I-DINAMIK “Juara sukan,juara peradaban bangsa ” -Vol.1/Februari, 2025 RM6.00(SM) RM12.00(SS) SESI II 2425/MPU21072 Penghayatan Etika dan Peradaban PERPADUAN SEMANGAT KESUKANAN Seribu langkah, Lemak HILANG...
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera e-Majalah i-Dinamik merupakan satu platform yang disediakan kepada pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi krusus Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21072). Tugasan ini mengetengahkan konsep penulisan kreatif bertemakan isu-isu perpaduan Dan kemasyarakatan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar bagi pengajian sesi II 2024/2025 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah i-Dinamik untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya semoga mesej ini yang disampaikan daripada penulis ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang kepentingan aspek perpaduan dalam memastikan kestabilan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada pela8jar untuk menyumbang idea dan pandangan yang kritis dalam merealisasikan matlamat kerajaan membentuk Negara Malaysia yang menjadi contoh kepada perpaduan, kesejahteraan, keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum. DARI PENA PENASIHAT Redaksi Majalah PENERBIT DG KU ZULFA RUWAIDAH 05DPB24F2007 PENYUNTING QENNY WONG YEE XIN 05DPB24F2006 PEREKA GRAFIK DG KU ZULFA RUWAIDAH 05DPB24F2007 Politeknik Kuching Sarawak QENNY WONG YEE XIN 05DPB24F2006 PENULIS SEMUA AHLI KUMPULAN MENYUMBANG PENULIS ARTIKEL 2Sharifah Khuzaimah Wan Yusup
1.Sukan sebagai platform Perpaduan(m/s 4) 2.Peranan sukan dalam mengeratkan Perpaduan(m/s 5) 3.Seribu langkah,Lemak hilang(m/s 6) 4.Sukan dan semangat patriotisme(m/s 7) 5.Tokoh sukan sebagai ikon Perpaduan(m/s 8) 10.Langkah memperkakaskan sukan sebagai alat Perpaduan(m/s 20) 6.Juara sukan,juara peradaban bangsa(m/s 13) 7.Kepelbagaian sukan di dunia(m/s 14) 8.Inspirasi tanpa batas(m/s 15) 9.E-Sukan penyatu bangsa(m/s 16) 12.Sumber rujukan (m/s 25) 11.Mari uji minda (m/s 24)
UKAN DI ALAYSIA Sukan dengan sejarahnya yang kaya dan keupayaan untuk menyatukan orang-orang berfungsi sebagai platform perpaduan yang luar biasa.Ia melangkaui batasan budaya, bahasa, agama dan status sosial, mewujudkan semangat persatuan dan saling hormat. Melalui sukan, kita dapat menyaksikan kekuatan perpaduan manusia dan mencetuskan semangat persahabatan dan kerja sama. 4Sukan memainkan peranan penting dalam membina jambatan antara komuniti, negara dan benua. Ia memberikan peluang untuk saling memahami, mempelajari nilai-nilai bersama, dan merayakan kepelbagaian manusia. Di padang permainan, tidak kira latar belakang atau ideologi, setiap induvidu bergabung sebagai satu pasukan dengan tujuan bersama untuk mencapai kemenangan. Platform perpaduan yang ditawarkan oleh sukan adalah harta yang tidak ternilai.Ia membantu kita mengatasi perbezaan dan membina jambatan pengertian antara individu dan komuniti. Ia mengingatkan kita bahawa di luar batas-batas, kita adalah satu keluarga manusia yang besatu dengan semangat dan keinginan bersama. Dengan demikian,sukan adalah lebih daripada sekadar permainan. Ia adalah kekuatan perpaduan yang mampu menyatukan dunia dan mewujudkan mimpi tentang masyarakat yang damai dan harmonis. SUKAN SEBAGAI PLATFORM PERPADUAN
Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Contohnya,aktiviti bersukan dapat menggeratkan hubungan silaturahim dan pada masa yang sama sukan boleh menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Selain itu, Negara Malaysia yang tercinta ini telah mengadakan Temasya Sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap 2 tahun sekali yang mana dapat memupuk perpaduan dalam kalangan permain atau penonton.Di samping itu,bersukan juga menyelami erti perpaduan,menghormati antara kaum yang mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan. Negara yang tercinta ini dapat mencapai kemajuan justeru mampu bersaing dengan negara lain. 5Aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Disamping itu, sukan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan diri dan mental diri seseorang individu. Selain itu, Sukan dapat memberi peluang kepada semua yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang lebih sopan, berintegriti dan bertanggungjawab. Seterusnya, melalui sukan rakyat Malaysia juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanamrasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep 1 Malaysia berdasarkan penglibatan semua rakyat pelbagaibangsa, budaya dan agama. Hal ini menyebabkan Malaysia dapat melahirkan individu yang aktif dan juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.
