INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
Jalan Bakam
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK
NAMA PELAJAR : THERESA MUJAN PHILIP
ANGKA GILIRAN : 2021022310025
NO. KAD PENGENALAN : 020221130772
KUMPULAN/UNIT : PPRBMM2-1
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
NAMA PENSYARAH : PUAN SELINA HJ AHMAD
TARIKH HANTAR : TUGASAN 1: 21 MARCH 2022
PENGAKUAN PELAJAR :
MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA
PENSYARAH
KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
SOALAN TUGASAN 1
OBJEKTIF TUGASAN 2
1.0 PENGENALAN 3
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 4
TRADISIONAL
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 5-6
TRADISIONAL 7
4.0 AKAL BUDI, PEMIKIRAN MASYARAKAT
MELAYU DALAM PANTUN
5.0 RUMUSAN 8
SUMBER RUJUKAN 9 - 10
SOALAN TUGASAN
TUGASAN 1 (Individu): Penghasilan Produk- ( 30%)
Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan
manifestasi pemikiran berkaitan dengan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta
sarat dengan maklumat dan isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun
kerohanian.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu
dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan
manifestasi akal budi pantun-pantun Melayu berikut:
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi.
Semakin berisi semakin tunduk.
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Perbincangan tugasan di atas hendaklah disediakan dalam bentuk e-Book.
OBJEKTIF KERJA KURSUS
Pelajar akan dapat:
1. Menerangkan konsep dam fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal
budi dalam pantun tradisional.
1.0 PENGENALAN
Selaras dengan kemunculan Kesusasteraan Melayu Tradisional di awal
kebangkitan mayarakat Islam zaman dahulu telah melahirkan karya-karya sastera
yang sarat dengan ilmu pengetahuan untuk meneruskan kehidupan. Justeru, orang
Melayu yang beragama Islam merupakan masyarakat yang mencipta karya-karya
sastera Melayu tradisional dan telah membicarakan tentang ilmu mengenai agama
Islam yang terdiri khususnya daripada karya-karya berbentuk sastera kitab.
Kesusasteraan Melayu Tradisional ini mampu membawa kebaikkan kepada
masyarakat negara kita.
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
Menurut Profesor Ismail Hussein, kesusasteraan Melayu tradisional adalah
semua gejala kesusasteraan yang berbentuk dari segi lisan ataupun bertulis tetapi
tidak bercetak. Ini menunjukkan bahawa kesusasteraan melayu transional
merupakan satu penyampaian berunsurkan ucapan, pertuturan yang luas di masa
dahulu mahupun sekarang. Manakala, Menurut Suruddin Ahmad (1963),
kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam
pernyataan bahasa. Dalam tradisi sastera Melayu, makna kesusasteraan itu sendiri
akan mencerminkan sifat indah yang ada pada karyanya sendiri. Selain itu, menurut
Braginsky (1994) dalam Jurnal Kesusasteraan Melayu Trandisional sebagai Wadag
Komunikasi Massa: Suatu Analisis, (2015), dalam tradisi kesusasteraan Melayu
tradisional, aspek keindahan hadir dan membawa makna didaktik, pengajaran
daripada ciptaan yang bersifat keagamaan dan sekular. Kesusasteraan Tradisional
ini merupakan himpunan atau pengumpulan sesuatu karya-karya kesusasteraan
dalam semua bentuk yang terhasil sejak manusia wujud di dunia.
Tambahan pula, Kesusasteraan Melayu Tradisional ini muncul dalam
kalangan masyarakat awal yang masih lagi mengamalkan kepercayaan animisme.
Seperti contoh, munculnya Tamadun Mesopotamia telah melahirkan karya-karya
kesusasteraan hasil daripada kemunculan tamadun Mesopotamia seperti Epik
Gilgamesh. Terdapat juga berbagai-bagai bentuk dan bukti mengenai Kesusasteraan
Melayu Trandisonal ini. Kesusasteraan Melayu Trandisional terbahagi kepada dua
iaitu, Kesusasteraan Lisan dan Kesusasteraan Tulisan. Kesusasteraan Lisan
merupakan tradisi lisan yang membawa maksud mengenai pertuturan atau
penceritaan secara lisan. Manakala, Kesusasteraan Tulisan merupakan satu kaedah
yang digunakan oleh pengaruh luar dengan mewujudkan sistem tulisan yang lengkap
mengenai sumber al-Quran kitab suci orang Islam. Semua hasil kesusasteraan yang
telah dihasilkan merupakan satu bukti yang amat penting dalam merakamkan
kehidupan masyarakat Melatu Trandisional pada zaman dulu.
