The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shafiqah Matrudin., 2021-12-07 22:59:04

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

DIPLOMA IN HOTEL MANAGEMENT

SEMESTER 1 2021/2022

MPU - 21032

ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK:
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

NAMA DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 2
NO. MATRIX

DANIEL LIM JIN XIANG 07DHM21F1001

IZZAH AFIQAH ATHIRAH BINTI FAZILLAH 07DHM21F1009

HAFIZ 07DHM21F1017

NURUL SHAFIQAH BINTI MATRUDIN 07DHM21F1013

PENSYARAH:
PN. FAREEHA NABILA BINTI PUTRA

0

ISI KANDUNGAN
Penghargaan…………………………………………………………………………………….2
Pengenalan………………………………………………………………………………………2
Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia…………………………………...3

i. Dari Masyrakat Melayu…………………………………………………………4
ii. Dari Masyarakat Cina…………………………………………………………..5
iii. Dari Masyarakat India…………………………………………………………..6
Kesan Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia…………………………………….7
i. Masyarakat Melayu……………………………………………………………..8
ii. Masyarakat Cina………………………………………………………………...9
iii. Masyarakat India………………………………………………………………10
Implikasi Terhadap Kemajuan Negara………………………………………………………11
i. Dari Segi Politik………………………………………………………………..12
ii. Dari Segi Ekonomi……………………………………………………………..13
iii. Dari Segi Sosial………………………………………………………………..14
Kesimpulan……………….…………………………………………………………………….15

1

PENGHARGAAN

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah akademik,
kod subjek MPU 21032, Etika Dan Peradaban iaitu Puan Fareeha Nabila Binti Putra kerana telah
mengajar dan menerangkan dengan lebih terperinci kepada kami mengenai subjek ini. Kami
bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, maka kami telah berjaya menyiapkan
tugasan e-folio yang telah diberikan, tugasan ini bertajuk Pembentukan Masyarakat Majmuk Di
Malaysia. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan yang telah
bekerja keras dan memberi kerjasama dalam menyiapkan tugasan e-folio ini.

PENGENALAN
Pada era ini, Malaysia didiami oleh pelbagai kaum, bangsa dan etnik dari pelbagai negeri.
Justeru kepelbagaian kaum dan etnik ini, maka wujud juga kepelbagaian budaya, bahasa, agama
dan adat resam.

Tiga kumpulan kaum terbesar di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum
Long Jaafar menemui lombong bijih timah pada tahun 1848, kebanyakan penduduk Tanah
Melayu adalah Melayu. Hanya beberapa orang Cina yang datang ke Tanah Melayu sebagai
saudagar, manakala beberapa orang India datang ke Tanah Melayu sebagai buruh.

Pada pertengahan abad kesembilan belas, disebabkan dasar penjajahan British, orang
Cina dan India berhijrah ke Tanah Melayu secara beramai-ramai, membawa kaum ini bekerja di
ladang perlombongan dan sektor ekonomi.

Didapati bahawa keadaan ini berterusan sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.
Kesan nyata dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara berbilang etnik dan
kepelbagaian gaya hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini mengubah
struktur demografi asal Tanah Melayu.

Pemajmukan masyarakat membawa kepada pemerintahan British di Tanah Melayu
secara "pecah dan takluk". Pendatang dibenarkan mengekalkan identiti dan budaya masing-
masing sambil tidak menggalakkan hubungan langsung dengan kaum lain. Akibatnya,
masyarakat pelbagai etnik seterusnya terbentuk di negara ini dari semasa ke semasa.

2

SEJARAH DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum, seperti Melayu, Cina, India, dan lain-lain.
Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza. Masyarakat majmuk biasanya
berkaitan dengan Malaysia. Ini kerana Malaysia merupakan sebuah masyarakat berbilang kaum
dan budaya. Kini, Malaysia didiami oleh pelbagai kaum, bangsa dan etnik dari pelbagai negeri .
Corak masyarakat Malaysia adalah disebabkan oleh perubahan zaman dan perubahan struktur
politik. Dengan wujudnya kepelbagaian etnik, wujud juga kepelbagaian adat, budaya, bahasa,
agama dan sebagainya.
Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang
mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di Malaysia
mempunyai latar belakang dan s…
Kamus Dewan (2005), masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-
sama di sesuatu tempat dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan
anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Contohnya seperti pergaulan
masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum pada abad ke-19
adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara
tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu.
Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai
ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara
hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.