Dalam dunia yang semakin menitikberatkan kesihatan,sukan mejadi salah satu aktiviti penting bagi mengekalkan kecergasan tubuh.Ungkapan “Seribu langkah,lemak hilang” menggambarkan betapa pergerakan yang konsisten, walaupun dalam jumlah kecil,dapat membantu membakar lemak dan meningkatkan tahap kesihatan. Bersukan bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga merupakan cara yang berkesan untuk mengurangkan berat badan serta menguatkan daya tahan tubuh. Bersukan melibatkan pelbagai pergerakan yang memerlukan tenaga. Apabila kita bergerak, tubuh membakar kalori yang berasal daripada simpanan lemak dan karbohidrat. Sebagai contoh, berjalan kaki sejauh seribu langkah mampu membakar sekitar 30–40 kalori, manakala aktiviti lebih intensif seperti berlari atau bermain badminton boleh membakar dua hingga tiga kali ganda jumlah itu. Oleh itu, semakin banyak langkah yang diambil dalam sukan, semakin tinggi kadar pembakaran lemak yang berlaku. Seribu langkah, Lemak Hilang.... Seribu langkah, Lemak Hilang.... 6Terdapat pelbagai jenis sukan yang boleh membantu membakar lemak dengan efektif. Antaranya ialah berlari,berbasikal,berenang,bola sepak dan badminton. Sukan yang memerlukan pergerakan pantas dan beterusan seperti ini meningkatkan kadar denyutan jantung, sekaligus mempercepatkan proses metabolisme dan pembakaran lemak. Selain itu, senaman kekuatan seperti angkat berat juga membantu meningkatkan jisim otot, yang seterusnya keupayaan tubuh untuk membakar kalori walaupun selepas selesai bersukan.
"Kita berbeza dalam budaya,tetapi kita bersatu dalam semangat sukan" Sukan adalah sebahagian daripada agenda nasional yang mampu menyemarakkan semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Yusup Mohamad, sukan mengajar kita untuk menyelami erti perpaduan, bekerjasama dan menanam rasa cinta kepada negara. “Sukan mengikat kita sebagai bangsa yang tebal dengan nilainilai kasih sayang dan menyatukan kita merentasi garis-garis kaum dan agama.“Lihat sahaja ketika ada perlawanan bola sepak atau badminton lebih-lebih lagi di peringkat dunia. Tanpa mengira kaum dan agama, kita duduk semeja bersama-sama rakan-rakan di restoran untuk bersorak menyokong pasukan negara,” Sukan berperanan besar dalam menyatukan masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang di negara ini. Apabila pasukan negara bertanding di peringkat antarabangsa,rakyat tanpa mengira perbezaan budaya atau kepercayaan akan bersatu memberi sokongan padu. Misalnya, dalam kejohanan bola sepak seperti Piala AFF,kita dapat melihat rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum bersorak bersama untuk pasukan negara. Ini jelas menunjukkan bahawa sukan mampu mengeratkan perpaduan dan menanam semangat cintakan negara. Selain itu,sukan juga menjadi alat diplomasi yang memperkukuhkan hubungan antara negara.Kejohanan sukan seperti Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel bukan sahaja medan persaingan tetapi juga ruang untuk mewujudkan perpaduan dan persahabatan antara negara-negara di dunia. Kejayaan Malaysia menganjurkan Sukan SEA dan Sukan Komanwel sebelum ini telah membuktikan bahawa negara kita mampu berdiri setanding dengan negara lain dalam arena suka anatarabangsa. 7
TOKOH SUKAN SEBAGAI IKON PERPADUAN Di Malaysia,sukan bukan sahaja beperanan sebagai satu bentuk hiburan dan gaya hidup sihat,tetapi juga sebagai medium perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Tokoh sukan yang cemerlang bukan sahaja mengharumkan nama negara di persada dunia, malah menjadi simbil penyatuan rakyat tanpa mengira latar belakang. Kejayaan mereka menyatukan rakyat Malaysia dengan semangat patriotisme dan kebanggaan terhadap negara. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum turut berbangga dengan pencapaiannya yang telah mengharumkan nama negara. Kejayaannya menjadi bukti bahawa sukan mampu merapatkan hubungan antara rakyat Malaysia dan menanamkan semangat kesukanan serta perpaduan. 8
