MESYUARAT AGUNG
KELAB POLIS IPK KELANTAN
SESI 2021/2022
SECARA DALAM TALIAN
TARIKH : 08 SEPTEMBER 2021
MASA : 8.30 PAGI
MEDIUM : GOOGLE MEET
PERASMIAN OLEH:
YDH CP DATO’SHAFIEN BIN MAMAT
KETUA POLIS KELANTAN
KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN M/S
1 ATUR CARA MESYUARAT AGUNG KELAB POLIS 1
IPK KELANTAN SESI 2021/ 2022
2 AGENDA MESYUARAT AGUNG KELAB POLIS 2
IPK KELANTAN SESI 2021/ 2022
3 SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB POLIS 3
IPK KELANTAN SESI 2019/ 2020
4 NOTIS MESYUARAT AGUNG KELAB POLIS 4
IPK KELANTAN SESI 2021/ 2022
5 MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB POLIS 5
IPK KELANTAN SESI 2019/ 2020
6 PENYATA AKAUN TAHUNAN TAHUN 2019 /2020 6
KELAB POLIS IPK KELANTAN
7 PERLEMBAGAAN KELAB POLIS IPK KELANTAN 7
8 USUL BARU 8
ATUR CARA
MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT
AGUNG
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KELAB POLIS
IPK KELANTAN SESI 2021 / 2022 SECARA DALAM TALIAN (GOOLE MEET)
****************************************************************************************
MASA ATUR CARA
8.15 PAGI - PENDAFTARAN (PENGISIAN BORANG KEHADIRAN
SECARA ONLINE)
8.30 PAGI - KEHADIRAN PEGAWAI / ANGGOTA / PEGAWAI AWAM
IPK KELANTAN SECARA DALAM TALIAN
8.45 PAGI - KEHADIRAN SEMUA KETUA JABATAN IPK KELANTAN
SECARA DALAM TALIAN
8.50 PAGI - KETIBAAN YDH SAC ABDULLAH BIN MOHAMMAD PIAH,
TIMBALAN KETUA POLIS KELANTAN DI BME
9.00 PAGI - KETIBAAN YDH CP DATO’ SHAFIEN BIN MAMAT,
KETUA POLIS KELANTAN DI BME
- KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS
- BACAAN DOA
- UCAPAN OLEH SUPT AHMAD AZIZUL BIN MOHAMED,
PEMANGKU PENGERUSI KELAB POLIS IPK KELANTAN
- UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KELAB
POLIS IPK KELANTAN SESI 2021 /2022 OLEH YDH CP
DATO’ SHAFIEN BIN MAMAT, KETUA POLIS KELANTAN
- PENYAMPAIAN CENDERAHATI
- MESYUARAT AGUNG KELAB POLIS IPK KELANTAN SESI
2021 / 2022 DIMULAKAN
- MESYUARAT SELESAI
- BERSURAI
AGENDA
MESYUARAT
AGUNG
AGENDA MESYUARAT AGUNG
KELAB POLIS IPK KELANTAN
**************************************************
1. UCAPAN PENGERUSI
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB POLIS IPK
KELANTAN SESI 2019/ 2020
3. PERKARA – PERKARABERBANGKIT
4. LAPORAN BENDAHARI KELAB POLIS IPK KELANTAN
- MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA
KEWANGAN KELAB POLIS TAHUN 2020
5. PELANTIKAN AJK – AJK BARU KELAB POLIS TAHUN 2021 / 2022
6. USUL – USUL BARU
7. UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT
8. MESYUARAT DITANGGUHKAN
AHLI
JAWATANKUASA
KELAB POLIS
IPK KELANTAN
SESI 2019 / 2020
SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB POLIS IPK KELANTAN
SESI 2019 / 2020
****************************************************************
BIL NAMA JAWATAN
SUPT. ROSLAN BIN YUSOF @
1 MOHAMAD(KETUA JABATAN SIASATAN PENGERUSI
JENAYAH NARKOTIK KN.)
SUPT AHMAD AZIZUL BIN MOHAMED
2 (KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH NAIB PENGERUSI
KOMERSIL KN.)
ASP AZIANA BT ISHAK,
3 SETIAUSAHA
PT E7, CAWANGAN KHAS KN.
ASP MD SUKI BIN MAMAT
4 PEN. SETIAUSAHA
PT LATIHAN/SUKAN, JAB. PENGURUSAN
EN. AZMI BIN MOHD DAUD
5 BENDAHARI
(PT START KEWANGAN,JSTART )
6 EN. AZREE BIN HASSAN PEN. BENDAHARI
(CAW. KEWANGAN,JSTART)
I) DSP RANO BIN OTHMAN
( CAW. KHAS)
7 JURU AUDIT
II) ASP ZULKOFLI BIN SAID
(PT KETENTERAMAN AWAM)
PN. SITI AISYAH BT ABDUL AZIZ
8 AJK I
(EO PENTADBIRAN, JAB PENGURUSAN)
PN. NORILA BT MUHAMMAD
9 (EO PENTADBIRAN, JABATAN SIASATAN AJK II
JENAYAH)
NOTIS
MESYUARAT
AGUNG
BORANG UTUSAN POLIS No. Susunan …...........
