The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

IIX1004 PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN 2023/2024
Kumpulan 34 - Strategi Dakwah Rasulullah dengan Sifat Empati

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fikrikushairy1265, 2024-05-22 10:31:17

IIX1004 Strategi Dakwah Rasulullah dengan Sifat Empati

IIX1004 PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN 2023/2024
Kumpulan 34 - Strategi Dakwah Rasulullah dengan Sifat Empati

PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN STRATEGI DAKWAH RASULULLAH DENGAN SIFAT EMPATI Kumpulan 34


ABDULLAH HUSSAINI BIN PAHARORZI 23004468 ANIQ AMSYAR BIN HAKIMI 22000391 MUHAMAD ASYRAF BIN MOHD SHOKRI 22000282 MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD SAIPUDIN 23004498 MUHAMMAD AMMAR AFFIQ BIN NORHISHAM 22000201 MUHAMMAD FIKRI KUSHAIRY BIN SAMSUDIN 22000327


PENGENALAN E-BOOK INI DICIPTA BAGI BERKONGSI STRATEGI YANG DILAKSANAKAN OLEH BAGINDA NABI SAW DI DALAM DAKWAH. DAKWAH YANG DILAKUKAN OLEH NABI DILAKUKAN MELALUI PELBAGAI PENDEKATAN DAN E-BOOK INI AKAN MEMPERINCIKAN BAGAIMANA SIFAT EMPATI DIAPLIKASIKAN BAGINDA DI DALAM DAKWAH. SETERUSNYA, IA AKAN DILIHAT DARI ASPEK YANG LEBIH MELUAS DI DALAM KONTEKS GLOBAL DIMANA DAKWAH SECARA EMPATI DIAPLIKASIKAN PADA MASA KINI UNTUK MENARIK MINAT ORANG BUKAN ISLAM KEPADA AGAMA ISLAM. SEMOGA DENGAN PENGHASILAN E-BOOK INI MEMBERIKAN KEMUDAHAN DAN SIFAT CINTA KEPADA PARA PEMBACA UNTUK MENELUSURI SIRAH RASULULLAH DI DALAM KEHIDUPAN KHUSUSNYA PARA DA’IE DALAM ARENA DAKWAH.


Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, dakwah didefinisikan sebagai “kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan” atau “patuh kepada (mengikut) ajaran agama Islam degan lebih sempurna” . Jika dilihat dari segi istilah pula terdapat beberapa tafsiran berdasarkan beberapa orang tokoh seperti berikut: APA ITU DAKWAH?


SHALAHUDDIN SANUSI ”DAKWAH ITU ADALAH USAHA MENGUBAH KEADAAN YANG NEGATIF MENJADI KEADAAN YANG POSITIF, MEMPERJUANGKAN YANG MA’RUF ATAS YANG MUNKAR, MEMENANGKAN YANG HAK ATAS YANG BATIL’’. H. TIMUR DJAELANI ’’DAKWAH IALAH MENYERU KEPADA MANUSIA UNTUK BERBUAT BAIK DAN MENJAUHI YANG BURUK SEBAGAI PANGKAL TOLAK KEKUATAN MENGUBAH MASYARAKAT DAN KEADAAN YANG KURANG BAIK KEPADA KEADAAN YANG LEBIH BAIK SEHINGGA MERUPAKAN SUATU PEMBINAAN” PROF. A. HASYMI ’’DAKWAH ISLAMIAH YAITU MENGAJAK ORANG UNTUK MENYAKINI DAN MENGAMALKAN AQIDAH DAN SYARIAH ISLAMIAH YANG TERDAHULU TELAH DIYAKINI DAN DIAMALKAN OLEH PENDAKWAH SENDIRI.’’ DR. ABDUL KARIM ZAIDAN ’’DAKWAH IALAH PANGGILAN KE JALAN ALLAH.’’


