam Latihan Tempoh
SKM (Bulan)
KV Syarikat Jumlah Catatan
T1 30% 70%
T2 Pelaksanaan
T3 720-960 1440- 2400 24 single tier
1680 tahap 1-3

540-720 1080- 2400 24 Pelaksanaan
1260 single tier
tahap 2-3

vii. Penyelaras SLDN hendaklah memastikan semua pengajar
memenuhi jumlah jam yang disyaratkan oleh JPK untuk
pembelajaran perantis di KV seperti jadual di atas bagi
merancang jumlah jam pembelajaran selepas pembukaan
semula KV.

6.2.2 Penilaian Norma Baharu SKM

6.2.2.1 PB teori dan amali perlu mematuhi KSKV dan NOSS
program yang telah diluluskan.

6.2.2.2 Semua eviden perlu disimpan dan markah perlu direkodkan
dalam RPK.

6.2.2.3 Tarikh PA akan ditetapkan oleh BPLTV setelah mendapat
kelulusan JPK.

6.2.2.4 PA PVMA adalah mengikut kalendar persekolahan terbaru
yang dikeluarkan oleh KPM dan BPLTV.

6.2.2.5 Sebarang perubahan berkaitan PB dan PA tertakluk kepada
persetujuan bersama BPLTV dan JPK. Pemakluman akan
dibuat dari semasa ke semasa.

16

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

6.3 Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

6.3.1 Penyampaian Kurikulum

6.3.1.1 Pencapaian Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) adalah
selaras dengan ketetapan Agensi Kelayakan Malaysia
Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Teknologis
Malaysia (MBOT). Hasil Pembelajaran Kursus yang telah
diluluskan tidak boleh diubah. Walau bagaimanapun,
perubahan CLO boleh dipertimbangkan atas keperluan
dengan mendapatkan kelulusan Senat.

6.3.1.2 Pelaksanaan PdP dalam talian perlu mempertimbangkan
kemampuan murid untuk mengakses bahan pengajaran dan
pembelajaran di kediaman masing-masing.

6.3.1.3 Pengajar perlu menggunakan pelbagai strategi pengajaran
dan kreativiti untuk murid yang menghadapi kesukaran
capaian akses internet.

6.3.1.4 Pengajar digalakkan untuk meneroka pelbagai strategi
pengajaran seperti demonstrasi dalam talian, maklum balas
berasaskan video atau audio bagi pelaksanaan amali di
bengkel dan makmal.

6.3.1.5 Pengajar dikehendaki memastikan bilangan dan kesukaran
tugasan yang diberikan sesuai dengan beban kredit kursus
dan masa pembelajaran murid (SLT).

17

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

6.3.2 Pelaksanaan PdPNB Kuliah/ Tutorial

6.3.2.1 Mengaplikasikan kaedah Segerak (Synchronous) dan Tidak
Segerak (Asynchronous).

6.3.2.2 Penyelaras kursus bagi setiap kolej digalakkan untuk
bekerjasama dalam membangunkan bahan PdP yang dapat
dikongsikan kepada semua murid yang mengikuti kursus yang
sama.

6.3.2.3 Bagi penyampaian kandungan kuliah yang berkesan, pengajar
digalakkan membangunkan bahan PdP yang fleksibel supaya
murid boleh mengikuti aktiviti pembelajaran dengan mudah
dari segi tempat dan masa.

6.3.2.4 Kehadiran murid perlu direkodkan dengan menggunakan
medium yang ditetapkan oleh kolej.

6.3.2.5 Pengajar boleh melakukan penilaian formatif di akhir
pembelajaran supaya pencapaian hasil pembelajaran dapat
dinilai. Sebagai contoh soalan ringkas di akhir video rakaman
mengikut topik kandungan kuliah dan murid
perlu menghantar kepada pengajar kelas masing-masing.

6.3.3 Pelaksanaan PdP Amali

6.3.3.1 Mengaplikasikan kaedah Segerak (Synchronous) dan Tidak
Segerak (Asynchronous) dengan mengambilkira kesediaan
murid, pengajar, sumber dan prasarana di institusi.

6.3.3.2 Mengubahsuai komponen PdP yang melibatkan pertemuan
bersemuka termasuk pembelajaran teradun kepada kaedah
dalam talian sepenuhnya.

18

6.3.3.3 Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

Pendedahan komponen amali (sama ada sebahagian atau
keseluruhan kursus) boleh dilaksanakan melalui video,
simulasi virtual, Augumented Reality (AR) atau
kaedah-kaedah lain yang bersesuaian.

6.3.3.4 Pengajar perlu menyediakan rakaman video secara terperinci
dari segi proses/ kaedah penyediaan atau penggunaan
sesuatu bahan dan peralatan agar dapat difahami oleh murid
dengan mudah.

