The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rizzman87, 2018-03-07 09:12:34

BUKU PENYATA PIBG 2018 CUBAA

BUKU PENYATA PIBG 2018 CUBAA

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -41

TARIKH : 15 MAC 2018
HARI: KHAMIS
MASA: 2.00 PETANG
PERASMI: DR. NORAZMIR BIN MD. NOR

KATA – KATA ALUAN

-TUAN HAJI NASIR BIN HAJI NORDIN-

YANG DIPERTUA PIBG SK. DATO’ NANING

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita diberikan
kesempatan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke -41.
Kehadiran ibu bapa dan penjaga ke mesyuarat ini membuktikan bahawa kita semua
prihatin terhadap persekolahan anak – anak. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa
dan penjaga untuk memastikan mereka sentiasa mengambil tahu akan semua perkara
yang berkaitan dengan pembelajaran anak – anak.

Perubahan suasana semasa dan sistem pembelajaran yang sentiasa berkembang
memerlukan keprihatinan ibu bapa terhadap pendidikan anak – anak. Anak – anak amat
dahagakan kasih sayang ibu bapa. Saya menyeru semua ibu bapa agar mengenali lebih
dekat anak – anak kita agar kita dapat memastikan anak – anak kita membesar ke arah
yang positif.

Saya berharap semua pihak akan terus memberikan sumbangan dan sokongan
kepada PIBG dalam memastikan suasana pembelajaran yang selesa dapat disediakan
untuk anak – anak kita belajar di sekolah ini.

Akhir kata, saya dan seluruh ahli jawatankuasa PIBG sekolah ini mengucapkan
ribuan terima kasih atas sokongan dan bantuan semua pihak dalam menjayakan semua
program yang dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG.

Sekian, terima kasih.

……………………………………….
Tuan Haji Nasir bin Haji Nordin
YDP PIBG ,
SK. Dato’ Naning.

KATA – KATA ALUAN

-ENCIK MUSLIM BIN MD SAID -

GURU BESAR SK. DATO’ NANING

Bismillahirrahmannirrahim…

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah dan kurniaNya kita dapat mengadakan Mesyuarat
Agung PIBG SK. Dato’ Naning kali ke -41.

Pada kesempatan ini saya mengalu – alukan dan menghargai kehadiran ibu bapa
dan penjaga yang telah sudi meluangkan masa untuk sama – sama bermesyuarat pada
hari ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa
PIBG yang telah banyak memberikan sumbangan dari segi tenaga dan kewangan
membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara
PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang
cemerlang dan gemilang.

Pihak sekolah sentiasa merancang program – program yang bermanfaat bagi
meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan murid dari segi akademik, kokurikulum,
pembangunan sahsiah serta kepimpinan murid. Namun, semua usaha ini tidak akan
mampu kita laksanakan tanpa sokongan dan sumbangan PIBG.

Selain itu, sarana ibu bapa yang terkandung di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan 2013 -2025 merupakan agen untuk memupuk persefahaman dan muafakat
antara ibu bapa dan pihak sekolah. Saya menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai
kepakaran dalam bidang tertentu supaya menyumbangkan idea, tenaga, pengetahuan,
kepakaran dan kewangan kepada pihak sekolah untuk mengoptimumkan kemenjadian
murid di sekolah ini.

Akhir sekali, pada kesempatan yang ada, saya ingin merakamkan terima kasih
kepada jawatankuasa PIBG 2017/2018 dan tidak ketinggalan kepada jawatankuasa
pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke -41 ini kerana telah memberikan sumbangan
bakti yang amat bermakna kepada sekolah.

Sekian, terima kasih.

…………………………………………
Encik Muslim bin Md Said,
Guru Besar,
SK. Dato’ Naning.