MAD’U TARIQAH ATSAR KOMPONEN DAKWAH HUKUM DAKWAH Fardhu kifayah MADDAH WASILAH DAIE’


DAIE’ orang yang melaksanakan dakwah WASILAH MADDAH MAD’U alat yang digunakan untuk menyampaikan dakwah bahan yang disampaikan daie’ kepada mad’u. orang yang didakwah


cara-cara yang digunakan dalam berdakwah. TARIQAH kesan dakwah kepada mad’u ATSAR


METODOLOGI DAKWAH ) ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين ( maksud: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. Surah an-Nahl:125


METODOLOGI DAKWAH HIKMAH dakwah dengan bijaksana dan sesuai dengan situasi. MAU’IZHAH HASANAH peringatan yang baik yang memberi kesan di jiwa. MUJADALAH BI IHSAN bertukar- tukar fikiran bagi mencari kebenaran dalam cara yang baik.


RINGKASAN BIOGRAFI RASULULLAH SAW Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab Ibu : Aminah binti Wahhab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab Lahir : Isnin sebelum terbit Matahari 12 Rabiul Awal Tahun Gajah/580 Masihi. Kerasulan : 27 Ramadan tahun ke-13 sebelum hijrah/609 Masihi : Gua Hira’ , Makkah Al-Mukarramah Pekerjaan : 1. Penggembala kambing 2. Berniaga Penjaga : Um Aiman Ibu Susuan : 1. Tsuwaibah al-Aslamiyah : 2. Halimah binti Dzuaib As-Sa’diyah Wafat : Isnin sebelum tengah hari, 12 Rabiul Awal tahun ke-11 Hijrah/632 Masihi di Madinah Al-Munawwarah.


SIFAT EMPATI DAN DAKWAH Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, empati ditakrifkan sebagai “daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain” . Empati merupakan sifat yang lebih mendalam dari rasa simpati. Perbezaan yang ketara yang dapat dilihat ialah seseorang individu tidak hanya merasa kasihan kepada masalah orang lain, tetapi mereka benar-benar memahami dan merasakan apa yang dirasakan oleh orang lain seolah- olah meletakkan diri mereka di posisi orang yang ditimpa masalah.


SIFAT EMPATI DAN DAKWAH Bagaimana sifat empati dan dakwah ini berhubungan? Empati adalah asas bagi komunikasi yang efektif dan juga di dalam penerimaan sesuatu mesej. Dalam konteks dakwah, kejayaan untuk menyampaikan ajaran agama dan nilai-nilai moral tergantung pada kemampuan para daie’ untuk benar-benar memahami situasi, keperluan, dan perasaan para mad’u. Tanpa memahami keadaan dan perasaan mad’u, usaha dakwah akan menjadi sia-sia.


SIFAT EMPATI DAN DAKWAH Seorang daie’ perlu mampu menempatkan diri mereka dalam posisi pendengar dan merasakan apa yang mereka rasakan. Hanya dengan memahami situasi mad’u, seseorang dapat memberi nasihat dan bantuan yang sesuai dengan keadaan semasa, juga mewujudkan satu hubungan yang erat antara daie’ dan mad’u. Ini membuka pintu untuk dialog yang lebih terbuka dan jujur, di mana para pendengar merasa masalah mereka didengari, difahami, dan dihargai.


SIFAT EMPATI DAN DAKWAH Firman Allah Ta’ala: َه َكِثيًرا َّل َكَر ال َذ َيْوَم اآلِخَر َو ْل َه َوا َّل ِلَمْن َكاَن َيْرُجو ال ٌة َن َحَس ٌة ْسَو ُأ ِه َّل ْم ِفي َرُسوِل ال َل ُك ْد َكاَن َل َق “Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW terdapat contoh teladan yang baik kepada orang-orang yang mengharapkan Allah SWT dan mengharapkan kedatangan hari akhirat, mereka banyak berzikir kepada Allah SWT“ Al Ahzab: 21


SIFAT EMPATI DAN DAKWAH Rasulullah SAW adalah contoh nyata bagaimana empati menjadi medium berdakwah yang sangat efektif. Beliau terkenal karena kepedulian baginda kepada semua lapisan masyarakat, dari yang paling kuat hingga yang paling lemah. Beliau tidak hanya memberikan nasihat dan petunjuk, tetapi juga mendengar dengan penuh perhatian, memahami kegusaran mereka, dan memberikan solusi yang sesuai.