Nama penuh: Lee Chong Wei Tarikh lahir: 21 Oktober 1982 Tempat lahir: Bagan Serai,Perak,Malaysia Ketinggian: 1.72 meter Gelaran: Datuk(Dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara pada 2008) Beliau merupakan antara pemain badminton terbaik yang pernah dilahirkan negara dan telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.Kejayaan dan perjuangan beliau dalam sukan ini menjadikannya inspirasi kepada ramai atlet muda. Sejak kecil, beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap badminton dan mula berlatih secara serius pada usia muda. Bakatnya yang luar biasa menarik perhatian jurulatih negara,lalu beliau diserap ke dalam skuad kebangsaan pada usia 17 tahun. Sepanjang kariernya, Lee Chong Wei menciptakan pelbagai rekod dan memenangi banyak kejohanan antarabangsa.Walaupun tidak pernah memenangi gelaran Kejohanan Dunia atau Olimpik. Lee Chong Wei tetap dikenali sebagai pemain yang konsisten dan digeruni di gelanggang. Beliau bukan sahaja 9TOKOH SUKAN BADMINTON seorang atlet hebat tetapi juga simbol ketekunan,disiplin dan semangat juang.Kejayaannya menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia, khususnya dalam bidang sukan. Walaupun sudah bersara, legasi beliau dalam dunia badminton akan terus dikenang sepanjang zaman.
Nama penuh: Pandalela Rinong Tarikh lahir: 2 Mac 1993 Tempat lahir: Bau,Sarawak,Malaysia Ketinggian: 1.6 meter Gelaran: Datuk(Dianugerahkan Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak pada 2021) Beliau merupakan seorang atlet terjun kebangsaan yang telah mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Beliau merupakan penerjun wanita pertama dari Malaysia yang memenangi pingat Olimpik, sekaligus membuktikan bahawa negara ini mampu bersaing dalam sukan bertaraf antarabangsa. Kejayaan dan ketekunan beliau menjadi inspirasi kepada generasi muda, khususnya dalam sukan terjun. Bakat beliau dipilih untuk menyertai program latihan khas, sebelum akhirnya mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa. Beliau ialah contoh terbaik seorang atlet yang berjaya melalui usaha dan pengorbanan. Kejayaannya dalam sukan terjun telah menaikkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Walaupun telah mencapai pelbagai kejayaan, beliau masih terus berjuang untuk memberikan yang terbaik bagi negara. Semangat dan dedikasinya akan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang. 10TOKOH SUKAN RENANG
TOKOH SUKAN BERBASIKAL Nama penuh: Muhammad Azizulhasni Awang Tarikh lahir: 5 Januari 1988 Tempat lahir: Kuala Dungun,Terengganu, Malaysia Ketinggian: 1.68meter Gelaran: Datuk(Dianugerahkan Darjah Kebesaran Datu’ Paduka Mahkota Terengganu pada 2021) Beliau merupakan seorang atlet berbasikal kebangsaan yang telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau dikenali sebagai “The Pocket Rocketman” kerana saiz tubuhnya yang kecil tetapi berupaya bersaing dengan pelumba-pelumba terbaik dunia. Kerjayaannya dalam sukan berbasikal trek telah menjadikan beliau ikon sukan Malaysia dan sumber inspirasi kepada generasi muda. Beliau ialah contoh terbaik seorang atlet yang mempunyai semangat juang tinggi, tidak mudah menyerah dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Kejayaannya dalam sukan berbasikal bukan sahaja membanggakan negara tetapi juga membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan atlet bertaraf dunia. Legasi dan semangatnya akan terus menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan muda yang ingin berjaya dalam bidang sukan. 11
