K ear ifan Kr aftan gan
ANYAMAN
BULUH & ROTAN
SADN 1033
Kenegaraan Malaysia
Kumpulan 5
1) Nor Darwina Qistina Binti Noor Azman (291510)
2) Nur Aina Natasha binti Jasmin (291611)
3) Nur Nashrah Husna Binti Amin Nudin (291443)
4) Aina Wahidah Binti Shapie (291519)
5) Durgahsri Uthayakumar (291401)
Isi Kandungan
1 Pengenalan
2-3 Asal Usul Anyaman
Kraftangan
4-6 Temu Bual bersama Pengasas
Dwisha Craft
7-9 Jenis-jenis Anyaman
10-11 Bahan yang Digunakan dalam
Pembuatan Kraftangan
Anyaman
12-13 Cara Penyediaan Rotan dan Buluh
sebagai Hasil Anyaman Kraftangan
14-15 Kelebihan Penggunaan Rotan dan
Buluh sebagai Anyaman Kraftangan
16 Anyaman sebagai Lubuk Rezeki
17 Kesimpulan
18 Rujukan
AHLI KUMPULAN
Nor Darwina Qistina
Binti Noor Azman
(291510)
Nur Aina Natasha
binti Jasmin
(291611)
Aina Wahidah Binti
Shapie (291519)
Nur Nashrah Husna
Binti Amin Nudin
(291443)
Durgahsri A/P
Uthayakumar
(291401)
PENGENALAN
Kraftangan merupakan seni Anyaman atau nama lainnya
khazanah yang mewakili tradisi tenunan merupakan kraf dan
identiti masyarakat Malaysia. Di hasil seni yang mempengaruhi
Malaysia anda boleh menemui kehidupan budaya dan tradisi
pelbagai jenis kraftangan seperti masyarakat Melayu. Anyaman
anyaman, batik, manik dan labu. merujuk kepada proses
Hasil seni ini sangat unik dan menyilang bahan tumbuhan
halus yang perlu diwariskan untuk membentuk satu bekas
kepada belia moden agar terus yang kukuh dan boleh digunakan.
menjadi salah satu tarikan
pelancong di Malaysia. Bahan tumbuhan yang boleh
dianyam termasuklah kayu,
Seni ini perlu dijaga agar tidak rotan, akar, buluh, pandan dan
ditelan zaman. Seni kraftangan Mongolia. Bahan ini biasanya
ini menyerlahkan bagi sesiapa cepat kering dan lembut. Bahan
sahaja yang membuatnya ini perlu didapatkan di tempat-
bahawa mereka dapat menjiwai tempat tertentu seperti di hutan
hasil tangan ini yang boleh kita dan pasaran-pasaran tertentu.
lihat terus melalui cara
penyusunan, warna, corak serta
halus pada akhir produk.
1
ASAL USUL ANYAMAN
KRAFTANGAN
Memang tidak dapat disangkal lagi anyaman merupakan salah satu seni tradisi yang
tidak mendapat sebarang pengaruh dari asing. Hal ini dikatakan demikian kerana
ekoran perkembangan sejarah anyaman yang sama seperti sejarah penghasilan seni
tembikar. Sebagai contoh, semasa zaman Neolitik , jenis anyaman kraf terutamanya
menghasilkan tali, keperluan rumah dan kehidupan. Bahan akar dan rotan merupakan
bahan asas yang digunakan untuk membuat anyaman.
Umum mengetahui bahawa sehingga sekarang masih terdapat sebilangan negeri masih
giat aktif dalam menjalankan kegiatan anyaman pada peringkat luar bandar. Hal ini
dikatakan demikian kerana penduduk luar bandar lebih terdedah dengan penghasilan
anyaman yang merupakan seni kreatif yang dapat digunakan sebagai barang yang
boleh digunapakai di dalam rumah mereka malah ia mampu menjana sumber
pendapatan mereka dengan menghasilkam sebuah produk anyaman mengikut
kreativiti mereka sendiri.
Implikasinya, kraftangan anyaman ini masih diamalkan di Malaysia kerana ia
merupakan seni kreatif yang diamalkan merupakan peninggalan nenek moyang kita.
Sejajar dengan itu, penghasilan produk ini turut mampu menjana sumber pendapatan
setiap orang yang kreatif dalam melakukan hasil anyaman ini. Huraian di atas jelas
menunjukkan bahawa anyaman bukan seni kraftangan yang kian dilupakan oleh
masyarakat meskipun berlakunya peredaran zaman yang semakin canggih dan
berteknologi pintar kini.