SIFAT EMPATI DAN DAKWAH Hadis yang berikut menunjukkan sifat empati yang sepatutnya diterapkan dalam setiap diri insan: “Perumpamaan orang yang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya sakit, maka seluruh tubuhnya juga akan merasakan sakit dengan tidak boleh tidur dan demam” (HR. Bukhari dan Muslim)


SIFAT EMPATI DAN DAKWAH Allah SWT berfirman; اِب... َق ِع ْل َه َشِديُد ٱ َّل َّن ٱل ِإ َهۖ َّل ٱل ۟ا و ُعْدَٰوِنۚ َوٱَّت ُق ْل ِم َوٱ ْث ِإْل ى ٱ َل َع ۟ا و ُن َعاَو اَل َت َوٰىۖ َو ِّر َوٱلَّت ْق ِب ْل ى ٱ َل َع ۟ا و ُن َعاَو َت َو “ …Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan kemungkaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. ” Al-Maidah: 2 Dua dalil berikut menunjukkan walaupun tidak disebut secara jelas, menekankan akan sifat empati yang membantu antara satu sama lain bagi mendapat keredaan- Nya.


STRATEGI DAKWAH RASULULLAH MENERUSI EMPATI م إذ جاء أعرابٌّي . فقام يبوُل َّل ى اللُه عليِه وس َّل عن أنس قال : بينما نحن في المسجِد مع رسوِل اللِه ص ى اللُه َّل م : َمْه َمْه . قال : قال رسوُل اللِه ص َّل ى اللُه عليِه وس َّل في المسجِد . فقال أصحاُب رسوِل الله ص م دعاه فقال له َّل ى اللُه عليِه وس َّل ُموه . َدُعوُه فتركوه حتى بال . ثم إن رسوَل اللِه ص ِر ْز م ال ُت َّل عليِه وس اللِه عز وجل، والصالِة، ِر . إنما هي ِلِذك ِر ُح لشيٍء من هذا البوِل وال الَق َذ ُل ْص إن هذه المساجَد ال َت ُه عليه .)رواه مسلم( من ماٍء، فَشَّن ٍو ْل ، فجاء بَد ِم من القو اًل وِقراءِة القرآِن ، فأمر رج


Makna Hadis: Daripada Anas Radhiallahu’anhu telah berkata, “Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, tiba-tiba datang seorang arab badwi (a’rabi) lalu berdiri sambil kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pun berteriak, “Apa yang dilakukannya, apa yang dilakukannya?!” Namun Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda, “Janganlah kalian menghentikan kencingnya, biarkanlah ia meneruskannya. ” Mereka pun membiarkannya sehingga ia meneruskan kencingnya. Kemudian Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam memanggil arab badwi itu dan bersabda, “Sesungguhnya masjid ini tidak patut terkena kencing dan kotoran sedikit pun. Masjid ini hanyalah untuk zikrullah ‘Azzawajalla, solat dan membaca Al-Quran. ” Lalu beliau menyuruh seorang antara mereka untuk mengambil sebekas air dan menyiramkan pada tempat yang dikencingnya. ” (Riwayat Muslim)


STRATEGI DAKWAH RASULULLAH MENERUSI EMPATI Hadis yang dinyatakan tadi merupakan salah satu peristiwa yang pernah terjadi pada zaman Rasulullah yang dapat dikaitkan dengan dakwah secara empati. Dapat dilihat tindakan yang dilakukan oleh badwi tersebut adalah amat tidak wajar pada pandangan orang yang normal seperti kita. Dan semestinya kita akan bereaksi sepertimana yang dilakukan para sahabat, bahkan mungkin lebih ekstrim lagi. Namun, perbuatan tersebut ditegah oleh Rasulullah dan disuruh untuk dibiarkan badwi tersebut menyelesaikan hajatnya kemudian barulah dipanggil dan ditegur secara lembut.


