The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-84426207, 2021-04-04 00:09:07

Presiden Pertama UMNO Dato' Onn Jaafar

Dato' Onn

12 Februari 1895 – 19 Januari 1962

Nama : Tay Wei Jia

Kelas :6B

Alamat e-mail : [email protected]

Nama sekolah : SJKC Hwa Jin

Alamat sekolah :SJKC Hwa Jin,

Jalan Tanjung Laboh,

83000 Batu Pahat, Johor.

Pendahuluan

Tokoh pemimpin Johor yang dipilih untuk buku skrap ini ialah Dato’ Onn Jaafar.
Sejarah hidup Dato’ Onn ialah riwayat orang Melayu menentang penjajahan
dalam abad ke-20. Beliau merupakan pengasas UMNO yang membela nasib
orang Melayu serta pemangkin kepada gerakan perpaduan rakyat yang
menyuntik kesedaran bagi membentuk sebuah negara merdeka yang bersatu
padu dan harmoni. Kejayaan yang dicapainya dalam bidang politik kebangsaan
pada saat terancamnya maruah dan kedaulatan Raja-raja Melayu dan rakyat
jelata Tanah Melayu ialah kejayaan orang Melayu. Sungguhpun beliau
kehilangan sokongan dan sanjungan daripada bangsanya sendiri kerana
pegangan politiknya, tetapi konsep hidupnya untuk masyarakat yang berbilang
kaum yang diperjuangkannya sepanjang hayat terus berpengaruh dan menjadi
panduan abadi dan memainkan peranan yang berkesan dalam setiap aspek
kehidupan kebangsaan. Buku skrap ini akan mempekenalkan biodata, latar
belakang pendidikan dan sumbangan beliau terhadap tanah air.

Biodata

Nama: Dato’ Onn Jaafar
Tarikh lahir:12 Februari 1895
Tempat Lahir : Jalan Gertak Merah, Bukit Gambir, Johor Bahru
Tarikh Meninggal Dunia:19 Januari 1962
Tempat persemadian: Makam Diraja Bukit Mahmoodiah

Dato’ Onn mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah
binti Hussein pada 3 Mei 1921. Mereka hidup teman
meneman selama 41 tahun.

Beliau merupakan anak kepada Allahyarham Dato’ Jaafar Haji
Mohamed (1838-1919) iaitu Menteri Besar Johor pertama dan
Hanim Rogayah seorang wanita Timor Dekat berketurunan Turki.

Datuk Onn dipelihara oleh Sultan Ibrahim
sebagai anak angkat Baginda sejak berusia
enam tahun.

Dato’Onn Jaafar meninggal dunia pada 19 Januari 1962.

Sumber gambar: Lawam web Berita Pas
https://berita.pas.org.my/hari-ini-dalam-
sejarah-dato-onn-meninggal-dunia/

Latar Belakang Pendidikan

Pendidikan asasnya bermula di Sekolah Melayu
Johor Bahru.

Sebelum dihantar ke England, beliau diasuh oleh wanita Inggeris
bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku
Ahmad pada usia sembilan tahun.

Kemudian beliau belajar di sekolah Aldeburgh Lodge
di England selama enam tahun.

Setelah tamat pelajaran di England beliau telah pulang ke tanah air,
Johor pada 25 Mac 1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di
Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Kerjaya Awal

Pada 1.9.1911 beliau mula berkhidmat Pada tahun 1915 beliau bekerja di
dengan kerajaan Johor sebagai kerani Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor.
pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan

Johor.

Pada bulan Mei, 1912 beliau bertugas Pada bulan Oktober 1914 beliau Sumber gambar: Docplayer
sebagai Pembantu Kerani Besar bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian https://docplayer.net/41078401-Dato-ja-afar-hj-
Pejabat Perubatan. muhammad-menteri-besar-johor-yang-pertama-
India. dato-onn-mempunyai-adik-beradik.html
Pada bulan Julai, 1912 beliau kembali
ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pada 1 Ogos 1913, beliau bekerja di Sumber: Laman web UMNO Malaysia
Pejabat Penasihat Undang-undang
sebagai Pembantu Kerani Besar.
Johor.

Atas perintah Sultan Ibrahim, Pada tahun 1924 beliau dilantik Dari tahun 1927-1936, beliau
beliau berkhidmat sebagai kadet sebagai Penolong Pemungut dibuang negeri ke Singapura
dalam Tentera Johor pada bulan Hasil Tanah Muar dan oleh Sultan Ibrahim kerana
mengkritik baginda dalam
Julai 1917, berakhir dengan kemudiannya berpindah ke Johor
pangkat Leftanen. Bahru. akhbar Sunday Mirror.

Pada 1920 beliau bekerja Pada 1 Januari 1923 beliau Beliau bekerja sebagai
semula di Pejabat Penasihat dilantik sebagai Ketua Pejabat wartawan dari tahun 1930
hingga 1933. Pada tahun 1934,
Johor. Kawalan/Sekatan Getah di beliau bertindak sebagai
Muar.
Beliau diberhentikan pada 31 pengarang.
Januari 1920 oleh Sultan Pada tahun 1922 beliau balik
bekerja dengan Kerajaan Johor Pada tahun 1935, Dato Onn
Ibrahim disebabkan perselisihan telah menerbitkan “Selamat
faham dengan Baginda. sebagai pegawai tambah Johor” dan diberi keampunan
sementara dalam pejabat tanah.
oleh Sultan Ibrahim.