CABARAN DAN PENGORBANAN Menghadapi pelbagai cabaran. Beliau beberapa kali mengalami kecederaan serius tetapi tetap bangkit dan berjuang untuk negara. Pada 2014, beliau digantung sementara akibat isu doping,namun berjaya kembali kuat. Pada 2018, beliau didiagnosis dengan kanser hidung, yang akhirnya memaksanya bersara 2019. DATUK LEE CHONG WEI Menghadapi pelbagai cabaran sepanjang kariernya. Latihan intensif,tekanan untuk berprestasi tinggi dan kecederaan adalah rintangan yag perlu dihadapinya. Namun, dengan semangat juang yang tinggi, beliau teus berusaha untuk mencapai kejayaanya DATUK PANDALELA RINONG DATUK PANDALELA RINONG DATUK PANDALELA RINONG DATUK PANDALELA RINONG Perjalanan Azizulhasni dalam dunia berbasikal tidak mudah. Pada tahun 2011, beliau mengalami kecederaan serius apabila serpihan kayu dari trek tertusuk ke kakinya ketika bertanding. Namun, semangat juangnya yang tinggi membolehkannya pulih dan kembali lebih kuat.Selain itu, beliau perlu berlatih di luar negara,jauh daripada keluarga,demi mencapai kecemerlangan dalam sukan ini. 12
"Juara sukan, juara peradaban bangsa" adalah satu frasa yang menggabungkan dua konsep penting: kejayaan dalam bidang sukan dan juga kemajuan dalam aspek peradaban sesebuah bangsa. la membawa maksud bahawa kejayaan dalam sukan bukan sahaja mencerminkan keupayaan fizikal dan mental individu atau pasukan, tetapi juga mencerminkan nilai-nilai moral, semangat kerjasama, dan kemajuan sosial yang penting bagi sesebuah masyarakat atau negara. Sukan bukan sahaja medan untuk menguji kekuatan fizikal, tetapi juga cerminan nilai-nilai murni yang mencerminkan peradaban sesuatu bangsa. Negara yang berjaya dalam sukan bukan sahaja menunjukkan kemampuan atletnya, tetapi juga menunjukkan daya tahan, semangat kesukanan, dan perpaduan dalam kalangan rakyatnya. Oleh itu, juara sukan adalah juga juara dalam peradaban bangsa. Melalui sukan, sesebuah bangsa dapat memupuk semangat kerjasama, disiplin, dan rasa tanggungjawab. Setiap atlet yang berjaya, bukan sahaja mewakili dirinya, tetapi juga negara dan seluruh rakyatnya. Mereka bertanding dengan semangat juang yang tinggi, mengharumkan nama negara di mata dunia. Kejayaan dalam sukan sering kali memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mengejar kecemerlangan dalam pelbagai bidang. JUARA SUKAN JUARA PERADABAN BANGSA Sebagai contoh, sesebuah negara yang berjaya dalam sukan sering dilihat sebagai negara yang mempunyai sistem pendidikan, kemudahan, dan sokongan yang baik, yang juga dapat diterjemahkan kepada kemajuan dalam bidang lain seperti ekonomi, budaya, dan teknologi. Kejayaan sukan juga mampu menyatukan masyarakat, membangkitkan rasa kebanggaan dan identiti nasional. 13
KEPELBAGAIAN SUKAN DI DUNIA SUKAN EKSTREM • Sukan ini berisiko tinggi dan sesuai untuk para penggemar cabaran • Sukan ini mampu meningkatkan stamina dan menyihatkan SUKAN MARATHON • Sukan larian yang dianjurkan secara besarbesaran • Kebiasaannya dilakukan oleh masyarakat di barat •Sukanyangmampumeningkatkansemangat perpaduandalamkalanganmasyarakat SUKAN OLIMPIK/ PARALIMPIK• Sukan Olimpik terbuka untuk semua atlet •Sukan Paralimpik memberikan platform untuk atlet yang mempunyai kecacatan untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam sukan. E-SUKAN/E-SPORT • Sukan yang paling popular dalam kalangan generasiz • Sukan ini tidak berisiko dan memerlukan pengetahuanIT 14
