SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
(BANDAR BARU UDA)
DISEDIAKAN OLEH:
NUR ADRIANA BATRISYIA BINTI NOOR
AZMAN
TINGKATAN:
2 PEARL
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
25/12/2022
SENARAI KANDUNGAN
Bil Kandungan Muka surat
1 Penghargaan 1
2 Pendahuluan 2
3 Jadual kerja 3
4 Objektif kajian 4
5 Kawasan Kajian 4
6 Kaedah kajian 5
7 Hasil kajian 6 - 12
8 Rumusan 13-14
9 Rujukan 15
10 Lampiran 16-18
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan kerja lapangan Geografi
Tingkatan 2 yang bertajuk Kajian tentang amalan teknologi hijau di kawasan tempat
tinggal masing-masing dan usaha–usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan
penggunaan teknologi hijau di kawasan tempat tinggal mereka. Setinggi – tinggi
penghargaan kepada pengetua SMK Sultan Ismail Johor Bahru, Encik Razali bin
Tamadi kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga
ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran geografi iaitu
Puan Hanifah binti Jamaluddin kerana telah membantu saya dalam penyediaan
laporan kerja lapangan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan, kerana
sering membantu saya dalam mencari maklumat. Saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberi saya sokongan dan
semangat kepada saya. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada responden dan
orang sumber dalam membantu proses menyiapkan kerja lapangan ini.
……………………………………………………….
PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja lapangan bagi memenuhi keperluan kerja
lapangan Geografi Tingkatan 2 Tahun 2022 berkaitan dengan amalan teknologi hijau
yang digunakan di kawasan tempat tinggal saya iaitu di kawasan Bandar Baru Uda,
Johor Bahru. Tempoh masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah 5
minggu. Saya telah menggunakan tempoh masa 2 minggu yang pertama untuk
mencari maklumat dan minggu yang seterusnya untuk membuat hasil kajian.
Kajian yang dijalankan ini adalah bagi mengetahui konsep teknologi hijau dan
jenis-jenis amalan yang berkonsepkan teknologi hijau serta kepentingan amalan
teknologi hijau di kawasan kajian. Selain itu, saya juga memberi cadangan atau
langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan penggunaan teknologi
hijau pada masa kini. Antara sebab pemilihan kawasan kajian ini ialah ia merupakan
kawasan tempat tinggal saya dan memudahkan saya bagi proses mendapatkan
maklumat sama ada secara pemerhatian atau temu bual dengan penduduk di kawasan
kajian.
JADUAL KERJA
Bil Tarikh Aktiviti Catatan
1 4 disember 2022 Mendengar taklimat dan menerima tugasan Mendengar taklimat yang di
kerja lapangan Geografi daripada guru mata sampaikan oleh Puan
pelajaran iaitu Puan Hanifah Binti Hanifah
Jamaluddin.
2 9 disimber 2022 Membuat persediaan awal dan merancang Membuat jadual
jadual kerja dengan teratur perancangan
3 10 disember 2022 Mengenal pasti objektif kajian dan Mencari maklumat
menentukan kaedah kajian yang sesuai bedasarkan objektif kajian
yang diberi dengan
bimbingan Puan Hanifah
4 10 disember Menyediakan borang soal selidik Menyediakan soalan dan
menghantarnya melalui
aplikasi whatsapp
5 17 disember 2022 Mula mengumpulkan maklumat daripada Melayari internet untuk
pelbagai sumber seperti internet, buku mencari maklumat
teks,buku rujukan, majalah dan akhbar bedasarkan objektif kajian
6 18 disember 2022 Mendapatkan responden di kawasan kajian Mengumpul dan
berkaitan dengan AMALAN TEKNOLOGI menganalisis setiap
HIJAU yang boleh dilakukan responden
7 19 disember 2022 Mengenal pasti takrif dan konsep Berbincang bersama rakan
TEKNOLOGI HIJAU yang dilakukan di tentang takrif dan konsep
kawasan kajian teknologi hijau
8 20 disember 2022 Menjelaskan amalan berkonsepkan Menyenaraikan amalan
TEKNOLOGI HIJAU dan contoh produk yang boleh dilakukan di
yang sesuai untuk di lakukan di kawasan kawasan kajian
kajian
9 20 disember 2022 Menjelaskan 4 kepentingan AMALAN Menyenaraikan kepentingan
TEKNOLOGI HIJAU di kalangan penduduk mengamalkan amalan
di kawasan kajian teknologi hijau
10 21 disember 2022 Menghuraikan halangan pelaksanaan Mengenal pasti halangan
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU ini pelaksanaan amalan
dikalangan penduduk di kawasan kajian teknolgi hijau di kawasan
kajian
11 22 disember 2022 Mencadangkan strategi dan langkah-langkah Menyenaraikan langkah-
bagi menjayakan AMALAN TEKNOLOGI langkah yang dapat
dilakukan bagi menjayakan
amalan teknologi hijau
12 23 disember 2022 Menyiapkan penulisan dapatan kajian serta Menyiapkan tugasan
rumusan
13 25 disember 2022 Menyemak dan menghantar tugasan Menghantar tugasan
OBJEKTIF KAJIAN
Di akhir kajian ini saya dapat :
1) Menjelaskan konsep dan definisi teknologi hijau.
