PAMERAN KEMERDEKAAN
KE 64 TAHUN 2021
TERIMA KASIH BARISAN
HADAPAN,
ANDALAH WIRA NEGARA
PERPUSTAKAAN
KEMENTERIAN
PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN
MASYARAKAT
SEJARAH
KEMERDEKAAN
NEGARA
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI
MALAYSIA
Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri
pada 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara
bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga
tahun 1957.
Persekutuan Malaysia, yang terdiri daripada
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan
Singapura,
diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1963,
bersamaan ulang tahun ke-6 kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu.
SEJARAH SAMBUTAN HARI MALAYSIA
•Borneo Utara (Sabah) dan Singapura telah mendapat
kemerdekaan daripada British pada 16 September 1963.
Walau bagaimanapun, Sarawak telah merdeka sebulan
lebih awal pada 22 Julai 1963.
•Pembentukan Malaysia kemudian diisytiharkan pada
16 September 1963, dan disambut sebagai Hari
Malaysia.
•Pada 2009, kerajaan memutuskan bahawa bermula
2010, Hari Malaysia 16 September disambut sebagai
cuti umum persekutuan bersama-sama dengan Hari
Merdeka pada 31 Ogos setiap tahun.
SEJARAH PENJAJAHAN SEMENANJUNG
•Penempatan terawal British di Malaysia bermula
dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun
1769 hasil perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan
Kesultanan Sulu.
•Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain
diwujudkan pada 1826, di Pulau Pinang, Singapura
dan Melaka.
•Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula
mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang
saudara dan gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih
untuk menyelesaikan masalah-masalah penduduk Negeri Selat.
•Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang
mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke Negeri Melayu
Bersekutu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.
•Negeri- negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan,
dan Terengganu di bawah kuasa Thailand.
SEJARAH PENJAJAHAN BORNEO
•Di Borneo Utara (Sabah) yang dahulunya berada di
bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan
Sulu telah berada di bawah pajakan Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946.
Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke.
•Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan
kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin
menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatiri oleh
British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan
masyarakat imigran.
•Justeru, British mewujudkan Malayan Union.
Akibatnya, masyarakat Melayu bangun menentang
dan mahukan sistem yang proMelayu, menolak
kemasukan Singapura dan mahukan sistem
kewarganegaraan tunggal (berbanding
dwiwarganegara, yang membolehkan kaum
pendatang mendapat status warganegara Malaya
dan negara asal.
SEJARAH JALUR
GEMILANG
SEJARAH JALUR GEMILANG
JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud
beberapa tahun sebelum negara merdeka. Bendera
Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu
pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan.
Pertandingan ini dikelolakan Jawatankuasa Khas dan
dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir
Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang
kewujudan Kerajaan Persekutuan.
Pada 15 November 1949,
Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk
bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk
pertimbangan dan pemilihan.
Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan
membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang
pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka
bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima
membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang
Rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan
Kerja Raya Johor, MOHAMED BIN
HAMZAH yang menampilkan sebelas
jalur merah-putih dengan bulan bintang
berwarna putih di bahagian tepi kiri
mendapat pilihan majoriti dan perkenan
Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang
berlangsung pada 22 dan 23 Februari
1950.
Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah
meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua
Setiausaha Negara seperti berikut:
• "That in the opinion of this Council the Flag of the
Federation of Malaya should be as follows:- Eleven
horizontal stripes alternately red and white in colour, the
uppermost stripe being red, having a blue quarter with a
cresent and eleven pointed star in yellow superimposed,
the standard size of the flag to be six feet by three feet.”
Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan
Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan itu, buat
pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu
telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera
tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British
pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor
dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan
Pegawai-pegawai Raja George VI.
