The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-84426207, 2021-04-01 23:19:13

Sultan Johor

Sultan Johor

Keywords: Johor

Sultan Johor
DYMM Sultan Ibrahim
Ibni Almarhum Sultan

Iskandar

SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI
NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK

JOHOR DARUL TA’ZIM

Nama peserta: Goh Xin Ern
Kelas : 6B
Alamat email : [email protected]
Nama sekolah: SJKC Hwa Jin
Alamat sekolah: SJKC Hwa Jin,

Jalan Tanjung Laboh,
83000 Batu Pahat, Johor.

Pendahuluan

Tokoh pemimpin Johor yang dipilih untuk buku skrap ini ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Baginda adalah Sultan Johor ke-25 dan Sultan Johor
Era Moden ke-5. Buku skrap ini memperkenalkan latar belakang baginda serta sumbangan
baginda dalam pelbagai bidang. Tahun 2020 menandakan 10 tahun sejak pemansyuran
baginda. Tempoh pemerintahan baginda telah menyaksikan pertumbuhan negeri Johor
berkembangan pesat dan menjadi salah sebuah ekonomi terbesar di Malaysia dengan reputasi
sebagai destinasi perniagaan yang semakin harum di persada antarabangsa. Jelajah Kembara
Mahkota Johor (KMJ) yang merupakan ilham baginda dapat memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Johor. Baginda dikasihi seluruh rakyat jelata
negeri ini bukan sahaja kerana berjiwa rakyat malah memahami rakyat.

Biodata

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor
Sumber gambar: FB rasmi Sultan Ibrahim
@officalsultanibrahim

Putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan
Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah.

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dimasyhurkan sebagai
Sultan Johor pada 23 Januari 2010 dan memerintah negeri Johor sehingga kini. Majlis
Istiadat Kemahkotaan diadakan pada 23 Mac 2015.

Sumber gambar: FB rasmi Sultan Ibrahim
@officalsultanibrahim

DYMM Sultan Ibrahim berkahwin dengan DYMM Raja Zarith Sofiah Binti
Almarhum Sultan Idris Shah pada 19 September 1982 dan dikurniakan lima
orang putera dan seorang puteri.

Sumber gambar: FB rasmi Sultan Ibrahim
@officalsultanibrahim

DYMM Sultan Ibrahim sangat berminat
dalam bidang sukan, khususnya polo yang
telah membawa baginda menyertai kejohanan
sehingga ke peringkat antarabangsa.

Tuanku juga telah mencipta sejarah
memperolehi Lesen Memandu Kereta
Api Kelas 26 setelah menyempurnakan
acara pusingan lokomotif seberat 86 tan
menggunakan alat ‘turn table’ dan
menerima pengiktirafan daripada
Malaysia Book Of Records (MBOR)
sebagai Sultan pertama memandu
kereta api secara rasmi.

Latar Belakang Pendidikan

Baginda menerima pelajaran di Taman Baginda meneruskan pelajaran formal
Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan di Sekolah Temenggong Abdul Rahman

Mariam Johor Bahru. 1.

Baginda mengikuti persekolahan Baginda telah dihantar belajar di Trinity
menengah di Maktab Sultan Abu Bakar Grammer School Australia pada tahun

dari tahun 1971 hingga 1975. 1968 hingga 1970.

Setelah tamat persekolahan, DYMM Baginda kemudiannya mengikuti
Tuanku telah dihantar ke Pusat Latihan Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas
Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi,
selama 3 bulan untuk menerima latihan di Fort Bragg, Amerika Syarikat.

asas ketenteraan.

Baginda juga menyertai selama tiga Sekembalinya ke Johor, baginda
bulan latihan tentera laut di Pengkalan dilantik sebagai Timbalan Pegawai
Pemerintah Askar Timbalan Setia
Tentera Laut DiRaja Malaysia di Negeri. Baginda telah menjalani latihan
Lumut, sekaligus melengkapkan asas penerbangan helikopter di Pusat
baginda sebagai pegawai tentera darat, Latihan Terbang II, TUDM Kluang dan
layak menerima sayap penerbangan
laut dan udara.
pada tahun 1982.

