The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 PB KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur.shazreen1209, 2025-03-02 11:01:36

BUKU CERITA DAN SAJAK SHAZREEN AZAM

TUGASAN 1 PB KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN

Shazreen Azam Hasil karya: Semoga buku ini dapat memberikan pengajaran yang baik terhadap kamu sebagai pembaca.


Buku ini hak milik: ................................


PENGENALAN Buku “Amir Dan Aisyah: Kunci Kebahagiaan Hidup ” mengisahkan tentang sebuah keluarga yang hidup secara sederhana di sebuah kampung yang damai. Keluarga tersebut terdiri daripada Pak Hassan, Mak Siti dan dua orang anak mereka iaitu Amir dan Aisyah. Pak Hassan bekerja di kebun manakala Mak Siti pula menganyam tikar untuk dijual di pasar. Mereka merupakan keluarga yang sangat bahagia. Namun, kebahagiaan mereka telah diuji apabila ribut melanda kampung mereka dan telah memusnahkan kebun dan hasil kerja mereka. Dengan ketabahan dan semangat juang yang tinggi, Amir dan Aisyah berusaha mencari jalan untuk membantu keluarga mereka bangkit semula daripada kesusahan tersebut. Kisah ini juga merupakan kisah yang dapat mengajar kita tentang kepentingan kasih sayang, usaha dan kebersamaan dalam menghadapi cabaran hidup.


KATA PENGANTAR Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, buku cerita yang bertajuk “Amir Dan Aisyah: Kunci Kebahagiaan Hidup ini dapat dihasilkan dengan baik. Kisah ini mengandungi banyak nilai murni yang dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah kasih sayang, ketabahan dan semangat bekerjasama dalam keluarga. Justeru, buku ini juga mengingatkan kita bahawa kebahagiaan bukan terletak pada harta benda, tetapi pada usaha dan kasih sayang yang dikongsi bersama. Semoga cerita ini dapat memberikan inspirasi dan pengajaran kepada para pembacaterutama dalam menghargai keluarga serta mampu menghadapi cabaran dan dugaan hidup dengan penuh ketabahan. Selamat membaca.


Di sebuah kampung yang damai dan dikelilingi sawah padi yang menghijau, tinggal sebuah keluarga yang sangat bahagia. Keluarga itu terdiri daripada Pak Hassan, Mak Siti dan dua orang anak mereka iaitu Amir dan Aisyah.


Walaupun hidup mereka adalah sederhana, namun keluarga mereka sentiasa bahagia dan penuh dengan kasih sayang. Setiap pagi, Pak Hassan akan pergi ke kebun untuk menanam sayursayuran manakala Mak Siti pula akan menganyam tikar untuk dijual di pasar. Kita harus bekerja keras demi anakanak kita Siti.


Amir dan Aisyah merupakan anak yang sangat rajin. Mereka akan membantu ibu dan ayah mereka dengan penuh kegembiraan. Amir suka membantu ayahnya di kebun manakala Aisyah pula akan membantu ibunya untuk menganyam tikar. Mari kita ke kebun ayah.


Pada suatu petang, Amir dan Aisyah membantu ibu mereka membuat kuih-muih di dapur. Bau harum kuih-muih tradisional memenuhi ruangan rumah mereka yang kecil tetapi selesa. Tiba-tiba, hujan turun dengan sangat lebat. Petir berdentum dan angin kencang melanda kampung mereka. Amir dan Aisyah berpelukan kerana berasa sangat takut. Sungguh lebat hujan pada petang ini.


Keesokan paginya, mereka sekeluarga keluar rumah untuk melihat keadaan kebun dan pasar yang dilanda angin kencang petang semalam. Apabila tiba di kebun, alangkah sedihnya apabila mereka melihat kebun Pak Hassan musnah dan semua tanamannya rosak manakala tikar anyaman Mak Siti pula lesap ditiup angin kencang. Mengapa nasib kita begini wahai suamiku?


Pak Hassan duduk termenung sambil berkata, “Bagaimana kita hendak mendapatkan wang sekarang? Semua tanaman kita sudah musnah, ” katanya dengan nada yang sedih. Mak Siti memegang tangan suaminya lalu berkata, “Jangan risau wahai suamiku, kita akan bekerjasama untuk mencari jalan penyelesaiannya. ” Jangan risau wahai suamiku.


Amir dan Aisyah tidak sanggup melihat ibu dan ayah mereka bersedih. Oleh itu, mereka mula bertekad untuk membantu keluarga mereka bangkit semula daripada kesedihan tersebut. Kita harus mencari jalan bagaimana untuk membantu ibu dan ayah.


