The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cteja084, 2024-06-25 23:48:35

BukuSkrapDigital(SMKSubangBestari)

BukuSkrapDigital(SMKSubangBestari)

buku skrap digital anti dadah TEMA: GENERASI MADANI SEKOLAH BEBAS DADAH SMK SUBANG BESTARI


BIODATA MURID dan guru muhamad zafran aqil bin addie smk subang bestari bea8662 maisarah binti mohd nazri smk subang bestari bea8662 lily zara binti mohd faisal smk subang bestari bea8662 guru pembimbing cikgu siti khadijah binti ahmad


APA ITU DADAH? DADAH ATAU DRUG ADALAH BAHAN KIMIA YANG AMAT MERBAHAYA KEPADA, INDIVIDU YANG MENGUNAKANNYA KERANA IA MENGUBAH CARA MINDA DAN TUBUH MANUSIA BERFUNGSI MENURUT KAMUS DEWAN MELAYU-INGGERIS, DRUG BERMAKSUD UBAT –UBATAN WALAUPUN DEMIKIAN UNTUK MEMBERI TAKRIF PENYALAHGUNAAN KEPADA DRUG PERKATAAN “USE MISUSE’ ATAU ‘ABUSE ‘ PERLU DIGUNAKAN BERSAMA-SAMA DENGAN PERKATAAN DRUG ABUSE ATAU ‘MISUSE OF DRUG’ YANG MEMBAWA MAKSUD PENYALAH GUNAAN DADAH. DADAH MERUPAKAN SATU ISTILAH KHAS YANG MERUJUK KEPADA SEJENIS BAHAN YANG MENDATANGKAN KEMUDARATAN KEPADA KESIHATAN SESEORANG DARI SEGI FIZIKAL, MENTAL DAN EMOSI SERTA TINGKAH LAKU PENGUNA APABILA DIGUNAKAN. AKIBAT DARIPADA KESAN INI. SESEORANG YANG MENYALAHGUNAKAN DADAH AKAN MENJADI KETAGIH DAN AKAN TERUS BERGANTUNG KEPADANYA


DADAH DAN CIRI-CIRI Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat ( otak dan saraf tunjang) Digunakan bukan untuk tujuan dan penggunaannya adalah dilarang Diperoleh secara haram Membawa kepada kebergantungan fizikal dan psikologikal serta meningkatkan daya tahan terhadap dadah Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang


JENIS-JENIS DADAH 1. OPIAT 2. STIMULAN 3. GANJA 4. DEPRESEN 5. HALUSINOGEN 6. INHALAN 7. KETUM


PUNCA-PUNCA SESEORANG ITU TERJEBAK DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH 1.Kecetekan ilmu 2.Pengaruh kawan 3.Persekitaran yang tidak sihat 4. Tiada kawalan ibubapa 5. Media elektronik 6. Hiburan yang melampau 7. Keterhadan sumber kewangan 8. Tiada didikan agama yang kukuh


KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA INDIVIDU Kesan penyalahgunaan dadah kepada keluarga Rumahtangga menjadi porak peranda, perpisahan dan perceraian keharmonian keluarga tiada lagi dirasai 1. Masalah ekonomi dan kewangan keluarga kian meningkat 2. 3. Menjatuhkan nama baik dan maruah keluarga Harapan keluarga berkecai menimbulkan tekanan kepada ahli keluarga 4. Kesan dadah kepada diri sendiri 1. Melemahkan tenaga dan menjadi malas 2.Kemungkinan menjadi mandul dalam kalangan wanita 3. Merosakkan fikiran dan menjadi tidak siuman 4. Menyebabkan penyakit pedih hati dan sakit perut 5. Boleh membawa maut Kesan penyalahgunaan dadah kepada negara 1. Menangung kos menyelengara tinggi 2. Kehilangan daya pengeluaran negara 3. Kos kerugian akibat jenayah 4. Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakan yang terlibat adalah remaja dan belia.


Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ia berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:- 1. Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat. Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. 2. Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah. Mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. 3. Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan. Masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan. 4. Penubuhan pusat-pusat pemulihan. Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN


ALAMAT AADK DI SElangor Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Selangor Tingkat 1B, Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri http://www.aadk.gov.my


PENGHARGAAN Assalamualaikum, syukur alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka kami dapat menyiapkan tugasan buku skrap digital anti dadah dengan jayanya. Insyaallah, tugasan ini akan membantu setiap individu untuk mendapat banyak manfaat dari segi pengetahuan. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami, pengetua SMK Subang Bestari Puan Hjh. Norhazliza binti Basiran, guru-guru SLAD, guru-guru SMK Subang Bestari dan rakan sekalian yang memberi dorongan dan tunjuk ajar dalam menyelesaikan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan sekumpulan iaitu Maisarah, Lily Zara dan Zafran Aqil yang setia dengan kerja yang diberikan dan mempunyai sifat setia kawan yang dalam bagi menyumbang buah fikiran dan cadangan. Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlihat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan Buku Skrap Digital Anti Dadah ini.


Click to View FlipBook Version