2
ASAL USUL ANYAMAN
KRAFTANGAN
Oleh itu, terdapat pelbagai jenis rupa bentuk kraftangan yang terhasil melalui proses
serta teknik anyaman dari sejenis tumbuh-tumbuhan pandanus (pandan dan
mengkuang). Secara tamsilnya, semua jenis rupa anyaman yang terhasil dapat
didasarkan kepada fungsi yang tertentu seperti dibentuk menjadi bakul, topi, tudung
saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang dapat digunapakai dalam kehidupan seharian
kita.
Selain itu, tumbuhan bertam ialah digunakan untuk proses anayaman seperti jenis
palma dan nipah. Masa zaman dahulu, tikar raja diperbuat oleh rotan tawar dan
perbuatan tersebut asal daripada jenis bemban.
Umum mengetahui bahawa proses bagi menganyam turut dikenali sebagai "menaja".
Mengikut teori, pada waktu pagi dan malam adalah waktu yang optimum untuk
memula atau membuat setiap proses anyaman.Misalnya, dalam cuaca sejuk daun lebih
lembut dan kurang berkemungkinan pecha daripada cuaca yang lain. Hal ini
yang,menyebabkan kesan -kesan tersebut dan meninggalkan kesan-kesan pecah atau
rosak. Implikasinya ialah sebagai tambahan kepada sifat dua dimensi yang rata,
permaidani juga mempunyai rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Sehubungan itu, pada
zaman dahulu, anyaman kraftangan ini lazimnya digunakan oleh masyarakat untuk
mengisi atau menyimpan benda-benda kehidupan dan kegunaan harian.
Sebagai contoh, anyaman buluh dan tama disusun secara menegak dan melintang,
manakala helaian anyaman pandan dan mengkuang disusun bersilang dalam
kedudukan menyerong. Akhir sekali, jalinan yang digunakan oleh Larai disusun secara
tunggal atau longgar (umumnya) atau dalam ruang tertentu.
3
TEMUBUAL BERSAMA
PENGASAS DWISHA CRAFT
Hasil temubual yang telah dilakukan bersama Puan Shabanun Binti Sharif (pemilik
Dwisha Craft), beberapa soalan yang telah ditanyakan kepada beliau. Soalan yang
telah diajukan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan
jelas tentang asal usul, bahan dan keterangan yang lebih tepat berkaitan dengan
penyediaan barangan kraftangan jenis anyaman.
SHABANUN BINTI SHARIF
54 tahun
bekas pelatih kraftangan
cawangan Kuala Pilah, Negeri
Sembilan
melakukan perniagaan ini sejak
pertengahan tahun 1993
mempunyai pengalaman selama
lebih kurang 30 tahun dalam
bidang buluh dan rotan
Latar Belakang Nama pemilik Dwisha Craft adalah Shabanun Binti
Dwisha Craft Sharif dan Wan Shahbudin Wan Hamid. Nama
perniagaan tersebut ‘Dwisha’ diberi nama sempena
4 nama mereka berdua yang bermula dengan ‘Sha’
dan ‘Dwi’ pula bermaksud dua. Mereka merupakan
pasangan suami isteri dan mempunyai 2 orang anak
lelaki dan seorang anak perempuan. Mereka juga
merupakan bekas pelatih kraftangan Malaysia
cawangan Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada tahun
1990 dan 1991. Mereka mula melakukan perniagaan
ini sejak pertengahan tahun 1993 sehingga
sekarang dan telah mempunyai pengalaman
selama lebih kurang 30 tahun dalam bidang buluh
dan rotan. Tumpuan perniagaan mereka tertumpu
kepada barangan cenderahati seperti bakul.
Mereka memilih perniagaan ini kerana meminati
bidang kesenian.
TEMUBUAL BERSAMA
PENGASAS DWISHA CRAFT
Asal usul dan sejarah Menurut Dwisha Craft, buluh tergolong dalam
berkaitan kraftangan kraftangan iaitu hasil rimba termasuk dengan
menurut Dwisha Craft mengkuang dan nibung. Buluh juga merupakan
kerja-kerja warisan dari zaman dahulu. Mereka
berpendapat bahawa buluh banyak digunakan
untuk produk kegunaan seperti nyiru untuk
menangkap ikan dan senduk buluh digunakan untuk
memasak. Menurut mereka juga produk di Jepun
juga banyak menggunakan buluh ketika zaman
dahulu. Kemudian, di Malaysia juga banyak
kegunaan buluh untuk membina rumah seperti
membuat dinding, lantai dan tiang rumah. Mereka
berpendapat bahawa buluh juga merupakan produk
tradisi.