Sumber gambar: Docplayer
https://docplayer.net/41078401-Dato-ja-afar-hj-muhammad-menteri-besar-johor-yang-pertama-dato-onn-mempunyai-adik-beradik.html

Pada tahun 1936 Datuk Onn dilantik Beliau menubuhkan Parti Pada tahun 1954, beliau meninggalkan
oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 parti itu untuk menubuhkan Parti
Negara.
Mesyuarat Kerajaan Johor. Ogas 1951 tetapi tidak mendapat
sokongan daripada orang Melayu.
Datuk Onn menjadi Ketua Pejabat
Kawalan Makanan Negeri Johor mula Beliau meletakkan jawatan sebagai
presiden UMNO apabila persidangan
1 Januari 1942 hingga tahun 1945.
Majlis Mesyuarat Agung Ke-6
Pada tahun 1945, Sultan Ibrahim diadakan pada 25 hingga 26 Ogos
melantik beliau sebagai Pegawai
Daerah Batu Pahat dan Menteri Besar 1951.

Johor pada 1946. Beliau meletak jawatan pada 1949
selepas diberi amaran oleh Sultan
Ibrahim dan berkhidmat sebagai

Presiden UMNO pertama.

Sumber gambar:
http://shalattas.blogspot.com/2012/10/surat-
terbuka-untuk-sultan-ibrahim-yem.html

Sumbangan Sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat dan Pegawai Menteri Besar Johor

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mencetuskan keruncingan
hubungan di antara etnik Melayu dan Cina. Dato’ Onn Jaafar dilantik oleh
Sultan Ibrahim sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat untuk menamatkan
kekacauan dan memulihkan keamanan di Batu Pahat. Pada 21 Ogos 1945,
satu pertemuan antara Dato’ Onn Jaafar dengan ketua Malayan People
Anti Japanese Army (MPAJA) telah mencapai persetujuan untuk berhenti
menyerang kawasan perkampungan orang Melayu bagi memulihkan
hubungan baik antara orang Cina dengan orang Melayu.

Pada 1 Oktober 1946, Sultan Ibrahim melantik Dato’ Onn Datuk Jaafar sebagai Menteri Besar Johor. Dalam usaha mengembalikan semula ketuanan
Melayu, Dato’ Onn Jaafar memberikan beberapa cadangan dalam mesyuarat yang diadakan pada 27 Oktober 1948 dan 2 November 1948. Antaranya
ialah:
• Pelantikan orang Melayu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi dan pemulihan ekonomi orang Melayu dengan geran bantuan sejumlah 10 juta bagi

penubuhan Agricultural Loan Bank.
• Menyuarakan rasa tidak puas hati kepada polisi pengambilan kadet MCS dari United Kingdom yang menyekat peluang orang Melayu.

Sumber: Jurnal Perspektif “Kompromi Politik Dato’Onn Jaafar dalam
Menangani Konflik Perkauman Selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu”

Sumbungan sebagai Pengasas UMNO - Usaha Mengembalikan Kedudukan Orang-orang Melayu

Pengalaman beliau sebagai wartawan dan pengarang di Lembaga Malaya dan Harian
Lembaga, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor dan Ketua Pejabat Kawalan Makanan
Negeri Johor ketika pendudukan Jepun, Pegawai Daerah dalam pentadbiran Brirish
dan Menteri Besar menyedarkan bahawa orang Melayu tidak mempunyai pilihan lain
kecuali bersatu untuk mendapatkan kembali hak di negera sendiri. Tanpa usha seruan
gerakan yang beliau lakukan, UMNO tidak akan wujud untuk membela nasib orang
Melayu. Beliau adalah pemangkin kepada gerakan perpaduan Melayu dan menyuntik
kesedaran bahawa kita perlu membentuk sebuah negara merdeka yang bersatu pada
dan harmoni. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memelihara semula
kedudukan Raja-Raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan bagi orang-
orang asing dan memberi beberapa hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu.
Dato’ Onn Jaafar juga menubuhkan “Biasiswa UMNO” untuk meningkatkan kemajuan
anak-anak Melayu.

Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah
berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk
menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk
menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai
ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan
kedudukan sultan-sultan Melayu.