2) Mengenal pasti 3 jenis contoh teknologi hijau yang terdapat di Bandar Baru
Uda
3) Menyenaraikan 4 kepentingan teknologi hijau
4) Menghuraikan 4 punca amalan teknologi hijau yang tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian
5) Mencadangkan 4 langkah – langkah atau strategi yang dibuat bagi
meningkatkan penggunaan teknologi hijau yang sesuai
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah kawasan perumahan Bandar Baru Uda. Kawasan ini
adalah di bawah Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kawasan ini terletak di daerah Johor
Bahru dan berhampiran dengan Taman tampoi. Pandang darat fizikal yang terdapat
di kawasan ini adalah mempunyai sungai, hutan, rumput dan paya bakau. Pandang
darat budaya yang terdapat di kawasan ini pula adalah petempatan, kilang untuk
aktiviti perindustrian, jalan raya, sekolah dan kemudahan infrastuktur seperti klinik,
kedai makan dan pusat membeli – belah.
KAEDAH KAJIAN
Saya akan menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat
berkaitan dengan amalan teknologi hijau yang digunakan di kawasan tempat tinggal
saya iaitu di kawasan Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
a) Kaedah pemerhatian :
Saya telah melawat kawasan kajian saya bagi membuat pemerhatian amalan
teknologi hijau di Bandar Baru Uda, Johor bahru.
b) Kaedah temu bual :
Saya telah menemu bual penduduk di kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat
tentang penggunaan amalan teknologi hijau.
c) Rujukan internet dan buku rujukan geografi :
Saya telah melayari internet dan merujuk buku-buku untuk mencari maklumat
tentang takrifan konsep teknologi hijau, kepentingan amalan teknologi hijau dan
cadangan atau langkah-langkah yang wajar diambil untuk meningkatkan
penggunaan teknologi hijau pada masa kini.
HASIL KAJIAN
1) KONSEP DAN TAKRIFAN TEKNOLOGI HIJAU
Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan pengaplikasian produk,
peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan dapat
meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Teknologi hijau adalah aplikasi sains dalam alam sekitar untuk memulihara sumber
dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Di samping itu,
teknologi hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding
dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita
menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum
untuk menghasilkan sesuatu produk.
2) LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN :
Bandar baru uda merupakan sebuah kawasan perbandaran yang strategik di
Johor Bahru. Tempat ini mempunyai jumlah populasi penduduk kira-kira 50,000
orang. Kini terdapat hampir 30,000 buah rumah dibina untuk menampung bilangan
penduduk yang padat. Selain itu, tempat ini juga berdekatan dengan kawasan Taman
Tampoi. Di Tampoi terdapat sebatang sungai iaitu dikenali sebagai Sungai Tampoi.
Populasi utama penduduk di sini adalah kaum melayu. Di samping itu, terdapat
beberapa sekolah dibina di sini iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda ( 2 ),
Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru
Uda dan Sekolah Agama Bandar Baru Uda. Terdapat juga pusat membeli-belah yang
popular iaitu Angsana Johor Bahru Mall dan banyak juga tempat-tempat yang
menarik yang menjadi tarikan orang ramai seperti kompleks B5 Johor Street Market
dan Medan Steamboat Bandar Baru Uda.
3 ) PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN
Penggunaan teknologi hijau yang diterapkan di kawasan ini adalah dengan
menanam pokok di sekeliling rumah, sekolah dan bangunan supaya dapat
memperolehi banyak oksigen dan udara yang segar. Selain itu, penduduk di sini
kebiasaannya menuai air hujan untuk digunakan semula bagi menyiram pokok
bunga, membasuh kereta dan mencuci lantai sebagai langkah penjimatan air. Di
samping itu, penduduk juga mengamalkan penggunaan pengangkutan awam seperti
bas dan berkongsi kenderaan untuk pergi ke destinasi yang sama agar dapat
mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan kadar jerebu.