Hantar MASUK BILANGAN CAP TARIKH
dengan KUMPULAN PEJABAT
TELEPRINTER KUM SEMBOYAN
Atau KELUAR
RADIO
CIRCUIT
(Atas Garisan Bagi Kegunaan Pejabat Semboyan Sahaja)
DARIPADA : KP (PENGERUSI KELAB POLIS) KN.
KEPADA : SEMUA KETUA JABATAN KN.
SEMUA KETUA CAWANGAN JABATAN PENGURUSAN KN.
SEMUA AJK KELAB POLIS KN.
MAKLUMAN : YDH KP KN & YDH T/KP KN.
Nombor hantaran asal Tarikh No. Rujukan Penerima Tarikh
143/5/4/1/10 23/08/2021
MAJLIS PERASMIAN DAN MESYUARAT AGUNG KELAB POLIS IPK KELANTAN SESI 2021/ 2022
SECARA DALAM TALIAN (GOOGLE MEET) (.)
SATU (.) SEMBOYAN RUJUKAN SAMA BERTARIKH 22/08/2021 ADALAH DIBATALKAN(.)
DUA (.) MAJLIS DAN MESYUARAT TERSEBUT AKAN SEBAGAIMANA BERIKUT :-
TARIKH : 08 SEPTEMBER 2021 (RABU)
MASA : 9.00 PAGI
MEDIUM : GOOGLE MEET
(LINK AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN)
DIRASMIKAN OLEH : YDH KETUA POLIS KELANTAN
KEHADIRAN DI BME : 1) YDH KETUA POLIS KN.
2) YDH TIMBALAN KETUA POLIS KN.
3) SEMUA AJK KELAB POLIS IPK KN.
4) PENGACARA MAJLIS
5) PEMBACA DOA
TIGA (.) SEMUA AHLI KELAB POLIS IPK KELANTAN DIKEHENDAKI MENYERTAI MAJLIS
DAN MESYUARAT TERSEBUT (.) KUOTA KEHADIRAN ADALAH SEPERTI DI
LAMPIRAN A (.) SEMUA AHLI KELAB YANG MENYERTAI MESYUARAT AGUNG
TERSEBUT DIKEHENDAKI MENGISI BORANG KEHADIRAN YANG AKAN
DISEDIAKAN (.)
1
EMPAT (.) SEMUA KETUA JABATAN DIKEHENDAKI MENGEMUKAKAN/ MENGHANTAR :
4.1 SENARAI NAMA KEHADIRAN AHLI KELAB POLIS IPK KN. KE
MAJLIS PERASMIAN DAN MESYUARAT AGUNG (.)
4.2 SENARAI NAMA SEMUA PKP/ PRP/ PEGAWAI AWAM (AHLI
KELAB POLIS IPK KN.) DI JABATAN MASING-MASING UNTUK
URUSAN PENGAGIHAN CENDERAHATI (.)
4.3 USUL (JIKA ADA) UNTUK DIBINCANGKAN SEMASA
MESYUARAT AGUNG TERSEBUT (.)
4.3 SENARAI PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA BAGI SETIAP
JAWATAN DALAM KELAB POLIS IPK KN. SEPERTI DI
LAMPIRAN B
LIMA (.) PERKARA DI PARA 4.1 HINGGA PARA 4.3 HENDAKLAH DIEMELKAN KEPADA
SETIAUSAHA KELAB POLIS IPK KELANTAN DI ALAMAT EMEL [email protected]
SEBELUM / PADA 30 OGOS 2021 (.)
ENAM (.) ATUR CARA MAJLIS SEPERTI DI LAMPIRAN C (.)
TINDAKAN :-
KJIPS-BAKA KN - ATURKAN SEORANG PEMBACA DOA (.)
SETIAUSAHA KELAB - SEDIAKAN :
- JAMUAN MAKAN UNTUK SERAMAI 30
ORANG DAN PRAMUSAJI SECUKUPNYA (.)
- BUKU LAPORAN
- PENCATAT MINIT (.)
- TEKS UCAPAN KETUA POLIS KN. (.)
- SURAT JEMPUTAN KEPADA KETUA POLIS KN.
DAN TIMBALAN KETUA POLIS KN. (.)
BENDAHARI KELAB POLIS - SEDIAKAN PERUNTUKAN JAMUAN MAKAN
UNTUK SERAMAI 30 ORANG, PENCATAT MINIT
DAN CENDERAHATI (.)
PTLOG (TSM) - SEDIAKAN PENGENADALI DAN SILA PASTIKAN PA
SISTEM DI BME BERFUNGSI DENGAN BAIK (.)
ASP NOOR HERMARINA - PENGACARA MAJLIS (.)
