The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERJA KURSUS SEJARAH KSSM T4 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TENGKU BAIDURA ZAHARA BT TG.DORMAN Moe, 2020-12-06 08:23:39

SEJARAH KSSM TINGKATAN 4

KERJA KURSUS SEJARAH KSSM T4 2020

1. Pernyataan Masalah: Kemerdekaan meninggalkan kesan yang penting untuk

dihayati oleh generasi kini. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu menghayati
pengorbanan, mempertahankan perpaduan dan nilai kesetiaan supaya negara
kekal berdaulat. Buktikan pernyataan ini.

2. Jadual Kerja

Bil Tarikh Perkara Catatan

1 3.12.2020 Menerima maklumat daripada guru mata Secara atas talian
pelajaran Sejarah iaitu Pn. Tengku Baidura TELEGRAM
Zahara binti Tengku Dorman tentang
penyediaan dan rangka kerja kursus Sejarah. Secara atas talian
WHATSAPP
Membuat perbincangan dengan guru dan
rakan-rakan sekolah iaitu Sarah, Anne dan
Farah

2 3.12.2020 Membuat rujukan awal berkaitan dengan Di rumah
tajuk Kemerdekaan yang dimuat turun dari
Internet, Laman Web dan buku teks
Tingkatan 4 KSSM.

3 3.12.2020 Menulis Objektif Kajian dan Kaedah Kajian secara atas talian
untuk memudahkan rujukan maklumat. TELEGRAM

Membuat perbincangan dengan guru

4 4.12.2020 Mendapatkan maklumat daripada orang Atas talian

sumber dengan cara menemu bual Pn.

Tengku Baidura Zahara bt Tengku Dorman.

5 4-6.12.2020 Menyediakan transkrip temubual dengan Pn. Di rumah
Tengku Baidura Zahara bt Tengku Dorman

6 10.12.2020 Menulis laporan kajian iaitu pengertian Di rumah
kemerdekaan dan prinsip kedaulatan
Persekutuan Tanah Melayu

7 17.12.2020 Menulis iktibar dan cadangan Di rumah

8 17.12.2020 Menulis sumber rujukan Di rumah

9 17.12.2020 Menulis hasil kerja dan melengkapkan Di rumah
kajian

10 18.12.2020 Menghantar laporan kajian kepada guru Ke sekolah
mata pelajaran Sejarah Pn. Tengku Baidura
Zahara bt Tengku Dorman

3. Objektif Kajian

Melalui kajian kes ini saya dapat mengetahui pengertian kemerdekaan dan
menghuraikan prinsip-prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu saya
juga dapat menjelaskan kepentingan jati diri dalam pengisian kemerdekaan negara
dan kepentingan mengekalkan kedaulatan negara. Seterusnya, saya juga dapat
membuat interpretasi pengertian kemerdekaan dan membuat rasionalisasi tentang
perlunya mempertahankan kedaulatan negara kita.

4. Kaedah Kajian

Terdapat beberapa kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat
kajian kes secara sistematik dan relevan bagi menjayakan tugasan ini. Antaranya
ialah:

4.1. Kaedah Temubual:

Kaedah Temubual dipilih kerana maklumat yang diperoleh adalah lebih tepat ,
benar dan relevan bagi merujuk kepada tajuk kajian saya. Kaedah ini juga boleh
membantu saya mendapatkan maklumat tambahan. Antara kebaikan menggunakan
kaedah ini ialah saya berkesempatan meneroka pemikiran responden dengan
mendengar lontaran idea secara telus dan seterusnya membuat interpretasi mengenai
perasaannya.

Nama orang sumber yang telah ditemubual ialah Pn. Tengku Baidura Zahara binti
Tengku Dorman yang merupakan seorang guru mata pelajaran Sejarah Beliau
berkhidmat di SMK(P) Treacher Methodist Taiping, Perak. Saya telah menemubual
beliau secara atas talian yang ketika itu beliau sedang berada di kediamannya yang
beralamat No. 3, Jalan Ambra, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak.

4.2. Kaedah Penyelidikan

Saya turut merujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM yang ditulis oleh
Ridzuan bin Hasan, Sharifah Afidah bt Syed Hamid, Muslimin bin Fadzil dan
Subramaniam a/l Raman. Buku teks ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP). Kaedah penyelidikan tersebut dipilih kerana maklumat yang
diperoleh adalah tepat dan benar. Selain itu untuk memastikan kesahihan fakta yang
ada. Hal ini demikian kerana buku tersebut juga merujuk kepada maklumat yang
sahih daripada sumber ilmiah yang boleh dipercayai.