INSPIRASI TANPA BATAS 2024 SATURDAY, AUGUST 24 Inspirasi Tanpa Batas ialah satutema yang menggambarkan bagaimana Sukan Paralimpik bukan sekadar pertandingan sukan, tetapi juga platform untuk menunjukan semangat juang,keberanian dan ketabahan atlet kurang upaya. Melalui Sukan Paralimpik, atlet menunjukan bahawa batasan fizikal bukan penghalang untuk mencapai kejayaan di peringkat dunia. Selain itu, Sukan Paralimpik juga menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat dengan menunjukan bahawa dengan usaha keazaman, setiap individu mampu mencapai impian mereka.Ia juga memainkan peranan dalam mempromosikan perpaduan,inkusitivi dan kesaksamaan dalam sukan di peringkat global.Sukan Paralimpik bukan sahaja memberi peluang kepada atlet untuk bersaing,tetapi juga memberikan inspirasi kepada masyarakat umum. Kejayaan atlet Paralimpik membuktikan bahawa kekurangan bukan alasan untuk menyerah kalah. Sebaliknya, dengan semangat juang yang tinggi,setiap individu mampu mencapai impian mereka. Selain itu, Sukan Paralimpik juga mengajar masyarakat tentang petingnya kesaksamaan dan inklusiviti. Dengan memberi peluang yang sama kepada semua individu,kita dapat membina sebuah masyarakat yang lebih prihatin dan menyokong antara satu sama lain.Secara kesimpulannya,Sukan Paralimpik adalah lebih daripada sekadar satu pertandingan sukan. Ia adalah simbol harapan,ketabahan dan inspirasi tanpa batas. Atlet Paralimpik telah membuktikan bahawa tiada halangan yang terlalu besar untuk diatasi jika kita mempunyai semangat dan keazaman yang tinggi. Oleh itu,kita semua harus menghargai dan menyokong usaha menyokong mereka dalam membawa nama negara ke perigkat antarabangsa serta menjadikan mereka sebagai contoh dalam kehidupan kita. 15
Kita sedia maklum bahawa sukan merupakan amalan latihan fizikal yang teratur dan kompotetif serta boleh dijadikan sebagai rekreasi untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang individual. Hal ini dikatakan sedemikian kerana apabila bersukan, suhu badan akan meningkat lalu mengeluarkan cecair yang mengandungi sisa toksin yang terkumpul dalam tubuh badan. Namun demikian, pada zaman generasi Z, muncul sebuah sukan yang bertentangan fungsinya dengan sukan biasa iaitu E-sukan. E-Sukan merupakan sejenis pertandingan dengan permainan video dan sukan yang hanya menggunakan medium elektronik dan hujung jari sahaja. E-sukan dikatakan berbeza dengan sukan biasa kerana aktivti tersebut dapat dilakukan dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu dan tempat. Sebagai contoh, ketika berbaring atau berehat, seseorang individu terutamanya remaja mengisi masa terluang mereka dengan E-sukan seperti PUBG MOBILE, DOTA 2, FIFA, MOBILE LEGEND, FREE FIRE dan lain-lain. Bukan itu sahaja, E-sukan juga tidak memerlukan banyak tenaga dan tidak mengeluarkan banyak cecair seperti peluh ketika bermain kerana aktivti tersebut hanya memerlukan kebolehan berfikir serta ketangkasan jari-jemari seseorang individu. Walaupun E-sukan baru sahaja diperkenalkan kepada generasi baharu, E-sukan telah dikenali ramai daripada setiap sudut dunia termasuklah negara-negara yang maju seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan lain-lain. Oleh itu, E-sukan dapat dijadikan sebagai salah satu platform perpaduan antara masyarakat, kaum dan Negara. Persoalannya, bagaimanakah perpaduan dapat dipupuk melalui E-sukan? Umum mengatahui bahawa melalui E-sukan, perpaduan dapat dipupuk secara masyarakat. perkara ini dikatakan sedemikian kerana E-sukan kebanyakannya memerlukan benerapa individu bergabung menjadi sebuah pasukan untuk melawan pihak musuh. Apabila berpasukan, sudah semestinya kerjasama antara ahli pasukan amat diperlukan untuk melakukan serangan atau pertahanan di dalam permainan tersebut. Rancangan yang strategik juga perlu dibina bersama setiap ahli kumpulan agar rancangan tersebut berjalan dengan lancar. Dengan ini, kemenangan akan mudah diraih. E-SUKAN PENYATU BANGSA 16
