The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1035-10-balqis, 2023-09-22 11:00:10

MPU3112m Penghasilan Produk

MPU3112m Penghasilan Produk

Analisis Kesantunan Bahasa yang Diamalkan oleh Masyarakat Malaysia Nur Balqis Binti Badrol Hisham, Ong Hui Ming, Shamini Gunalan


DEFINISI Awang Sariyan (2007): Kesantunan ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Asmah Haji Omar (2000): Kesantunan mengikkut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa seharihari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.


DEFINISI Kesantunan dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi dan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. Hassan (2021): Kesantunan bahasa sebagai perlakuan sopan dan berbudi bahasa yang merangkumi atribut-atribut murni ketika berkomunikasi dengan orang lain untuk menimbulkan kemesraan dan rasa hormat.


Kelainan khalayak menentukan tahap kesantunan seseorang. Contohnya; perbezaan status, umur, jantina, etnik atau bangsa. Khalayak Situasi formal Situasi tidak formal Pemilihan bahasa Jenis Kelainan Konteks Dalam Kesantunan Bahasa Melibatkan komunikasi dengan pihak berautoriti. Contohnya; guru dengan pelajar, ketua dengan anggota yang dipimpin Melibatkan komunikasi dengan pihak yang sama taraf dengan penutur. Contohnya; rakan sebaya, rakan sekerja Jenis bahasa yang digunakan mencerminkan tahap kesantunan seseorang. Contohnya; penggunaan bahasa kasar dan bahasa halus


Contoh khalayak bangsa Contoh ini menunjukkan kesantunan bahasa oleh 2 orang pemuda apabila bercakap dengan seseorang yang lebih tua dan sebangsa. Namun, mereka tidak mengabaikan kesantunan bahasa apabila berkomunikasi dengan warga asing.


Contoh situasi formal Kedua-dua situasi di bawah menunjukkan interaksi antara seorang bapa dengan guru anaknya. Bapa dalam situasi pertama menunjukkan kesantunan bahasa, namun situasi kedua jelas menunjukkan ketiadaan kesantunan bahasa dengan herdikan dan ugutan terhadap guru tersebut.


Contoh situasi tidak formal Situasi pertama merupakan contoh kesantunan bahasa yang digunakan dengan orang yang tidak dikenali. Namun begitu, situasi kedua menunjukkan ketiadaan kesantunan bahasa dengan rakan. Walaupun berkomunikasi dengan teman rapat, kita hendaklah mengamalkan kesantunan bahasa.


Contoh pemilihan bahasa Manoharan dan Adnan mengkaji komentar netizen terhadap isu Muhammad Adib di Berita Harian Online merekodkan 421 komen bersifat negatif dan 167 komen bersifat positif (Mohammad et al., 2022). Contoh ini menunjukkan para netizen yang cenderung memilih bahasa kasar untuk memberi komen atas sesuatu berita.


KEPENTINGAN KESANTUTAN BAHASA DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSUA


Negara kita mempunyai masyarakat daripada pelbagai bangsa,agama dan kaum yang hidup bersama. membantu mencipta persefahaman, menghormati budaya dan adat istiadat yang berbeza, serta mengurangkan kemungkinan konflik komunikasi. MEWUJUDKAN PERPADUAN Menggunakan bahasa melayu yang betul semasa membicara dengan kaum yang lain Tidak mengunakan bahasa kasar dan sensif yang menghina kaum lain


sektor utama dalam ekonomi Malaysia membantu meningkatkan daya tarikan negara sebagai destinasi pelancongan global berbicara dengan lemah-lembut, memberi panduan, dan menjelaskan tempat-tempat menarik dengan baik membantu mencipta persefahaman yang baik antara penduduk tempatan dan pelancong Meningkatkan ekonomi negara MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN


MEMELIHARA IMEJ NEGARA mencerminkan budaya dan peribadi masyarakat serta berkontribusi kepada citra positif negara di peringkat nasional dan antarabangsa. membina imej negara sebagai tempat yang beradab dan beradat Contoh: Penduduk tempatan yang memberi salam dan berterima kasih kepada pihak berkuasa atau kakitangan perkhidmatan awam menunjukkan kesopanan yang baik. interaksi di media sosial dapat mempengaruhi imej negara


Cara-cara Memupuk Kesantunan Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia


Menunjukkan teladan yang baik Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan guru pertama kepada anak-anak. Anak-anak akan mencontohi segala perlakuan dan percakapan ibu bapa mereka. Rajah di tepi membuktikan anak-anak akan mencontohi segala perlakuan yang terlihat lalu membentuk karakter mereka. Peranan Ibu Bapa


Selamat pagi, Cik Ong. Menunjukkan teladan yang baik Sebagai contohnya, sekiranya ibu bapa mempunyai habit bertegur sapa dengan jiran-jiran yang berbilang kaum, anak-anak mereka akan mencontohi perbuatan mereka lalu mempraktikkannya dalam kehidupan seharian mereka. Peranan Ibu Bapa Hai Aqif.


