INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
Jalan Bakam
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA
TAJUK
TUGASAN 1: PENULISAN (1800 PP)
NAMA PELAJAR : THERESA MUJAN PHILIP
ANGKA GILIRAN : 2021022310025
NO. KAD PENGENALAN : 020221130772
KUMPULAN/UNIT : PPRBMM2-1
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA
NAMA PENSYARAH : ENCIK NG CHEE HUAY
: TUGASAN 1: 24 MARCH 2022
TARIKH HANTAR
:
PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA
PENSYARAH
KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
SOALAN TUGASAN 1
OBJEKTIF TUGASAN 2
1.0 PENGENALAN 3
2.0 ASAS KESANTUNAN BERBAHASA 4
3.0 MODEL-MODEL KESANTUNAN BAHASA 5-7
4.0 JENIS – JENIS KESANTUNAN 8 - 10
5.0 RUMUSAN 11
SUMBER RUJUKAN 12 - 13
SOALAN TUGASAN
TUGASAN 1: (Individu): Penulisan – (Tugasan 100%: wajaran 45%)
Kesantunan berbahasa membayangkan budi bahasa seseorang. Sebagai bakal
guru, anda sepatutnya berbekalkan pengetahuan tentang kesantunan berbahasa
agar tatasusila anda sebagai seorang guru lebih menyerlah kelak. Jadi, anda
dikehendaki menghayati pengetahuan tentang asas kesantunan berbahasa, model
kesantunan bahasa serta jenis - jenis kesantunan yang wajar anda amalkan.
Jelaskan asas kesantunan berbahasa, model-model kesantunan bahasa, dan jenis-
jenis kesantunan dengan contoh-contoh yang sesuai dalam kehidupan harian.
Perbincangan anda dalam lingkungan 1800 patah perkataan.
Muat naik penulisan anda ke Google Classroom BMMB1144
Tarikh penghantaran: 24 Mac 2022
OBJEKTIF KERJA KURSUS
Objektif Pentaksiran Berterusan:
Pelajar dapat:
1. Menjelaskan secara perinci tentang asas kesantunan berbahasa, model-
model kesantunan bahasa, dan jenis-jenis kesantunan dengan contoh-
contoh yang sesuai dalam kehidupan harian.
1.0 PENGENALAN
Kesantunan bahasa merujuk kepada nilai-nilai yang sopan, melibatkan
pertuturan yang elok, halus dan indah berserta dengan sikap yang menunjukkan budi
pekerti yang mulia seoarang individu tersebut. Penutur yang menggunakan strategi
kesantunan dalam pertuturan seharian mereka akan menggunakan bahasa yang
halus, kata gelaran yang sesuai dan sapaan yang menepati konteks yang ditetapkan
dalam kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa ini mempunyai jenis-jenis
yang tersendiri dan kesantunan bahasa yang digunakan seseorang itu boleh dilihat
dari segi tingkah laku dan penggunaan bahasanya.
2.0 ASAS KESANTUNAN BERBAHASA
Definisi kesantunan berbahasa menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan
berbahasa ialah satu penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan
peribadi yang mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi
teman bicara. Selain itu, menurut Eelen (2001), kesantunan berbahasa ialah
diertikan sebagai istilah umum dan sebagai sebuah konsep ilmiah. Hal ini kerana,
istilah umum yang dimaksudkan ialah kesantunan ini dapat dijelaskan sebagai
“kualitas bersikap santun” yang bermaksud “memiliki atau menunjukkan” karakter
atau pertimbangan yang baik bagi orang yang lain. Ini menunjukkan bahawa
kesantunan ialah satu aturan perilaku atau sikap seseorang yang ditetapkan atau
disepakati oleh sesuatu masyarakat apabila berkomunikasi.
Terdapat beberapa ciri-ciri kesantunan berbahasa yang mampu
menerangkan bahawa seseorang individu mempunyai kesantunan berbahasa.
Antaranya ialah bersikap bertimbang rasa dengan tidak bertindak mahupun
melakukan sesuatu perkara yang mampu menyinggung perasaan orang lain.