6.3.3.5 Pengajar perlu memberikan latihan pengukuhan yang
bersesuaian berdasarkan video yang diberikan di akhir
pembelajaran dengan tujuan untuk mengenalpasti
kemampuan murid memahami penyampaian pengajar melalui
pemerhatian video tersebut dan diterjemah ke dalam bentuk
penulisan.

6.3.3.6 Pengajar juga dicadangkan agar dapat menyediakan
perancangan kelas tambahan amali sebagai langkah
mengulangkaji aktiviti yang telah diberikan kepada murid
melalui video setelah pembukaan semula institusi tanpa di
ambilkira di dalam sistem pemarkahan.

6.3.3.7 Panduan bagi pelaksanaan amali:

i. Amali yang telah memenuhi sekurang-kurangnya 70%
keperluan SLT, tiada penggantian perlu dilakukan.

ii. Amali yang belum memenuhi sekurang-kurangnya 70%
keperluan SLT, penggantian perlu dilakukan setelah PdP
bersemuka dibenarkan.

19

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

iii. Sekiranya tempoh perintah kawalan dilanjutkan dan
keadaan semasa tidak mengizinkan, amali yang tidak
memenuhi sekurang-kurangnya 70% keperluan SLT,
perlu dinilai dari aspek domain psikomotor sehingga tahap
P2 sahaja. Ini melibatkan penilaian terhadap laporan serta
refleksi hasil daripada tontonan video amali yang perlu
dimuatnaik terlebih dahulu oleh tenaga pengajar.
Sebarang perubahan boleh dipertimbangkan atas
keperluan dengan mendapat kelulusan Senat.

6.3.4 Pelaksanaan Masa Pembelajaran Murid (SLT)

6.3.4.1 Peratusan yang tinggi diperuntukkan untuk pembelajaran
kendiri dalam Masa Pembelajaran Murid (SLT). Aktiviti tidak
bersemuka perlu diperbanyakkan bagi memastikan hasil
pembelajaran kursus dicapai (CLO).

6.3.4.2 Pengubahsuaian terhadap pembelajaran dan penilaian murid
(sama ada yang melibatkan penggantian atau tidak diganti)
yang memenuhi sekurang-kurangnya 70% keperluan SLT
boleh dipertimbangkan oleh KV sebagai telah memenuhi
keperluan kredit, mencapai gred pencapaian murid dan hasil
pembelajaran minimum yang telah ditetapkan bergantung
kepada kesesuaian bidang.

6.3.4.3 Baki SLT perlu digantikan dengan aktiviti dalam talian lain
seperti rakaman video atau bahan bacaan yang dimuat naik
bagi menampung kekurangannya.

6.3.4.4 Jadual penyetaraan SLT bersemuka dengan SLT atas talian
ditunjukkan dalam Lampiran 1.

20

6.3.4.5 Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

Contoh pelaksanaan SLT Norma Baharu sekurang-kurangnya
70% dan simulasi penyetaraan SLT dalam talian dengan SLT
bersemuka ditunjukkan seperti dalam Lampiran 2 dan
Lampiran 3.

6.3.5 Pentaksiran Norma Baharu DVM

6.3.5.1 Penyelarasan dan pengubahsuaian kaedah pentaksiran dan
penilaian perlu dapat mengukur pencapaian murid
berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan serta
memelihara sebaik mungkin aspek kesahan (validity),
kebolehpercayaan (reliability) dan adil (fairness) dalam
pelaksanaan.

6.3.5.2 Murid perlu membuat perakuan yang menyatakan bahawa
tugasan/ ujian yang dikemukakan adalah hasil kerja sendiri
dan bukan hasil plagiat melalui borang yang disediakan
seperti dalam Lampiran 4.

6.3.5.3 Pengubahsuaian yang dibuat terhadap kaedah penilaian
TIDAK BOLEH mengubah jumlah wajaran asal penilaian
kepada CLO yang telah ditetapkan.

6.3.5.4 Komponen penilaian murid terdiri daripada Pentaksiran
Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA).

i. Pentaksiran Berterusan (PB)

a) PB WAJIB dilaksanakan mengikut perancangan
silibus dan kursus (Course Outline - CO) sama ada
pembelajaran secara PDK atau PdPR.

b) PB boleh dilaksanakan berdasarkan aktiviti PdP yang
dicadangkan pada Jadual 4 dan Jadual 5.

