The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazimah2209, 2019-01-14 23:55:45

Minit Kecemerlangan (3) (2)

Minit Kecemerlangan (3) (2)

MINIT MESYUARAT UNIT KECEMERLANGAN UPSR KALI KETIGA
TAHUN 2018

TARIKH : 8 Ogos 2018 (Rabu)
MASA : 1.30 petang
TEMPAT : Bilik Guru Besar SK Bagan Serai

Kehadiran :
1. Pn. Fatimah binti Hashim (Guru Besar)
2. Pn. Siti Norsupiah binti Jumain (PK PPKI)
3. En. Musa bin Jalani @ Zaini (GPK HEM)
4. En. Azharul Faiz bin Zainal Abidin (Setiausaha)
5. Pn. Nazimah binti Syed Mohd Nazar
6. Pn. Faridah binti Hamzah
7. Pn. M Rajeswary A/P Murugesu
8. Pn. Azlina binti Hassan Bakri
9. En. Junaidi bin Mohd Yusuf
10. En. Rosli bin Abdul Shokor

Tidak Hadir Bersebab:
Hidayat Azimah binti Suhaimi(Kursus NPQEL)

Tidak Hadir Tanpa Sebab:
Tiada

1. Aluan Pengerusi

1.1 Dimulakan dengan ummul-kitab

1.2 Ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru untuk bermesyuarat
kali ketiga dan merupakan mesyuarat “house keeping” jentera UPSR
sebelum UPSR berlangsung.

1.3 Ucapan terima kasih kepada semua guru atas kesungguhan dan
komitmen sehingga sekarang dan UPSR bakal berlangsung lebih
kurang sebulan dari tarikh mesyuarat kali ini.Dapatan dari mesyuarat ini
adalah untuk pengisian program yang bersesuaian dengan murid/calon
UPSR.

1.4 Ucapan terima kasih kepada Setiausaha Kecemerlangan UPSR 2018,
En. Azharul Faiz bin Zainal Abidin atas usaha beliau dalam memastikan
susun atur jadual kelas tambahan yang berjalan dengan sistematik dan
teratur.

2. Analis Ujian Percubaan UPSR 2018

2.1 Guru Besar memaklumkan peratus murid menguasai semua mata
pelajaran perlu dipertingkatkan kerana SK Bagan Serai tersenarai
dalam Dialog Prestasi di PPD Kerian.

2.2 Guru Besar memaklumkan bahawa program intervensi yang sesuai
dengan keperluan murid dijalankan dengan kadar yang segera sebelum
menjelang UPSR,

2.3 Guru Besar memaklumkan sekolah tidak pernah mencapai keputusan
100% dalam matapelajaran Bahasa Melayu sepanjang tempoh 10
tahun sebelum ini. Beliau berharap masalah murid tidak boleh
membaca dapat diatasi bagi mengekalkan peratus kecemerlangan
dalam Bahasa Melayu dalam UPSR 2018.

Tindakan: Panitia Bahasa Melayu dan
Guru Pemulihan

2.4 Guru Besar menyatakan bahawa matapelajaran Bahasa Inggeris
merupakan matapelajaran bermasalah di sekolah ini. Beliau
mengharapkan kajian dan tindakan diambil bagi mengatasi masalah ini.

Tindakan: Semua Guru B. Inggeris

3. UPSR 2018

3.1 Analisa Keputusan TOV

3.1.1 Guru Besar sekali lagi membuat perbandingan peratus lulus bagi
setiap matapelajaran. Bahasa Malaysia Penulisan mencapai
peratusan tertinggi iaitu 92.93% manakala matapelajaran Matematik
mendapat peratusan terendah iaitu 53.54.

Tindakan: Semua Matematik

3.1.2 Guru Besar membuat perbandingan antara keputusan TOV 2017 dan
TOV 2018. Beliau yakin sekolah mampu mencapai keputusan yang
lebih cemerlang dalam UPSR 2018 berdasarkan kepada keputusan
TOV 2018.

4. Program Kecemerlangan UPSR 2018

4.1 Ahli mesyuarat berbincang dan mengambil kata sepakat dalam
menentukan intervensi diambang UPSR 2018.

Tindakan: Semua AJK

4.2 Program yang dijalankan ialah Program Kepung UPSR di sekolah
anjuran PIBG dan Program Pecutan Akhir UPSR di Etchno
Valley.Tarikh dan perlaksanaan adalah seperti dalam lampiran.

Tindakan: Guru Kelas

4.2.1 Pn. Nazimah mencadangkan perincian belanjawan disediakan dalam
setiap aktiviti yang dijalankan untuk tindakan guru kelas.

Tindakan: Bendahari Kecemerlangan

5. Pembentangan Program Panitia Bahasa Inggeris dan Matematik

5.1 Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Pn. Faridah binti Hamzah
membentangkan program panitia bagi jangkamasa pendek dan
jangkamasa panjang.

5.2 Antara program Panitia Bahasa Inggeris untuk tahun 6 ialah kelas
petang, teknik menjawab UPSR, kelas intensif dan “writing workshop”.

5.3 Antara program Panitia Matematik untuk tahun 6 ialah Kelas Intensif
Gemilang yang diadakan setiap hari Sabtu Dan Ahad.

Tindakan: Semua Guru B. Inggeris

6. Hal-hal lain

6.1 Setiausaha Peperiksaan Sekolah, Pn. Nazimah binti Syed Mohd Nazar
meminta semua guru kelas tahun 6 mengumpul salinan surat beranak
murid tahun 6 untuk tujuan semakan akhir data murid sebelum UPSR
2018.

Tindakan: Guru Kelas Tahun 6

Mesyuarat tamat pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(AZHARUL FAIZ BIN ZAINAL ABIDIN) (PN. FATIMAH BINTI HASHIM)
Setiausaha Kecemerlangan 2018 Guru Besar
SK Bagan Serai SK Bagan Serai


Click to View FlipBook Version