Kraftangan ini masih Pada pendapat pemilik Dwisha Craft, kraftangan ini
digunapakai oleh masih diguna oleh masyarakat pada zaman serba
moden yang canggih ini sehingga mereka tidak
masyarakat pada zaman cukup tangan untuk menghasilkan produk anyaman
serba moden yang ini. Mereka juga berpendapat walaupun ramai
remaja yang tidak meminati produk ini, namun
canggih ini menurut ramai juga remaja yang membeli produk-produk
Dwisha Craft mereka ini. Banyak keuntungan yang mereka dapat
dengan menjual produk ini walaupun ia tidaklah
diminati masyarakat zaman moden ini. Pemilik juga
berpendapat bahawa remaja zaman kini tidak
meminati untuk membuat produk ini kerana
prosesnya yang susah untuk dilakukan.
5
TEMUBUAL BERSAMA
PENGASAS DWISHA CRAFT
Kuantiti dan kos yang Pemilik Dwisha Craft berpendapat bahawa jika kita
boleh dihasilkan oleh meminati untuk melakukan perkara yang diminati,
pemilik Dwisha Craft sudah tentu halangan-halangan seperti kos bahan
tidak menjadi masalah atau cabaran yang besar
dalam masa sehari buat mereka untuk melakukan perkara ini. Namun
mereka anggarkan keuntungan yang mereka boleh
perolehi dengan menjual produk ini dalam masa
sebulan adalah lebih kurang RM500 sehingga
RM4000 mengikut tempahan produk. Kuantiti yang
boleh dilakukan oleh mereka dalam masa sehari
bergantung kepada saiz produk tersebut.
Contohnya seperti gambar rajah 1 di bawah, saiz
tudung saji tersebut adalah 24 inci. Masa yang
digunakan untuk membuat tudung saji di bawah
adalah selama 4 jam. Harga tudung saji tersebut
adalah dalam lingkungan RM90 sahaja mengikut
berat.
Pautan Temu Bual https://drive.google.com/file/d/1FgAoo2Gfj1JVwJ
bersama Pengasas sEAQYDRVre3-1Jh-X3/view?usp=drivesdk
Dwisha Craft
6
JENIS-JENIS ANYAMAN
JENIS-JENIS
ANYAMAN
Anyaman Mengkuang
Anyaman Pandan
Anyaman Buluh
Anyaman Rotan
Anyaman Lidi
Anyaman Ribu-Ribu
Anyaman Mengkuang
Bahan yang
digunakan untuk
membuat anyaman
mengkuang adalah
daun mengkuang
7
JENIS-JENIS ANYAMAN
Anyaman Pandan
Bahan yang
digunakan untuk
membuat anyaman
pandan adalah
daun pandan duri
Anyaman Buluh
Bahan yang
digunakan untuk
membuat anyaman
buluh adalah buluh.
Anyaman Rotan
Bahan yang
digunakan untuk
membuat anyaman
rotan adalah rotan
yang telah diproses
8
JENIS-JENIS ANYAMAN
Anyaman Lidi
Bahan yang
digunakan untuk
membuat anyaman
lidi adalah lidi
kelapa
Anyaman Ribu-Ribu
Bahan yang
digunakan untuk
membuat anyaman
ribu-ribu adalah
paku pakis ribu ribu
9
BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM
PEMBUATAN KRAFTANGAN ANYAMAN
Kebanyakkan aktiviti menganyam ini banyak menggunakan tumbuhan
seperti buluh dan rotan. Seni anyaman ini membawa kepada budaya
hidup orang melayu pada dahulu kala. Proses anyaman buluh dan rotan
ini dapat menghasilkan banyak produk anyaman seperti bakul, tudung
saji. Hasil pembuatan anyaman ini akan dijual atau dijual di pasar secara
kecil kecilan. Proses pembuatan buluh ini bukan merupakan satu proses
kerja yang mudah. Bahan mentahnya seperti buluh hanya didapati di
hutan belantara lalu perlu dipotong dibersihkan dirawat dan
dikeringkan dengan teliti supaya sesuai untuk dijadikan peralatan yang
boleh digunakan.