Ibubapa juga menggalakkan sesetengah pelajar menggunakan basikal dan
berjalan kaki untuk ke sekolah. Peranan guru dan ibubapa yang menggalakkan
pelajar membawa bekal makanan sendiri untuk mengisi makanan dan minuman
mereka dapat mengurangkan penggunaan bekas plastik. Segelintir rumah juga
mempunyai banyak tingkap kaca yang cerah untuk tujuan pencahayaan. Hal ini
kerana mereka tidak perlu membuka tingkap pada waktu pagi dan siang kerana ada
pancaran cahaya matahari yang masuk melalui tingkap dan hal ini dapat
menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Penjimatan tenaga yang mempraktikkan
penggunaan pencahayaan semula jadi dan menutup suis peralatan eletrik yang tidak
digunakan.
4 ) USAHA PENINGKATAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN
Antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan konsep 3R.
Amalan menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula (Reuse),
menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula
(Recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan
(Reduce). Dengan ini, ia dapat meminimumkan peralatan pakai buang. Sebagai
contohnya, penduduk boleh membawa bekas sendiri dari rumah ke restoran untuk
membungkus makanan jika ada lebihan makanan dan dapat mengurangkan
penggunaan bekas polistrin. Di samping itu, terdapat banyak beg plastik yang
bertaburan di jalanan. Penggunaan beg plastik juga harus dikurangkan dengan
menggunakan beg kitar semula yang mesra alam. Tambahan pula, penduduk boleh
mengitar semula barangan yang boleh di kitar semula. Contohnya, penduduk boleh
menggunakan tayar yang lama atau botol sabun detergen untuk dijadikan pasu bunga
seperti di dalam paparan internet agar sekitar rumah terlihat lebih cantik dan
menarik.
Selain itu, terdapat juga usaha komuniti penduduk di sini yang
membangunkan landskap kebun bandar. Contohnya, bagi kawasan kejiranan Bandar
Baru Uda diwujudkan pembangunan kejiranan hijau MBJB dengan inisiatif Kebun
Kejiranan KRT Padi Ria, untuk menggalakkan penduduk terlibat sama dalam
pembangunan teknologi hijau ini.
5 ) LAPORAN KAJIAN ( KEPENTINGAN PUNCA AMALAN )
Antara kaedah kajian yang saya lakukan adalah melalui borang soal selidik.
Saya menerima beberapa responden berdasarkan soalan yang telah saya berikan.
Saya mendapatkan 10 orang responden yang telah memberikan kerjasama melalui
aplikasi Whatsapp. Kebanyakkan mereka mengetahui teknologi hijau melalui media
sosial dan sumber dari perkongsian internet.
a) Jadual: Pengetahuan teknologi hijau
Mengetahui amalan Bilangan (Orang) Peratusan (%)
teknologi hijau
Ya 8 80
Tidak 2 20
Jumlah 10 100
Sumber: borang soal selidik daripada 10 orang penduduk kawasan perumahan
Bandar Baru Uda, Johor bahru.
b) Graf : Pengetahuan teknologi hijau
90 Tidak
80 Pengetahuan teknologi hijau
70
60
50
40
30
20
10
0
Ya
Berdasarkan kajian soal selidik yang telah dijalankan, berikut adalah graf peratusan
pengetahuan amalan teknologi hijau yang terdapat di kawasan perumahan Bandar
Baru Uda, Johor Bahru. Sebanyak 80% penduduk menyatakan ya iaitu mengetahui
teknologi hijau melalui media sosial dan sumber dari perkongsian internet.
Manakala, sebanyak 20% menyatakan tidak iaitu tidak mengetahui teknologi hijau
melalui media sosial dan sumber dari perkongsian internet.
Hasil kajian mendapati, segelintir penduduk tidak mengetahui tentang
kegunaan dan kepentingan mengamalkan amalan teknologi hijau. Oleh itu, pihak
kerajaan perlu mengambil berat terhadap perkara sebegini agar dapat menjamin
kehidupan sosial yang lebih sihat dan alam sekitar lebih terpelihara. Terdapat banyak
langkah-langkah atau strategi yang boleh dilakukan bagi meningkatkan penggunaan
teknologi hijau.
Antaranya adalah peranan agensi-agensi kerajaan/swasta dan masyarakat
yang berpengetahuan tinggi dalam melaksanakan program latihan dan pendidikan
tentang teknologi hijau bagi meningkatkan tahap kepakaran dalam bidang inovasi
teknologi hijau. Selain itu, amalan ini seharusnya diamalkan dari peringkat awal
supaya menjadi kebiasaan serta dapat melahirkan sebuah generasi yang lebih kreatif
dan mempunyai pengalaman agar dapat membimbing orang lain untuk
mengamalkan penggunaan teknologi hijau di dalam kehidupan mereka. Dengan ini,
kita dapat memupuk masyarakat yang lebih bijak untuk merekacipta teknologi yang
canggih dan memberi faedah kepada kehidupan seharian.