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Atur Cara Majlis
2. Agenda Mesyuarat
3. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat

Agung PIBG Kali Ke -41
4. Notis Mesyuarat Agung
5. Senarai Nama AJK PIBG Sesi

2017/2018
6. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke -

40
7. Laporan Kewangan
8. Usul dan Cadangan

9. Keputusan UPSR 2017 & Sasaran
UPSR 2018

10. Senarai Penerima Hadiah
Kecemerlangan UPSR 2017

11. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

12. Senarai Penglibatan Kokurikulum 2018
13. Sarana Ibu Bapa
14. Program NILAM
15. Aktiviti 2017

ATUR CARA MAJLIS

2.00 petang : Pendaftaran
2.30 petang : Ketibaan tetamu kehormat

: Ucapan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan YDP PIBG SK. Dato’ Naning

Tuan Haji Nasir bin Haji Nordin
: Ucapan Penasihat PIBG SK. Dato’ Naning

Encik Muslim bin Md. Said
: Ucapan Perasmian

Dr. Norazmir bin Md Nor
: Majlis Penyampaian Sumbangan Kecemerlangan UPSR 2017
: Penyampaian Cenderamata
: Jamuan VIP
4.00 petang : Mesyuarat Agung PIBG SK. Dato’ Naning kali ke – 41
5.00 petang : Majlis bersurai

AGENDA MESYUARAT AGUNG
PBIG KALI KE -41

1. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG SKDN Kali Ke
-40

2. Bangkitan Minit Mesyuarat Agung PIBG SKDN Kali Ke-40

3. Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan PIBG SKDN Berakhir
Disember 2017

4. Pembubaran AJK PIBG SKDN sesi 2017/2018

5. Pemilihan Pengerusi Sementara

6. Pemilihan AJK PIBG SKDN sesi 2018/2019

7. Membentangkan dan Membahaskan Usul

8. Ucapan Penangguhan

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ NANING,

78000 ALOR GAJAH,

MELAKA. E-mel: [email protected]
TEL/ FAX: 06 – 5561299

__________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : PIBG/SKDN/821/2017-2018/ (1)

Tarikh : 1 MAC 2018

Ibu /Bapa / Penjaga murid,

Sekolah Kebangsaan Dato’ Naning,
78000 Alor Gajah, Melaka

Tuan / Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK. DATO’ NANING KALI KE-41

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berbesar hati menjemput dan mempersilakan tuan/ puan
hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK. Dato’ Naning Kali Ke-41 yang akan diadakan pada :

Tarikh : 15 Mac 2018
Hari
Masa : Khamis
Tempat
: 2.00 petang
: Dewan SK. Dato’ Naning

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

3.1 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG SKDN Kali Ke -40
3.2 Bangkitan Minit Mesyuarat Agung PIBG SKDN Kali Ke-40
3.3 Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan PIBG SKDN Berakhir

Disember 2017
3.4 Pembubaran AJK PIBG SKDN sesi 2017/2018
3.5 Pemilihan Pengerusi Sementara
3.6 Pemilihan AJK PIBG SKDN sesi 2018/2019
3.7 Membentangkan dan Membahaskan Usul
3.8 Ucapan Penangguhan

4. Besarlah harapan kami agar tuan / puan dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat
tersebut. Bersama –sama ini disertakan borang cadangan / usul untuk tindakan tuan / puan. Sekiranya
terdapat usul yang dikemukan, sila hantar selewat – lewatnya pada 9 Mac 2018 ( Jumaat).

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan / puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………

(MOHAMMED RIZZMAN B. MANAF)
Setiausaha PIBG,
Sekolah Kebangsaan Dato’ Naning.

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ NANING,

78000 ALOR GAJAH,

MELAKA.

TEL/ FAX: 06 – 5561299 E-mel: [email protected]

__________________________________________________________________________________

BORANG CADANGAN / USUL & JAWAPAN KEHADIRAN
MESYUARAT AGUNG PIBG SK. DATO NANING KALI KE-41

1. …………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

2. …………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………
(*Sekiranya ada)

Saya : ……………………………………………………………………………. Ibu/bapa/penjaga
kepada:

BIL NAMA ANAK KELAS

PENGESAHAN KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG KALI KE- 41
HADIR / TIDAK HADIR (* potong mana yang tidak berkenaan)

TANDATANGAN : …………………………………………………………………………….