Buluh juga merupakan salah satu spesies rumput. Ianya juga dikenali
aur atau bumbu. Buluh juga tumbuh dan mudah membiak di
kebanyakkan kawasan tropika dan subtropika iaitu di kawasan lereng
bukit ataupun di kawasan berlukar. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis
buluh antaranya ialah buluh akar, buluh batu, buluh betung, buluh cina,
buluh duri, buluh gading, buluh kasar, buluh minyak, buluh peleting,
buluh perindu dan buluh sembilang. Tumbuhan buluh juga dianggap
sebagai 'Rumpai' dikawasan pertanian kerana kuat untuk bersaing
dengan tanaman kita dari segi ruangan, baja, air, cahaya matahari dan
juga amat sukar untuk dimusnahkan.
10
BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM
PEMBUATAN KRAFTANGAN ANYAMAN
Selain daripada menggunakan buluh untuk membuat anyaman ada
banyak lagi jenis tumbuhan yang boleh dijadikan untuk membuat seni
kraftangan anyaman. Antaranya ialah rotan. Rotan ini merupakan satu
jenis tumbuhan yang tumbuh secara memanjat. Rotan ini biasanya akan
tumbuh liar di kawasan hutan nusantara. Terdapat pelbagai jenis rotan
yang biasa digunakan iaitu rotan air, rotan bakau, rotan bukit, rotan
kera dan sebagainya. Terdapat tiga jenis rotan yang biasannya
digunakan untuk membuat anyaman iaitu rotan batu, rotan manau dan
juga rotan sega. Hal ini kerana ketiga jenis rotan ini dianggap paling baik
untuk tujuan membuat perabot dan hasil anyaman.
11
CARA PENYEDIAAN ROTAN DAN BULUH
SEBAGAI HASIL ANYAMAN KRAFTANGAN
Rotan mentah yang sampai akan dimasak, kemudian dicuci bersih. Selepas
selesai rotan akan disusun mengikut gred dan saiz. Proses merebus rotan
dijalankan sebagai satu langkah pencegahan. Antara tujuan rotan tersebut
dicuci adalah kerana untuk menghalang rotan itu diserang daripada bubuk
dan juga kulat serta meningkatkan kualiti permukaan rotan.
Secara amnya, rotan akan dimasak dalam diesel atau (media-media lain)
selama 15-20 minit. Seterusnya, rotana akan dicuci dengan pancutan air dan
akan dijemur selama satu bulan sehingga kering bergantung pada keadaan
cuaca. Rotan-rotan ini kemudiannya akan direndam di dalam kolam yang
mengandungi bahan kimia seperti kalsium hipoklorit selama 10 minit.
Kemudian rotan tersebut akan dijemur untuk beberapa hari, manakala yang
telah kering akan digredkan mengikut kualiti dan saiz yang ditetapkan.
12
CARA PENYEDIAAN ROTAN DAN BULUH
SEBAGAI HASIL ANYAMAN KRAFTANGAN
Bagi proses pembuatan buluh pula, hanya buluh yang cukup tua sahaja
diambil untuk membuat anyaman. Buluh telah dipotong mengikut saiz dan
ukuran yang dikehendaki. Proses pertama yang dilakukan pada zaman
dahulu adalah buluh tersebut akan direndam di dalam air asam dan juga air
selut selama seminggu. Pada zaman moden ini buluh akan direbus di dalam
campuran soda. Tujuan proses ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan
kandungan gula yang terdapat di dalam buluh supaya tidak dimakan oleh
bubuk dan tahan lama. Apabila buluh tersebut direndam permukaan buluh
itu akan kelihatan cantik dan berkilat walaupun akan sedikit berbau masam.
Selepas proses merendam dan merebus buluh tersebut akan disalai atau
diperasap sehingga kering. Kemudian buluh dipotong, dibelah atau nama
lain dipanggil disepat. Proses ini memisahkan kulit dan isi batang pokok dan
diraut. Kedua dua kulit dan isi batang yang diraut menjadi bilah yang boleh
digunakan utnuk membuat anyaman. Bilah pada bahagian kulit buluh lebih
keras dan sukar dilenturkan juka dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu,
bahagian kulit sesuai digunakan atau dijadikan rangka atau tulang hasil
anyaman kraftangan.
13
KELEBIHAN PENGGUNAAN ROTAN DAN
BULUH SEBAGAI ANYAMAN KRAFTANGAN
Terdapat pelbagai kelebihan dalam seni menggunakan rotan dan buluh
yang menjadikan anyaman sebagai salah satu seni kraftangan di Malaysia.