21

Jadual 4: Panduan Kaedah Penilaian Dan A

HASIL PEMBELAJARAN KAEDAH PENILAIAN
ASAL
PLO 1 Pengetahuan
Ujian Bertulis/Kuiz
PLO 2 Kemahiran
PLO 3 Psikomotor/Teknikal Ujian Praktikal

Kemahiran Penyelesaikan Pembentangan/Peperiksaa
Masalah, Pemikiran Kritikal n Bertulis Esei/Kajian Kes
dan Pendekatan Saintifik
Pembentangan/Projek
PLO 4 Kemahiran Komunikasi
Pembentangan Kumpulan/
PLO 5 Kemahiran Sosial/Kerja Projek Berkumpulan
Berpasukan/Kebertanggungj
awaban Pembentangan Kumpulan/
Projek Berkumpulan
PLO 6 Profesionalisme, Nilai, Sikap
dan Etika Pembentangan/Projek/Tug
asan
PLO 7 Pembelajaran sepanjang
hayat dan Pengurusan Projek/Kerja Berkumpulan
Maklumat

PLO 8 Kemahiran Pengurusan dan
Keushawanan

PLO 9 Kemahiran Kepimpinan Pembentangan
Individu/Kajian
Kes/Tugasan

2

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

Aktiviti PdPNB Berdasarkan Hasil Pembelajaran

KAEDAH PENILAIAN BAHARU AKTIVITI PdP YANG
DICADANGKAN
Ujian & Kuiz dalam Talian
Interaksi Dalam talian (Segerak dan
Ujian Praktikal (Segerak dan Tidak Tidak Segerak)
Segerak) Simulasi Amali (Segerak dan Tidak
Pembentangan (Segerak dan Tidak Segerak) Tunjukcara/Simulasi
Segerak)/ Esei/Laporan Kajian Kes
Kajian Kes/Projek/Tutorial/Kerja
Berkumpulan

Pembentangan (Segerak dan Tidak Kajian Kes/ Projek / Perbincangan
Segerak)/ Projek Dalam talian
Pembentangan Berkumpulan
(Segerak dan Tidak Segerak) Projek Kajian Kes/Projek/ Kerja
Berkumpulan Berkumpulan/Perbincangan Dalam
Pembentangan Berkumpulan talian
(Segerak dan Tidak Segerak) Projek
Berkumpulan Kajian Kes/Projek/ Kerja
Pembentangan/Projek/Tugasan Berkumpulan/Perbincangan Dalam
(Segerak dan Tidak Segerak) talian

Pembentangan Berkumpulan Kajian Kes/Projek (Segerak dan
(Segerak dan Tidak Segerak) Projek Tidak Segerak)/ Perbincangan
Berkumpulan Dalam talian
Kajian Kes/Projek Berkumpulan
Pembentangan Individu (Segerak (Segerak dan Tidak Segerak)/
dan Tidak Segerak) Tugasan Perbincangan Dalam talian/Projek
Keushawanan
Kajian Kes/Projek Berkumpulan
(Segerak dan Tidak Segerak)/
Perbincangan Dalam talian

22

Jadual 5: Panduan Kaedah Penilaian Dan Akt

HASIL PEMBELAJARAN KAEDAH PENILAIAN ASAL

PLO 1 Pengetahuan & Ujian Bertulis/Kuiz
Kefahaman
Ujian Praktikal
PLO 2 Kemahiran Praktikal Pembentangan/Peperiksaan
Bertulis Esei/Kajian Kes
PLO 3 Kemahiran Saintifik dan
Penyelesaikan Masalah Pembentangan/Projek

PLO 4 Kemahiran Komunikasi

PLO 5 Kemahiran Sosial & Kerja Pembentangan Kumpulan/
Berpasukan Projek Berkumpulan

PLO 6 Kemahiran Personal Pembentangan Kumpulan/
Projek Berkumpulan
PLO 7 Kemahiran
Keusahawanan Projek Berkumpulan

PLO 8 Etika & Profesionalisme Projek/Kerja Berkumpulan

PLO 9 Kepimpinan, Autonomi Pembentangan
dan Tanggungjawab Individu/Kajian Kes/Tugasan

PLO 10 Kemahiran Digital Pembentangan/Projek/
Tugasan
PLO 11 Kemahiran Numerasi
Pembentangan/Projek/
Tugasan

2

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

tiviti PdPNB Berdasarkan Hasil Pembelajaran MQF 2.0

KAEDAH PENILAIAN BAHARU AKTIVITI PdP YANG DICADANGKAN

Ujian & Kuiz dalam Talian Interaksi Dalam talian (Segerak dan Tidak
Segerak)
Ujian Praktikal (Segerak dan Simulasi Amali (Segerak dan Tidak
Tidak Segerak) Segerak) Tunjukcara/Simulasi
Pembentangan (Segerak dan
Tidak Segerak)/ Esei/Laporan Kajian Kes/Projek/Tutorial/Kerja
Kajian Kes Berkumpulan