Walaupun tidak memenangi sesebuah permainan, pemain haruslah merasa bangga dengan diri sendiri kerana dapat memupuk perpaduan antara pemain yang berbeza kaum. Sekiranya isu perkauman dapat dilakukan, negara akan sentiasa aman dan damai kerana perpaduan antara kaum amatlah penting dalam membanggunkan sesebuah negara. Tegaslah bahawa E-sukan merupakan salah satu platform yang dapat menguatkan lagi perpaduan antara kaum. Tidak kurang pentingnya juga, Esukan mampu memupuk perpaduan antara negara. E-sukan merupakan salah satu medium sebagai perpaduan antara negara kerana telah meluas ke seluruh pelosok dunia. E-sukan seperti DOTA 2 dan MOBILE LEGEND juga telah dipertandingkan dalam temasya sukan Malaysia (SUKMA) di Johor. Sebagai contoh, pemain E-sukan Malaysia juga telah banyak menyertai pertandingan di serta dunia seperti DOTA 2 CHAMPIONSHIP yang berlangsung di Amerika Syarikat. Sebelum melibatkan pemain dari negara kita, Malaysia juga hendaklah menjalinkan hubungan diplomatik bersama negara lain seperti Amerika agar pemain menerima kelayakan untuk ikut bertanding. Tanpa persetujuan daripada kedua-dua belah pihak, sesebuah pertandingan tidak akan berlangsung dengan lancar dan teratur. Oleh itu, terbuktilah bahawa perpaduan antara negara dapat ditingkatkan melalui E-sukan dengan penglibatan pemain-pemain dari negara-negara luar. Pancaroba antara pemain juga dapat dielakkan dengan sikap bersatu padu. Selain itu, dengan penglibatan para pemain dari negara yang berlainan, pertukaran budaya juga akan berlaku. Oleh itu, masyarakat terutamanya remaja amatlah digalakkan untuk melibatkan diri dalam Esukan agar hubungan diplomatik antara negara dapat dikekalkan manakala para pemain dapat memperoleh ilmu dalam sesuatu bidang yang baharu, bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Natijahnya, tegaslah bahawa perpaduan antara negara dapat dipupuk melalui penyertaan masyarakat dalam pertandingan E-sukan yang di adakan secara terbuka 17
Selain itu, ketika bermain secara berkumpulan, setiap ahli perlu bersikap terbuka dan bertoleransi antara satu sama lain. Hal ini dilakukan sedemikian agar tidak berlakunya pembolotan kuasa dalam membina strategi permainan. Setiap ahli pasukan perlu memberikan pendapat masing-masing dan perlu bersikap terbuka dalam menerima kritikan atau teguran ahli yang lain agar strategi yang dicadangkan dapat diperbaiki serta digabungkan bersama strategi-strategi ahli lain. Oleh itu, sikap terbuka dan toleransi antara ahli pasukan amatlah diperlukan agar tidak berlakunya perasaan tidak puas hati dan kesalahfahaman. Setiap ahli pasukan juga perlu mengawal perasaan ketika ingin memberi teguran atau kritikan agar ahli yang lain tidak terasa hati dan tidak merasa dirinya disisihkan dalam pasukan tersebut. John Bird Fuller, seseorang usahawan tersohor dari London, pernah berkata "Bercakap tanpa berfikir seperti menembak tanpa sasaran". Oleh yang sedemikian, amatlah penting bagi seseorang untuk menjaga setiap pertuturan mereka agar pihak lain tidak terasa atau berlakunya kesalahfahaman. Melalui setiap sikap yang diamalkan oleh ahli pasukan seperti bekerjasama, toleransi dan sikap terbuka, terbuktilah bahawa E-sukan dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat. Intihnya, tegaslah bahawa melalui E-sukan, perpaduan