TARIKH : …………………………………………………………………………….

*Pengesahan kehadiran wajib diisi.

Perhatian :

i) Sekiranya terdapat lebih daripada satu usul yang sama, pihak jawatankuasa hanya akan memilih
satu usul terbaik untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG SK. Dato’ Naning Kali
Ke-41.

ii) Sila serahkan kembali borang cadangan / usul sebelum atau pada 9 Mac 2018 ( Jumaat )
melalui guru kelas anak tuan / puan atau terus kepada Encik Mohammed Rizzman bin
Manaf (Setiausaha PIBG SK. Dato’ Naning).

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA & GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO NANING SESI 2017/2018

PENASIHAT
En. Muslim bin Md Said

Guru Besar SKDN

EX-OFFICIO
En. Lee Thuan Lek
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Nik Azizah binti Nik Yussof
Guru Penolong Kanan HEM

Pn. Hjh. Norasikin bin Hj. Hussain
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Rogayah binti Karim
Guru Penolong Kanan Pend.Khas

YANG DIPERTUA
Tn Hj Nasir bin Hj Nordin

NAIB YANG DIPERTUA
En. Zainal Amilin bin Basrawi

SETIAUSAHA
En Mohammed Rizzman bin Manaf

PENOLONG SETIAUSAHA
Pn. Halimaton Saadiah binti Mohd Saad

BENDAHARI
Pn Megawati binti Jalaludin

PENOLONG BENDAHARI
En. Saiful Shahnun bin Kassim

AJK IBU BAPA AJK GURU

1. En. Azmei bin Mohd Yatim 1. En. Edi Faizal bin Aziz
2. En.Mohd Kahar bin Abd. Wahid 2. En. Muhd Hasanudin bin Ismail
3. En. Mohd Muzamil bin Baba 3. En. Kamal Safian bin Abd Karim
4. En. Mohammed Baki bin Basiron 4. En. Mohd Yazid bin Mohd Amir
5. Pn. Sabtuyah binti Hj Ahmad 5. En. Mohd Asmawi bin Mohd Ariffin
6. Pn. Syarifah Arfah binti Syed Ali 6. Pn. Nor Saliza binti Misnan
7. Pn. Manjawati binti Abd Hamid 7. Pn. Huda Zayani binti Adam
8. Pn. Masita binti Hassan 8. Pn. Norsafina binti Abu Kassim
9. Pn. Sakinah binti Sharif
10. Pn. Roslila binti Sumiran (juruaudit)
11. Pn. Afida binti Moktar (juruaudit)

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ NANING
78000 ALOR GAJAH, MELAKA
Tel / Fax : 06-5561299 E-mel SKDN:[email protected]
No h/p YDP PIBG : 0136101642

_______________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE – 40 (2016/2017)

Tarikh : 22 Februari 2017
Masa :
Hari : 2.00 petang
Tempat :
Kehadiran : Rabu
Dewan SK. Dato’ Naning

48 0rang

DIRASMIKAN OLEH : Yang Berbahagia Tuan Abdul Malek bin Haron

1. BACAAN DOA
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang telah disampaikan oleh Encik Edi Faizal b Aziz.

2. UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SKDN
Yang Berbahagia Tuan Haji Nasir B. Haji Nordin

2.1 Beliau mengalukan kehadiran perasmi Yang Berbahagia Tuan Abdul Malek bin
Haron kerana sudi hadir dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.

2.2 Beliau menyatakan bahawa jumlah murid di SK. Dato’ Naning yang dahulunya
mencecah 600 orang semakin berkurang kerana wujudnya sekolah baharu di
kawasan sekitar.

2.3 Beliau menyatakan bahawa anak-anak merupakan aset dan pewaris yang dapat
menentukan kegembiraan dan kebahagiaan kepada ibu bapa sekiranya mereka
mendapat kejayaan. Maka, beliau berharap ibu bapa dapat memberikan
kerjasama kepada pihak sekolah dalam memantapkan pembelajaran anak – anak
di Sekolah Dato’ Naning.

