The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FOLIO SAINS TENTANG ALAT TEKNOLOGI BAGI MENGATASI HAD KEUPAYAAN MENDENGAR DAN MELIHAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-71060928, 2021-10-18 05:37:32

FOLIO SAINS

FOLIO SAINS TENTANG ALAT TEKNOLOGI BAGI MENGATASI HAD KEUPAYAAN MENDENGAR DAN MELIHAT

NAMA SEKOLAH : SMK AGAMA JERLUN

NAMA AHLI KUMPULAN :

• NURIN FARZANA AIMILYA BINTI MOHD DZAHIR
• AMNA NURJANNAH BINTI ROHAIZAN
• NURHANI NAJIHAH BINTI MUHAMMAD AFIFI

KELAS : 3 IRFAN

TAJUK : RANGSANGAN DAN GERAK BALAS

TEMA : 1-PEYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP

STANDARD KANDUNGAN : 1.2 Rangsangan dan gerak balas dalam
manusia.

STANDARD PEMBELAJARAN : Mewajarkan bagaimana inovasi dan
teknologi boleh meningkatkan keupayaan organ deria.

TARIKH PELAKSANAAN : 4/10/2021

MASA DIPERUNTUKKAN : 2 MINGGU

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN 2

2. PENDAHULUAN 3-4
5
• DEFINISI HAD
DERIA
PENGLIHATAN DAN
PENDENGARAN

3. OBJEKTIF KAJIAN

4. HASIL KAJIAN 6-8

5. KESIMPULAN 9

6. SUMBER RUJUKAN 10

PENGHARGAAN

Kami, Nurhani Najihah Binti Muhammad Afifi , Nurin Farzana Aimilya Binti Mohd Dzahir dan
Amna Nurjannah Binti Rohaizan telah dipertanggungjawabkan oleh Cik Fatimah Zaharah
untuk menyiapkan folio bertajuk Alat Bagi Mengatasi Had Pendengaran Dan Penglihatan.
Pertama sekali, kami ingin berterima kasih kepada Allah SWT kerana mengurniakan kesihatan
dan petunjuk bagi kami untuk menyiapkan tugasan yang diberikan mahupun dalam keadaan
pandemik ini.

Selain itu, kami juga berterima kasih kepada Cikgu Cik Fatimah Zaharah sebagai guru subjek
sains yang telah mendidik kami cara menghasilkan folio dan semua yang berkaitan dengan
tajuk ini. Tanpa bantuan cikgu, kami tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Pertolongan daripada ibu bapa kami juga merupakan salah satu kunci utama
kepadapenyelesaian folio ini. Di samping itu, kami juga bersyukur di atas kerjasama yang
ditunjukkan oleh kami bertiga sepanjang menjalankan tugasan.

Akhir sekali, kami menghargai segala ilmu pengetahuan yang dikongsikan sepanjang
menyelesaikan kerja folio ini.

PENDAHULUAN

Deria manusia terdiri daripada lima deria yang penting iaitu, deria rasa, deria sentuhan, deria
bau, deria penglihatan dan deria pendengaran. Masing-masing menggunakan organ deria
yang tersendiri dan juga spesifik dengan fungsinya. Sebagai contohnya, deria penglihatan
menggunakan mata sebagai organ deria dan deria pendengaran menggunakan telinga
sebagai organ deria.

Walau bagaimana pun, terdapat beberapa had dan halangan tertentu kepada deria
penglihatan dan deria pendengaran kita. Sebagai contohnya, mata kita tidak dapat melihat
objek yang sangat kecil seperti kuman. Manakala telinga kita pula tidak dapat mendengar
bunyi yang sangat kecil atau yang sangat kuat.

Namun, dengan adanya teknologi moden, halangan dan had kepada deria seperti ini dapat
juga diatasi. Alatan seperti teleskop, mikroskop, kanta pembesar, sinar-X, periskop, teropong
dan alat pengimbas ultrabunyi dapat membantu mengatasi had kepada deria penglihatan
kita. Manakala alatan seperti mikrofon, pembesar suara, stetoskop dan alat bantu
dengar pula mampu untuk membantu kita mengatasi had deria pendengaran.

DEFINISI HAD DERIA PENGLIHATAN DAN
PENDENGARAN

Had Deria Pendengaran adalah keterbatasan terhadap deria pendengaran yang disebabkan
oleh halangan tertentu pada fungsi organ telinga.