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU TRANDISIONAL
Antara fungsi Kesusteraan Melayu Tradisional ialah sebagai hiburan untuk
masyarakat zaman dahulu. Hiburan pada zama dahulu ialah salah satu cara nenek
moyang kita hilangkan tekanan setelah penat bekerja. Hal ini kerana, hiburan
merupakan satu keperluan untuk melahirakan karya sastera yang membawa
keseronokan yang indah apabila dipertengahkan. Hiburan merupakan keindahan dari
kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang yang tersusun, kemampuan
karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan
sebagainya. Kita dapat melihat televisyen dan membaca komik yang mampu
menghiburkan jiwa kita. Contoh karya sastera yang berbentuk hiburan ialah, Pak
Pandir, Si Luncai, Malim Dewa dan sebagainya.
Seterusnya ialah berfungsi sebagai Pendidikan. Kesusasteraan Melayu
merupakan satu karya yang mampu memberi pengajaran, nasihat atau pesanan
kepada masyarakat kita. Pendidikan ini merupakan unsur yang Pendidikan dan
pengajaran yang berupaya untuk membangunkan minda masyarakat yang
pengetahuan dan berpengalaman dan terjemahkan karya-karya untuk mendidik
khalayak sebagai panduan dan pedoman hidup tanpa mengira kedudukan atau
status sesuatu masyarakat. Seperti contoh, cerita Sang Kancil dengan Buaya cukup
terkenal bukan semata-mata kerana ceritanya menghiburkan tetapi keupayaannya
untuk memasyarakatkan nilai, unsur moral dan pengajaran yang berguna kepada
masyarakat.
Selain itu, fungsi Kesusasteraan Melayu ialah sebagai dakwah. Dakwah
merupakan satu proses yang menyampaikan pesan suci Tuhan kepada manusia.
Dengan itu, tentu sahaja dapat menyampaikan pesanan melalui medium atau
saranan yang difahami sebagai objek dakwah. Seperti contoh, ajaran Islam telah
menjunjung tinggi nilai kesusasteraan kerana ruang dialektika yang telah terdapat
dalam dunia sastera mampu menemukan warna baru dalam rangka yang
disampaikan dalam pesanan suci Tuhan iaitu dakwah. Terdapat juga satu kajian
dalam bidang penulisan dakwah di Malaysia semakin hari semakin rancak selepas
munculnya karya Nor Raudah Hj. Siren (2013) yang berjudul Retorik Penulisan
Dakwah.
Fungsi yang terakhir ialah sebagai kritikan sosial. Kritikan sosial dalam
sastera telah wujud semenjak tahun 1950-an di Malaysia. Tetapi kritikan sosial sini
hanya lebih bersifat ulasan dan resensi sahaja. Selain itu, kritikan sosial dalam
Kesusasteraan Melayu adalah satu rakaman atau pandangan kehidupan yang
mengenali dan menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai jenis dimensi
dan sudut pandang yang berbeza-beza mengikut seseorang individu. Contoh karya
dalam sebagai kritikan sosial ialah melalui cerita “Awang Kenit” apabila Si Tanggang
terselit dengan unsur-unsur sindiran dan pengajaran terhadap orang yang tamak,
angkuh dan hanya pentingkan kekuasaan semata-mata.
4.0 AKAL BUDI, PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM PANTUN
Manifestasi akal budi dalam rangkap pantun yang pertama ialah sikap
seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang semakin hari semakin banyak
tetapi tetap bersikap rendah hati dengan orang sekeliling. Dalam rangkap pantun ini,
kita seharusnya sentiasa bersikap rendah hati walaupun kita mempunyai banyak
ilmu pengetahuan daripada orang lain. Seterusnya, manifestasi dalam pemikiran
masyarakat Melayu, mereka menyanjungi tinggi orang yang berilmu dan mempunyai
akhlak yang terpuji seperti contoh dalam rangkap pantun pertama yang sentiasa
berendah hati. Tambahan pula, pantun ini mempunyai pemikiran masyarakat Melayu
kerana bangsa Melayu yang beragama Islam juga amat menitikberatkan kepentingan
ilmu pengetahuan untuk membentuk dan meningkatkan kualiti fikiran bangsa
masyarakat Melayu.