BT OTHMAN (JSJ)
UNTUK MAKLUMAN/TINDAKAN (.) /////------
KESELAMATAN KEUTAMAAN TARIKH
WAKTU ASAL
TIDAK BERAHSIA BIASA 230800 HRS
(AHMAD AZIZUL BIN MOHAMED) SUPT TARIKH
PEMANGKU PENGERUSI, RAHSIA MUSTAHAK WAKTU
KELAB POLIS IPK KELANTAN DISERAHKAN
b/p : KETUA POLIS KELANTAN. SEGERA
MINIT MESYUARAT
AGUNG
KELAB POLIS
IPK KELANTAN
SESI 2019 / 2020
IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN
POLIS DIRAJA MALAYSIA
15990 JALAN BAYAM
KOTA BHARU KELANTAN
TEL : 09-7455622
FAKS : 09-7440022
RUJUKAN :143/5/4/1/10 TARIKH : 19 FEB 2019
MINIT MESYUARAT AGUNG
KELAB POLIS IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KELANTAN
SESI 2019/2020
Tarikh : 19 FEB 2019 (SELASA)
Masa : 1030 Hrs – 1200 Hrs
Tempat : Dewan Terbuka,
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan
1. Supt Roslan bin Yusof @ Mohamad - KJSJN (Pengerusi)
2. Supt Ahmad Azizul bin Mohamed - KJSJK
3. Supt Abdul Razak bin Mohd -JPJKK
4. Supt Radzi bin Ahmad - JSJ
5. Dsp Azizan Said - JPJKK
6. Dsp Iskarnor bin Abd Karim - Perlesenan
7. Dsp Roszuraida bt Hj Mohamad - PT Perkhidmatan/Perjawatan
8. Dsp Rano bin Othman - Caw.Khas
• Senarai Kehadiran Pegawai-Pegawai Kanan / Apr & Kta Adalah Seperti Di Lampiran
1. UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT OLEH YDH KETUA
POLIS KELANTAN TINDAKAN
1.1 YDH DCP Dato’ Hasanuddin b. Hassan, Ketua Polis Kelantan
mengucapkan salam sejahtera dan selamat pagi kepada YDH SAC Dato’
Hj. Azmi bin Abu Kassim, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Tuan- Tuan
Ketua Jabatan / Cawangan atau Wakil dan ahli-ahli Kelab Polis yang Makluman
hadir ke mesyuarat agung pada pagi ini. Beliau mengucapkan syukur
ke hadrat ilahi kerana memberi peluang kepada semua ahli untuk
berkumpul dan bermesyuarat agung Kelab Polis Kelantan bagi Sesi
2019/2020.
1.2 YDH Ketua Polis Kelantan menyeru kepada semua ahli Kelab Polis
agar berkorban masa dan tenaga serta sama-sama berganding bahu
menjaga kebajikan semua ahli dan masyarakat. Semua ahli dinasihatkan
agar tidak terlibat dengan perkara yang tidak baik demi menjaga imej
pasukan Polis Diraja Malaysia.
1.3 Dengan adanya Kelab Polis IPK Kelantan dapatlah ianya memberi
peranan dalam usaha untuk memberi kebajikan kepada masyarakat dan
peg / APR / KTA PDRM Kontinjen Kelantan. Mereka yang dilantik
sebagai ahli jawatankuasa Kelab Polis bagi sesi 2019/2020 mestilah Makluman
proaktif, aktif dan kreatif dalam melaksanakan tugas yang telah
diamanahkan supaya Kelab Polis Kontinjen Kelantan ini terus hidup
dan dapat memberi dan menjaga kebajikan kepada Warga Polis
Kontinjen Kelantan dan seterusnya sama-sama mendapat ganjaran dan
manfaat daripada pertubuhan kelab ini. YDH Ketua Polis Kelantan
mengakhiri mesyuarat dengan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’, dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Polis IPK
Kelantan bagi Sesi 2019/2020.
2. UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT
2.1 YDH Supt Roslan bin Yusof @ Mohamad, Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah IPK Kelantanselaku pengerusi sementara mesyuarat
mengucapkan selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua ahli Makluman
Kelab Polis IPK Kelantan. Pengerusi menyampaikan ucapan
penghargaan kepada ahli jawatankuasa dan semua pihak yang
terlibat dalam usaha merealisasikan mesyuarat agung pada hari ini
yang amat penting untuk memenuhi kehendak dan peraturan yang
ditetapkan oleh jabatan pendaftar pertubuhan (ROS) yang mewajibkan
mesyuarat agung sebegini diadakan setiap tahun.
2.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran kesemua
ahli-ahli kelab yang memberikan komitmen untuk hadir bersama-sama
menjayakan majlis ini. Semoga dengan kehadiran semua, akan
menjadikan mesyuarat agung kita pada kali ini lebih bermakna kerana Makluman
adanya usul pindaan perlembagaan yang memerlukan persetujuan
majoriti ahli. pindaan beberapa perkara bagi menambahbaik bagi
manfaat semua ahli.
