The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitiaieshah, 2021-04-15 05:29:08

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR

NAMA PESERTA : NURIN BATRISHA BINTI MOHD ROSLAN

UMUR : 10 TAHUN

TARIKH LAHIR : 14 MEI 2011

E-MAIL PESERTA : [email protected]

E-MAIL SEKOLAH : [email protected]

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TANGKAK

ALAMAT SEKOLAH : JKR 767, JALAN PAYAMAS, 84900 TANGKAK, JOHOR DARUL

TA’ZIM.

2

PENDAHULUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca buku skrap ini. Syukur ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan buku skrap ini walaupun masa agak
tidak mengizinkan. Setinggi-tinggi penghargaan buat ibu bapa tercinta, selaku tulang belakang saya yang ban-
yak membantu dalam menyiapkan buku skrap ini. Tidak lupa juga ahli keluarga, rakan-rakan seperjuangan ser-
ta guru-guru yang banyak membantu dan tidak putus-putus memberi semangat serta informasi penting untuk
dimuatkan dalam helaian buku skrap ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua
guru serta warga SK Sri Tangkak.

Tajuk penghasilan buku skrap digital saya adalah berkaitan tokoh pemimpin Johor. Melalui penghasi-
lan buku skrap digital ini saya dapat mengetahui bahawa kepemimpinan merujuk kepada kemampuan
mengambil peranan mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan. Seorang pemimpin perlu mempunyai person-
aliti yang mampu mempengaruhi orang lain serta bersedia ditegur atau dikritik oleh orang lain. Dalam konteks
Islam, kekuatan keimanan dan keyakinan terhadap Allah SWT adalah aspek penting, sekali gus menjadi satu
kekuatan apabila diuji dengan pelbagai cabaran. Pemimpin yang baik tidak mudah berputus asa atau cepat
mengalah kerana yakin Allah SWT sentiasa bersamanya.

Selain itu, pemimpin yang baik mempunyai daya fikiran jauh ke hadapan atau berwawasan. Mereka
akan sentiasa dipandang oleh masyarakat sekeliling sebagai seorang yang mempunyai nilai dan diyakini. Sifat
-sifat inilah yang ada pada tokoh pemimpin yang saya pilih iaitu YAB Tan Sri Dato’ Haji Abdul Ghani bin
Othman. Saya bangga menjadi bangsa Johor yang mempunyai tokoh pemimpin seperti beliau.

3

BIODATA TOKOH

4

PENDIDIKAN

 Beliau dilahirkan di Sungai Mati, Ledang, Tangkak, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di
Sekolah Laki-Laki Tangkak dan kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Muar
(Government English School, Muar).

 Kemudian, beliau menyambung pelajaran dengan biasiswa Rancangan Colombo dan menerima
ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi di Universiti Latrobe, Melbourne Australia dan sarjana
dalam bidang ekonomi politik dari Universiti Queensland.

 Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya
(1974-1984) dan seterusnya dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti
Malaya (1980-1984).

 Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai pengetua di Kolej Kediaman
Pertama, Universiti Malaya selama lima tahun (1979-1984).

5

KERJAYA TOKOH

 Kerjaya politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Senator di Dewan Negara (Disember
1984-Julai 1986).

 Selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledang pada Ogos 1986.
 Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Tele-

kom dan Pos dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga
30 November 1993.
 Selepas itu, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai 1 Disember 1993 hingga Mac 1995
dan mendapat gelaran ‘Bapa Rakan Muda’ kerana berjaya memperkenalkan program Rakan Muda
yang mendatangkan faedah kepada golongan remaja dan belia. Kemudian, tempat beliau telah diganti-
kan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 Pada 3 Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyat Johor dan beliau bertanding di
peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmat di peringkat Pusat. Sejak Mei 1995, beliau
dilantik sebagai Menteri Besar Johor menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilantik se-
bagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

6

 Abdul Ghani bin Othman ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Sime Darby Berhad, bekas Menteri Besar
Johor ke-14 dari tahun 1995 hingga 2013. Sebelum itu, beliau merupakan bekas Menteri Belia dan
Sukan Malaysia (1993 - 1995).

 Pada tahun 1989, beliau dikurniakan pingat Setia Mahkota Johor (SMJ) diikuti dengan Darjah Kebe-
saran Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato' oleh Baginda Sultan Johor.

 Pada tahun 1996 dikurniakan pingat DK (II) oleh Sultan Johor. Beliau pernah menerima anugerah da-
ripada Timesport sebagai Sport Toto Man of The Year Award pada 1994.

 Pada 9 April 2009, Abdul Ghani menerima anugerah tertinggi Johor iaitu "Darjah Kerabat Johor" (I)
daripada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail. Pada tahun 2014, beliau telah menerima Darjah Panglima
Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.

7

SUMBANGAN TOKOH

 Abdul Ghani menyertai Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam, Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd
Noordin dan Dato' Dr Norraesah Mohamad dalam Lembaga Pemegang Amanah semasa.

 Abdul Ghani menamatkan pelajaran dengan Kepujian dalam Ekonomi daripada La Trobe University
dan memegang Ijazah Sarjana dalam Ekonomi Politik daripada University of Queensland, Australia.

 Beliau memulakan kerjaya cemerlang beliau pada tahun 1974 sebagai pensyarah ekonomi di Universi-
ti Malaya yang mana beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Dekan Ekonomi dan Pentadbiran (1980
-1984).

 Apabila beliau melibatkan diri dalam arena politik Malaysia, beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan
(1993-1995) dan Menteri Besar Johor (3 Mei 1995 - 3 April 2013).