Keesokan petang setelah pulang dari sekolah, Amir mengajak Aisyah ke sungai untuk mencari buluh. “Kita boleh membuat pelbagai jenis kraf tangan dengan menggunakan buluh ini dan menjualnya di pasar untuk membantu ibu dan ayah, ” kata Amir kepada Aisyah dengan penuh semangat. Kita boleh membuat kipas dan bakul dengan menggunakan buluh ini.


Mereka membawa buluh tersebut pulang ke rumah dan mula belajar untuk membuat kraf tangan seperti bakul kecil dan kipas dengan bantuan Mak Siti. Walaupun sukar pada mulanya namun mereka tidak pernah berputus asa. Tidak mudah rupanya untuk membuat anyaman ini.


Sementara itu, Pak Hassan pula bekerja keras untuk mengusahakan semula kebunnya. Walaupun letih, dia tidak pernah menyerah. “Selagi kita berusaha, pasti akan ada rezekinya, ” bisiknya di dalam hati. Aku perlu berusaha dengan sebaiknya.


Setelah beberapa hari bekerja keras, Amir dan Aisyah berjaya menyiapkan beberapa bakul kecil dan kipas anyaman buluh. Mereka berasa sangat bangga dengan usaha yang telah mereka lakukan. Akhirnya siap juga bakul dan kipas anyaman kita.


Pada hujung minggu, mereka pergi ke pasar bersama Mak Siti. Aisyah berasa sangat gementar “Adakah orang akan membeli hasil kerja kita?” bisik Aisyah kepada Amir. Amir dengan tenangnya lalu menjawab, “Kita sudah berusaha, sekarang sudah tiba masanya untuk kita berserah kepada yang Maha Esa” . Mari kita buat dengan sebaiknya.


Tidak lama kemudian, seorang wanita berhenti di kedai mereka dan tertarik dengan bakul kecil yang dijual. “Wah, cantiknya! Saya mahu beli dua. ” katanya sambil tersenyum. Setelah beberapa jam menjual di pasar, semua kraf tangan yang dibuat berjaya dijual dengan habis. Amir dan Aisyah berasa sangat teruja dan bersyukur.


Setelah beberapa minggu, tanaman Pak Hassan mula mengeluarkan hasil. Antara hasil tanamannya ialah bendi, terung dan jagung. Semua tanaman tersebut berjaya dijual. Pak Hassan pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Alhamdulillah, banyak hasil tanamanku kali ini.


Apabila pulang, mereka makan bersama-sama di luar rumah. Pak Hassan tersenyum lalu berkata, “Ayah sangat bangga dengan kamu berdua. Kamu sudah banyak membantu keluarga kita. ” Amir dan Aisyah tersenyum lalu memeluk kedua-dua ibu dan ayah mereka. Terima kasih Amir dan Aisyah.


Amir dan Aisyah sedar bahawa mereka mula belajar sesuatu perkara yang penting di mana kesusahan yang dihadapi dapat diatasi dengan nilai kasih sayang dan ketabahan yang terdapat dalam sesebuah keluarga tersebut. Banyak perkara yang dapat kita pelajari daripada ujian ini Amir.


Setelah masalah yang dihadapi berjaya diselesaikan dengan jayanya, keluarga mereka menjadi lebih kuat dan bahagia. Mereka sedar bahawa sesuatu kebahagiaan itu tidak terletak pada harta benda tetapi pada kasih sayang dan usaha bersama. Syukur kepada Allah di atas nikmat yang diberikan-Nya.


Sebelum tidur, Amir berbisik kepada Aisyah, “Kita memang sangat bertuah kerana mempunyai keluarga yang penuh dengan kasih sayang. ” Aisyah tersenyum dan mengangguk setuju. Ya Amir, kita sangat bertuah.


NILAI MURNI 1. Kasih Sayang – Keluarga Pak Hassan hidup dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang serta saling menyokong dan membantu antara satu sama lain. 2. Kerajinan – Amir dan Aisyah rajin dalam membantu ibu bapa mereka sama ada di kebun atau dalam kerja menganyam tikar. 3. Ketabahan – Keluarga Pak Hassan tidak pernah berputus asa walaupun kebun mereka musnah dan sumber pendapatan mereka hilang. Namun, mereka terus bangkit dan mencari jalan penyelesaian. 4. Tanggungjawab – Amir dan Aisyah bertanggungjawab dalam membantu keluarga mereka untuk mencari jalan keluar daripada kesusahan. 5. Kerjasama – Keluarga Pak Hassan bekerjasama untuk mengatasi cabaran yang dihadapi dengan membuat kraf tangan dan bercucuk tanam semula.