STRATEGI DAKWAH RASULULLAH MENERUSI EMPATI Aspek empati yang dapat dilihat dari hadis ini ialah: bagaimana kesabaran dan pemahaman Rasulullah dalam menyelesaikan masalah. 1. Rasulullah menyuruh untuk membiarkan badwi tersebut menyelesaikan hajatnya. Ini kerana pada zaman itu, kefahaman tentang masjid sebagai rumah suci tidak difahami secara sepenuhnya oleh semua orang. Di dalam konteks dakwah, ini menunjukkan kepentingan memahami latar belakang, kebiasaan, dan pengetahuan mad’u sebelum menyampaikan dakwah. Dakwah yang efektif memerlukan kesabaran dan pemahaman terhadap setiap individu.


STRATEGI DAKWAH RASULULLAH MENERUSI EMPATI 2. Teguran yang lembut dan penuh pengertian Rasulullah tidak menghukum Badwi tersebut terus, sebaliknya baginda mengambil pendekatan untuk mengajarkan pelajaran dengan cara yang lembut dan penuh dengan pengertian. Ini mencerminkan pendekatan yang empati dalam menyampaikan dakwah. Dakwah yang efektif tidak hanya tentang memberikan petunjuk atau teguran, tetapi juga tentang bagaimana kita menyampaikan suatu mesej tersebut dengan cara yang penuh kasih sayang dan kelembutan.


STRATEGI DAKWAH RASULULLAH MENERUSI EMPATI 3. Memberikan penyelesaian yang membina Setelah Arab Badwi itu selesai buang air kecilnya, Rasulullah SAW mendekatinya dengan penuh kelembutan dan menjelaskan kepadanya akan kepentingan menjaga kebersihan dan kemuliaan masjid. Beliau tidak hanya menegur, bahkan memberikan penyelesaian dengan menyiramkan air pada tempat yang terkena kencing. Dalam konteks dakwah, ini menunjukkan pentingnya tidak hanya menyatakan masalah, tetapi juga menawarkan solusi yang dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.


STRATEGI DAKWAH RASULULLAH MENERUSI EMPATI 4. Membangun hubungan yang positif Pendekatan Rasulullah SAW yang penuh empati dan pengertian terhadap Arab Badwi tersebut membantu membangun hubungan yang positif antara mereka. Ini menciptakan kesempatan bagi Arab Badwi itu untuk belajar tentang Islam kerana beliau merasa dihargai. Dalam dakwah, membangun hubungan yang baik dan saling menghormati dengan mad’u merupakan langkah penting untuk memperkuat dakwah yang ingin disampaikan.


Jelaslah melalui hanya hadis ini, dapat diberikan satu contoh yang konkrit bagaimana dakwah yang efektif memerlukan kepada rasa empati. Rasulullah SAW adalah teladan terbaik dalam hal ini, dan kita sebagai umat Islam diharapkan untuk mengikuti jejak beliau dalam menyebarkan ajaran Islam dengan sifat empati dalam diri.


DAKWAH EMPATI PADA MASA KINI Di era yang serba canggih kini, di mana banyak masalah sosial dan kemanusiaan memerlukan kepada perhatian dan penyelesaian, dakwah secara empati menjadi semakin relevan. Para pemberi dakwah perlu memahami situasi dan keperluan masyarakat saat ini, serta memberi respon dengan cara yang memperlihatkan rasa empati dan rasa peduli yang tulus dan mengikuti contoh yang diberi Rasulullah SAW.


CARA DAKWAH EMPATI ZAMAN KINI 1. Memberi Bantuan Praktikal kepada Mereka yang Memerlukan Dakwah empati termasuk dalam menyediakan bantuan praktikal kepada individu atau komuniti yang memerlukan. Ia boleh dalam bentuk bantuan makanan, pakaian, perkhidmatan kesihatan atau sokongan kewangan. Sebagai contoh, pendakwah boleh menganjurkan program pengagihan makanan untuk golongan miskin atau program mengumpul dana untuk membantu mangsa bencana alam. 2. Memberi Nasihat dan Sokongan Akhlak Dakwah secara empati bukan sahaja memberi bantuan secara material, tetapi juga memberi nasihat dan sokongan moral kepada individu yang memerlukan bimbingan atau keselesaan. Para pemberi dakwah boleh memberi ruang kepada mad’u yang ingin berkongsi pengalaman atau masalah mereka, dan memberikan nasihat kepada mereka. Sebagai contoh, pendakwah boleh menyediakan kelas kaunseling atau pembangunan diri untuk membantu individu mengatasi masalah emosi atau mental.