2.3 Tujuan utama kelab ini ditubuhkan ialah bagi mengeratkan perpaduan,
mewujudkan semangat harmoni dan setiakawan, menjalinkan
hubungan kekeluargaan, selain mengadakan pelbagai aktiviti sosial
seperti aktiviti sukan dan keagamaan, serta menjaga kebajikan dan
menggalakkan aktiviti perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan
tabungan kewangan kelab.
2.4 Aktiviti akan datang yang dirancang ialah dalam masa terdekat, kelab
akan memberi sumbangan 2 helai t-shirt berkolar kepada semua ahli
yang akan dipakai dalam program-program senamrobik, larian 2.4km, Makluman
gotong-royong dan sebagainya yg difikirkan sesuai. Selain itu,
cadangan menganjurkan larian “fun run” sejauh 7km akan diadakan di
mana hasil kutipan yuran akan dimasukkan ke tabung kelab.
2.5 Pengerusi memaklumkan mengenai agenda mesyuarat bermula
dengan semakan minit mesyuarat kelab polis IPK KELANTAN bagi
sesi 2017/2018, laporan kewangan, pinda perlembagaan, pemilihan
AJK, perbincangan usul-usul seterusnya hal-hal yang berkaitan.
3. LAPORAN PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
KELAB POLIS KONTINJEN KELANTAN MULAI 01/01/2018
SEHINGGA 31/12/2018
En. Azmi bin Mohd Daud selaku bendahari kelab polis IPK
KELANTAN membentangkan penyata kewangan bermula 01/01/2018
sehingga 31/12/2018 seperti berikut :-
Jumlah penerimaan : RM 60,095.00 Makluman
Jumlah pembayaran : RM 55,979.29
Baki dalam bank pada 31/12/2018 : RM 319,946.38
4. PERBENTANGAN PINDA PERLEMBAGAAN
Supt Roslan bin Yusof @ Mohamad selaku penegerusi sementara
memaklumkan berkenaan cadangan pinda perlembaagaan seperti
berikut :-
4.1 Melaksanakan aktiviti perniagaan melibatkan modal lebih
kurang RM20,000.00 atas kelulusan AGM atau AJK.
Makluman
Dengan berkonsepkan guna & jana, pengerusi mengarahkan agar setiap
aktiviti yang dilakukan mestilah membawa keuntungan kepada kelab
kembali tidak kira apa jua aktiviti sekalipun.
Cadangan ini disokong oleh ASP Md Suki bin Mamat,
Pen.Setiausaha Kelab Polis IPK KELANTAN.
4.2 FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
Pengerusi memaklumkan bahawa bermula tahun 2019, yuran kelab Makluman
bagi Pegawai yang diwartakan, pegawai berpangkat Insp, KPL hingga
Sub-Insp, KTA, L/kpl, Konstabel & Pegawai Am Rendah adalah sama
rata iaitu sebanyak RM4.00 ringgit.
Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu
dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap bulan. (Yuran hendaklah
dipotong secara automatik sebanyak RM48.00 setahun sebelum 31
Januari setiap tahun).
SI 87274 Ahmad Shukri bin Hassan mencadangkan agar kutipan Makluman
bayaran sebanyak RM48.00 ringgit ini dikutip secara backdated
bermula 01 Januari 2018 bagi pegawai yang tidak membuat potongan
melalui gaji.
Cadangan ini disokong dan dipersetujui oleh ydh pengerusi.
4.3 FASAL 8 JAWATANKUASA
Pengerusi memaklumkan bahawa setiap kelab mestilah terdiri
daripada seorang penaung/penasihat iaitu Ketua Polis Negeri /
Timbalan Ketua Polis Negeri yang berfungsi untuk memberikan
kebaikan dan faedah kepada ahli-ahli kelab polis IPK Kelantan.
Mesyuarat Agong akan diadakan setiap tahun manakalaperlantikan AJK Makluman
akan dibuat dua tahun sekali kecuali jikaterdapat pertukaran atau hal-hal
yang berkaitan.
Pemilihan bendahari adalah secara automatik iaitu PTL Kewangan IPK
Kelantan yang mempunyai kemahiran kursusdalam pengurusan
kewangan.
Cadangan pemilihan ini disokong oleh SI 87274 Ahmad Shukri bin
Hassan.
Ahli jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa
sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah
disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan kerana tidak memberikan
komitmen/kerjasama.
