Disusun Oleh :
Ustaz Safaee b. Zakaria
SMK Jelawat,
16370 Bachok,
Kelantan
DOADOA
KEJAYAAN
KANDUNGAN MUKASURAT
Kandungan i
Secangkir bicara dari penyusun 1
1. Persediaan menghadapi peperiksaan 2
2
A. Persediaan Sebelum Peperiksaan 2
B. Persediaan Pada Malam Sebelum Peperiksaan 3
C. Tindakan Pada Pagi Hari Peperiksaan 3
D. Tindakan Pada Hari Peperiksaan 4
2. Cara Menghadapi Tekanan 4
A. Buntu Fikiran 5
B. Keletihan Fizikal 5
3. Masalah Semasa Peperiksaan dan Cara Mengatasinya 5
A. Menghilangkan perasaan Gementar 5
b. Sentiasa Berdoa dan Solat Hajat 5
4. Petua Cemerlang Menghadapi Pembelajaran 6
5. Teknik Menjawab 6
A. Panduan Umum 6
B. Ujian Objektif 7
C. Ujian Subjektif 8
D. Ujian Kuantitatif 9
6. DoaDoa Yang Berkaitan Untuk Menghadapi Peperiksaan 9
i. Doa Kecergasan 9
ii. Doa Menghilangkan Darah Gemuruh 9
iii. Doa Tetapkan Hati 9
iv. Doa Mahu Tidur 10
v. Doa Bangun Tidur 10
vi. Doa Memasuki Ujian 10
7. Petua Semasa Menjawab Soalan 10
i. Doa Penerang Hati 10
ii. Doa Bila Terlupa
2i
iii. Doa Minta Tambah Ilmu 11
iv. Doa Minta Dapat Petunjuk 11
v. Doa Mudah Faham / Hafal 11
vi. Doa Ketika Menemui Kesukaran 11
vii. Doa Mendapat Idea Yang Baik 11
viii. Doa Kebahagiaan Dunia dan Akhirat 12
ix. Doa Memohon Kejayaan Cemerlang 12
8. Adab Berdoa 12
9. Khaifiat Solat Hajat 13
10. Zikir Harian 14
3 ii
SECANGKIR BICARA DARI PENYUSUN
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Penyusunan buku kecil ini adalah bertujuan untuk membantu para pelajar bagi
menguatkan mental dan keyakinan kepada Allah sebagai tempat untuk meminta pertolongan
dan tumpuan ketika menghadapi sesuatu yang amat penting dalam kehidupan mereka.
Sebenarnya tiada teknik dan petuapetua tertentu untuk menghadapi peperiksaan, tetapi
penyusun telah mengambil beberapa petua yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan
dan situasi semasa para pelajar. Apa yang ada dalam buku kecil ini merupakan sebahagian
kecil sahaja dan diharapkan pelajar dapat mengamal dan menggunakannya dalam kehidupan
seharian.
Buku ini mengandungi beberapa teknik, petua dan caracara menghadapi peperiksaan
dan doadoa yang ringkas tetapi amat berguna kepada pelajar dalam menghadapi
peperiksaan. Disamping itu juga penyusun telah memuatkan caracara mengerjakan solat
sunat hajat secara ringkas dan zikirzikir harian yang perlu diamalkan oleh para pelajar.
Mudahmudahan buku kecil yang tak seberapa ini boleh menjadi pemangkin kepada
kejayaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan khasnya dan dalam kehidupan amnya. Amin
………..
Sekian,
Salam dari penyusun
Ustaz Safaee b. Zakaria
Makmal Komputer
SMKJ.
18 Mei 2008 / 12 Jamadil Awal 1429
1 4
1. PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
A. Persediaan sebelum peperiksaan.
1. Belajar dengan bersungguhsungguh dan membuat ulangkaji semua
matapelajaran yang diambil dalalam peperiksaan dengan konsisten. Anggaplah
peperiksaan ini merupakan peperiksaan terakhir dalam hidup anda. Anggaplah
jika anda gagal dalam peperiksaan ini anda akan gagal dan kecewa sepanjang
hayat anda.