Seterusnya ialah, sikap toleransi yang merujuk sikap yang menerima atau
menghormati pendapat, buah fikiran atau kepercayaan orang lain apabila
berkomunikasi. Selain itu, sikap bertolak ansur dengan tidak bersikap mementingkan
diri sendiri dan setiasa memaafkan kesalahan orang lain. Di samping itu, bersopan-
sopan juga merupakan sikap yang lemah lembut dengan tidak bersikap sombong
dengan orang lain. Yang kelima ialah sikap ramah mesra yang merujuk kepada
seseorang individu yang bersikap mudah diajak berbincang mahupun berinteraksi.
Akhir sekali ialah sikap tidak mementingkan diri sendiri yang bermaksud seseorang
yang memikirkan kepentingan orang lain selain kepentingan diri sendiri,
3.0 MODEL-MODEL KESANTUNAN BAHASA
Model kesantunan berbahasa yang pertama ialah Model Prinsip Kerjasama
Grice (1975). Prinsip Kerjasama Grice (1975) ini ialah salah satu prinsip yang
berkaitan dengan tatacara yang digunakan semasa berkomunikasi untuk
menyampaikan perkara yang harus dikatakan oleh seseorang untuk melaksanakan
sesuatu komunikasi agar mampu memberikan maklumat yang cukup, benar, relevan
dan jelas. Menurut Grice (1975), apabila sesebuah pihak yang terlibat dalam
perbualan, mereka seharusnya dapat berkomunikasi atau berinteraksi dengan
sebaik-baiknya apabila mereka mematuhi prinsip kerjasama yang melibatkan empat
maksim, iaitu masksim kuantiti, maksim kualiti, maksim kekeluargaan dan maksim
cara. Maksim kuantiti merujuk kepada komunikasi yang dilaksanakan dengan
pengetahuan fakta ataupun data yang lengkap untuk mengelakkan rasa tidak puas
hati dalam sesuatu komunikasi. Manakala bagi maksim kualiti pula, penutur tersebut
tidak membicangkan mengenai hal yang benar tetapi disebaliknya iaitu mengatakan
hal yang palsu. Bagi maksim kekeluargaan, maksim ini menunjukkan komunikasi
yang releven ataupun sesuatu yang dibincangkan adalah tidak menyimpang
daripada tajuk yang dibincangkan. Akhir sekali, maksim cara ialah merujuk kepada
cara penyampaian sesuatu komunikasi dengan orang lain. Seperti contoh, apabila
kita berkomunikasi, kita tidak sepatutnya menggunakan bahasa yang kasar agar
tujuan berkomunikasi secara sopan dapat dilaksanakan.
Model kesantuan yang kedua ialah Prinsip Kesantunan Lakoff (1975).
Menurut Robin T. Lakoff (1990:34), telah menjelaskan bahawa kesantunan ialah
suatu sistem yang boleh menghubungkan manusia yang menciptakan sesuatu
penyampaian komunikasi untuk mempermudahkan hubungan dengan
mengurangkan potensi konflik dalam segala kegiatan komunikasi seharian manusia.
Dengan demikian, model ini perlu mempunyai prinsip dan skala agar mampu
mewujudkan satu komunikasi yang baik dan dapat menguntungkan kedua-dua belah
pihak yang berhubung dalam komunikasi yang mempunyai kesantunan bahasa.
Selain itu, dalam model kesantunan Prinsip Lakoff ini merupakan satu peraturan
mengenai sifat yang sosial, estetisisme dan juga sikap moral dalam sesuatu
peraturan komunikasi. Hal ini kerana, dalam sesuatu komunikasi seseorang individu
sepatutnya memelihara atau menjaga hubungan sosial antara penutur mahupun
pendengar. Sebagai contoh, sikap suka memaksa dalam satu komunikasi haruslah
dielakkan untuk mengurangkan pengeseran dalam sesuatu interaksi.