4.4 FASAL 18 : BENDERA , LAMBANG DAN LENCANA
Pengerusi memaklumkan bermula Februari 2019 sehingga 15 MAC
2019 akan diadakan pertandingan mencipta logo/lambang Kelab Polis
IPK Kelantan dimana pencipta logo/lambang kelab paling kreatif akan
memenangi wang tunai RM1000.00 ringgit berserta sijil penghargaan. Ahli Kelab
5. SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB POLIS IPK
KELANTAN BAGI SESI 2017/2018
5.1 Ahli Jawatankuasa Kelab Polis IPK Kelantan yang dipegang
sebelum ini adalah seperti berikut :-
i) Pengerusi : Supt.Roslan bin Yusof @ Mohamad
ii) Setiausaha : ASP Aziana binti Ishak Makluman
iii) Bendahari : En. Azmi b. Mohd Daud
5.2 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KELAB POLIS IPK
KELANTAN BAGI SESI 2019/2020
5.2.1 PENGERUSI KELAB POLIS IPK KELANTAN
Supt. Roslan bin Yusof@Mohamad: Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik
5.2.2 TIMBALAN PENGERUSI KELAB POLIS IPK KELANTAN
Supt Ahmad Azizul Mohamed : Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
5.2.3 SETIAUSAHA KELAB POLIS IPK KELANTAN
Makluman
ASP Aziana binti Ishak : PT E7, Cawangan Khas IPK
5.2.4 PENOLONG SETIAUSAHA KELAB POLIS IPK KELANTAN
ASP MdSuki bin Mamat : Jabatan JiPS
5.2.5 BENDAHARI KELAB POLIS IPK KELANTAN
PPT N32 Azmi b. Mohd Daud : PT Kewangan
5.2.6 JURUAUDIT KELAB POLIS IPK KELANTAN
DSP Rano bin Othman : PT BP&K,Cawangan Khas IPK
ASP Zulkifli bin Said : PTKA
5.2.7 AJK I
Pn Siti Aisyah bt Abdul Aziz : EO Pentadbiran Jabatan Pengurusan
5.2.8 AJK II
Pn.Norila bt Muhammad :EO Pentadbiran Jabatan Siasatan Jenayah
Makluman
5.2.9 WAKIL JABATAN
SM Azman bin Awang Hamat : Cawangan Khas IPK
SI Mohd Ladin bin Che Ngah : JSJ IPK
SM Azman bin Musa : JSJN IPK
Pn.Nora binti Mohamad : Trafik IPK
PF 16787 Abu Khairi bin Yahya : JSJK IPK
SM Kamal bin Ismail : Jabatan Pengurusan
En.Muhammad Haikal bin Osman : Jips
Makluman
Insp Rozita binti Abdullah : Jabatan StaRT
DSP Azmi : JPJKK IPK
6. USUL-USUL BARU
SI 87274 Ahmad Shukri bin Hassan mencadangkan usul-usul seperti
berikut :-
6.1 Meraikan anggota yang bertukar dan bersara secara berperingkat iaitu
peringkat pertama bagi bulan Januari sehingga Jun manakala
peringkat kedua Julai sehingga Disember.
Cadangan ini disokong dan dipersetujui oleh pengerusi.
Makluman
6.2 Penyediaan peruntukan makan minum bagi program gotong-royong
peringkat IPK KN.
Makluman
Cadangan ini disokong dan dipersetujui dengan kadar yang
munasabah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1200 hrs.
Disediakan oleh,
.....................TT.........................................
(NOR AIMI FAZLINI BT ZAINUDIN) PSP
Pencatat Minit Mesyuarat
Disemak oleh,
...........................TT...................................
(AHMAD AZIZUL BIN MOHAMED) SUPT
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
b/p : Ketua Polis Kelantan
KEHADIRAN
1. ASP Aziana bt Ishak - Caw. Khas
2. ASP Mohd Mazlan Deraman - StaRT
3. ASP Zulkifli bin Said - PTKA
4. Asp Mohd Khairul Fazrie bin Mohd Fauzi - JSJN
5. Asp Bakar bin Jasa - JSJN
6. Asp Zabidi bin Hj Harun - Caw.Khas
7. Asp Intan Sarina bt Awang - Pentadbiran
8. Asp Toh Au Ling -JSJ
9. Asp Hanizan binti Rahman - JiPS
10. P/Asp Raja Norasmawati bt Raja Hussin -JSJN
11. Insp Wan Nazifah bt Nawan -JSJ
12. Insp Siti Sarah binti Mohd Yusoff -JSJ
13. Insp Noorashikin binti Abd Hashim -JSJN
14. Insp Wan Hasnimah bt Wan Nawi -JSJ
15. Insp Nur Amarina bt Shamsuddin - JSJN
16. Insp Adam Shukri bin Razak - Caw.khas
17. SI Zaidah Nik Ibrahim - JSJ
18. Sjn Normah Dolah - Caw.Khas
19. Sjn Norhayati Zakaria - Caw.Khas
20. SM/D Abdullah bin Ahmad -Caw Khas
21. SM/D Awang Hamat - Caw.Khas
22. Sjn Tuan Azizi bin Tuan Mamat - Caw.Khas
23. Sjn Ahmad bin Talib - Caw.Khas
24. Sjn/D Nik Faizul Azam bin Setapal - Caw.Khas