2. Tanamkan azam dan semangat untuk berjaya dan ini dapat diperkuatkan
sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal tahun.
Letakkan (gambar) di dinding dengan tulisan seperti ‘Aku Boleh Berjaya’ atau
‘I Can Do It’.
3. Kurangkan meminum minuman teh dan kopi. Jangan gunakan dadah
perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills’ yang senang disalahgunakan
oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan.
4. Hadkan aktiviti anda hanya kepada perkaraperkara yang penting sahaja.
Menonton TV hanya untuk melepaskan tekanan perasaan sahaja. Jangan
menonton drama bersiri kerana anda akan terikat untuk mengetahui
kesudahan cerita tersebut sehingga akhir, sedangkan masa anda adalah untuk
mengulangkaji pelajaran.
5. Pastikan anda mengetahui maklumat mengenai peperiksaan yang akan
dihadapi seperti :
a. Maklumat umum peperiksaan.
i. Nama pusat peperiksaan
ii. Nombor pusat
iii. Angka giliran
iv. Lokasi tempat, keadaan fizikal bilik/kawasan
v. Kenderaan untuk sampai ke tempat peperiksaan
vi. Sistem peperiksaan (syarat untuk lulus)
vii.Jadual Peperiksaan
b. Maklumat Kertas peperiksaan
i. Nombor kertas
ii. Bilangan kertas
iii. Syarat lulus
iv. Tarikh
25
v. Masa
vi. Sesi/Bahagian kertas
vii.Arahan spesifik
viii. Format kertas peperiksaan
B. Persediaan pada malam sebelum peperiksaan.
1. Ulangkaji pelajaran yang akan anda hadapi esok hari
2. Tidur awal agar anda dapat bangun awal dan mendapat rehat yang
secukupnya
3. Semak jadual waktu peperiksaan pastikan kertas apa yang akan anda hadapi
esok.
4. Solat sunat hajat dan berdoa semoga Allah memberi ketenangan sebelum tidur
5. Membaca doa sebelum tidur
6. Sembahyang fardu subuh / sunat selepas bangun
7. Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan
masa yang diperlukan, supaya anda tidak lewat.
C. Tindakan pada pagi hari peperiksaan
Berikut beberapa panduan sebelum anda pergi periksa:
1. Bangun awalawal pagi supaya sempat menunaikan solat subuh dan berdoa.
2. Berdoalah kepada Allah (swt) untuk memohon pertunjuk dan kekuatan.
3. Ambillah sarapan pagi yang sederhana.
4. Ambillah makan tengah hari yang sederhana, terutama jika ada kertas lagi di sebelah
petang.
5. Jangan ada rasa gugup, takut dan gelisah, tenteramkan jiwa.
6. Tiba awal sebelum peperiksaan dimulakan.
7. Hindarkan daripada perkaraperkara yang boleh mengganggu fikiran dan ingatan
anda.
8. Jangan terlalu terpikat dengan soalansoalan lama dan soalansoalan ramalan.
9. Bawa keperluankeperluan peperiksaan yang cukup seperti pen, getah
pemadam, pembaris, pensil, gam, kad pengenalan, slip peperiksaan dan sebagainya.
10. Pastikan anda sampai awal di pusat peperiksaan.
3 6
D. Tindakan pada hari peperiksaan
Tindakan berikut perlu anda jalankan pada hari peperiksaan
1. Pastikan pusat, bangunan dan lokasi peperiksaan. Perkara ini sangat penting
bagi calon persendirian terutama yang menduduki satu peperiksaan sahaja.
2. Semak peraturan peperiksaan sama ada peraturan umum atau khas.
3. Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya jangan terburuburu.
4. Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti ini:
Ada pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang
dan ada yang bergelak ketawa antara mereka. Ada baiknya anda menjauhkan
diri daripada mereka supaya anda tidak merasa panik. Misalnya, apabila
berbual mungkin anda mendapati bahawa anda terlupa belajar sesuatu dan ini
akan menakutkan anda. Kalau perlu dan kalau ada masa, belek notanota
supaya segala yang dipelajari segar dalam ingatan.
