NILAI-NILAI MURNI YANG BOLEH DIPEROLEHI DARIPADA
“CERITA HUTAN”
Nilai murni yang diperolehi daripada “Cerita Hutan” ialah ikatan kekeluargaan yang
sangat kuat. Walaupun Mowgli adalah manusia, tetapi serigala Raksha dan Rama
menganggap Mowgli seperti anak mereka sendiri ,begitu juga Mowgli. Anak-anak serigala
yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara
mereka sendiri.
Seterusnya, ikatan setiakawan yang erat antara Mowgli, Baloo dan Bagheera. Baloo
dan Bagheera adalah sahabat Mowgli yang paling jujur dan setia. Merekalah yang sentiasa
membantu Mowgli ketika Mowgli ditimpa kesusahan dan ancaman bahaya.
Selain itu, sikap menyayangi dan menghargai alam sekitar yang tinggi. Mowgli
belajar dengan Baloo tentang selok-belok hutan, undang-undang dan bahasa hutan, agar dia
boleh bersahabat dan meminta pertolongan dengan semua binatang di dalam hutan serta
tidak membinasakan hutan.
Seterusnya, sanggup berkorban demi tersayang, kasih sayang yang ikhlas dan tidak
berbelah bagi. Ketika Akela, Ketua Kumpulan Serigala bertanya, “Siapakah antara anggota
Kumpulan yang bersedia menyokong?” Tidak seekorpun anggota Kumpulan itu bersuara.
Rakshalah yang bersedia untuk berkorban bermati- matian mempertahankan Mowgli.
Akhir sekali, sifat Mowgli yang setia dan taat kepada Baloo, gurunya. Sepanjang
berguru dengan Baloo, Mowgli yang paling disukainya kerana Mowgli lebih taat belajar dan
bersedia mempelajari berbagai-bagai perkara baharu berbanding murid-muridnya yang lain.