2.4 Beliau berharap ibu bapa dapat menyusun strategi untuk anak – anak bagi
menghadapi peperiksaan. Persediaan ini amat penting kepada anak – anak agar
mereka lebih bersedia dan berjaya dalam pembelajaran.

2.5 Beliau mengingatkan kepada ibu bapa agar bijak dalam menguruskan kewangan
dan perbelanjaan kerana ekonomi negara makin merosot.

2.6 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin kerana dapat
hadir ke mesyuarat pada hari ini dan berharap agar dapat bekerja dalam satu
pasukan supaya semua masalah dapat diselesaikan dengan penuh muhibbah.

2.7 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tuan Abdul Malek bin Haron
atas kesudian merasmikan majlis pada petang ini.

3. UCAPAN PENASIHAT PIBG SKDN
Encik Arba’a bin Hamid

3.1 Beliau mengalukan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Abdul Malek bin Haron
kerana turut sama dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Beliau
juga merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan guru penolong kanan,
para ibu bapa dan guru kerana sudi hadir dalam mesyuarat ini.

3.2 Beliau memaklumkan bahawa seorang guru telah berpindah ke SK. Sungai
Jerneh dan sekolah masih kekurangan guru seramai dua orang.

3.3 Terdapat 17 kelas aliran perdana, 5 kelas pendidikan khas dan 3 kelas
prasekolah bagi tahun 2017.

3.4 Beliau meminta kerjasama daripada ibu bapa agar berhati – hati semasa
menghantar anak pada waktu pagi kerana hampir berlaku kemalangan antara
ibu bapa dengan guru. Malahan, ibu bapa tidak dibenarkan memandu kenderaan
sehingga ke kawasan dataran perhimpunan melainkan ibu bapa murid
pendidikan khas.

3.5 Pada tahun 2016, pihak sekolah telah menempa pelbagai kejayaan sehingga ke
peringkat kebangsaan dalam bidang kokurikulum.

3.6 Semua aktiviti yang melibatkan sukan akan dilaksanakan pada awal tahun bagi
memastikan murid – murid memberikan tumpuan sepenuhnya pada
pembelajaran terutama murid – murid tahun 6.

3.7 Beliau juga memaklumkan tentang penubuhan pasukan sarana ibu bapa. Beliau
mengharapkan penyertaan daripada pihak ibu bapa dalam pasukan tersebut.

3.8 Beliau menjelaskan hanya seorang murid yang mendapat 6A pada tahun 2016
yang membawa peratusan sebanyak 1.22% daripada 82 orang calon. Keputusan
murid yang lulus semua mata pelajaran UPSR 2016 pula ialah seramai 54 orang
bersamaan 65.8%.

3.9 Beliau juga memaklumkan kepada hadirin tentang kejayaan-kejayaan yang
diperolehi oleh murid sekolah sepanjang tahun 2016.

3.10 Beliau menyatakan bahawa bayaran RM100 untuk tahun 6 masih lagi
diteruskan pada tahun ini.

3.11 Ucapan terima kasih kepada YDP PIBG kerana masih sudi memberikan
sumbangan kepada PIBG SK. Dato’ Naning walaupun anak – anaknya sudah
menghabiskan sesi persekolahannya di sini.

3.12 Beliau juga memohon maaf sekiranya berlaku isu yang menimbulkan
ketidakpuasan hati sepanjang beliau mentadbir SK. Dato’ Naning kerana akan
menamatkan perkhidmatannya pada bulan Mei 2017.

4. UCAPAN PERASMIAN
Yang Berbahagia Tuan Abdul Malek bin Haron

4.1 Beliau merakamkan ucapan aluan kepada guru-guru dan ibu bapa yang hadir.

4.2 Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada penasihat dan AJK PIBG
kerana berjaya menjalankan mesyuarat pada hari ini.