Nilai yang Boleh Dicontohi oleh Generasi Sekarang

Mengutamakan Perpaduan Rakyat
Seorang pemimpin yang Bersemangat Nasionalisme demi Kemerdekaan Negera

Sebagai seorang nasionalis, dengan wataknya yang tenang tetapi “Sekiranya UMNO ini sebenarnya bertujuan dan berkehendak
tegas, Dato' Onn Jaafar telah membangkitkan kesedaran ke arah mendirikan negara merdeka di dalam Malaya ini, maka saya berharap
kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang Melayu. juga pihak UMNO ini akan memandang kepada pandangan yang luas,
Beliau dikenali sebagai seorang yang berpandangan jauh yang mahu pandangan yang dikatakan nasional atau kebangsaan itu dan jangan
menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan semata-mata mengahdapkan pandangannya itu kepada pandangan yang
keturunan dalam satu iedeologi politik. Walaupun usaha beliau sempit semata-mata, iaitu hidup hanyalah di bawah tempurungnya sendiri
gagal, tetapi semangat mementingkan perpaduan antara kaum dan dengan tidak menghiraukan iaitu ada lain-lan tempurung yang terletak di
mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu serta sikap sebelahnya”
yang tegas dalam perjuangan kemerdekaan telah menjadi teladan Ucapan terakhir Dato’ Onn dalam persidangan Perhimpunan Agung UMNO
kepada generasi sekarang. pada 1951.

Sumber: Aina Shazween”s 6. A1: Refleksi Perjuangan Dato Onn
https://www.openlearning.com/content/5ac395fe044f8571c012feab/

Seorang Pemimpin yang Berdisiplin dan Amanah

Dato’ Onn merupakan pemimpin yang tidak mabuk kuasa dan kebal daripada
dijejasi oleh rasuah. Dato’ Onn sebagai Menteri Dalam Negeri mengingatkan
sahabatnya supaya jangan cuba menggunakan persahabatan mereka untuk
memberikan layanan istimewa kepada orang lain serta sikap Dato’ Onn sebagai
Menteri Besar menolak rayuan seorang yang mempunyai hubungan keluarga
dengannya untuk mendapatkan layanan istimewa dari kerajaan adalah dua contoh
Dato’ Onn memegang dan menjunjung tinggi amanah yang diletakkan ke atas
bahunya sebagai pemimpin. Adalah jelas sekali tentang peribadi Dato’ Onn
merupakan seorang pemimpin yang tidak terpengaruh oleh kebesaran pangkat dan
kedudukan yang wajar menjadi contoh teladan pemimpin generasi sekarang.
(Anwar Abdullah, 2004)

Sumber: Biografi Dato’Onn Hidup Melayu

Penutup

Dato’ Onn merupakan pemimpin tulen yang membawa agenda
perpaduan untuk perjuangan kemerdekaan negara kita. Kompromi
politik Dato’ Onn Jaafar dalam mengembalikan keharmonian
hubungan kaum khususnya di antara orang Melayu dan Cina selepas
pendudukan Jepun tidak dapat dinafikan lagi. Kepintaran dan
kegigihannya tidak ada tolok banding di waktu beliau berada di
mercu politik UMNO dan tanah air sehingga diperakui semua
kalangan. Melalui proses penghasilan buku skrap ini, saya dapat lebih
memahami sejarah riwayat Dato’ Onn Jaafar yang banyak memberi
sumbangan kepada tanah air kita. Sumbangan beliau dalam
mengukuhkan perpaduan rakyat perlu diutamakan dan diteruskan
oleh generasi muda sekarang.

Ahmad Boestamam, D. (1979). Datuk Onn Yang Saya Kenal. Penerbitan Adabi Sdn. Bhd. Rujukan

Aina Shazween's 6.A1: Refleksi Perjuangan Dato Onn. (2021).

Retrieved from OpenLearning: https://www.openlearning.com/content/5ac395fe044f8571c012feab/

Anwar Abdullah. (2004). Biografi Dato'Onn Hidup Melayu. Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia .

Dato jaafar Hj. Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. (2017).

Retrieved from Docplayer: https://docplayer.net/41078401-Dato-ja-afar-hj-muhammad-menteri-besar-johor-yang-pertama-dato-onn-

mempunyai-adik-beradik.html#show_full_text

Hari ini dalam Sejarah: Dato' Onn Meninggal Dunia. (2021).

Retrieved from Berita Pas: https://berita.pas.org.my/hari-ini-dalam-sejarah-dato-onn-meninggal-dunia/

Mohamed Ali Haniffa. (2016). Kompromi Politik Dato'onn Jaafar dalam Menangani Konflik Perkauman selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Retrieved from ResearchGate:

https://www.researchgate.net/publication/311770541_Kompromi_Politik_Dato'_Onn_Jaafar_dalam_Menangani_Konflik_Perkauman_Selep

as_Pendudukan_Jepun_di_Tanah_Melayu_Dato'_Onn_Jaafar_Political_Compromise_in_Addressing_Racial_Conflict_after_The_Japanese_

Occu

Presiden UMNO Pertama Dato'Onn Jaafar (11 May 1946-26 Ogas 1951). (2020).

Retrieved from UMNO Malaysia : https://umno.org.my/presiden/datuk-onn-jaafar/

S.H. Alattas. (2012). Surat Terbuka Untuk Sultan Ibrahim.

Retrieved from S.H. Alattas 40 years of Signature Writing: http://shalattas.blogspot.com/2012/10/surat-terbuka-untuk-sultan-ibrahim-yem.html


Click to View FlipBook Version