Seperti bunga raya
kembang pagi
Maksud:
Muka yang merah
padam kerana
marah
Kayu bengkok.
Masakan lurus
bayangnya
Maksud:
Orang yang
bercakap bohong
tentu tidak dapat
dipercayai
Bagai getah dibawa
ke semak
Maksud:
Perkara yang
semakin kusut dan
susah
menyelesaikannya.
Tertarung kaki boleh
diinai, tertarung hati
susah ubatnya
Maksud:
Hati yang
tersinggung kerana
perkataan yang
tajam susah
mengubatinya
Rantai besi dimakan
bubuk
Maksud:
Cerita yang tak
masuk akal
Diiringkan
menyepak,
dikemudiankan
menanduk
Maksud:
Keadaan yang serba
salah
Seperti membubul
jala buruk
Maksud:
Penat yang sia-sia
Tak boleh bertemu
roma
Maksud:
Suka bertengkar
Masam bagai nikah
tak suka
Masud:
Berdukacita
Memanjat terkena
seruda
Maksud:
Usaha yang
mendapat rintangan
Bau busuk tidak
berbangkai
Maksud:
Fitnah yang tidak
benar
Naik melompat,
turun terjun
Maksud:
Hendak peroleh
kejayaan selalunya
lambat, tetapi
hendak jatuh mudah
sekali
Seukur berbaur,
bertopang bercerai
Maksud:
Kalau sekata, kekal
Kalau berselisih,
bercerai
Seperti tikus masuk
roman
Maksud:
Kecewa kerana tidak
tercapai maksudnya
Jikalau mengangin
jangan tumpah
padinya
Maksud:
Berhati-hati apabila
memilih supaya tidak
terbuang yang baik.
Pengayuh sama di
tangan, perahu
sama di air.
Maksud:
Tidak takut
menghadapi lawan
apabila sama-sama
mempunyai
kebolehan.
Mengorek dompet
kawan
Maksud:
Menipu supaya
kawan berbelanja
Muafakat lalu di
dalam gelap, adat
lalu di tengah terang
Maksud:
Seia-sekata
melakukan
pekerjaan yang berat
dan patuh pada
peraturan yang telah
ditentukan.
Alim bagai katak di
tepi air
Maksud:
Banyak ilmu tapi
tidak digunakan
kepada perkara yang
berfaedah
Bersukat darah,
bertimbang daging
Maksud:
Lawan sampai mati