5. Apabila dibenarkan masuk ke dalam dewan, tentukan bahawa tempat duduk
anda memuaskan. Adakah tempat itu terlalu sejuk atau terlalu panas?
Bagaimana dengan cahaya lampu? Adakah meja tulis dan kerusi sesuai?
6. Baca dengan teliti format dan arahan pada kertas soalan peperiksaan.
7. Pilih soalan yang terbaik untuk dijawab. Beberapa soalan yang boleh dijawab
dengan baik iaitu boleh memberikan banyak markah perlu dipilih sebelum
menjawab.
8. Tulis dengan jelas dan cepat
9. Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal.
10. Masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnaya.
11. Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh
para pengawas peperiksaan.
2. CARA MENGHADAPI TEKANAN
A. Buntu fikiran.
a. Keadaan ini boleh disebabkan oleh kurang persediaan yang lakukan seperti
kurang membuat ulangkaji atau latih tubi, oleh itu sentiasalah membuat
ulangkaji dan latih tubi setiap hari dan minggu walaupun peperiksaan masih
jauh lagi.
b. Jika keadaan buntu fikiran berlaku semasa dalam dewan peperiksaan, anda
hendaklah bertenang dan jangan gementar atau gelabah. Anda boleh
mencuba cara ini bagi menenangkan fikiran, iaitu :
74
i. Bernafas panjang dan dalamdalam beberapa kali
ii. Bersantai iaitu berehat sekejap lebih kurang 2 – 3 minit.
iii. Cuba ingatkan semula fakta, dengan cara mengingati fakta yang
berkaitan dengan fakta yang dilupai – cuba cari pertaliannya.
iv. Baca selawat keatas rasul beberapa kali.
v. Baca doa no 2 di muka surat 12 berulang kali
B. Keletihan Fizikal
a. Jaga masa tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya.
b. Rehatkan tangan, mata dan otototot semasa menjawab soalan sekali sekala.
c. Ambil angin sebentar
d. Basuh muka dengan air sejuk jika perlu.
3. MASALAH SEMASA PEPERIKSAAN DAN CARA MENGATASINYA
A Menghilangkan perasaan gementar
o Buatlah persediaan awal secara menyeluruh sebelum menghadapi
peperiksaan
o Latih mental untuk menghadapi situasi yang mendesak dan tertekan
o Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan
o Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas.
o Rehatkan fikiran
o Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif
o Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik
B. Sentiasa berdoa dan mendirikan solat sunat hajat
o Dirikan Solat sunat hajat sebelum tidur pada setiap malam
o Sentiasa membaca doa sebelum keluar rumah
o Sentiasa membaca doa apabila menemui sesuatu yang sukar
o Sentiasa membaca doa apabila hati menghadapi kesedihan
o Sentiasa membaca doa apabila terkena kesedihan hati
4. PETUA CEMERLANG DALAM MENGHADAPI PEMBELAJARAN
i. Sediakan jadual waktu belajar yang sistematik.
ii. Mengetahui sukatan pelajaran.
iii. Mempunyai tempat belajar (bermutalaah) yang sesuai dan selesa. Belajar
bermula daripada awal tahun lagi
5 8
iv. Membuat catatan dan nota kecil / poket semasa membaca.
v. Pastikan jiwa sentiasa tenteram dan tenang dengan sentiasa berzikir
kepada Allah. ( Anda boleh mengamalkan zikir pada mukasurat 18 )
vi. Membaca pada waktu tengah malam dan pada waktu pagi atau pada masa
yang sesuai dengan keadaan anda.
vii. Mempunyai bahan rujukan yang sesuai seperti buku nota, peta minda dan
sebagainya.
viii. Banyakkan latihan menjawab soalan
ix. Rajin serta selalu bertanya guru jika ada masalah mengenai pelajaran.
x. Sentiasa mengadakan perbincangan melalui kumpulan.
xi. Berdoa serta bertawakkal kepada Allah (SWT) setelah berusaha dengan
bersungguhsungguh.
5. TEKNIK MENJAWAB
A. Panduan Umum
· Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu
· Pilih soalan yang boleh dijawab dengan baik dahulu
· Tinggal dahulu soalan yang sukar
· Baca soalan dengan tenang dan jangan gopoh
· Rancang jawapan (lakar jawapan) dengan mencatat isiisi penting sebelum
menjawab.