TEMA HARI
KEMERDEKAAN
TAHUN 1970
HINGGA KINI
TAHUN TEMA
1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 20 Tahun Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Seni Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
TAHUN TEMA
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kejayaan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Penggerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
TAHUN TEMA
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998 Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000 Keranamu Malaysia
2001 Keranamu Malaysia
2002 Keranamu Malaysia
2003 Keranamu Malaysia
2004 Keranamu Malaysia
2005 Keranamu Malaysia
2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan
2010 1 Malaysia Menjana Tranformasi
TAHUN TEMA
2011 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
2012 1Malaysia. Janji Ditepati
2013 Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
2014 Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
2015 Sehati Sejiwa
2016 Sehati Sejiwa
2017 Negaraku Sehati Sejiwa
2018 Sayangi Malaysiaku
2019 Sayangi Malaysiaku
2020 Malaysia Prihatin
2021 Malaysia Prihatin
TOKOH –TOKOH DAN
WIRA KEBANGGAAN
NEGARA MELAWAN
PANDEMIK COVID 19
YAB TAN SRI DATO' HAJI
MAHIADDIN BIN HAJI MD YASIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA
TAN SRI DATO ' HAJI MAHIADDIN BIN MD. YASIN (15 Mei 1947),
dikenali sebagai Muhyiddin bin Mohd. Yassin sekadar Muhyiddin Yassin
telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 sejak 1 Mac
2020.
Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengambil alih pucuk kepimpinan
ketika negara menghadapi pandemik Covid-19 yang memberi kesan
kepada setiap aspek kehidupan dan memastikan tiada siapa terpinggir.
Dalam tempoh 100 hari pertama sebagai Perdana Menteri, tindakan
Muhyiddin memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dikuatkuasakan pada 18 Mac sebagai usaha membendung penularan
COVID-19, disifatkan beberapa pihak sebagai langkah tidak popular
namun berani.
TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH (21 April
1963) ialah seorang pakar bedah Malaysia dan Ketua Pengarah
Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2013.
Beliau juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia. Beliau
paling dikenali sebagai Kapten yang mengetuai Malaysia dalam
memerangi pandemik COVID-19 di Malaysia.
Pada 19 Ogos 2020, beliau menerima anugerah TOKOH MAAL
HIJRAH, Noor Hisham juga mengatakan bahawa kerjasama
adalah penting bagi menyelamatkan negara dalam menjalankan
tugas memutuskan penularan jangkitan Covid-19"
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
MENTERI KANAN KLUSTER KESELAMATAN
DATO 'SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (18 Januari 1960) adalah
seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai
Timbalan Perdana Menteri ke - 13 sejak Julai 2021,
Menteri Pertahanan dalam pentadbiran di bawah Perdana Menteri
Muhyiddin Yassin sejak Mac 2020 dan Anggota Parlimen (MP) Bera
sejak Mac 2004.
Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kanan Kluster Keselamatan dari
Mac 2020 sehingga kenaikan pangkatnya menjadi Timbalan
Perdana Menteri pada bulan Julai 2021
Khairy Jamaluddin
Menteri Penyelaras Program
Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR di kenali sebagai KJ (10
Januari 1976) yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Malaysia (MOSTI), telah dilantik sebagai Menteri Penyelaras untuk
program imunisasi setelah diluluskan oleh Kabinet Malaysia .
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19
(JKJAV) yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia dan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
JKJAV juga ditubuhkan untuk memastikan perolehan bekalan
vaksin COVID-19 untuk negara dapat dilakukan dengan teratur
cara. Program imunisasi kini dilaksanakan secara berperingkat dari
24 Februari 2021 hingga Februari 2022.
Pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),
Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
Majlis Keselamatan Negara (MKN),
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Agensi-agensi kerajaan berkaitan
“Merdeka itu bukanlah suatu
benda yang mudah didapati,
melainkan ialah dikehendaki
untuk mendapatkannya iaitu
pengorbanan yang sebenar
pengorbanan”
-Tunku Abdul Rahman Putra
al-Haj – Perdana Menteri
Malaysia Pertama