3

Dari Masyarakat Melayu:
Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri seperti Kaum Melayu
dahulunya tinggal di perkampungan.Selain itu,mereka juga bekerja sebagai petani,peternak,
menangkap ikan dan mengutip hasil hutan.Pada mulanya kaum Melayu menganut agama
buddha.Namun sejak kedatangan Islam datang ke tanah Melayu, kaum Melayu telah menganut
agama Islam. Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah mengamalkan syariat
yang wajib diamalkan dalam Islam contohnya solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
mengerjakan haji dan lain-lain lagi.

4

Dari Masyarakat Cina:
Seterusnya, masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran. Kedatangan buruh dari
Cina secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan mereka berasal
dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Kebanyakan masyarakat
Cina bekerja sebagai peniaga. Sesetengah kaum Cina bekerja sebagai pelombong semasa era
penjajahan British. Kedatanagn buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti
sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah kongsi. Sesetengah
kaum Cina menganut agama Kristian namun kebanyakan kaum Cina menganut agama Buddha.

5

Dari Masyarakat India:
Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang atau estet. Kaum
India mula memasuki Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka terutamanya sebagai
pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20, penjajah
British mendapati India sebagai tempat mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan
senang untuk dikawal. Dalam tahun 1880, Hugh Low dan Frederick Weld telah mendapatkan
permit daripada kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di ladang-
ladang milik mereka di Tanah Melayu. Kaum India terbahagi kepada beberapa suku etnik
diantaranya terdiri daripada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan mereka yang
diambil bekerja di ladang-ladang adalah dari golongan Tamil.

6

Kesan Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia:
7

Masyarakat Melayu:
Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu lebih daripada 10 juta
orang. Orang Melayu diistilahkan sebagai kaum ‘bumiputera’ bersama-sama dengan penduduk
peribumi yang lain. Dalam Perlembagaan, orang Melayu merujuk kepada orang yang bertutur
bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam Kriteria yang diberikan
oleh Perlembagaan ini memberi implikasi bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi ‘Melayu’ asal
sahaja memenuhi tiga kriteria tersebut. Sebab itu, apabila seseorang yang bukan Melayu
memeluk Islam, seseorang itu dianggap secara automatik fasih berbahasa Melayu dan hidup
seperti orang Melayu hasil daripada pergaulannya dengan orang Melayu.
Tafsiran kebudayaan pula menganggap ‘Melayu’ itu sebagai merujuk secara mudahnya
kepada satu rumpun bangsa yang memiliki ciri-ciri umum seperti berbudaya kan budaya Melayu,
berbahasa Melayu dan berketurunan ras Melayu. Dengan kata lain, orang Melayu itu merujuk
kepada satu rumpun bangsa yang mempunyai pola-pola fizikal dan kebudayaan yang berbeza
daripada bangsa yang lain.
Kalau ditinjau dari sudut tafsiran ini orang Melayu tidak hanya terdapat di Malaysia sahaja
tetapi juga berselerak di wilayah-wilayah yang menganjur dari Taiwan di utara hingga ke
Kepulauan Pasifik di selatan dan dari Papua New Guinea di timur hingga ke Madagsacar di barat.
Terdapat teori yang mengatakan orang Melayu sekarang adalah berketurunan orang Melayu-
Deutro (Deutro-Malay) yang berhijrah dari Yunan di selatan China ke kawasan-kawasan di
s`elatan Tanah Besar Asia, termasuk negara ini pada kira-kira tahun 1 500 S.M.
Teori ini bagaimanapun ditentang oleh sejarahwan-sejarahwan tempatan. Alasannya teori
ini lebih berupa kan andaian atau hipotesis yang tidak disokong oleh bukti yang kukuh. Alasan
kedua, tinjauan pakar-pakar sejarah dan antropologi di kawasan yang dikatakan tempat asal
orang Melayu di selatan China itu (Yunan) tidak menemui apa-apa bukti yang boleh dihubungkan
dengan orang Melayu. Dengan itu, orang Melayu adalah penduduk yang sudah lama mendiami
negara ini.

8

Masyarakat Cina:

Orang Cina memasuki Malaysia sejak akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 lagi. Pulau
Pinang dan Singapura telah menjadi destinasi utama mereka apabila kedua-duanya dibuka oleh
British pada tahun 1876 dan 1819. Tetapi, orang Cina telah pun berada di negara ini sebagai
peladang gambir dan lada hitam ketika Riau berada di bawah kekuasaan Johor. Mereka
kemudiannya berpindah ke Singapura selepas Singapura dibuka oleh British. Pada awal abad
ke-19, saudagar Cina dan Eropah membawa masuk orang Cina setelah saudagar berkenaan
mendapat izin untuk mengerjakan lombong daripada pemerintah tempatan dengan tenaga buruh
Cina yang tidak begitu banyak.