Yang seterusnya, model kesantunan Prinsip Leech (1993). Prinsip ini Leech
(1983) merupakan seorang yang telah memperkenalkan Prinsip Kesopanan dalam
sesuatu interaksi. Beliau telah mendefinisikan kesopanan sebagai satu strategi untuk
mengelakkan perselisihan faham antara penutur dan pendengar dalam interaksi
seharian. Tambahan pula, Leech juga telah mengemukakan Prinsip Kesopanan ini
agar masyarakat mampu memberikan penekanan atau perhatian lebih kepada enam
aspek atau maksim yang tertentu, iaitu maksim santun, maksim budiman, maksim
sokongan, maksim kerendahan hati, maksim persetujuan dan maksim simpati. Selain
itu, antara strategi utama yang diamalkan oleh model kesantunan ini untuk mencapai
sifat santun dalam satu komunikasi ialah penggunaan bahasa yang halus, beradab
sopan apabila berkomunikasi, sikap yang lemah lembut dan berbudi pekerti. Definisi
yang telah di Definisi yang diberikan oleh beliau telah menunjukkan bahawa Konsep
Kesopannan Berbahasa menurut beliau merangkumi dua aspek. Antaranya, tingkah
laku bukan bahasa yang merujuk kepada suatu perbuatan yang menggunakan
anggota tubuh badan yang boleh menunjukka seseorang itu berlaku sopan.
Seterusnya, dari segi bahasa yang digunakan juga dapat menggambarkan bahawa
seseorang itu bersifat sopan. Seperti contoh, dalam kehidupan seharian kita
sepatutnya memberi salam yang sesuai terutama dengan individu yang kita kenali.
Hal ini kerana, perkara tersebut mampu mewujudkan kesantunan berbahasa dalam
komunikasi.
Di samping itu terdapat juga model kesantunan Prinsip kesantunan Brown
dan Levinson. Menurut Brown dan Levinson (1987), penggunaan pelbagai jenis
strategi kesantunan adalah disebabkan oleh kecenderungan penutur untuk
melindungi atau menjaga air muka si pendengar mahupun air mukanya sendiri
semasa melaksanakan komunikasi mereka seharian. Tambahan pula, mereka juga
telah mengatakan bahawa strategi-strategi tersebut berperanan sebagai alat yang
boleh melemahkan perlakuan bahasa yang boleh mengancam air muka semasa
berkomunikasi dengan orang lain. Oleh itu, denagn menggunakan strategi-strategi
kesantunan tertentu, penutur boleh menyampaikan mesej atau pesanan dengan
yakin tanpa perlu menanggung risiko agar tidak menjatuhkan air muka pihak lain
ataupun air muka diri sendiri. Seterusnya Brown dan Levinson juga telah
menegaskan bahawa setiap individu yang normal apabila berkomunikasi, mereka
mempunyai dua jenis kehendak air muka yang dimiliki, iaitu air muka positif dan juga
air muka negatif. Air muka positif ini merujuk kepada keinginan seseorang untuk
dipandang mulia serta dihargai oleh orang lain manakala air muka negatif ditafsirkan
sebagai keinginan untuk dibiarkan secara bebas atau tidak dipaksa melakukan
sesuatu dalam bertingkah laku dengan orang lain.
Akhir sekali, terdapat juga model kesantunan Prinsip Asmah. Menurut Asmah
Haji Omar (2000), kesantunan bahasa mengikut pandangan Melayu ialah
penggunaan bahasa yang digunakan semasa berkomunikasi seharian yang tidak
menimbulkan kegusaran, kemarahan ataupun rasa tersinggung daripada pendengar.
Asmah Hj. Omar (2000) telah membahagikan kesantunan bahasa kepada dua jenis
iaitu Kesantunan Asas dan Kesantunan Berkala. Kesantunan asas merupakan satu
pedoman untuk masyarakat berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain.
Manakala, untuk Kesantunan berkala membawa maksud sejenis kesantunan yang
menggambarkan sesuatu ucapan yang dilakukan oleh masyarakat kita berhubung
antara satu sama yang lain.
4.0 JENIS – JENIS KESANTUNAN
Jenis kesantunan yang pertama ialah kesantunan lisan. Kesantunan lisan
ialah penggunaan bahasa yang beradap dan baik apabila seseorang sedang
bertutur. Kesantunan lisan ini meliputi semua bentuk berkomunikasi sama ada
secara formal mahupun tidak formal. Menurut Mulyana (2005), komunikasi formal
ialah komunikasi yang mengikut struktur sesebuah organisasi yang berinteraksi
seperti komunikasi ke bawah dan komunikasi ke atas, dan komunikasi horisontal.
Komunikasi formal yang dimaksudkan ialah satu komunikasi yang di khalayak orang
ramai iaitu suatu bentuk komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu
maklumat kepada sejumlah penonton. Seperti contoh, ucapan, pengumuman, pidato,
perbahasan dan sebagainya. Manakala komunikasi tidak formal merujuk kepada
perbualan yang dilakukan dengan orang yang dikenali ataupun tidak dikenali.