Pembentangan (Segerak dan Kajian Kes/ Projek / Perbincangan Dalam
Tidak Segerak)/ Projek talian

Pembentangan Berkumpulan Kajian Kes/Projek/ Kerja
(Segerak dan Tidak Segerak) Berkumpulan/Perbincangan Dalam talian
Projek Berkumpulan
Kajian Kes/Projek/ Kerja
Pembentangan Berkumpulan Berkumpulan/Perbincangan Dalam talian
(Segerak dan Tidak Segerak)
Projek Berkumpulan Kajian Kes/Projek Keusahawanan

Projek Berkumpulan

Pembentangan Berkumpulan Kajian Kes/Projek Berkumpulan (Segerak
(Segerak dan Tidak Segerak) dan Tidak Segerak)/ Perbincangan Dalam
Projek Berkumpulan talian

Pembentangan Individu (Segerak Kajian Kes/Projek Berkumpulan (Segerak
dan Tidak Segerak) Tugasan dan Tidak Segerak)/ Perbincangan Dalam
talian

Pembentangan/Projek/Tugasan Kajian Kes/Projek (Segerak dan Tidak
(Segerak dan Tidak Segerak) Segerak)/ Perbincangan Dalam talian

Pembentangan/Projek/Tugasan Kajian Kes/Projek (Segerak dan Tidak
(Segerak dan Tidak Segerak) Segerak)/ Perbincangan Dalam talian

23

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

ii. Penilaian Akhir (PA)
a) PA norma baharu akan dilaksanakan menerusi
kaedah Pentaksiran Berterusan Khas (PBKhas)
yang telah ditetapkan oleh BPLTV setelah mendapat
kelulusan Senat.

b) PBKhas adalah KEUTAMAAN PENGGANTIAN
pada PA yang WAJIB dilaksanakan mengikut takwim
yang dikeluarkan sekiranya berlaku suatu bencana
atau wabak.

c) Pelaksanaan PBKhas perlu merujuk kepada Garis
Panduan Pelaksanaan PBKhas yang dikeluarkan
oleh BPLTV. Antara kaedah pelaksanaan PBKhas
adalah seperti:
i. Peperiksaan Secara DalamTalian
(Online Examination)
ii. Peperiksaan Bawa Pulang
(Take Home Examination);
iii. Tugasan Akhir (Final Assigment).

d) Penilaian Akhir yang Tidak Dapat Dilaksanakan

Penilaian Akhir yang tidak dapat dilaksanakan setelah
mengambilkira KEUTAMAAN PELAKSANAAN
PBKHAS hanya boleh dilaksanakan atas faktor-
faktor seperti berlakunya bencana atau wabak
atau arahan daripada kerajaan. Maka, bentuk
penilaian murid adalah dipertimbangkan seperti
berikut:

24

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

i. Sekiranya PB yang telah memenuhi sekurang-
kurangnya 70% dengan merujuk kepada keperluan
penilaian di dalam Course Outline (CO), maka murid
telah memenuhi keseluruhan penilaian murid.

ii. Namun, bagi PB yang belum memenuhi sekurang-
kurangnya 70% keperluan penilaian di dalam CO,
maka penggantian perlu dilakukan setelah tamat
tempoh PKP. Penggantian ini adalah tertakluk
kepada keadaan semasa yang mengizinkan.

iii. Pelaksanaan penilaian amali dipertimbangkan
dengan menurunkan aras domain psikomotor
kepada aras P2 sahaja.

iv. Rujuk Lampiran 7 dan Lampiran 8 bagi contoh dan
perbandingan pengiraan pelaksanaan penilaian
telah mencapai sekurang-kurangnya 70%.

e) Pertimbangan Khas
i. Apabila melaksanakan penilaian secara dalam
talian, pengajar perlu mempertimbangkan dengan
teliti akses murid terhadap teknologi, serta situasi
semasa.

ii. Pertimbangan khusus perlu diberikan kepada murid
yang tidak mempunyai capaian internet dengan
melaksanakan penilaian yang kurang intensif
teknologi seperti menggunakan talian telefon.

25

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

iii. Jika pengajar mengarahkan murid menggunakan
aplikasi dengan akses terhad dalam versi percuma,
pastikan mereka memantau baki masa yang
mereka ada untuk menyelesaikan tugasan dan
menyimpan kerja mereka dalam fail yang selamat.

iv. Pengajar perlu merancang masa secara fleksibel
bagi melaksanakan penilaian secara segerak.

v. Pengajar perlu memberikan tempoh masa
penghantaran yang lebih panjang kepada murid
bagi pelaksanaan penilaian secara tidak segerak.