Selain itu, saya turut merujuk buku ilmiah yang berkaitan dengan tajuk kajian

yang berjudul SEJARAH MALAYSIA : WACANA KEDAULATAN

BANGSA, KENEGARAAN DAN KEMERDEKAAN yang ditulis oleh Abdul

Rahman bin Haji Ismail dan Azmi bin Ariffin. Dalam buku tersebut, saya dapat

maklumat yang benar dan sahih tentang peristiwa bersejarah negara tanpa

ragu-ragu. Kaedah ini juga dipilih kerana maklumat yang diperoleh adalah tepat

dan benar merujuk oleh sumber yang boleh dipercayai. Disamping itu majalah ini

turut menerangkan secara terperinci tentang maklumat yang diperlukan bagi

menerangkan tentang isu-isu yang berkaitan dengan sejarah identiti bangsa,

perjuangan kemerdekaan sehinggalah kepada pengisian dan pengukuhan negara

bangsa Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957.

4.3. Kaedah Melayari Internet

Saya melayari internet untuk mencari maklumat berkaitan dengan tajuk kajian ini. Antara
laman web yang saya layari ialah https://ms.wikipedia.org/wiki/Kemerdekaan , Selain itu

https://prezi.com/q-0uiowe3rg_/cara-mengekalkan-kedaulatan-negara. Seterusnya

https://www.bumigemilang.com/bagaimana-mengekalkan-kedaulatan-negara/

Melalui kaedah ini juga saya mendapat pelbagai maklumat tambahan berkaitan pernyataan
masalah yang diberi.

1. LAPORAN KAJIAN

PENGERTIAN KEMERDEKAAN
Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 bersamaan dengan 5 Safar 1377 Hijrah

merupalkan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita. Merdeka membawa
erti bebas daripada sebarang cengkaman kuasa asing. Merdeka juga bererti bebas
menentukan pemerintahan dan hala tuju negara.

Takrif kemerdekaaan menurut Kamus Dewan ialah bebas daripada penjajahan,
kurungan atau naungan. Negara yang merdeka juga bermakna negaraa yang berdaulat,
iaitu mempunyai kuasa tertinggi.

Menurut pandangan tokoh kemerdekaan dari negara Mesir, kemerdekaan
membawa maksud perjuangan bagi menghadapi penjajah perlu disertai dengan
semangat kebangsaan dan cinta akan tanah air yang merdeka.

Menurut Tun Abdul Rahman pula, kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam
perjalanan yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat. Rakyat
perlu berkhidmat untuk negara yang baharu, berusaha dengan tenaga dan fikiran bagi
mencipta satu bangsa baharu dengan cita-cita keadilan dan kebebasan.

Takrifan kemerdekaan dari tokoh kemerdekaan negara India iaitu Mahatma
Gandhi pula menyatakan bahawa kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi
dan moral. Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, walaupun sukar
supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni.

Kesimpulannya, kemerdekaan membawa maksud bebas daripada cengkaman
penjajah dan penjajahan dari segi politik, ekonomi, sosial dan pemikiran.
Kemerdekaan memberikan hak kebebasan kepada rakyat untuk menentukan hala tuju
negara tanpa pengaruh kuasa asing.

PRINSIP KEDAULATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Kedaulatan merujuk kuasa tertinggi yang menentukan sesebuah negara bebas
daripada kongkongan kuasa luar. Wilayah pengaruh, kerajaan, keunggulan
undang-undang, lambang dan rakyat merupakan aspek kedaulatan negara kita.

Kedaulatan membolehkan kita membuat keputusan tentang hal yang berhubung
dengan pentadbiran dan politik negara.

Antara prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu ialah wilayah pengaruh
iaitu merujuk kawasan yang mempunyai sempadan untuk membentuk Persekutuan
Tanah Melayu. Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam
Perlembagaan PTM 1957,pembentukan PTM terdiri daripada Perlis, Kedah, Perak,
Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Kelantan dan
Terengganu. Setiap negeri berdaulat diketuai oleh sama ada Sultan atau Raja, Yang
di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri.

Seterusnya kerajaan. Kerajaan merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk
menguruskan dan mentadbir negara. Kerajaan terbahagi kepada tiga komponen utama,
iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Dalam amalan
demokrasi, kuasa memerintah dipegang oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui
pilihan raya. Rakyat bertanggungjawab memilih wakil mereka melalui pilihan raya.

Prinsip ketiga ialah kedaulatan undang-undang. Ia membawa maksud kerajaan
dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah undang-undang. Prinsip ini penting
bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan demi kesejahteraan negara.
Kandungan Perlembagaan PTM 1957 menjadi asas kedaulatan negara yang merdeka
dan memelihara hak rakyat.