Menurut DeVito (2011), komunikasi informal ialah satu komunikasi yang dipersetujui
secara sosial yang tidak pada organisasi sahaja tetapi lebih secara individu.
Tambahan pula, kesantunan lisan merupakan penggunaan bahasa yang halus dan
penggunaan bahasa tubuh yang bertatasusila. Seperti contoh, apabila kita dalam
keadaan tidak berkomunikasi secara tidak formal dengan seseorang, kita
seharusnya menegur mahupun memberi salam apabila bertemu dengan orang
terutama dengan seseorang individu yang kita kenali.
Seterusnya, jenis kesantunan Verbal merupakan komunikasi yang sopan dan
mempunyai kehalusan berbahasa semasa melaksanakan komunikasi lisan yang
dilakukan oleh individu setiap hari. Hal ini diperkatakan demikian kerana kita akan
sentiasa berhubung dengan seseorang untuk melahirkan atau meluahkan sesuatu
pendapat secara peribadi, perasaan atau penyampaian sesuatu maklumat tertentu
dengan orang lain. Tambahan pula, kesantunan Verbal perlulah sentiasa kita
tonjolkan ketika bercakap dengan orang lain, semasa bergurau senda dengan rakan,
menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu perkara, apabila kita membuat
pembentangan kepada umum dalam menyampaikan pidato dan sebagainya.
Kesantunan verbal berkait rapat dengan komunikasi lisan, mempunyai bahasa
sapaan dan kata panggilan yang sesuai. Sebagai seorang guru yang mempunyai
kesantunan berbahasa, seorang guru sepatutnya menggunakan bahasa yang sopan
apabila melakukan sesi pembelajaran kepada anak-anak murid. Seperti contoh, guru
sepatutnya bertanya akan murid-murid tentang keadaan murid sekarang agar
mampu melaksanakan kesantunan berbahasa antara anak murid dengan guru.
Selain itu, jenis kesantunan lisan yang ketiga ialah kesantunan Nonverbal.
Kesantunan nonverbal merujuk kepada gerak laku dan mimik muka yang dapat
difahami apabila melaksanakan komunikasi dengan orang lain. Ini dimaksudkan
dengan satu komunikasi yang dilaksanakan melalui gerak tubuh badan dengan cara
yang beradap dan sopan tanpa menggunakan kata-kata. Bahasa tubuh ini
merupakan sebuah proses pertukaran fikiran dan idea untuk menyampaikan mesej
yang ingin disampaikan seperti melalui isyarat tangan, ekspresi wajah, pandangan
mata, sentuhan ataupun gerakan tubuh. Kesantunan Nonverbal ini juga sangat
penting kerana dapat menyampaikan sesuatu maklumat yang sukar dilahirkan
melalui pertuturan mahupun tulisan. Jenis kesantunan ini mampu menggambarkan
emosi seseorang, personality, tujuan sesuatu perkata dan juga status sosial
seseorang individu. Seperti contoh kesantunan Nonverbal yang selalu kita gunakan
dalam aktiviti seharian ialah penjagaan mimik muka apabila mendengar mahupun
meyampaikan sesuatu maklumat. Hal ini kerana, sekiranya kita sedang mendengar
si penutur menyampaikan sesuatu maklumat, kita sebagai pendengar seharusnya
menjaga riak muka dengan mendengar apa yang disampaikan dengan baik dan
melihat mata si penutur. Jelingan mata apabila kita mendengar susuatu perkara dari
si penutur akan membawa makna bahawa kita tidak berminat mendengar apa yang
cuba disampaikan.
