LENSA
MAJLIS
PERWAKILAN
PELAJAR
SESI 2020/2021
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 1
KATA ALU-ALUAN
NORHAKIM BIN ALI
Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar
Politeknik Merlimau
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam K
esatuan Mahasiswa.
Terlebih dahulu, izinkan saya memetik ucapan sulung Khalifah Abu Bakar As-Siddiq RA. Antara
lain apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau berkata: “Hai manusia. Sesungguhnya aku dilantik
pemimpin di kalangan kamu dan aku bukanlah orang yang terbaik. Jika aku mentaati Allah, maka
taatilah aku. Sebaliknya jika sekiranya aku derhaka, maka tiada ketaatan bagimu.”
Didalam usaha untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai Majlis Perwakilan
Pelajar. Hala tuju MPP PMM sesi 1: 2021/2022 dirangka sebagai garis panduan untuk kami menunaikan
amanah dan tanggungjawab kami kepada rakan mahasiswa dan Politeknik ini sendiri. Menginsafi
hakikat ini, serta pada masa yang sama menyedari tanggungjawab kami sebagai sebuah majlis yang
menaungi seluruh mahasiswa di Politeknik ini, kami telah gariskan visi dan misi serta halatuju MPP
yang akan kami jawat sepanjang sesi 2021/2022.
Antara lain visi kami adalah untuk "Melahirkan pemimpin yang berwibawa" disamping
merancang dan melaksanakan aktiviti pelajar. berwibawa disini dimaksudkan dengan keterampilan
seseorang pemimpin yang tetap dengan pendirianya sendiri bagi memimpin anak buah ketahap yang
lebih baik. Dalam masa yang sama misi kami pada sesi kali ini adalah untuk "melahirkan pelajar yang
berakhlak mulia, berbudaya ilmu, berkepimpinan dan berwawasan". Banyak yang diungkapkan
didalam misi kami adalah kerana Majlis Perwakilan Pelajar cakna akan isu semasa malah mampu
meningkatkan prestasi diri bagi memimpin rakan-rakan siswa yang lain.Sepertimana peribahasa
melayu "Ibarat kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung
kehujanan" yang mempunyai maksud tersirat bahawa pemimpin yang menjadi penaung dan
pelindung kepada anak buahnya. jelas lagi bersuluh bahawa setiap insan bernama manusia dilahirkan
dengan sifat kempimpinan yang tersendiri, malah perlu diasah bagi meningkatkan kualiti dirinya
sendiri.
Ingin juga ditekankan bahawa terdapat pelbagai Program yang telah kami laksanakan bagi
meningkatkan kualiti dan prestasi pelajar PMM agar sentiasa aktif dan proaktif dalam menjalani
kehidupan sebagai seorang Mahasiswa yang produktif di Politeknik Merlimau ini. Namun diera
pendamik Covid-19 ini terdapatnya had had tertentu dalam melaksanakan program, akan tetapi kami
cuba sedaya upaya bagi melaksanakan program yang bermanfaat dan juga memberi impak positif bagi
pelajar PMM walaupun secara hibrid.
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya memohon agar setiap langkah yang kami pimpin ini,
diselarikan dengan doa daripada semua Pihak agar setiap daripada gerak kerja kami sentiasa dibantu
oleh Allah SWT dan diredhai olehnya agar dikurniakan yang terbaik bagi kita semua dalam usaha
membentuk mahasiswa berjaya didunia dan akhirat.
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 2
CARTA ORGANISASI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 3
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 4
PROGRAM KEPIMPINAN MAHASISWA
DINAMIS 7.0 10-12 APRIL 2021
KEM PERMATA RESORT,
ALOR GAJAH MELAKA
Lebih 40 pelajar yang
terdiri daripada
barisan kepimpinan
baharu Majlis
Perwakilan Pelajar
Politeknik Merlimau
mengikuti program
Kepimpinan
Mahasiswa dinamis
7.0. Antara objektif
program ialah untuk
memberi pendedahan
kepada peserta
mengenai peranan
dan tanggungjawab
sebagai pemimpin
pelajar di kampus.
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 5
WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS
PERWAKILAN PELAJAR SESI 2020/2021
DEWAN PLATINUM,POLITEKNIK MERLIMAU
27 APRIL 2021
Seramai 40 orang calon majlis perwakilan pelajar menerima watikah
pelantikan daripada pengarah Politeknik Merlimau.
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 6
PELANCARAN BAS PERCUMA
Seramai 55 pelajar PMM telah diaturkan untuk pulang ke rumah masing-masing
sempena cuti semestar dengan menggunakan 3 buah bas PMM antaranya ke
Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. 26-29 Februari 2021
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 7
Program Minggu Kemerdekaan
Program ini merupakan program daripada Majlis Perwakilan Pelajar
dari anjuran Exco Integrasi dan Nasional. Program ini bertujuan untuk
memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar Politeknik Merlimau
berkaitan dengan kemerdekaan serta bertujuan untuk meraikan Hari
Kemerdekaan Negara Malaysia yang disambut setiap tahun pada 31
Ogos. Terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan yang telah dijalankan
semasa Program Minggu Kemerdekaan antaranya adalah pertandingan
kuiz, melukis poster dan fotografi.