 Selepas beliau bersara daripada politik, Abdul Ghani dilantik sebagai Pengerusi Sime Darby Berhad
pada 1 Julai 2013.

 Abdul Ghani bakal menjadi aset bernilai kepada Yayasan itu dan sudah pasti akan memberi sum-
bangan yang signifikan bagi mencapai wawasan dan matlamat WIEF.Yayasan WIEF bertuah kerana
mempunyai Abdul Ghani sebagai Pemegang Amanah. Beliau membawa pengalaman yang sangat luas,
yang diperkukuhkan dengan pencapaian beliau yang tinggi dan cemerlang dalam bidang akademik
serta di mata masyarakat. Yayasan itu turut mengiktiraf peranan penting serta sumbangan beliau kepa-
da WIEF sebelum ini, terutamanya semasa WIEF ke-8 yang diadakan dengan jayanya di Johor Bahru
pada tahun 2012.

8

Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ber-
pusat di Kuala Lumpur, menganjurkan Forum Ekonomi Islam Dunia setiap tahun, platform perniagaan ber-
taraf dunia yang memperlihatkan peluang perniagaan dalam dunia Islam. Yayasan itu juga mengendalikan
program di bawah Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita (WBN) WIEF. Rangkaian Pemimpin Muda (WYN)
WIEF, dan Dana Amanah Pendidikan (WET) WIEF serta Siri Meja Bulat WIEF, yang disasarkan untuk
mengukuhkan perkongsian orang ramai, dan pertukaran ilmu antara komuniti Islam dan bukan Islam di
serata dunia. Beberapa inisiatif Yayasan itu termasuklah perbincangan meja bulat, program kepimpinan,
pertukaran ilmu, dan bengkel pembangunan kemahiran, forum perangkaian perniagaan, program latihan
amali dan biasiswa, Program Felo Muda dan Pasaran Festival Seni Kreatif (MOCAfest).

9

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

 BERJIWA RAKYAT  BERPANDANGAN JAUH

 KESEDERHANAAN

 SEMANGAT KENTAL  BERWIBAWA

10

DARJAH KEBESARAN YANG DIPEROLEH

MALAYSIA :
 Order of Loyalty to the Crown of Malaysia - PSM.svg Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2014)
JOHOR :
 Most Esteemed Royal Family Order of Johor - ribbon bar.png Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangk

tama (DK I) (2009)
 Most Esteemed Royal Family Order of Johor - ribbon bar.png Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangk

(DK II) (1996
 Most Honourable Order of the Crown of Johor - ribbon bar.png Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato'
 Most Honourable Order of the Crown of Johor - ribbon bar.png Setia Mahkota Johor (SMJ) (1989)
 Sultan Ibrahim Coronation Medal ribbon.gif Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama (PIS I) (2008)

11

DEDIKASI BUAT TOKOH PEMIMPIN
YAB TAN SRI DATO’ HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN

Berarak bendera segak beraksi,
Di majlis permai cara timur;

Perintah negari berdemokrasi,
Rakyat damai serta makmur.

Sudah jelujur biku lipatan riau,
Di atas peti rumah di desa;

Semua rakyat sayangkan beliau,
Sudah berbakti menabur jasa.

Pohon angsana di pinggir paya,
Tempat sarangnya burung burung merbah;

Johor dibina sedapat daya,
Kota dan desa corak berubah.

Puteri beradu di tepi pelamin,
Tiada tara elok hiasi;

Rakyat berpadu ramai terjamin,
Kukuh negeri pemimpin berdedikasi.

12

KESIMPULAN

Semasa Tan Sri Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman menjadi Menteri Besar Johor beliau merupa-
kan pemimpin yang diterima rakyat serta kekal relevan bukan sahaja dalam kalangan rakyat Johor malahan
dalam dunia politik tanah air. Beliau merupakan pemimpin yang menerapkan cara berpolitik yang berjiwa
rakyat selain bersikap rasional dan berintegriti untuk terus kekal relevan.

Tan Sri Dato’Haji Abdul Ghani bin Othman merupakan sebahagian daripada rakyat, berjiwa rakyat
kerana mereka hadir dari rakyat. Bersikap rasional dan menunjukkan sifat kesederhanaan beliau serta
diteladani atau dijadikan contoh bagi rakyat.

Beliau menunjukkan sifat 'merakyatkan kepimpinan serta berpegang teguh kepada prinsip-prinsip
keadilan, kebebasan, dan persamaan. Nilai-nilai negatif seperti individualisme, materialisme dan gila kuasa
adalah sangat dielakkan oleh beliau. Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang mampu menjaga kehar-
monian dan juga memelihara serta kedaulatan agama Islam serta memberi kesan besar di dalam menjamin
kesejahteraan rakyat.. Seluruh rakyat berkeyakinan dengan tanggungjawab yang dipikul dengan jaya dan
cemerlang.

Sebagai bangsa Johor saya amat berbangga mempunyai seorang pemimpin yang berdedikasi seperti
Tan Sri Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman. Jasa dan pengorbanan beliau amat besar kepada rakyat Johor.

13

SUMBER RUJUKAN
1. Bekas MB Johor Abdul Ghani Dilantik Pengerusi Sime Darby (2013, Jun 25). Astro Awani.
2 Muhyiddin: Ghani Othman Dipilih Kerana Rekod Cemerlang (202, April 11). Sinar Harian
3. Abdul Ghani Othman (2013). Wikipedia.
4. Kassim Thukiman (2020). Sejarah Johor Dalam Pelbagai Perspektif

14

Tan Sri Dato’Haji Abdul Ghani bin Othman

Terima kasih atas baktimu

15


Click to View FlipBook Version