25. Sjn Wahab - PKTN
26. Sjn Khanda D/O Eh Tit - Caw.Khas
27. Sjn Shahril Azli bin Ariffin - JSJN
28. Sjn Che Rosnah binti Abdul Rahman - Tsm
29. Kpl Farouk Mohsin bin Alwi - Caw Khas
30. Kpl Rosmawati binti Ramli -JSJN
31. Kpl Khamdani bin Gatot - Tsm
32. Kpl Hasmarizam bin Che Hassan - JSJN
33. Kpl Shaari bin The - JSJ, D1
34. Kpl Natrah binti Sulaiman - Caw.Khas
35. Kpl Norlida Darus - Caw.Khas
36. Kpl 135462 Roslina binti Bakar - Suksis JPJKK
37. Kpl Mahaidi bin Ibrahim - JSJ, D4
38. Kpl Jamal Amir Jamaluddin - Tsm
39. Kpl Rosli Seman - Tsm
40. Kpl Norain bt Md Hadi - JSJN
41. Kpl/s Payati Yahya - Perjawatan
42. L/Kpl Shahrul Izuan bin Zaharuddin - PKTN
43. Konst Faridah bt Abdul Wajib - JSJN
44. PF 18331 Junoria bt Sulong - Kewangan
45. PF 18373 Nora bt Mohamad - JSPT
46. PF 20157 Mohd Fuaz Yar - StaRT
47. PF 29079 Nor Aimi Fazlini binti Zainudin - Caw.Khas
48. PF 21585 Nazaidah bt Ahmad Arifin - Caw.Khas
49. PF 19229 Siti Mariyam Ismail - Caw.Khas
50. PF 18893 Rahayu Aziz @ Omar - Caw.Khas
51. PF 19758 Tuan Norwina binti Tuan Soh - Caw.Khas
52. PF 19746 Tg Rinni Francessca - Caw.Khas
53. PF 11433 Natipah bt Dahan - Caw.Khas
54. PF 27961 Norbahiyah bt Mohd Arifin - Caw.Khas
55. PF 18195 Suhaila bt Salleh - Caw.Khas
56. PF 17252 Tuan Noriani bt Tuan Soh - Caw.Khas
57. PF 20421 Siti Zubaidah bt Yahya - Caw.Khas
58. PF 23787 Maizzatulakma - Registry
59. PF 18137 Norfazilah Daud - JSJ
60. PF 17860 Maznah bt Hussain - Tsm
61. PF 26559 Izzah Rasifah Idris - Tsm
62. PF 17148 Wan Rosliza Wan Hamat - Tsm
63. PF 23199 Sarina Maaroff - Tsm
64. PF 17891 Omrina Omar - Tsm
65. PF 19530 Siti Norfadhilah bt Mat Yusof - JiPS
66. PF 20787 Mohd Saiful Nizam -
67. PF 23009 Zurina bt Mohd Noh - Suksis JPJKK
68. PF 21528 Mohd Rasyidi Rasyidi Abdullah -
69. PF 27384 Amran bin Ali - Kew
70. PF 18232 Asyran binti Mohd Ariffin - Pentadbiran
71. PF 16787 Abu Khairi bin Yahya - JSJK
72. PF 18099 Marziana PF 18485 Noor Adura binti Nik Azizin - JSJ
73. Siti Mariam bt Abdullah - JSJN
74. PF 18482 Haliza binti Abdul Rahman - JSJN
75. PF 19424 Siti Zulaikha Ramli - JSJN
76. PF 17637 Azira binti Muhammad - JSJN
77. PF 23691 Nor Aida Isa - StaRT
78. PF 18661 Halimatul Saadiyah Idris - StaRT
79. PF 18927 Wan Maryam Wan Mustapha - PR
80. PF 17712 Nor Azizah binti Md Nor - PR
81. PF 23245 Noor Hafiza Kamaruddin - JPJKK
82. PF 20162 Nik Noor Suhaila Nik Mohamad - JiPS
PENYATA AKAUN
TAHUNAN
KELAB POLIS
IPK KELANTAN
TAHUN 2019
PENYATA AKAUN
TAHUNAN
KELAB POLIS
IPK KELANTAN
TAHUN 2020
PERLEMBAGAAN
KELAB POLIS
IPK KELANTAN
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN DALAM
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
KELAB POLIS IPK KELANTAN
*Cadangan Sepertimana Bertulisan Bold Italic
PERLEMBAGAAN BAGI
PERTUBUHAN INDUK
KELAB POLIS IPK KELANTAN
FASAL 1 NAMA
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama
KELAB POLIS IPK KELANTAN
Selepas ini disebut "Pertubuhan".
(2) Takrif Nama: Ipk Merujuk Kepada Ibupejabat Polis Kontinjen
Kelantan (IPK)
(3) Taraf Pertubuhan: Negeri
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
IBUPEJABAT POLIS KONTINJEN KELANTAN, JALAN BAYAM
15990 KOTA BHARU KELANTAN
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
IBUPEJABAT POLIS KONTINJEN KELANTAN, JALAN BAYAM
15990 KOTA BHARU KELANTAN
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dan semasa ke semasa
oleh Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh
diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT
1. MENGERATKAN PERPADUAN, SEMANGAT harmoni dan setiakawan di
kalangan ahli-ahli dalam semua peringkat perkhidmatan di IPK Kelantan.
2. Meningkatkan hubungan kekeluargaan di antara keluarga ahli-ahli serta saling
berinteraksi di antara satu sama lain.