Sebagai contohnya:
- tidak dapat mendengar bunyi yang terlalu kecil (sebab tuh kita guna pembesar suara)
- tidak dapat mendengar bunyi jantung (sebab tuh kita guna stetoskop)

Had Deria Penglihatan adalah keterbatasan terhadap deria penglihatan yang disebabkan
oleh halangan tertentu pada fungsi organ mata.

Sebagai contohnya:
- tidak dapat melihat objek yang terlalu kecil (sebab tu kita guna mikroskop)
- tidak dapat melihat objek yang terlalu jauh (sebab tu kita guna teleskop)
- tidak dapat melihat objek yang berada di sebalik dinding (sebab tuh kita guna periskop)

OBJEKTIF KAJIAN

-Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :

• Mengenal pasti tahap had deria pendengaran dan penglihatan manusia
• Mengenal pasti alatan yang boleh digunakan bagi mengatasi had deria pendengaran

dan penglihatan manusia
• Menghuraikan kegunaan alatan-alatan tersebut
• Memupuk semangat berkerjasama dalam kumpulan secara dalam talian

HASIL KAJIAN

ALATAN YANG MEMBANTU MENGATASI HAD DERIA
PENGLIHATAN

• PERISKOP

Periskop adalah sejenis alat untuk mencerap atas, sekitar atau melalui sebuah objek,
halangan atau keadaan yang menghalang pemerhatian garis penglihatan langsung daripada
kedudukan semasa seorang pemerhati.

• MIKROSKOP

Mikroskop adalah peralatan makmal yang digunakan untuk melihat objek yang terlalu kecil
bagi mata kasar. Bidang sains yang menyiasat objek kecil menggunakan alat sedemikian
dikenali sebagai mikroskopi. Mikroskopik bermakna tidak dapat dilihat dengan mata kasar
kecuali dengan bantuan mikroskop.

• TELESKOP

Teleskop adalah sejenis alat optikal yang digunakan untuk memerhatikan benda-benda yang
jauh jaraknya dengan menumpukan kesemua sinaran elektromagnetik, seperti cahaya
misalnya. Istilah ini biasanya merujuk kepada teleskop optik, tetapi selain itu terdapat juga
teleskop yang digunakan untuk kebanyakan spektrum sinaran elektromagnet dan untuk
isyarat jenis lain.

ALAT YANG MEMBANTU MENGATASI HAD DERIA
PENDENGARAN

• STETOSKOP

Stetoskop ialah sebuah alat perubatan yang digunakan untuk mendengar bunyi dari dalam
tubuh manusia, lazimnya bunyi degupan jantung dan bunyi pernafasan. Ia juga boleh
digunakan untuk mendengar bunyi dari usus dan aliran darah.

• ALAT BANTU PENDENGARAN

Alat bantu dengar adalah alat yang direka untuk meningkatkan pendengaran. Alatan sebegini
diklasifikasikan sebagai peranti perubatan di kebanyakan negara dan dikawal oleh peraturan
yang ditetapkan. Amplifier audio kecil penguat seperti PSAPs atau yang lain biasa bunyi
memperkuat sistem tidak boleh dijual sebagai "alat bantu pendengaran".

RUMUSAN

Kemajuan teknologi nampaknya banyak membantu kita untuk mendapatkan kualiti hidup
yang lebih baik. Alatan moden seperti Sinar -X dan juga Alat Bantu Dengar, ternyata banyak
membantu ramai manusia di luar dalam mendapatkan keperluan hidup yang maksimum.

Walau bagaimana pun, sekalipun teknologi yang ada ini banyak membantu kita, namun perlu
lah kita sedari akan kepentingan menjaga organ deria kita dengan baik. Ini juga bagi
membolehkan kita menikmati segala kurniaan Tuhan dengan sempurna dan tanpa perlu
bersusah payah. Harus juga kita bersyukur dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
pada diri sendiri supaya dapat menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin.

SUMBER RUJUKAN

• https://www.cikguhailmi.com/2013/03/pbs-sains-alatan-mengatasi-had-deria-
pendengaran-penglihatan.html?m=1

• https://www.slideshare.net/sabrishcousins/alat-teknol


Click to View FlipBook Version