24-31 Ogos 2021
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 8
PERGERAKAN PELAJAR JUNIOR SESI 1 2021/2022
PULANG KE KAMPUS
Pada 10 hingga 13 November 2021 dianggarkan seramai 1010 pelajar
semestar 1 sesi 1 2021/2022 pulang ke kampus. Terdapat beberapa
checkpoint yang perlu dilalui oleh pelajar sebelum dibenarkan masuk
ke kampus bagi memastikan kesihatan pelajar dalam keadaan baik.
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 9
Pengetahuan mengenai kemuliaan
wanita bagi muslimat, khususnya
bagi pelajar muslimat Politeknik
Merlimau, Melaka amat penting bagi
menjamin kehormatan diri.
PROGRAM CERAMAH 18 NOVEMBER 2021
MAULIDUR RASUL
“KEMULIAAN CINTA”
PUSAT ISLAM AN-NUR,
POLITEKNIK MERLIMAU
Program ini dapat mendidik pelajar muslimat mengenai
bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab kita
sebagai wanita solehah.
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 10
KEM
PROTEGE
DEWAN PLATINUM,
POLITEKNIK MERLIMAU
27-28 November 2021
Seramai 30 orang ahli
protege yang baharu
mengikuti kem tersebut
yang diuruskan oleh
barisan Majlis Perwakilan
Pelajar. Objektif utama
program ialah
mendedahkan ahli Protege
tentang kepimpinan
mahasiswa di kampus dan
seterusnya menjadi pelapis
bagi Majlis Perwakilan
Pelajar.
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 11
HARI UKHUWAH MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR BERSAMA PROTEGE SESI
1 2021/2022
Program ini merupakan hari dimana ukhwah
atau persaudaraan diraikan atas nikmat dari
kekuatan iman dan ketakwaan yang
melahirkan perasaan kasih sayang yang
mendalam, rasa saling percaya mempercayai
dan hormat-menghormati, sesama insan yang
terikat dengan akidah Islamiah.
Kesinambungan daripada perasaan ini
melahirkan keikhlasan yang tidak berbelah
bahagi untuk saling tolong-menolong, berkasih
sayang, saling memaafi, setia kawan, dan sikap
mulia lainnya. Tidak akan ada ukhwah tanpa
iman dan takwa dan begitu juga sebaliknya.
Walau berbilang agama, bangsa dan usia, tidak
menghalang program ini dari tercapainya
objektif yang telah ditetapkan.
PLOT SAWIT HOMESTAY 2 Januari2022
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 12
"MPP prihatin,
penghubung suara
pelajar."
Food Bank adalah salah satu inisiatif daripada pihak
kerajaan bagi membantu golongan pelajar yang kurang
berkemampuan .Majlis Perwakilan Pelajar dengan giatnya
telah menyampaikan sumbangan kepada semua pelajar
yang memerlukan dan juga terkandas kerana pandemik
Covid-19.
Sebanyak 11 sumbangan telah diterima daripada
masyarakat luar dan juga NGO .Program ini sangat memberi
manfaat dan kebaikan kepada kedua dua belah pihak.
FODDBANK SISWA
AGIHAN BAHAN KERING LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KEPADA PELAJAR
1-14 JUN 2021
PAGE 13
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 14
PENGAGIHAN SUMBANGAN
BARANG MAKANAN
DARIPADA MEGA FRESH
28-29 JUNE 2021
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 15
PENGAGIHAN
SUMBANGAN
MAKANAN BERMASAK
21-25 JUN 2021
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 16
KEM
PEMANTAPAN
ORGANISASI
24 DISEMBER 2021
DEWAN PLATINUM,POLITEKNIK MERLIMAU
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 17
SESI KUNJUNG
HORMAT BERSAMA
ORGANISASI DALAM
POLITEKNIK
MERLIMAU
JAWATANKUASA PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN
(JPKK)
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 18
PEMBIMBING RAKAN SISWA POLITEKNIK (PRSP)
JAWATANKUASA PELAJAR PUSAT ISLAM (JPPI)
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
PAGE 19
MINGGU HII A2L0
U21A/2N02S2ISWA
SESI
Minggu Haluan Siswa(MHS) bagi Sesi II 2021/2022 telah
dilaksanakan pada 28 Februari-4 Mac 2022.Seramai 600
pelajar telah mendaftar dengan pelbagai jenis pilihan
kursus yang diminati.
Minggu Haluan Siswa(MHS) diadakan dalam norma baharu
dengan menggunakan kaedah pandu lalu.
LENSA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PAGE 20
Ikuti media sosial rasmi
Majlis Perwakilan Pelajar
@pmm_poliedu @mpppmmelakaa @mpp.pmm
MAJALAH INI MERUPAKAN RANGKUMAN AKTIVITI YANG
DIANJURKAN SERTA PROGRAM YANG MELIBATKAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK MERLIMAU.
Disediakan oleh: Majlis Perwakilan Pelajar
Farahanum Politeknik Merlimau
Sesi 2020/2021
Hafizzul Fahmi
Nur Aina