7. PELIBATAN IBU BAPA
Ibu bapa/ Penjaga boleh dilibatkan melalui Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi membantu murid melaksanakan
pembelajaran di rumah dan juga di kolej. Ibu bapa/ Penjaga boleh menyediakan
kemudahan pembelajaran di rumah sesuai dengan pembelajaran murid.

8. PENUTUP
Sebarang tambahan atau perubahan maklumat akan dijadikan tambahan (Annex)
kepada garis panduan. BPLTV berharap supaya semua institusi dapat memanfaatkan
garis panduan yang disediakan ini bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik.

26

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM
Disediakan oleh:

Kluster Pembangunan Kurikulum dan Program TVET
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional

Kementerian Pendidikan Malaysia
Sebarang cadangan boleh dikemukakan melalui e-mel ke [email protected]

Atau
[email protected]

27

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

RUJUKAN

1. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2020: Garis
Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Semasa Perintah Kawalan
Pergerakan Akibat Penularan Jangkitan COVID-19 bertarikh 27 Mac 2020.

2. Garis panduan Untuk Pembukaan Semula Perkhidmatan-Perkhidmatan Pasca
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 Kementerian Pendidikan Malaysia:
Majlis Keselamatan Negara.

3. Advisory Note No. 1/2020: Panduan Pengendalian Program Pendidikan Tinggi
Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19.

4. Advisory Note No. 4/2020: Panduan Pengendalian Program Pendidikan Tinggi
Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan.

5. Advisory Note No. 5/2020: Panduan Kaedah Alternatif Penyampaian Program dan
Penilaian Pembelajaran Murid Dalam Standard Program

6. Garis Panduan Pengurusan daan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu,
Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh5 Oktober 2020.

7. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia: Standard Operating Procedure (SOP)
Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) Di
Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 13 Mac 2020

8. Guidelines To Good Practices: Work-Based Learning (WBL).

9. Code of Practice for Programme Accreditation: Open and Distance Learning (2nd
Edition).

10. Garis Panduan Kementerian Pendidikan Malaysia: Garis Panduan Pelaksanaan
Pentaksiran dan Penilaian Berterusan Khas Diploma Vokasional Bagi Sesi 1 Tahun
2020 bertarikh 15 April 2020.

28

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

11. Surat Pelaksanaan Latihan Kemahiran Melalui Sistem Persijilan Kemahiran (SPKM)
Secara Bersemuka Semasa Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPM) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran. (Rujukan: JPK/7).

12. Garis Panduan e-Pembelajaran untuk Murid. (2018) Bahagian Inovasi Pengajaran dan
Pembelajaran, GOAL-ITQAN, Universiti Sains Islam Malaysia.

13. Panduan Ringkas E-Pembelajaran Dan Pengajaran (2020) Universiti Sains Islam
Malaysia: Panduan Untuk Tenaga Pengajar.

14. E-Learning Guidelines for Malaysian HEIs. (2014) Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

15. Online Teaching and Learning Guideline During COVID-19 Pandemic. (2020)
Universiti Malaya.

16. USM Online Assessment Guidelines for Remote Teaching. (2020) Universiti Sains
Malaysia.

17. Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Secara Dalam Talian.
(2020) Universiti Malaysia Perlis. Takwim Kolej Vokasional Semasa dan Pasca PKP
Kementerian Pendidikan Malaysia.

29

LAMPIRAN 1 Jadual Penyetaraan SLT Be

Aktiviti (Pem

Penyetaraan
bersemu

dengan SLT
talian

Masa yang digunakan dalam interaksi langsung segerak 1:1
1 Interaksi langsung dengan murid 1:1

(contoh : telesidang, Google Meet)

2 Interaksi secara langsung untuk perbincangan tugasan
(Whatsapp, Telegram dll)

Masa purata pada skrin dan bilangan skrin yang dilihat.

1 Contoh: 1: 5
Slide persembahan

Masa yang diperlukan untuk pembacaan artikel atas talian seperti membac

1 Pembacaan artikel atas talian (muka surat) 1: 5

2 Sesi soal jawab/kuiz atas talian dalam PdP 1:1

Jangka masa yang diperlukan untuk tugasan berasaskan media.

1. Rakaman Video atau Audio (perlu diulang tayang) 1:2

2. Tugasan bertulis (500 patah perkataan) 20 pp : 1 m

Masa yang digunakan untuk aktiviti PdP

1 Pembentangan 1 murid = 5

2 Latihan dalam Kumpulan secara atas talian Tempah Mas
(kolaboratif) m

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

ersemuka dengan SLT Atas Talian

mbelajaran Terpimpin) (Pembelajaran Kendiri)

Guided Learning Self Learning

n SLT Contoh pengiraan Penyetaraan SLT Contoh pengiraan

uka SLT atas talian SLT Pembelajaran

T atas dengan SLT Kendiri

Pembelajaran

Kendiri

60 minit 1:1-2 60 min kuliah/interaksi
kuliah/interaksi 1:2 bersemuka = 120 min
bersemuka = 60 min
perjumpaan atas persediaan tidak
bersemuka
talian.