Faedah paling utama adalah produk hasil seni dari rotan ini lebih murah jika
dibandingkan dengan seni yang menggunakan kayu jati atau bahan lain.
Sebagai contoh, harga yang biasa ditawarkan pembuat tikar kepada
pembeli adalah antara RM15.00 hingga RM20.00/kaki persegi dan boleh
meningkat hanya Rm30.00 hingga RM50.00/kaki persegi sahaja apabila
sampai kepada permintaan yang tinggi.
Apabila rotan diperoleh daripada hutan, ia mesti melalui proses
pemprosesan yang panjang. Pembakaran kayu, pengeringan, pengawetan
dan semua ini dilakukan supaya rotan boleh digunakan sebagai bahan
mentah dalam kraf tangan yang memerlukan bahan yang kuat dan
fleksibel. Selain itu, bahan rotan ini apabila terhasil, produk ini tahan
lama,sangat ringan dan sangat mudah dibawa kemana-mana sahaja jika
dibandingkan dengan hasil dari kayu yang berat mahal (Shofia Nur Inayah,
2022).
Seni kraf anyaman rotan ini juga terkenal sebagai produk pilihan untuk
menjadikan barangan hiasan dan pelengkap rumah. Hal ini lebih menarik
apabila pembeli menganggap produk dari seni rotan ini sebagai satu seni
yang lain dari lain dan kebanyakan mereka meletakkan produk rotan dan
buluh ini di satu sudut khas di dalam rumah mereka. Bagi pemilik Dwisha
Craft, mereka menyediakan segala jenis alat pelengkap rumah dari kraf
rotan dan juga buluh. Antaranya seperti tabung duit buluh, tudung saji
rotan, tikar rotan, labu sayong dan sebagainya. Seni yang dihasilkan
dengan menggunakan tangan ini bukan sahaja ada daya tarikan yang unik
dengan warna dan corak yang kreatif, malah ia dibuat dengan halus dan
teliti dalam pembuatannya.
14
KELEBIHAN PENGGUNAAN ROTAN DAN
BULUH SEBAGAI ANYAMAN KRAFTANGAN
Seni anyaman rotan yang pernah popular sebagai barang seni seperti bakul,
tikar dan beg kini mencetuskan revolusi terkini dalam dunia fesyen di
peringkat global. Beg yang terhasil dari rotan merupakan aksesori yang
cantik dan unik sebagai antara aksesori fesyen yang telah memperhalus
teknik anyaman rotan. Keunikan beg rotan yang mempunyai pelbagai reka
bentuk menjadikannya sebagai pilihan ramai wanita di seluruh dunia dan
tidak kira peringkat umur. Hal ini menjadikan hasil seni kraftangan di
Malaysia secara tidak langsung berada di peringkat antarabangsa.
Seni kraf anyaman rotan ini juga terkenal sebagai produk pilihan untuk
menjadikan barangan hiasan dan pelengkap rumah. Hal ini lebih menarik
apabila pembeli menganggap produk dari seni rotan ini sebagai satu seni
yang lain dari lain dan kebanyakan mereka meletakkan produk rotan dan
buluh ini di satu sudut khas di dalam rumah mereka. Bagi pemilik Dwisha
Craft, mereka menyediakan segala jenis alat pelengkap rumah dari kraf
rotan dan juga buluh. Antaranya seperti tabung duit buluh, tudung saji
rotan, tikar rotan, labu sayong dan sebagainya. Seni yang dihasilkan
dengan menggunakan tangan ini bukan sahaja ada daya tarikan yang unik
dengan warna dan corak yang kreatif, malah ia dibuat dengan halus dan
teliti dalam pembuatannya.
15
ANYAMAN SEBAGAI LUBUK REZEKI
Pada zaman dahulu, masyarakat mencari sumber pendapatan dalam
pelbagai bidang untuk menjalankan kehidupan seharian mereka. Anyaman
telah menjadi satu sumber pendapatan kepada masyarakat melayu di mana
anyaman telah memberi kesan yang terbesar dalam memperluaskan dan
memperkembangkan pekerjaan seseorang manusia daripada lubuk rezeki
yang diamalkan sehingga sekarang. Seperti yang diketahui, orang zaman
dahulu tidak perlu mencari atau membeli bahan mentah untuk tujuan
pekerjaan mereka atau untuk memulakan perniagaan mereka seperti yang
dikehendaki oleh masyarakat zaman sekarang. Ini adalah kerana untuk kraf
anyaman bahan mentah boleh didapati secara alam semula jadi seperti
kayu, rotan, akar, buluh dan pandan dan juga daripada pokok pokok yang
berguna.