antara masyarakat dapat dipupuk. Pada waktu yang sama, E-sukan juga mampu mewujudkan perpaduan antara kaum. Hal ini dikatakan sedemikian kerana penglibatan dalam E-sukan tidak menghadkan manamana individu untuk bermain termasuklah tidak mengira kaum pemain kerana setiap individu berhak melibatkan diri dalam manamana E-sukan tanpa berlakunya penyisihan kaum secara atas talian(online). Aturan Esukan tidak pernah mengkhususkan manamana pemain hanya bermain sesama kaum, bahkan lebih memberi kebebasan untuk bermain dengan kaum yang berbeza secara rawak. Sebagai contoh, ketika bermain PUBG MOBILE, pemain akan dipilih secara rawak dan bermain di tempat yang sama. Oleh itu, pemain perlulah mengelakkan berlakunya diskriminasi kaum dalam E-sukan agar tidak berlakunya rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei. Di samping itu, E-sukan juga menjadi salah satu platform setiap kaum untuk mempelajari bahasa atau pertuturan kaum lain. Ini dapat dibuktikan dengan berlakunya perbualan antara pelbagai kaum ketika bermain. Bukan sahaja dapat membantu memahami budaya kaum lain. Dengan menyatupadukan kaum yang berbeza amalan dan budaya. Peribahasa Melayu pernah menyatakan "Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua". Setiap pemain yang berasal Dari kaum berbeza hendaklah bersatu hati dalam sesebuah permainan agar setiap pihak memperoleh kebaikannya. 18
Cinta di hati penuh berahi, Jangan takut mencuba yang baru, Selagi belum cuba takkan tahu, Hasil usaha pasti akan memberi. Sudah terang lagi bersuluh, E-sukan merupakan salah satu cara untuk memupuk perpaduan antara masyarakat kaum dan negara. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat hendaklah bersama mewujudkan perpaduan agar negara sentiasa dalam keadaan aman dan stabil. Bukan itu sahaja, dengan adanya perpaduan masyarakat, negara juga dapat membangun menjadi sebuah negara yang maju dan berteknologi. Abraham Lincoln pernah menyatakan "Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara" yang membawa maksud tanpa usaha kita dalam membangunkan negara, negara tidak mungkin membangun sendiri. 19
1 Menggalakan Program Sukan Di Sekolah Meningkatkan Akses Kepada Sukan Untuk Semua Lapisan Masyarakat 2 3 4 5 6 7 LANGKAH MEMPERKAKASKAN SUKAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN LANGKAH MEMPERKAKASKAN SUKAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN Menggunakan Sukan Sebagai Platform Pembangunan Nilai Perpaduan Melibatkan Pemimpin Dan Tokoh Masyarakat Dalam Sukan Menganjurkan Kejohanan Sukan Sebagai Etnik Mengadakan Program Sukan Antarabangsa Mewujudkan Program Sukan Bersama Komuniti 20
BADAN CERGAS, MINDA CERDAS Sebelum Bersukan Selepas Bersukan 1 2 Melakukan warm up untuk meningkatkan peredaran darah,meningkatkan degupan jantung,otot dan sendi lebih bersedia. Melakukan cooling down untuk mengurangkan kadar asid laktik dalam badan dan mengurangkan kelelahan. Bagi mengelakkan high impact seperti berlari setempat sekiranya ada masalah lutut,sebaiknya lakukan low impact sahaja seperti yoga dan aerobik Memastikan keadaan tubuh badan sihat sebelum melakukan senaman 3 21