B. .Ujian Objektif
· Baca arahan dengan teliti
· Baca soalan dan fahami kehendak soalan terlebih dahulu, baca beberapa kali
supaya anda dapat memahami kehendak soalan
· Analisa soalansoalan yang sukar untuk mendapatkan perkataan kunci atau
bayangan (clue)
· Tandakan jawapan bila anda pasti betul jawapannya
· Tinggalkan dahulu soalan yang anda belum pasti jawapannya. Setelah anda
habis menjawab, balik semula kepada soalansoalan yang anda tinggal tadi.
· Pilih dan buang jawapan yang tidak tepat/rapat dengan soalan.
6
9
· Ambil perhatian kepada perkaraperkara yang boleh mengelirukan anda dalam
soalan seperti tidak benar, bukan, kecuali atau gambarajah dalam soalan.
Gariskan perkataan tersebut agar anda tidak terkeliru.
· Padankan soalan dengan setiap jawapan cara berasingan. Ini mungkin boleh
menolong mendapatkan jawapan yang baik/tepat walaupun ia tidak merupakan
yang setepatnya. Ini lebih baik daripada cuba mengagak saja.
· Olah balik soalan supaya senang difahami. Cari contohcontoh yang boleh
menambah kefahaman kita terhadap soalan. Baca balik soalan asal dan cuba
dapatkan jawapan yang setepat mungkin.
· Gunakan maklumat/pengetahuan yang ada dalam soalan dan jawapan yang
lain
· Cuba teka adalah usaha terakhir
· Semak semula semua jawapan setelah anda selesai menjawab sehingga anda
berpuas hati
C. Ujian Subjektif
i. Sebelum Menulis
· Baca arahan dengan teliti
· Baca semua soalan dengan pantas dahulu
· Analisa dan tanda bahagianbahagian atau pokok soalan yang hendak dijawab.
· Gariskan perkataan kunci dalam soalan dan fahamkan maksudnya.
· Catat isiisi penting di tepi soalan.
· Susun isiisi penting (panduan jawapan)
Semasa Menulis
· Awasi penggunaan masa
· Jawab semua bahagian soalan (jangan tertinggal)
· Jawab tepat kepada kehendak soalan terutama ayat pertama.
· Ikut garis panduan jawapan
· Urutan jawapan secara perenggan dan nombor. Perlu ada kesinambungan.
· Tulis isi yang relevan saja.
· Pastikan setiap jawapan anda mempunyai fakta / isi anda mempunyai huraian
7
10
· Jangan menyeleweng atau cuba meniru.
· Baca sekali lagi jawapan sebelum menyerahkan kepada pengawas
peperiksaan.
D. Ujian Kuantitatif ( Mata pelajaran matematik, sains dan teknikal)
· Baca arahan dengan teliti
· Jawab soalan yang boleh dijawab lebih dahulu.
· Balik kepada soalan yang sukar dan analisa supaya dapat sedikit isi jawapan
sekurangkurangnya.
· Gunakan masa dengan baik.
· Tunjukkan cara atau mendapat jawapan selain daripada jawapan akhir.
· Susun atur jawapan dengan jelas.
· Semak jawapan.
· Tambah/betulkan apabila perlu.
6. DOADOA YANG BERKAITAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
i.
181
ii.
iii.
iv.
5.v.
192
vi.
7. PETUA SEMASA MENJAWAB SOALAN
i.
ii.
iii.
10
13
iv.
v.
vi.
11
14
vii.
viii.
.
ix. Doa memohon kejayaan cemerlang dibaca sebelum tidur setiap
hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan
Ertinya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,
tempat para syuhada' dan kehidupan orangorang bahagia serta
kemenangan mengatasi musuh
12
15
8. ADAB BERDOA
13
16
14
17
15
18
Selepas salam sujud sekali lagi dan baca zikir dibawah
5.
6.
7.
16
19
17
20
Catatan
1821
Catatan
1922
Catatan
20
23
24