10 slide x 5 min = 1 : 5 - 10 1 slide = 5 - 10 min
50 min
1: 5 10 m/s x 5 min =
ca artikel dan jurnal. 1:4 50 min
80 min
10 m/s x 5 min = 1: 4
50 min 500 pp = 3 jam 20 min x 4 = 80 min
20 min 3 jam
1:2
20 min x 2 = 40 min 1:2 25 min x 2 = 50 min
min 500 pp = 25 min
Tempah Masa x 2
5 min 5 murid = 25 min

sa ditentukan oleh pengajar
mengikut kesesuaian

30

LAMPIRAN 2 Pelaksana

Contoh Pengiraan Pelaksanaan SLT Norma Baharu Minggu
(sekurang-kurangnya 70%)
M1
Program : Diploma Teknologi Elektronik (Kursus : DEB 2333)

BEBAN AKADEMIK MURID (STUDENT ACADEMIC LOAD) M2
M3
Kategori Kategori Aktiviti Kategori M4
Aktiviti
Aktiviti (Category of Activities) (Category M5
of Activities) M6
(Category of M7
12 M8
Activities) 56 M9
M10
Kuliah 2 M11
M12
Pembelajaran (Lecture) 4 M13
Berbantu M14
(Guided Tutorial/Amali 12
Learning) (Tutorial/Practical) 22 1. Minimu
2. Jumlah
Aktiviti Pembelajaran Bertumpukan 7 3. Jumlah
Murid 4. Peratus
120
(Student Centered Learning Activity) 2
3
Persediaan Untuk Tugasan/Projek 3

(Preparation For

Pembelajaran Assignments/Projects)

Kendiri Pembelajaran Kendiri/Ulangkaji

(Self Learning) (Independent Study/Revision)

Persediaan Bagi Penilaian

(Preparation For Assessment)

Penilaian

Rasmi Penilaian Berterusan

(Formal (Continuous Assessments)

Assessments)

JUMLAH JAM BELAJAR (JJB)

[TOTAL STUDENT LEARNING TIME (SLT)]

Penilaian Menduduki peperiksaan akhir teori

rasmi (Final examination sitting for theory)

(Formal Menduduki peperiksaan akhir amali

assessments) (Final examination sitting for practical)

NILAI KREDIT

(CREDIT VALUE)

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

aan Penuh PdPR

Pembelajaran Berbantu Pembelajaran Penilaian Jumlah SLT
(Guided Learning) Kendiri Rasmi Pembelajaran

Gmeet = 1.5 jam (Self Learning) Penilaian 1 (jam)
Slide Powerpoint 1 .5 jam
(12 slides) = 1 jam Penilaian 2 6j
Gmeet = 2.5 jam 2 jam
Latihan individu = 20 min 2.5 jam 6j
40 min
Perbincangan tugasan melalui 1 .5 jam 6j
Whatsapp = 1.5 jam Tempoh Masa x 2
Latihan kumpulan = 1 jam = 2 jam Penilaian 3 5.5 j
(NF2F) Bahan Bacaan Penilaian 4
15 ms x 5 min = 1¼ jam = 1¼ jam Penilaian 5 6j
Rakaman Audio Penilaian 6 6j
30 min x 2 = 1 jam =30 m x 4 = 2 jam 6j
Gmeet = 1.5 jam 1 .5 jam
Slide Powerpoint 7j
(12 slides) = 1 jam 2 jam 6j
Gmeet = 2.5 jam 2.5 jam 6j
Latihan individu = 20min 40 min 6j
Rakaman Video(20min) = 20 x 4 = 80min 6j
= 20 x 2 = 40min Tempoh Masa x 2 7j
Latihan kumpulan = 1 jam = 2 jam
Gmeet = 2 jam 2 jam 6j
Slide Powerpoint 85.5
(12 slides) = 1 jam 2 jam
Gmeet = 2.5 jam 2.5 jam
Latihan individu =20 min 40 min
Gmeet = 2.5 jam 2.5 jam
Aktiviti kumpulan =20 min 40 min
2.5 jam
Gmeet = 2.5 jam 40 min
Aktiviti kumpulan =20 min 2.5 jam
40 min
Gmeet = 2.5 jam 2 jam
Aktiviti kumpulan =20 min
Gmeet = 2 jam 2 jam
Slide Powerpoint 3 jam
(12 slides) = 1 jam
Slide Powerpoint 1 jam
(18 slides) = 1.5 jam
Aktiviti kumpulan =30m