Mendidik anak-anak sejak kecil tentang keperibadian dan kesantunan bahasa dalam kehidupan seharian Ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka sejak kecil tentang perkataanperkataan yang baik, seperti “terima kasih” , “sila” , “minta tolong” dan “minta maaf” . Peranan Ibu Bapa


Mendidik anak-anak sejak kecil tentang keperibadian dan kesantunan bahasa dalam kehidupan seharian Ibu bapa juga harus mendidik anak-anak untuk merendahkan suara mereka, tidak angkuh dan tidak menunjuk-nunjukkan apabila berkomunikasi dengan orang yang lebih tua daripadanya. Peranan Ibu Bapa


Apabila ternampak pelajar yang tidak mengamalkan kesantunan bahasa dalam kawasan sekolah seperti menggunakan bahasa kasar, pihak sekolah hendaklah menegur pelajar tersebut supaya pelajar tersebut tahu percakapannya tidak bersopan. Pihak sekolah memantau tingkah laku dan peradaban pelajar Peranan Pihak Sekolah


Sebagai contohnya, guru-guru haruslah menasihati pelajar yang menggunakan bahasa rojak dalam percakapan atau penulisan untuk menggunakan bahasa yang betul dan sesuai lalu menjelaskan kepentingan kesantunan berbahasa kepadanya. Dengan ini, pelajar-pelajar mampu mengenali dan memahami kepentingan kesantunan berbahasa lalu menghormati bahasa Guru-guru mendidik pelajar tentang kepentingan kesantunan berbahasa Peranan Pihak Sekolah


Banyak menganjurkan ceramah dan kempen kesedaran tentang pentingnya kesantunan dalam berbahasa Anggota masyarakat mampu mengenali dan memahami definisi, jenis, kepentingan dan contoh kesantunan dalam berbahasa Peranan Kerajaan


Menguatkuasakan undangundang untuk mengawal percakapan msyarakat dalam media sosial Menangkap atau menyaman pihak yang tidak mengamalkan kesantunan berbahasa Contoh: pembuli siber, pihak yang memfitnah orang lain Peranan Kerajaan


Pihak produksi video dalam media massa sentiasa menunjukkan teladan yang baik Berbahasa sopan Contoh: Peranan Media Massa Cabaran RM10 bersama Hanis Zalikha


Menyiarkan amalan murni dalam bentuk animasi atau tulisan Contoh: Peranan Media Massa Darlie Bunny Kids: Lagu Moral Sopan Santun


Kesimpulan Norma budaya, peraturan dan pengertian kesopanan memainkan peranan penting dalam berbahasa (Hassan et al., 2021). Oleh itu, masyarakat hendaklah mengamalkan kesantunan berbahasa untuk memastikan proses komunikasi berjalan dengan lancar dan harmoni. Selain itu, anggota masyarakat juga perlulah bekerjasama dalam memupuk penggunaan bahasa yang baik dalam kalangan generasi muda agar nilai kesantunan dalam berbahasa tidak hanyut dibawa dek arus pemodenan.


Rujukan Hassan, H., Yusoff, R., & Sahar, N. S. (2021). PENGETAHUAN BERSAMA TENTANG TABU DALAM MASYARAKAT SILANG BUDAYA SEBAGAI JAMINAN KESANTUNAN BERBAHASA. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 4(1), 42–74. http://jummec.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/34273/14028 Jantra, B., Alwi, H., Abdullah, Dr. N. L., Ibrahim, M. A., Hassan, S., & Punniaseelan, M. (2023). Peraturan dan Kesantuan Berbahasa. Modul Bahasa Melayu Komunikatif, 26–57. Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Mohammad, S., Syed, H., Rahman, A., Akidah, J., Islam, P., Islam, A., Ramli, M., Fiqh, J., Usul, D., Zarrina Sa'ari, C., Anir, A., Sistem, N., Maklumat, P., Fakulti, S., Komputer, Maklumat, T., Malaya, U., Anuar, M., Fakulti, M., & Quran, P. (2022). Penggunaan Media Sosial Baharu: Isu-Isu dan Panduan Perspektif Islam The Use of New Social Media: Issues and Guidelines From an Islamic Perspective. Jurnal Usuluddin, 50(1), 73–96. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol50no1.4 https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/37643/14752/92409


Sumber gambar https://images.app.goo.gl/ZZvr19aYKoSU9f2r8 https://images.app.goo.gl/sdFfgwKfi6zAWFsh6 https://images.app.goo.gl/5yKaemMnVqY8wJPAA https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/510509/maafkan-kami-adib


Terima kasih!


Click to View FlipBook Version