Seterusnya, manifestasi akal budi dalam rangkap pantun yang kedua ialah
orang yang mempunyai budi bahasa akan dipandang mulia oleh orang lain. Selain
itu, dari segi bahasa dan tutur kata yang digunakan seorang individu dapat
menilaikan sesuatu bangsa. Rangkap pantun yang kedua ini memberi pengajaran
untuk kita agar sentiasa berbudi bahasa untuk meningkatkan kemuliaan sesuatu
bangsa melalui bahasa. Menurut Mana Sikana (2005), dalam konteks budaya, aspek
berbudaya sering dihubungkan dengan perihal “budi” dengan “daya”, yakni upaya
bagi bertujuan untuk menjelaskan hubungan “budi” dengan amalan dan keupayaan
akal.
Akhir sekali, untuk rangkap pantun yang terakhir bermaksud apabila seoarng
penuntut ilmu belajar tetapi bersikap leka, suka main – main dan tidak prihatin
tentang apa yang dipelajari akan memjadikan mereka terbiasa dengan sikap
tersebut. Dalam rangkap pantun ini memberi pengajaran agar kita tidak bersikap
terbiasa dengan sikap yang suka leka mahupun melakukan sesuatu kerja yang
setengah-setengah. Dalam pemikiran masyarakat Melayu, iaitu pemikiran Za’ba a
jelas menekankan supaya orang Melayu tidak seharusnya leka tetapi disarankan
supaya menguasai pelbagai jenis bidang keilmuan dan kemahiran untuk
membangun seterusnya mengejar kemajuan.
5.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, konsep dan fungsi Kesusasteraan Melayu telah
membuktikan bahawa karya-karya yang telah terhasil memberi banyak pemahaman
yang mendalami mengenai karya tersebut. Manakala, setiap rangkap yang
dibincangakan memberi pengajaran kepada kita melalui pemikiran masyarakat
Melayu. Karya-karya kesusasteraan Melayu ini amat penting untuk mengekalkan
kebijaksanaan individu di masa akan datang.
(1025 patah perkataan)
SUMBER RUJUKAN
Abdul Halim Ali, Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional.
PENDETA- Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu / 104.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1109
Ahmad Zahairuddin Mohd Zabidi, (2020). Pemikiran Satira dalam Sastera Dakwah di
Malaysia: Satu perbahasan Konsep. JMS Vol. 3 Issue 1 (2020):148 – 184.
https://www.researchgate.net/publication/351824754_Pemikiran_Satira_dal
am_Sastera_Dakwah_di_Malaysia_Satu_Perbahasan_Konsep
Azhar Hj.Wahid., & Abdul Ghani Hj.Abu, (2015). Membina Kritikan Sastera Melayu
dalam Jalur Pascamodenisme. International Journal of Malay Letters Jilid
3/Jan/2015, 34-46 ISSN:2289-5000. https://tinyurl.com/2hy2ack2
Ermy Azziaty Rozali,. & Mohammad Redzuan Othman, (n.d.). ‘Jalan keselamatan
bagi orang-orang Melayu’ : Pemikiran Za’ba bagi memajukan Pendidikan
dan Ekonomi pada Tahun 1921-an. Jurnal Sejarah.
file:///C:/Users/user/Downloads/18797.pdf
Mimbar Kata, (2003). Kesusasteraan Melayu Trandisional.
https://mimbarkata.blogspot.com/2012/09/kesusasteraan-melayu-
tradisional.html
Mohd Rodzi, (2008). Fungsi sastera dalam masyarakat.
https://www.academia.edu/10263421/Fungsi_sastera_dalam_masyarakat
Muhd Norizam Jamian., & Shaiful Bahri Md Radzi, (2014). Kesusasteraan Melayu
Tradisional dan Penjanaan Ilmu. Prosiding Kolokium Pusat Pengajian
Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan MelayuBangi, Selangor.
https://www.academia.edu/27294926/KESUSASTERAAN_MELAYU_TRADI
SIONAL_DAN_PENJANAAN_ILMU
Muhd Norizam Jamian., & Shaiful Bahri Md Radzi, (2015). Kesusasteraan Melayu
Trandisional sebagai Wadag Komunikasi Massa: Suatu Analisis. Jurnal
Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 31(2) 2015: 183-194.
http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf
Zurakintah Abdul Razak., & Che Ibrahim Salleh, (2015). Pemikiran Melayu tentang
Ilmu dan Adab dalam Puisi Melayu Tradisional. International Journal of the
Malay World and Civilisation Zurakintan Abdul Razak & Che Ibr.
https://core.ac.uk/download/pdf/33344506.pdf