JUMLAH

um 70% = 70/100 x 120jam = 84 jam

h Waktu Persediaan Penilaian Rasmi= 7+2 = 9 jam (*Contoh Penilaian akhir amali tidak dijalankan)

h Waktu Pembelajaran + Jumlah waktu Penilaian Rasmi = 85.5 + 9 = 94.5

san SLT = 94.5/120 x 100 = 78.75% (melebihi minimum 70% minimum)

31

LAMPIRAN 3

Pelaksanaan

Contoh Pengiraan Pelaksanaan SLT Norma Baharu Minggu
(sekurang-kurangnya 70%)

Program : Diploma Teknologi Elektronik (Kursus : DEB 2333)

BEBAN AKADEMIK MURID (STUDENT ACADEMIC LOAD) M1

Kategori Kategori Aktiviti Kategori M2
Aktiviti
Aktiviti (Category of Activities) (Category of M3
Activities)
(Category of M4 (N
12 Ba
Activities) 56 15
Ra
Kuliah 2 30

Pembelajaran (Lecture) 4 M5 Gm
Berbantu Sli
(Guided Tutorial/Amali 12 (12
Learning) (Tutorial/Practical) 22
M6 Gm
Aktiviti Pembelajaran Bertumpukan 7 La
Murid
120 M7 Ra
(Student Centered Learning Activity) 2 =2
3 La
Persediaan Untuk Tugasan/Projek
3 M8 Gm
Pembelajaran (Preparation For Sli
Kendiri Assignments/Projects) (12
(Self
Learning) Pembelajaran Kendiri/Ulangkaji M9 Gm
(Independent Study/Revision) La

Persediaan Bagi Penilaian M10 Gm
Ak
(Preparation For Assessment)
M11 Gm
Penilaian Ak

Rasmi Penilaian Berterusan M12 5 j

(Formal (Continuous Assessments) M13 5 j

Assessments) M14 5 j

JUMLAH JAM BELAJAR (JJB) 1. Mini
2. Jum
[TOTAL STUDENT LEARNING TIME (SLT)] 3. Jum
4. Pera
Penilaian Menduduki peperiksaan akhir teori

rasmi (Final examination sitting for theory)

(Formal Menduduki peperiksaan akhir amali

assessments) (Final examination sitting for practical)

NILAI KREDIT

(CREDIT VALUE)

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

n Sebahagian PdPR

Pembelajaran Berbantu Pembelajaran Kendiri Penilaian Jumlah SLT
(Guided Learning) Pembelajaran
(Self Learning) Rasmi
5 jam pertemuan (jam)
» 3 jam Penilaian 1
5 jam pertemuan » 3 jam Penilaian 2 »8j
5 jam pertemuan » 3 jam
NF2F) »8j
ahan Bacaan
5 ms x 5 min = 1¼ jam »8j
akaman Audio
0 min x 2 = 1 jam = 1¼ jam Penilaian 3 5.5 j
meet = 1.5 jam Penilaian 4
ide Powerpoint =30 m x 4 = 2 jam 6j
2 slides) = 1 jam 1 .5 jam 6j
meet = 2.5 jam 6j
atihan individu = 20min 2 jam
akaman Video(20min) 2.5 jam
20 x 2 = 40min 40 min
atihan kumpulan = 1 jam = 20 x 4 = 80min
Tempoh Masa x 2
= 2 jam

meet = 2 jam 2 jam Penilaian 5 7j
ide Powerpoint
2 slides) = 1 jam 2 jam 6j
2.5 jam 6j
meet = 2.5 jam 40min 6j
atihan individu =20min 2.5 jam
40min
meet = 2.5 jam 2.5 jam
ktiviti kumpulan =20m 40min

meet = 2.5 jam
ktiviti kumpulan =20m

jam pertemuan » 3 jam Penilaian 6 »8j
jam pertemuan » 3 jam »8j
jam pertemuan » 3 jam »8j

JUMLAH 96.5

imum 70% = 70/100 x 120jam = 84 jam

mlah Waktu Persediaan Penilaian Rasmi= 7 + 2 = 9 jam (*Contoh Penilaian akhir amali tidak dijalankan)

mlah Waktu Pembelajaran + Jumlah waktu Penilaian Rasmi = 96.5 jam + 9 jam = 105.5 jam

atusan SLT = 105.5/120 x 100 = 87.91% (melebihi minimum 70% minimum)

32

LAMPIRAN 4 Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

PPDVM/BPLTV/PPNB

BORANG AKUAN MURID

MAKLUMAT MURID
NAMA
INSTITUSI
NO. KAD PENGENALAN
PROGRAM
KURSUS/KOD
NAMA PENGAJAR
ALAMAT

NO. TELEFON
ALAMAT EMAIL

PENGESAHAN MURID:
Saya memperakui bahawa segala maklumat yang telah didokumentasikan di dalam tugasan ini
……………………………………….. adalah hasil kerja saya sendiri. Saya mengakui tiada sebarang unsur-unsur
plagiat, melainkan petikan, grafik dan gambar rajah yang dinyatakan sumber rujukannya. Jika saya didapati meniru
atau terdapat persamaan dalam mana-mana rujukan atau persamaan dengan rakan institusi yang sama pengajian
dengan saya, maka, saya bersedia untuk menerima apa-apa Tindakan yang sewajarnya daripada pihak institusi
pengajian saya.

