KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH
LORONG TUN FATIMAH
75400 DURIAN
DAUN MELAKA
PROGRAM PELANCARAN MENGGAPAI
BINTANG
KOHORT B22 TAHUN 2022
Tarikh : 16 Jun 2022
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi – 9.30 pagi
Tempat : Bilik ICT
ANJURAN
JAWATANKUASA KECEMERLANGAN
AKADEMIK
DAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PENGENALAN
Selari dengan moto KTE Tun Fatimah iaitu Tekun, Fokus, Cemerlang, Unit Kecemerlangan Akademik
Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah perlu memastikan para pelajar mencapai prestasi yang
cemerlang dalam semua aspek sama ada bidang kurikulum, kokurikulum atau sahsiah. Menyedari
peri pentingnya pencapaian murid dalam aspek akademik ini, Unit Kecemerlangan bercadang untuk
mengadakan Program Menggapai Bintang sebagai penghargaan dan dorongan kepada pelajar yang
telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Semester 1 STPM 2022. Diharap melalui
program ini, pelajar yang telah dipilih akan lebih bermotivasi dan berusaha mengekalkan
kecemerlangan dalam peperiksaan Semester 2 dan 3 STPM 2022. Melalui program ini, murid akan
tekun belajar dan memfokuskan minda ke arah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
RASIONAL
Program ini dijalankan atas pertimbangan berikut :
a. Pelajar cemerlang Semester 1 akan lebih bermotivasi melalui keperihatinan pihak
pentadbir dan guru-guru yang telah ditunjukkan oleh pihak kolej.
b. Program ini akan membantu pelajar memberi perhatian khusus kepada target yang
ingin dicapai dalam Peperiksaan Semester 2 dan Semester 3 tahun 2022.
c. Program ini diharapkan dapat membantu mencapai sasaran KPI tahun 2022 iaitu 10
pelajar mendapat PNGK 4.00.
OBJEKTIF
Program ini mempunyai objektif-objektif yang berikut :
a. Melahirkan pelajar Tingkatan Enam yang berjaya mendapat keputusan semua A dalam
Peperiksaan STPM 2022.
b. Membantu pelajar untuk lebih fokus kepada matlamat untuk mencapai keputusan semua
A dalam Peperiksaan STPM 2022.
c. Membantu meningkatkan imej kolej sebagai Kolej Tingkatan Enam pertama di Melaka,
melalui pencapaian cemerlang pelajar dalam Peperiksaan STPM 2022.
AHLI JAWATANKUASA INDUK
PESERTA
Seramai 22 orang pelajar yang dipilih berdasarkan keputusan cemerlang Semester 1
STPM 2022 (PNGK 3.50 ke atas).
PENGHARGAAN
Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik dan Unit
Bimbingan dan Kaunseling merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
Tn. Hj. Johan bin Othman
Barisan Pentadbir dan Guru-guru KTETF
serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan Program Pelancaran
Menggapai Bintang Kohort B22 Tahun 2022