3. Mengadakan aktiviti kesukanan, agama dan sosial di kalangan ahli.
4. Menubuhkan tabung kebajikan dan menjaga kepentingan kebajikan ahli-ahli dan
keluarga mereka serta memberi bantuan, sumbangan dan sokongan moral bila
diperlukan atas budibicara jawatankuasa.
5. Menjalankan aktiviti perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan tabung
kewangan Kelab. Semua wang atau keuntungan yang didapati oleh Kelab ini hasil dari
penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan
semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan kelab
ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk
membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli kelab, sungguhpun
begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan
tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan kedua-duanya kepada mana-mana
ahli atau pekerja kelab ini.
6. Melaksanakan aktiviti perniagaan melibatkan modal lebihkurang
RM20,000.00 atas kelulusan AGM atau AJK
FASAL 4 KEAHLIAN
(1) Keahlian Kelab terbuka kepada semua pegawai 'dan kákitangañ' awam di
Ibupejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK Kelantan) termasuk semua kategori pangkat
atau tidak berpangkat, pegawai dan dan kakitangan dalam perkhidmatan polis di IPK
Kelantan yang berumur 18 tahun ke atas.
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh
seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan
permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan.
Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa
memberi sebab-sebabnya.
(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut
diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditetapkan diterima
menjadi ahli Kelab dan berhaklah ia sebagai ahli.
FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1) Ahli yang hendak berhenti deripada menjadi ahli Kelab, hendaklah memberi
kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan
segala hutangnya.
(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Kelab atau bertindak dengan
cara yang akan mencemarkan nama baik Kelab boleh dipecat atau digantung
keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh
Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan keahlian ahli
tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau
penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk
memberi penjelasan dan membela dirinya.
Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat
agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:
(a) Yuran Masuk: RM1.00
(b) Yuran Bulanan:
(i) Pegawai yang diwartakan: RM4.00
(ii) Pegawai berpangkat Insp: RM4.00
(iii) Bagi Koperal hingga Sub-lnsp, Kakitangan Awam: RM4.00
(iv) LKpl, Konstabel, Pembantu Am Rendah (PAR): RM4.00
(2) Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam
tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap bulan. (Yuran hendaklah dipotong secara automatik
RM48.00 setahun sebelum 31 Januari setiap tahun)
(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 bulan akan menerima surat
peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hakhak
keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi bulan
dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Kelab dan jawatankuasa boleh
memerintahkan supaya tindakan diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas
hati yang ahli itu telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu.
(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan bayaran masuk semula bagi sesiapa
yang telah membiarkan keahlian terlucut disebabkan hutang.
(6) Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu
boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli
yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam masa yang telah ditetapkan, maka
wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
(1) Pengelolaan Kelab ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.
Sekurangkurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau
dua kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah
hadir didalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan
mencukupkan korum untuk mesyuarat.
(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan
unluk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh
(tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak
cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat
yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat
tetapi tidak berkuasa meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-
keputusan yang melibatkan semua ahli.
(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Kelab hendaklah diadakan dengan secepat
mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 hb Mac
pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja
Mesyuarat Agung Tahunan ialah:
(a) Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Kelab di dalam tahun
yang lalu;
(b) Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi
tahun yang lalu;
(c) Memilih Ahli Jawatankuasa dan Juruaudit untuk dua tahun sekali
(d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14
hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat íermasuk
salinan peringatan mesyuarat dan laporan berserta penyata kira-kira kelab bagi tahun
lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca
oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Kelab.
(5) Mesyuarat Agung Khas bagi Kelab ini boleh diadakan:
(a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau
(b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu
perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan
tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Kelab.
(6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu
tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
(7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan
oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang
telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
(8) Fasal 7(1) dan 7(2) didalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan
Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung
Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dan
waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli
maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini,
Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh
diadakan.
(9)Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan
tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa
segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA
(1)Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah
dipilih didalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap dua tahun sekali:-
Seorang Penaung/Penasihat
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Setiausaha
Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
14 Orang AJK Biasa yang terdiri daripada Pengerusi PPKPCPW Cawangan A/B,
Pengerusi PPRPD, Pengerusi PACSU dan wakil setiap Jabatan Pegawai
berpangkat DSP / ASP.
(2)Pemegang-pemegang jawatan Kelab ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan
tugas eksekutif dalam Kelab ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
(3) Nama untuk jawatan di Fasal 8(1) diatas hendaklah dicadangkan serta disokong dan
pemilihannya dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat
Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula setiap dpa tahun sekali, kecuali
Bendahari adalah secara automatik PTL Kewangan IPK Kelantan yang
mempunyai kemahiran kursus dalam pengurusan kewangan.
(4) Fungsi Jawatankuasa lalah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Kelab
dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Kelab mengikut
dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya
tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat
agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah
sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah
mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap
Mesyuarat Agung Tahunan
(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam
tempoh tiga (3) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan
kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak
kurang daripada 4 orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya
diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah
(12) daripada Ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan
mencukupkan korum mesyuarat.