Hasil kraf anyaman dapat dipergunakan untuk pelbagai kegunaan dan
juga ia menjadi asas kehidupan masyarakat pada zaman dahulu. Contohnya
seperti tikar yang dianyam sendiri digunakan sebagai alas tempat duduk
ataupun untuk menutup makanan daripada dihinggapi oleh lalat. Anyaman
dari segi hasil kraf tangan masyarakat juga dijadikan sebagai cenderahati
yang memberikan nilai dan kualiti yang lebih tinggi daripada cenderahati
yang biasa. Ini adalah kerana bahan bahan cenderahati itu adalah asal
daripada tumbuh tumbuhan ataupun pokok dan bukannya diperbuat dari
bahan yang diproses.
Bagi pemilik Dwisha Craft, sumber pendapatan adalah bergantung kepada
keadaan dan situasi. Dalam bidang kraftangan tidak dapat gaji sebulan
RM1000 seperti pekerja lain tetapi semasa promosi barang-barang
kraftangan di pameran ataupun perayaan boleh dapat pendapatan RM500
hingga Rm 4000 sehari. Pada bulan Mac , Hari Kraf Kebangasaan ramai
peminat kraftangan akan mencari pelbagai barang kraftangan yang
berunik masa itu dapat pendapatan lebih berbanding dengan hari- hari lain.
Walaupun, sumber pendapatan tidak tetap dalam bidang ini anyaman
adalah sebagai lubuk rezeki juga dalam negara.
16
KESIMPULAN
Hasil kajian ini dapat dirumuskan bahawa penggunaan kraftangan hasil
anyaman masih menerima tempahan dalam kalangan peminat seni kreatif
ini. Hal ini dikatakan demikian kerana kraftangan merupakan hasil yang
memerlukan kemahiran seseorang bagi menghasilkan sebuah seni
menggunakan teknik anyaman dan ia memerlukan idea yang kreatif serta
diluar kotak agar produknya mendapat perhatian orang ramai. Di samping
itu, anyaman kraftangan sesungguhnya mempunyai kelebihan dan
kemampuan yang tersendiri. Malah, anyaman ini mampu menjana sumber
pendapatan bagi orang yang menguasai seni kreatif ini. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa anyaman merupakan tinggalan nenek moyang yang masih
digunapakai pada zaman yang moden ini. Jelaslah bahawa anyaman
kraftangan seharusnya dipelajari oleh setiap lapisan masyarakat tanpa
mengira usia.
Oleh itu, semua anggota masyarakat perlu berganding bahu mengambil
pendekatan berkesan bagi memupuk semangat setiap masyarakat agar
mereka arif dengan kesenian kraftangan ini. Semoga komitmen yang
bersepadu dan berterusan ini mampu meningkatkan kesedaran masyarakat
agar tidak sewenang-wenangnya memandang rendah terhadap kesenian
tinggalan nenek moyang kita sejak zaman dahulu. Kita percaya sekiranya
segala usaha telah dilaksanakan tanpa jemu sudah pasti warisan
kraftangan anyaman dapat dipelihara dengan jayanya.
17
RUJUKAN
Fazil'store. (2022). JENIS-JENIS ANYAMAN. Blogspot.com.
http://secretofart.blogspot.com/2011/01/jenis-jenis-anyaman.html?m=1
Shofia Nur Inayah (2022) ANYAMAN ROTAN.
https://www.academia.edu/20318335/Anyaman_Rotan
Borneo Post Online Sdn Bhd. (2014, september 08). Regata Sarawak lubuk
rezeki peniaga. Kuching. Retrieved from
https://www.utusanborneo.com.my/2014/09/08/regata-sarawak-lubuk-rezeki-
peniag
Mohd Asri Husain. (n.d.). Academia . Retrieved from
https://www.academia.edu/12130202/Kraf_Menjana_Ekonomi_Rakyat
Ridha, Wan Ali. (2011, Julai 06). Sejarah Dan Pengenalan Anyaman.
Retrieved from Blogspot.com:
http://jomanyamrotan.blogspot.com/2011/07/sejarah-dan-pengenalan-
anyaman.html
ZuRa aZRa (Producer). (2021). SENI KRAFTANGAN TRADISIONAL :
WARISAN & BUDAYA MALAYSIA [Motion Picture]. Retrieved from
https://youtu.be/kT16bByRF3c
18