Pada pertengahan abad ke-19, peladang gambir dan lada hitam yang tertumpu di
Singapura mula memasuki Johor. Mereka diberi kawasan di sepanjang sungai oleh pemerintah
Johor untuk membuka ladang. Contohnya, Temenggung Johor mengeluarkan Surat Sungai
kepada seorang ketua (Kangchu) di satu-satu kawasan ladang gambir atau lada hitam yang
disebut sebagai Kangkar. Di Perak, Long Jaafar yang menjadi pembesar Larut telah membawa
masuk buruh Cina dari Negeri-negeri Selat (NNS) pada pertengahan abad ke-19 untuk
mengerjakan lombong bijih timah di Larut. Gelombang kedatangan buruh Cina semakin hebat
pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 seiring dengan perkembangan dalam perlombongan
bijih timah. Ini disebabkan suasana politik di Tanah Melayu agak stabil jika dibandingkan dengan
suasana politik di China. Selepas pada itu, kebanyakan kaum Cina tidak bercadang untuk terus
menetap di Malaysia. Pada tahun 1930-an, timbul kecenderungan di kalangan buruh Cina untuk
menetap di negara ini disebabkan suasana politik dan ekonomi di China yang tidak stabil.

Tambahan pula, ramai imigran wanita Cina ke Tanah Melayu menyebabkan bermulanya
tanda-tanda perubahan terhadap komposisi kependudukan di negara ini. Kedudukan orang Cina
mula mendapat perakuan British apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946 dan
kemudian Tanah Melayu 1948. Sejak itu, orang Cina mula menjadi warganegara dan dengan ini
komposisi sebenar penduduk negara ini berubah.

Pada hari ini terdapat kira-kira 6.2 juta orang kaum Cina di negara ini dan merupakan
kaum kedua terbesar. Di Sabah, bilangan kaum Cina adalah sedikit disebabkan tidak ada
kegiatan perlombongan. Hanya sebilangan kecil daripada mereka dibawa masuk ke Sabah
apabila ladang tembakau dibuka. Bilangan orang Cina di Sarawak agak ramai berbanding di
Sabah. Orang Cina memasuki Sarawak melalui Indonesia.

9

Masyarakat India:
Golongan awal orang India yang datang ke negara ini dikesan sejak abad ke-19 lagi.
Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan ada yang dilantik sebagai “saudagar
raja”. Bilangan mereka yang tidak begitu ramai tidak memberi kesan besar terhadap komposisi
besar terhadap komposisi di negara ini. Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British
membawa masuk orang India dari Bangkahulu (Bengkulen). Golongan ini merupakan orang
tahanan dalam proses pertukaran tawanan ekoran daripada perjanjian tersebut. Mereka dibawa
masuk untuk bekerja membina bangunan-bangunan pemerintah, jalan raya dan jambatan.
Pada tahun 1940-an pula, British membawa satu lagi kumpulan buruh India untuk bekerja
sebagai buruh ladang tebu di Seberang Perai (Province Wellesley). Oleh itu, sehingga
pertengahan abad ke19 terdapat dua jenis golongan buruh India di negara ini iaitu buruh tawanan
perang dan buruh ladang. Apabila ladang kopi dan teh dibuka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu
(NNMB) dan di Johor selepas campur tangan British pada 1874, British membawa masuk satu
lagi kumpulan buruh India. Peladang-peladang Eropah sangat gemar mengambil buruh India
kerana upah nya lebih murah dan tambahan pula, pada waktu itu pentadbiran British di India
memudahkan proses pengambilan buruh untuk bekerja di Tanah Melayu.

10

Implikasi Terhadap Kemajuan Negara:
11

Dari Segi Politik: Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas.
1874 Tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing.
Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui
1930 sistem-sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas.
1927-1932 Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan
bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara
asal mereka.
Orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka
dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.

12

Dari Segi Ekonomi:
Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan
sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang
serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada wujudnya
sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka
keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan
berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.

13

Dari Segi Sosial:

Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris.
Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia.
Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi
perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat
melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru.
Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan
guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.

Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan

pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini
menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman
dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan
kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk
mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada
anak-anak para bangsawan Melayu sahaja.

Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing
kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara
asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka
dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.

14

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila
kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah
Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia.
Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan
budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan
negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah terjadi secara tidak sengaja. Pada
awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahana
abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran daripada
Dasar Leberal Inggeris di Tanah Melayu.

Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif
mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada carabagaimana kita melihat dan mentafsir
kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan
perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam
sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini,
masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90%
penduduk di tanah melayu adalah melayu.

Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut
cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh
Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu
Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.

Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu dan
mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan
sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masa kini.

15


Click to View FlipBook Version