PENGAJARAN 1. Kita mestilah rajin berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara yang diinginkan dalam hidup. 2. Kita mestilah bekerjasama dalam mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi dalam hidup. 3. Kita perlulah mempunyai nilai kasih sayang terhadap ahli keluarga. 4. Kita mestilah sentiasa membantu ahli keluarga yang berada dalam kesusahan. 5. Kita mestilah tidak mudah berputus asa walaupun menghadapi kesusahan dalam mendapatkan sesuatu perkara yang diinginkan.


GLOSARI 1. Anyaman – Proses menganyam sesuatu seperti tikar atau bakul daripada bahan semula jadi seperti buluh atau daun. 2. Berdentum – Bunyi yang kuat dan mengejutkan seperti bunyi petir. 3. Musnah – Hancur atau mengalami kerosakan yang teruk sehingga tidak dapat digunakan lagi. 4. Tekad – Keazaman yang kuat untuk melakukan sesuatu. 5. Kraf tangan – Barangan yang dibuat dengan menggunakan tangan dan kebiasaannya adalah berseni dan unik.


6. Gementar – Perasaan takut atau tidak yakin terhadap sesuatu. 7. Teruja – Berasa sangat gembira atau tidak sabar untuk melakukan sesuatu. 8. Rezeki – Pemberian atau hasil yang yang diperoleh untuk menyara kehidupan. 9. Bangkit – Pulih atau kembali bersemangat selepas mengalami kesusahan. 10. Ketabahan – Sifat tidak mudah berputus asa dan kuat menghadapi cabaran.


Karya I : S B hazre U en Azam Ibu, Cahaya yang menyinar di fajar sepi, Menerangi jalan dengan kasih suci, Tangannya lembut membelai hati, Menghapus luka tanpa ku sedari. Ibu, Laksana bayu yang mendamaikan, Menenun rindu dalam pelukan, Dalam doanya aku disematkan, Agar bahagia meniti kehidupan. Ibu, Ibarat hujan yang menyentuh, Menyiram kasih tanpa mengeluh, Walau lelah menapak jauh, Senyumnya tetap teduh dan kukuh. Ibu, Bintang yang menyinar di langit malam, Menjadi petunjuk saat aku tenggelam, Cahaya kecil namun mendalam, Sinarnya hidup sepanjang alam. Ibu, Tempat berteduh kala pulang, Dalam dekapnya rindu bersarang, Selagi dia masih dijulang, Syurgaku dekat, damai tak hilang.


PENGAJARAN 1. Kita mestilah menyayangi ibu dengan penuh kasih sayang kerana kasih ibu tiada tandingan. 2. Kita perlulah menghargai setiap pengorbanan ibu kerana dia yang telah melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. 3. Kita perlulah menghormati ibu dengan sebaiknya selagi dia masih hidup di dunia. 4. Kita mestilah menjadikan ibu sebagai rujukan dalam melakukan sesuatu perkara. 5. Kita perlulah sentiasa memohon doa atau restu daripada ibu sebelum melakukan sesuatu.


GLOSARI 1. Fajar – Waktu sebelum terbit matahari atau subuh. 2. Sepi – Sunyi atau keadaan tanpa suara. 3. Membelai – Mengusap dengan lembut atau menunjukkan kasih sayang. 4.Menghapus – Menghilangkan atau membuang sesuatu. 5. Laksana – Seperti atau umpama. 6. Bayu – Angin yang sepoi-sepoi atau lembut bertiup. 7. Menenun - Menyusun sesuatu dengan teliti atau membuat kain dengan menggunakan alat tenunan. 8. Disematkan – Diletakkan atau dimasukkan ke dalam sesuatu. 9. Meniti – Melalui atau melangkah dengan berhatihati.


10. Mengeluh – Meluahkan rasa letih atau sedih. 11. Lelah – Letih atau penat setelah melakukan sesuatu. 12. Menapak – Melangkah atau berjalan di atas sesuatu. 13. Teduh – Sejuk dan nyaman atau biasanya merujuk kepada tempat yang dilindungi daripada panas matahari. 14. Kala – Pada waktu atau ketika sesuatu berlaku. 15. Dekap – Pelukan erat yang penuh dengan kasih sayang. 16. Bersarang – Tempat berkumpul atau menetap. 17. Dijulang – Dihormati atau dimuliakan dengan penuh penghargaan.


Click to View FlipBook Version