Lambang negara merupakan prinsip kedaulatan yang keempat. Lambang seperti
Jata Negara, lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan bunga kebangsaan merupakan
identiti dan jati diri rakyat. Lambang ini menjadi simbol perpaduan. Setiap elemen
pada lambang ini mempunyai pengertian berdasarkan sosiobudaya dan sejarah negara.

Seterusnya ialah rakyat. Rakyat mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap
negara dan negara juga mempunyai hak terhadap rakyat. Semua pihak
bertanggungjawab untuk menggunakan hak masing-masing dengan bijak bagi
mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara.

Kesimpulannya, semua aspek dalam prinsip kedaulatan PTM merupakan tunjang
kepada kemerdekaan dan kebebasan negara daripada pengaruh kuasa penjajah. Ia
bermaksud pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dapat menentukan
nasib rakyat dan hala tuju negara. Kedaulatan yang diperoleh melalui perjuangan yang

getir ini semestinya dikekalkan bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan
negara.

IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA KEMERDEKAAN
Iktibar yang boleh diperolehi daripada peristiwa kemerdekaan ialah kita

hendaklah menghargai pejuang terdahulu yang berusaha untuk menebus maruah
negara yang dijajah oleh kuasa luar. Seterusnya, kemerdekaan negara yang dicapai
dengan rundingan tanpa pertumpahan darah memperlihatkan kebijaksanaan pemimpin
negara dalam usaha mencorakkan masa depan negara dengan harmoni.

Di samping itu, permuafakatan, toleransi dan sayang menyayangi antara kaum
sejak sekian lama perlu dipertahankan agar kedaulatan negara terus berkekalan. Selain
itu, Seterusnya kita hendaklah sentiasa bersatu padu dan mengekalkan perpaduan antara
pelbagai kaum untuk hidup dalam keadaan yang tenang ,aman dan sejahtera.

CADANGAN KEPENTINGAN MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA
Kepentingan mengekalkan kedaulatan negara ialah bagi menjamin keselamatan

negara agar negara kita bebas daripada penjajahan semula. Seterusnya memastikan
negara terus aman dan makmur dan menjamin kestabilan politik. Selain itu
kepentingan mengekalkan kedaulatan negara supaya rakyat dapat hidup dengan tidak
diganggu, individu dihormati dan hak tidak dicabuli. Rakyat bebas memilih cara
hidup yang tidak dizalimi, bebas beri pendapat, bebas beragama dan berpersatuan
dan bebas bergerak. Selain itu juga, untuk memperoleh pengiktirafan dari negara
luar. Pengiktirafan atau pujian tidak akan diperoleh sekiranya kedaulatan tidak wujud.
Dengan adanya kedaulatan, Malaysia dikenali di mata dunia.

USAHA UNTUK MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

Untuk mengekalkan kedaulatan negara yang merdeka , semangat
patriotisme perlu dipupuk dalam diri setiap warganegara. Di samping itu kita
perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana
mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan
negara. Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah sentiasa
disokong bukannya dikritik. Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku

Abdul Rahman yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan
kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang
seperti mereka negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.
Lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati.

Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan
dihormati sebagai sesuatu yang suci dan rakyat tidak harus membenarkan
bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar. Sebaliknya harus berbangga
bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di
dunia. Selain iti, sebagai warga negara yang cinta akan negara, seharusnya
ketika menyanyikan lagu Negaraku kita perlu berdiri tegak serta menghayati
lagu tersebut dengan penuh semangat cinta akan negara.

Selain itu kita perlu sentiasa bersifat setia dan sayang akan negara. Kita
perlu taat kepada raja dan pemimpin negara serta tidak menghayati
mengkhianati negara. Kita harus mempertahankan maruah dan bangsa negara
dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan
kemerdekaan negara. Kita perlu sentiasa peka terhadap isu dan masalah
tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya. Semangat kekitaan dalam
mengekalkan perpaduan di sebuah negara amat penting. Sentiasa
hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan bangsa
atau agama. Kita haruslah bekerjasama untuk menghadapi apa jua cabaran
dalam negara dan sentiasa memastikan wujudnya perpaduan dalam kalangan
rakyat.

Sumber Rujukan
Buku
Ridzuan bin Hasan, Sharifah Afidah bt Syed Hamid, Muslimin
bin Fadzil dan Subramaniam a/l Raman, 2019. Sejarah KSSM
Tingkatan 4 Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Orang Sumber
Pn. Tengku Baidura Zahara bt Tengku Dorman, 53 tahun, No 3, Jalan
Ambra, Kampung Jambu 34000 Taiping, Perak..

Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kemerdekaan
https://prezi.com/q-0uiowe3rg_/cara-mengekalkan-kedaulatan-negara.
https://www.bumigemilang.com/bagaimana-mengekalkan-kedaulatan-negara/


Click to View FlipBook Version