Kerjaya
Sultan Johor: Raja Berjiwa Rakyat

“Saya tidak suka rakyat saya berpecah. Jangan berpuak-puak dan
jangan ada kepentingan diri. Bagi individu yang terbabit politik, jika
mahu menjadi ahli politik jangan ada kepentingan diri. Mahu jadi wakil
rakyat, haruslah bekerja untuk rakyat.” titah Sultan Ibrahim kepada
rakyat.

Sumber: Offical Portal Iskandar Puteri City Council

• Baginda berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di antara lain di Pejabat

Setiausaha Kerajaan, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa,
Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pertanian untuk mempelajari selok belok pengurusan dan pentadbiran
negeri.

• Baginda telah dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.
• Mulai 25 April 1984 hingga 25 April 1989 baginda dilantik sebagai Pemangku Raja semasa Duli

Yang Maha Mulia Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang DiPertuan Agong yang kelapan.

• Baginda memanfaatkan tempoh sebagai Pemangku Raja untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan

urusan negeri serta berdamping dengan rakyat.

• Baginda dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 di atas kemangkatan Duli Yang

Maha Mulia Sultan Iskandar.

Sumber Keratan Akhbar: Utusan Malaysia
Sumber gambar:Fire Starting Automobil Blogspot
http://firestartingautomobil.blogspot.com/2010/01
/sembah-takziah-atas-kemangkatan-dymm.html

Sumbangan Dari Segi Sosial

Sumber: Laman web rasmi FB Sultan Ibrahim
@officialsultanibrahim

Sumber: Keratan Akhbar
Berita Harian (23 Mac 2017)

Sumbangan Dari Segi Pendidikan
Sumber: sinarharian online

Sumbangan Dari Segi Kesihatan
Sumber: mStar online

Kembara Mahkota Jelajah Johor
Memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri Johor

Sumber: Keratan Akhbar Berita Harian (11 August 2015)
“Saya tidak menjangka sambutan rakyat yang begitu hangat di setiap persinggahan. Saya amat
terharu melihat rakyat keluar beramai-ramai menyambut saya serta rombongan. Sesungguhnya saya
amat tersentuh dengan sambutan hangat yang telah diberikan oleh rakyat. Pada mulanya saya hanya
ingin meneruskan tradisi mulia Ayahanda saya, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor
untuk menziarah rakyat jelata di segenap pelusuk negeri. Sambutan luar biasa yang telah diberikan
oleh rakyat Johor telah menguatkan azam saya untuk meneruskan program Kembara Mahkota Johor.
Program ini menjadi satu acara tahunan yang saya sentiasa nanti-nantikan sebagai salah satu cara
untuk saya berdamping rapat dengan rakyat jelata.” titah DYAM Tunku Ibrahim ibni Sultan Iskandar
setelah menyelesaikan penjelajahan siri ketiga tahun 2003.

Nilai yang Boleh Dicontohi oleh Generasi Sekarang

Sifat kepimpinan DYMM Sultan Ibrahim membawa negeri Johor
berkembangan pesat dan menjadi salah sebuah ekonomi terbesar di Malaysia.
Di bawah kepimpinan dan pemerintahan baginda, pelbagai projek yang
memanfaatkan rakyat seperti Projek Rumah Mampu Biaya Johor telah
dijalankan. Perasaan kesyukuran dan kesetiaan perlu sentiasa diingati oleh
rakyat dan generasi sekarang. Sifat kepimpinan baginda yang berusaha
mengiring negeri Johor ke persada antarabangsa telah menjadi teladan kepada
generasi sekarang di mana mereka perlu mengamalkan sifat kepimpinan dalam
bidang kerjaya masing-masing demi kemajuan negeri Johor.