CARA DAKWAH EMPATI ZAMAN KINI Walaubagaimanapun, perlu diingatkan kepada para pendakwah untuk tidak melupakan bagaimana dakwah Rasulullah secara empati kepada para mad’u baginda, iaitu: sabar tutur kata yang lembut bijaksana tidak mengharap balasan Tidak dapat dinafikan peredaran masa berlaku dengan semakin cepat kini, tapi cara yang diamalkan baginda merupakan cara yang terbaik dalam menarik jiwa seseorang kepada mengenali Islam dengan lebih mendalam dan menyeru kembali muslim yang tersasar dari jalan yang sebenar.


PENUTUP DAKWAH SECARA EMPATI MERUPAKAN SATU DARIPADA MEDIUM YANG DIGUNAKAN OLEH RASULULLLAH SAW DALAM MENYERU ORANG KEPADA ISLAM DAN DITERUSKAN OLEH PARA SAHABAT BAGINDA SERTA DIWARISKAN SEHINGGA KINI. SEBAGAI SEORANG DAIE’ , DAKWAH EMPATI ADALAH SERUAN UNTUK MENYEBARKAN ISLAM DENGAN PENUH KELEMBUTAN. DALAM DUNIA YANG PENUH DENGAN CABARAN, EMPATI IALAH ASAS YANG KUKUH UNTUK MEMBINA HUBUNGAN YANG MENDALAM DENGAN SESAMA MANUSIA. MELALUI DAKWAH YANG PENUH EMPATI, KITA BOLEH MENYENTUH HATI ORANG LAIN, MEMBERI INSPIRASI KEPADA PERUBAHAN POSITIF. DIHARAPKAN DENGAN BERAKHIRNYA PENULISAN INI MEMBERIKAN SATU HEMBUSAN SEMANGAT KEPADA PARA PEMBACA UNTUK MENJADI SEORANG DAIE’ YANG YANG MENYERU SECARA EMPATI DAN MENGIKUTI JEJAK LANGKAH RASULULLAH SAW DI DALAM MENYERU KEPADA KEBAIKAN, INSYAALLAH.


RUJUKAN Ali Ahmad Foudzi. (2018). Seni Da’wah Rasulullah Saw (4): Bagaimana Saw Berda’wah Kepada Orang Awam. Dicapai daripada https://dakwahdantarbiah.com/hadits-seni-dawah-rasulullahsallahualaihiwasallam-4 Aminudin. (2016). Konsep dasar dakwah. Al-Munzir, 9(1), 29-46 Dewan Bahasa & Pustaka. (t.t.). Dakwah. Dicapai pada 14 Mei, 2024, daripada https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=dakwah#1 Faridah Kamaruddin. (2022). Empati seorang Muslim. Dicapai daripada https://berita.pas.org.my/empati-seorang-muslim/ Jakim. (2020). BULETIN KHAS MAULIDURRASUL SAW 1442H - 2020M. Dicapai daripada https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Buletin_Khas_Maulidur_Rasul_SAW_1442H_ -_2020M-compressed.pdf Mohammad Hasan. (2013). Metodologi & Pengembangan Ilmu Dakwah. Surabaya: Pena Salsabila. Naqiah, L. Y. & Rustandi, H. (2022). Komunikasi Empati Dakwah Ustadz Fuadh Naim (Analisis Isi Pada Channel Dakwah Ustadz Fuadh Naim). Journal of Islamic Social Science and Communication, 1(2), 85-98


Click to View FlipBook Version