4.3 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah atas pencapaian
akademik, kokurikulum dan sahsiah yang bertambah baik.

4.4 Beliau mengharapkan mesyuarat ini menjadi satu agenda dalam menggerakkan
sekolah menjadi sekolah yang lebih kondusif dan terbaik seterusnya menjadi
sekolah yang cemerlang bagi melahirkan insan – insan yang cemerlang.

4.5 PIBG sekolah merupakan satu wadah untuk mencari dana dan sumber dalam
menggerakkan aktiviti sama ada aktiviti yang berkaitan dengan akademik,
kokurikulum mahupun pembinaan sahsiah. Maka, mesyuarat agung PIBG yang
dijalankan setiap tahun harus dijadikan sebagai tempat untuk para ibu bapa dan
penjaga berdiskusi untuk menjana idea – idea dalam membangunkan sekolah
bagi membantu pembelajaran anak – anak mereka.

4.6 Beliau memaklumkan bahawa sistem pendidikan kini berbeza dengan sistem
pendidikan dahulu. Namun, matlamatnya masih sama tetapi berbeza dari segi
pelaksanaannya. Sistem pendidikan berubah mengikut peredaran zaman,
tambahan pula akses kepada ilmu boleh didapati di mana – mana sahaja.

4.7 Sebagai ibu bapa, beliau menyarankan anak – anak sentiasa mencari ilmu dan
ibu bapa haruslah sentiasa memantau proses pembelajaran anak – anak di
rumah.

4.8 Beliau mencadangkan penubuhan alumni pelajar sekolah bagi membantu
kecemerlangan sekolah.

4.9 Beliau mengharapkan PIBG sekolah akan terus cemerlang dan dapat
melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan sebaik mungkin.

4.10 Beliau merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 40.

5. MEMBENTANGKAN MINIT MESYUARAT AGUNG LEPAS

Encik Mohammed Rizzman bin Manaf selaku setiausaha telah membentangkan catatan
minit mesyuarat seperti mana yang terdapat dalam buku penyata yang telah ditayangkan
pada layar putih kepada ahli.

Minit mesyuarat kali ke - 39 diterima

Pencadang : Puan Liza binti Jabar
Penyokong : Puan Nurhidayah binti Suran

6. BANGKITAN MINIT

Tiada
7. MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN

Puan Megawati binti Jalaluddin selaku bendahari telah membentangkan penyata kewangan
. Penyata kewangan diterima.

Pencadang : Puan Asmaniza binti Aziz
Penyokong : Encik Azmi bin Yusoff

8. BANGKITAN PENYATA KEWANGAN

Tiada

9 MENERIMA CADANGAN /USUL

9.1 Puan Rosliza binti Mehat mencadangkan kelas tambahan bagi murid tahun 6
diperbanyakkan.
Ulasan: Kelas tambahan akan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

9.2 Puan Shamhawin binti Nordin mencadangkan hadiah diberikan semasa Hari
Anugerah Kecemerlangan dan bukannya sijil semata – mata.
Ulasan: Guru besar menjelaskan bahawasanya murid – murid yang mendapat
keputusan terbaik telah diberikan hadiah dan sijil semasa Hari Anugerah
Kecemerlangan yang lalu. Maka, cara pemberian hadiah dan sijil akan dikekalkan
pada Hari Anugerah Kecemerlangan yang akan datang.

10 UCAPAN PENANGGUHAN

YDP PIBG mengucapkan terima kasih atas kesudian para hadirin datang dan menunggu
sehingga selesai mesyuarat.

Mesyuarat ditamatkan pada pukul 4.35 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(EN.MOHAMMED RIZZMAN BIN MANAF) (TUAN HAJI NASIR BIN HAJI NORDIN)

Setiausaha PIBG SKDN Yang Dipertua PIBG SKDN

LAPORAN KEWANGAN

USUL DAN CADANGAN

KEPUTUSAN UPSR 2017 & SASARAN UPSR
2018

SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG
UPSR 2017


Click to View FlipBook Version