Seterusnya, pihak kerajaan juga boleh menganjurkan kempen kesedaran
awam tentang kebaikan menggunakan teknologi hijau secara kerap. Ia secara tidak
langsung, dapat memberi impak yang lebih berkesan dalam memupuk masyarakat
untuk mengamalkan amalan teknologi hijau dalam kehidupan seharian. Hal ini
kerana sebuah program ceramah tentang kesedaran yang dianjurkan sedikit
sebanyak dapat mengubah pemikiran dan menarik minat seseorang untuk turut serta
mengamalkan penggunaan teknologi hijau.
Justeru itu, pihak kerajaan perlulah lebih menguatkuasakan undang-undang
agar masyarakat menjadi lebih peka terhadap kepentingan amalan teknologi hijau.
Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh menjalankan kempen tanpa beg plastik semasa
membeli-belah atau berbelanja. Selain itu, pihak kerajaan boleh menyarankan
seluruh rakyat bahawa penggunaan bahan biodegrasi dapat menurunkan kadar
penggunaan plastik dan mengurangkan impak pencemaran kepada alam sekitar.
RUMUSAN
Rumusan yang dapat disimpulkan di sini adalah sokongan masyarakat dan
juga kerajaan dalam menerapkan teknologi hijau perlu diihat dari dua aspek. Pertama
adalah aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan teknologi hijau.
Oleh itu, kita tidak semestinya mencipta sesuatu yang rumit atau kompleks. Produk
mudah yang mesra alam serta praktikal untuk negara kita boleh dihasilkan. Ia amat
penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat sekolah lagi untuk
mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih tinggi pula, para penyelidik pula dapat
menghasilakan teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa
membazirkan sumber-sumber seperti tenaga dan air. Rekaan baru yang dihasilkan
haruslah rekaan yang praktikal yang boleh dikomersialkan untuk penggunaan
tempatan dan untuk tujuan eksport.
Keduanya adalah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau adalah selaras
dengan konsep penggunaan lestari sama ada dalam melaksanakan proses kerja atau
amalan hidup seharian. Kita haruslah mengamalkan amalan teknologi hijau bermula
dengan perkara-perkara yang mudah dan boleh kita laksanakan. Sebagai contohnya,
kita boleh membawa botol minuman kita sendiri tanpa perlu membeli botol-botol
plastik dan jika kita ingin membungkus makanan untuk di bawa balik ke rumah,
sewajarnya kita menggunakan bekas makanan sendiri daripada menggunakan bekas
styrofoam plastik yang tidak mesra alam.
Seterusnya, masyarakat boleh membawa beg sendiri jika ingin pergi membeli-
belah sebagai tanda sokongan kepada usaha peningkatan teknologi hijau yang
disarankan. Hal ini dapat mengurangkan kadar beg plastik yang berleluasa sekali gus
dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Sementara itu, pengguna harus
mengetahui tentang peralatan elektrik jenis cekap tenaga. Sokongan masyarakat juga
perlu dalam mengutamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian
akan menghasilkan penjimatan tenaga. Walaupun harga peralatan cekap tenaga lebih
mahal berbanding dengan peralatan biasa, namun penjimatan tenaga adalah banyak
dan kurang menjejaskan alam sekitar.
Dengan ini, kita memulakan usaha atau langkah-langkah yang mudah dan
murah dahulu. Kesannya, ia dapat menjadikan amalan teknologi hijau sebagai
budaya hidup kita. Ibubapa juga berperanan dalam menunjukkan teladan yang baik
kepada anak – anak supaya mereka turut terdorong untuk mengamalkan amalan
hijau. Ia seharusnya seiring dengan matlamat konsep teknologi hijau yang
melindungi ekosistem semula jadi, menjadi alternatif untuk menggalakkan
perkembangan ekonomi, mengurangkan impak negatif daripada aktiviti manusia
serta meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan masyarakat.
RUJUKAN
BLOG:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau#:~:text=Antara%20contoh%20bida
ng%20tumpuan%20teknologi,ini%20merangkumi%20semua%20tahap%20pemba
ngunan.
https://learning-is-easy-here.blogspot.com/2020/12/nota-ringkas-dan-padat-
geografi_46.html
Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=suwOI4tEh2I
BUKU:
Buku Siri Teks Referens Geografi PMR
Buku Teks Geografi Tingkatan 2
LAMPIRAN
Sumber : Kawasan kajian, kawasan perumahan Bandar Baru Uda, Johor bahru.
Sumber : Google map - Peta kajian di kawasan perumahan Bandar Baru Uda, Johor bahru.
Sumber : Gambar dari sumber internet, berkongsi kenderaan
Sumber : Gambar dari sumber internet, tayar terpakai dijadikan pasu bunga
Sumber : Gambar dari laman website Kementerian Pendidikan Malaysia
Sumber : Kawasan KRT Padi Ria, Bandar Baru Uda, Johor bahru