ISU SEMASA SUKAN DALAM PERPADUAN Sukan merupakan salah satu medium penting dalam membina perpaduan negara, khususnya di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, budaya, dan agama. Isu semasa sukan dalam konteks perpaduan sering kali dikaitkan dengan peranan sukan dalam memperkukuh hubungan antara kaum dan menyatukan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, kejohanan sukan seperti Sukan SEA atau Piala Thomas sering menjadi platform untuk memupuk semangat patriotisme dan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang bangsa. Namun, terdapat juga cabaran yang perlu ditangani untuk memastikan sukan terus menjadi alat perpaduan. Isu diskriminasi dalam sukan, baik dalam pemilihan atlet atau penyertaan dalam kejohanan, boleh menyebabkan ketegangan antara kaum. Sebagai contoh, apabila satu kaum atau etnik diberikan kelebihan dalam akses atau peluang dalam sukan tertentu, ia boleh menjejaskan semangat perpaduan yang seharusnya dibentuk. Oleh itu, adalah penting bagi pihak berkuasa dan badan sukan untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan dalam pemilihan atlet. Selain itu, sukan juga memainkan peranan besar dalam memperkukuh hubungan antarabangsa. Malaysia sering menjadi tuan rumah kejohanan besar yang melibatkan peserta dari pelbagai negara. Acara-acara seperti ini bukan sahaja mempamerkan semangat perpaduan dalam negara tetapi juga meningkatkan imej negara di mata dunia. Melalui sukan, Malaysia dapat memperlihatkan keupayaan untuk menyatukan rakyatnya serta menjalin hubungan baik dengan negara lain. Untuk mengatasi isu-isu ini, kerajaan dan badan sukan perlu mengambil langkah proaktif seperti meningkatkan akses kepada kemudahan sukan, melaksanakan program sukan yang melibatkan pelbagai kaum, dan mempromosikan nilai kesukanan yang inklusif. Dengan usaha ini, sukan dapat terus menjadi pemangkin perpaduan dalam masyarakat dan membina rasa kebersamaan yang lebih kuat. Kesimpulannya, sukan memiliki potensi besar dalam memupuk perpaduan, tetapi ia memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak untuk menjadikannya satu alat yang benar-benar menyatukan rakyat Malaysia. 22
Kesimpulannya, aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Disamping itu, sukan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan diri dan mental diri seseorang individu. Selain itu Sukan dapat member peluang kepada semua yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang lebih sopan, berintegriti dan bertanggungjawab. Seterusnya, melalui sukan, rakyat Malaysia juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat berdasarkan penglibatan semua rakyat pelbagai bangsa budaya dan agama. Hal ini menyebabkan Malaysia dapat melahirkan individu yang aktif dan juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Dasar ini sebenamya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. KESIMPULAN 23
MARI UJI MINDA MARI UJI MINDA 24
Sumber rujukan 1.Sukan Sebagai Platform Perpaduan : https://anyflip.com/pondw/rejw/basic 2.Bagaimana Sukan Boleh Membentuk Perpaduan : https://issuu.com/team6pep/docs/kumpulan_6_efolio_sukan_dan_perpaduan_pdf/s/11021401 3.Perpaduan Dalam Sukan : https://anyflip.com/xdrup/rfkj/basic 4.E-Majalah(Sukan dan Perpaduan) : https://online.fliphtml5.com/qceah/exsn/#google_vignette 5.Fakta Kebaikan Berjalan Seribu Langkah Sehari : https://www.sinarharian.com.my/article/32906/sinaraktif/fakta-kebaikan-berjalan-10000-langkah-sehari 6.Membangunkan Jiwa Patriotisme Melalui Sukan : https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/08/30/ membangunkan-jiwa-patriotisme-melalui-sukan 7.Sukan mampu Semarakan Semangat Patriotik dan Perpaduan : https://malaysiaaktif.my/2022/09/sukan-mampusemarakkan-semangat-patriotik-dan-perpaduan/ 8.Datuk Lee Chong Wei Ikon Perpaduan : https://malaysiagazette.com/2017/01/21/datuk-lee-chongwei-ikon-perpaduan/ 9.Pandelela Rinong Ikon Perpaduan Negara Baharu : https://www.nabalunews.com/post/pandelela-rinongikon-perpaduan-negara-baharu 10.Hadiah Untuk Malaysia : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/08/744599/hadi ah-untuk-malaysia 25