Tandatangan murid : ……………………………

Nama : ……………………………

Tarikh : …………………………….

Untuk kegunaan pengajar sahaja:
Tarikh penerimaan borang ini: ……………………………..
Nama: ………………………………………………………..
Tandatangan: ……………………………………………….

33

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

LAMPIRAN 5

Contoh Pengiraan Penilaian Telah Mencapai sekurang-kurangnya 70%

Program : Diploma Teknologi Elektronik
Kursus : DEB 2333

34

LAMPIRAN 6

Jadual Perbandingan Pelaksanaan Penilaian Nor
70

Kursus CLO Kaedah Penilaian Jumlah KAEDA
/Kod (asal) Wajaran (P’lak

PB PA (asal) PB

MICROCONTROLLER CLO 1 Kuiz Teori 10% Kuiz
AND EMBEDDED (7%) (3%) (7%)
SYSTEM
CLO 2 Ujian Bertulis Teori 20% Ujian Ber
(13%) (7%) (13%

CLO 3 Ujian Amali Amali 70% Ujian Am
(40%) (30%) (40%

JUMLAH 60% 40% 100% 60%

*Nota: Keutamaan mengambilkira murid WAJIB
melaksanakan keseluruhan penilaian

a) Penilaian Berterusan (PB) 60% merujuk CO asal

i. Kuiz = 7%
ii. Ujian Bertulis = 13%
iii. 6 Amali = 40% (1 PB amali = ± 6.66%)

Jumlah PB yang dilaksanakan; (a) = 60%

3

Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu
SVM/ SKM dan DVM

rma Bharu (Penilaian murid yang telah mencapai
0%)

AH PENILAIAN Jumlah Capaian Catatan
ksanaan 70%) Wajaran KPI – CLO
(Silibus) Penilaian dan
PA (NB) Wajaran tidak berubah

Teori 10% 50% Penilaian dan wajaran
(3%) tidak berubah

rtulis Teori 20% 50% PA Amali tidak dapat
%) (7%) 40% 50% dilaksanaka

mali Amali Memenuhi keperluan
%) (tidak penilaian murid
dilaksana)

% 10% 70% 50%

b) Penilaian Akhir (PBKhas) :

i. Teori : 7% + 3% = 10% (wajib)
ii. Amali = 30% (tidak dpt dilaksanakan

berdasarkan faktor di perkara 7.3.10.3

Jumlah yang dilaksanakan; (b) = 10%

c). Jumlah perlaksanaan penilaian = a + b = 70%

35

JAWATANKUASA
GARIS PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NORMA BAHARU

SVM/ SKM DAN DVM
_______________________________________________________________________

Penasihat : Tuan Haji Azman B Haji Adnan
Pengerusi : Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional

Cik Hajah Zanariah binti Ahmad
Timbalan Pengarah Kanan

Timbalan : Puan Hafidzah binti Omar
Ketua Penolong Pengarah Kanan

Ketua Penyelaras : Puan Hajah Mahnon bin Shabudin
Ketua Penolong Pengarah Kurikulum Umum

: Puan Mastura binti Abdul Malek
Ketua Penolong Pengarah Pentaksiran & Penilaian
Diploma Vokasional Malaysia

Setiausaha : Puan Hanis binti Mohamed
: Cik Aiza Musfira binti Mozi

Penolong Setiausaha : Cik Azleen Shuhaida binti Mohd Azhar
: Puan Arba’ayah binti Kasim @ Mohamed Mashuri

Ahli Jawatan kuasa :
1. Encik Adam B Othman
2. Encik Mohd Asnawi bin Kamaludin
3. Encik Ahmad Firdaus bin Mohd Noor
4. Puan Nor Idzlina Binti Idris
5. Puan Anita binti Hashim

Editor :

1. Puan Hajah Mahnon bin Shabudin
2. Puan Hanis binti Mohamed
3. Cik Aiza Musfira binti Mozi
4. Cik Azleen Shuhaida binti Mohd Azhar
5. Encik Mohd Asnawi bin Kamaludin

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Click to View FlipBook Version