Sifat berjiwa rakyat

Tunku Mahkota ketika itu mengumumkan Kembara Mahkota Jelajah Johor, dijadikan acara
tahunan dan meletakkan matlamat menjadikannya sebagai program amal bagi membantu
golongan kurang bernasib baik. Baginda amat mementingkan kebajikan, kesejahteraan dan
pendidikan rakyat negeri Johor. Kembara Mahkota Jelajah Johor juga bermatlamat memupuk
semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Harapan baginda
kepada rakyat perlu dipikul dan direalisasikan oleh semua rakyat Johor dengan mengamalkan
sikap saling menghormati, mamahami dan membantu demi kesejahteraan negeri Johor. Sifat
baginda yang prihatin kepada rakyat dengan menjalankan program amal dan mendirikan
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) telah menjadi teladan kepada generasi sekarang untuk
terus menyumbangkan tenaga mereka kepada golongan kurang nasib baik berdasarkan
kemampuan dan kemahiran masing-masing.

Penutup

Sebagai kesimpulan, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dididik dan
diasuh untuk menjadi seorang Raja yang cerdik, berpengetahuan, berwibawa dan
berdaulat. Baginda mengikuti jejak langkah kesultanan sebelum baginda dengan melibat
diri dalam aktiviti ketenteraan, pengurusan dan pentadbiran yang dijadikan asas untuk
membina semangat juang, disiplin, kepimpinan dan perwatakan. Sifat-sifat kepimpinan,
ketokohan dan keperibadian yang menawan hati rakyat ini telah menjadikan DYMM
Tuanku seorang Sultan yang amat disenangi dan disayangi oleh seluruh rakyat negeri
Johor. Melalui proses penghasilan buku skrap ini, saya dapat mengetahui dan mamahami
sejarah kesultanan Johor, latar belakang Sultan Ibrahim, sumbangan dan jasa baginda dan
sebagainya. Saya sebagai rakyat negeri Johor berasa amat bertuah kerana bernaung di
bawah Institusi Istana Johor yang sentiasa memberi perhatian terhadap soal kebajikan,
kesejahteraan, pendidikan dan perpaduan rakyat. Daulat Tuanku.

Rujukan

"Raja Berjiwa Rakyat" - Kurniaan Sultan Johor Ringankan Beban Rakyat. (2021, Mac 25).
Retrieved from The Offical Facebook Page Sultan Ibrahim The Sultan Of
Johor: https://www.facebook.com/officialsultanibrahim/?ref=page_internal

Arkib Gambar DYMM Sultan Ibrahim. (2021). Retrieved from Laman Web Rasmi
Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor:
https://kemahkotaan.johor.gov.my/arkib/arkib-gambar/dymm-sultan-
ibrahim-ii/

Galeri Kembara Mahkota Johor. (2021). Retrieved from Laman Web Rasmi Kemahkotaan
DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor:
https://kemahkotaan.johor.gov.my/galeri/galeri-kembara-mahkota-johor/

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. (2021). DYMM Sultan Johor. Retrieved from
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim:
https://www.johor.gov.my/kerajaan/kesultanan-johor/dymm-sultan-johor

Rumah Impian Sultan Ibrahim Untuk Bangsa Johor Banglo. Semi-D Bawah RM100,000.
(2017, Mac 23). Retrieved from Berita Harian: https://www.bharian.com.my

Sultan Johor Beri Sumbangan Bantua Pelajar Malaysia di Luar Negara. (2019, Januari 28).
Retrieved from Sinar Harian Online:
https://www.sinarharian.com.my/article/10178/EDISI/Johor/Sultan-Johor-
beri-sumbangan-bantu-pelajar-Malaysia-di-luar-negara

Utusan Malaysia. (2010). Sultan Johor Mangkat. Retrieved from Berita Pas:
https://berita.pas.org.my/hari-ini-dalam-sejarah-kemangkatan-sultan-johor-
sultan-iskandar/

Wawasan Sultan Ibrahim. (2021). Retrieved from Offical Portal Iskandar Puteri City
Council: https://www.mbip.gov.my/en/node/498

Wong, C. (2015, November 29). Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1
Januari 2016. Retrieved from mStar Online:
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/11/29/johor-haram-vape


Click to View FlipBook Version