Yang terakhir ialah jenis kesantunan penulisan. Jenis kesantunan penulisan
ini merujuk kepada satu komunikasi bertulis sama ada secara formal ataupun tidak
formal. Menurut Sara Beden (2018), kesantunan penulisan merupakan kehalusan
ketika menggunakan bahasa terutama yang melibatkan penggunaan dan pemilihan
kata, frasa, ayat dan ungkapan dalam penulisan yang dilaksanakan. Selain itu,
kesantunan penulisan ini merupakan sesuatu komunikasi bertulis yang akan menjadi
bahan rekod atau bukti untuk dijadikan panduan bagi sesuatu tindakan yang
dilaksanakan. Terdapat beberapa kesantunan penulisan yang boleh terbentuk dalam
bentuk penulisan formal. Antaranya, minit mesyuarat, memo, laporan, surat rasmi,
teks ucapan dan sebagainya. Manakala bagi kesantunan penulisan tidak formal ialah
penulisan surat tidak rasmi, cerpen, novel, nota dan sebagainya. Antara ciri-ciri
kesantunan penulisan ini ialah mempunyai bahasa yang gramatis, mempunyai unsur
keindahan bahasa, mempunyai format yang tepat dan sebagainya. Tambahan pula,
syarat utama dalam menulis sesuatu perkara ialah semua tulisan hendaklah ditulis
secara ringkas, mudah dan mempunyai perkataan, ayat serta idea yang baik dan
betul.
5.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, amalan kesantunan berbahasa diantara penutur
mahupun pendengar merupakan suatu kesepakatan atau prinsip yang harus dipatuhi
di dalam sesebuah komunikasi. Pada hakikatnya, elemen kesantunan berbahasa
apabila berkomunikasi ialah teknik atau satu upaya untuk mengurangkan impak yang
negatif pada khalayak ramai apabila berkomunikasi. Selain itu, ini menjadikan hak
dan keperluan dalam hubungan sosial apabila berkomunikasi terutama dalam
kalangan pelajar yang berbilang bangsa, budaya dan agama di universiti.
(1808 patah perkataan)
SUMBER RUJUKAN
Adhi Iman Sulaiman, (2013). Model Komunikasi Formal dan Informal dalam proses
kegiatan pemberdayaan masyarakat. Jurnal Penelitian Komunikasi Vol. 16
No. 2, Desember 2013: 173-188.
Amar Hisyam, (n.d.). Bentuk dan Jenis Kesantunan (GSB 1012).
https://www.academia.edu/40217247/Bentuk_dan_Jenis_Kesantunan_GSB_
1012_
Ayuni Mohamad Bakah., & Rohaidah Kamaruddin, (2019). Prinsip Kesopanan dan
Kesantunan Bahasa Drama Zahira. International Journal of the Malay World
and Civilisation 7(1), 2019: 15 – 26.
http://journalarticle.ukm.my/12543/1/jatma-2019-0701-02.pdf
Dr. Agung Pramujiono, M.Pd, Dr. Suhari, S.H., M.Pd., Dr. Reza Rachmadtullah,
M.Pd., Tri Indrayanti, M.Pd., & Bramianto Setiawan, S.Pd., M.Si.(2020).
Kesantunan Berbahasa, Pendidikan Karater dan Pembelajaran yang
Humanis. Indocamp, 2020.
Noor Fadilah Dawi., & Asiah Abas, (2020) Kesantunan Berbahasa dalam kalangan pelajar
Universiti Malaysia Sabah. MANU Bil. 31 (2), 133-152, 2020 (Disember).
Radhiah Ismail., & Roswati Abdul Rashid, (2020). Kesantunan Linguistik dalam lakuan
Penolakan orang Melayu, dalam konteks undangan perkahwinan. Journal of
Business and Social Development Volume 8 Number 2, September 2020.
https://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2020/10/FINAL-DRAF-7.pdf
Sara Beden (2019). Prinsip dan strategi Kesantunan Penulisan dalam artikel ruangan
Agenda Bahasa. Issues in Language Studies (Vol 8 No 1, 2019).
https://www.researchgate.net/publication/334136989_Prinsip_Dan_Strategi_K
esantunan_Penulisan_Dalam_Artikel_Ruangan_Agenda_Bahasa
Sara Beden, (2019). Strategik Kesantunan Penulisan: Aplikasi Model Leech (1983),
Grice (1975) & Asmah (1996 & 2000). Volume: 2 Issues: 6 [June 2019]
pp.111-123] International Journal of Humanities, Philosophy, and Language.
http://www.ijhpl.com/PDF/IJHPL-2019-06-06-10.pdf
Wan Azni Wan Mohamadi., Nur Faraliana Mohd Yusoffii., Nor HayatiAbd Ghaniiii., &
Fauzilah Md Husainiv, (2019). Kajian Pelanggaran Prinsip Kerjasama Grice
dalam Rancangan Muzikal Lawak Superstar.
http://eprints.usm.my/46538/1/ART%2022.pdf