(6)Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan
Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan maka Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan Ahli-Ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat
pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikul mestilah disempumakan sebelum
keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai lelah diterima:-
(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat
pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa;
(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh
Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan
di dalam peringatan mesyuarat.
(7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan
jawatan didalam Jawatankuasa.
(8) Jika seseorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calón
yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil
untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calón yang sedemikian tidak ada atau
menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain
memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan
diadakan.
(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain
untuk menjalankan urusan Kelab, dan melantik pengurus dan kakitangan yang
difikirkannya mustahak la boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang
pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar
menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh
merosakkan kepentingan kelab.
(10) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan
memberi kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
(1) Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi
semua mesyuarat agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat la mempunyai undi pemutus dan
hendaklah ia menandatangani semua cek Kelab bersama-sama dengan Setiausaha
dan Bendahari.
(2) Timbalan Pengerusi akan memangku jawatan Pengerusi dan menjalankan tugas-
tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Kelab mengikut
undangundang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan
Jawatankuasa la bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan
menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.
Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir
seperti ñama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan
alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli la hendaklah hadir di dalam semua
mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat la hendaklah menandatangani semua cek
Kelab bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam
masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata
tahunan Kelab kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah
Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966.
(4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong setiausaha menjalankan kerja-kerja dan
memangku jawatan itu semasa ketiadaan setiausaha.
(5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab. la
hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas ketepatannya la hendaklah menandatangani semua cek
Kelab bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.
(6) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan
tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang
Kelab ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuantujuan
Persatuan, termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan
pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau
bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah
dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM (Ringgit
Malaysia: satu ribu ringgit sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada
jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa.
Kira-kira bank itu hendaklah di atas ñama Kelab.
(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Kelab hendaklah
ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan
Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa
diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan
pengeluaran wang Kelab.
(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000.00(Ringgit Malaysia: Lima Ribu
Ringgit Sahajajbagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih
dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih dari RM20,000.00 (Ringgit
Malaysia. Dua Ribu Ringgit Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa
mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.
Perbelanjaan yang kurang dari RM 5000.00(Ringgit Malaysia: Lima Ribu Ringgit
Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan
Bendahari.
(5) Penyata perihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi
setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang
dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah
tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah
dikemukakan untuk kelulusan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan
salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli ditempat urusan kelab.
(6) Tahun kewangan kelab ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31
Disember tiap-tiap tahun.
(7) Bendahari hendaklah membayar elaun kehadiran ke mesyuarat AJK dengan
kelulusan penaung / penasihat dengan kadar yang munasabah.
FASAL 11 JURUAUDIT
(1) Seorang yang bukannya Pegawai Kelab boleh dilantik di dalam Mesyuarat
Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Mereka akan memegang
jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.
(2) Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira kelab bagi setahun dan
membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka harus
juga jika dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira
Kelab bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat
laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 12 PENTADBIR HARTA
PENTADBIR HARTA
(1) Segala harta tidak alih kelab hendaklah didaftarkan atas ñama kelab berkuatkuasa
seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat
surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa
itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh
Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.
(2) Harta tidak alih Kelab tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa
persetujuan Mesyuarat Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
(1) Diantara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan
tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh
memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
(2)Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang
telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahliahli adalah
muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.
FASAL 14 PERANAN DAN FUNGSI PENASIHAT / PENAUNG.
Menjalankan fungsi-fungsi sebagai Penasihat yang memberikan kebaikan dan
faedah kepada ahli-ahli Kelab Polis IPK Kelantan.
Pelantikan jawatan sebagai Penasihat/ Penaung bagi Kelab ini adalah secara
automatik bagi penyandang jawatan Ketua Polis Kelantan/ Timbalan Ketua Polis
Kelantan.
FASAL 15 LARANGAN
(1) Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam premis:
Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pau Kau, Tau Ngau, tien Kow, Chap
Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puloh Satu, Tiga Puloh Satu, Sepuloh dan
Setengah, semua permainan dadu, banker's game, permainan video dan semua
permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;
(2)Kelab atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga
mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam
gerakan Kesatuan Sekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959;
(3) Kelab ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau
tidak, atas ñama Kelab atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa
kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;
(4) "Faedah' seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan
1966,tidaklah boleh diberikan oleh Kelab kepada mana-mana ahlinya.
(5) Mana-mana orang tidak boleh memegang jawatan dalam Kelab, menjadi penasihat
atau pekerja Kelab, jika ia telah hilang kelayakan menurut Seksyen 9A
Akta Pertubuhan, 1966.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
mesyuarat agung ahli-ahli. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada
undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60
hari dan tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan
hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu
FASAL17 PEMBUBARAN
(1) kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dan hadir dalam
suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
(2) Sekiranya kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala
hutang dan tanggungan kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan
dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui
dalam Mesyuarat Agung berkenaan.
(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada
Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
1. Bendera -
Keterangan
2. Lambang -
Keterangan
3. Lencana -
Keterangan
USUL