1
Tips Mencapai
Rumahtangga Bahagia
10 persiapan melangkah ke
gerbang perkahwinan
Asma Ahmad
Terbitan Pertama November 2021
E-ISBN: e ISBN 978-967-26058-0-5
©Asma Ahmad
Diterbitkan oleh Asma Ahmad
Selangor, Malaysia
Penulis boleh dihubungi :
[email protected]
Facebook: Asma Ahmad
Hak Cipta Terpelihara
eBook ini adalah Hak Cipta Terpelihara
dan merupakan karya asli Asma Ahmad.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian penulisan ebook
ini dalam apa jua bentuk dan dengan
apa cara sekalipun sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau apa jua cara kecuali dengan izin
penulis.
Penulis juga tidak menjamin apa yang
terkandung adalah sesuai dan tepat
untuk semua pembaca namun isi
kandungan buku ini adalah berdasarkan
pengetahuan, pengalaman serta rujukan
p e nulis send iri.
Kenapa harus 10
memba c a buku ini? TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
Buku ini dapat mengingatkan
pembaca tentang tujuan dan
objektif hakiki perkahwinan.
Buku ini dapat memandu
pasangan mengharungi bahtera
rumahtangga dengan menjadikan
keimanan kepada Allah sebagai
asas persiapan menuju
kebahagiaan di dunia.
Tips ringkas dan padat ini sangat diperlukan oleh
setiap anak Adam yang sudah bersedia
mendirikan rumahtangga di zaman serba
mencabar ini.
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
Siapa perlu 10
memba c a buku ini? TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
Mereka yang sudah bersedia
mendirikan rumahtangga
Buku ini juga sesuai untuk
mereka yang telah berkahwin
dan mendirikan rumahtangga.
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
Kandungan 10
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
Pengenalan…………………………………………………..1
Kenapa Perlu bersiap……………………………………3
Tips 1: Pemilihan Pasangan…………………………5
Tips 2: Pemilihan berasaskan agama………...7
Tips 3: Pemilihan berasaskan keturunan…….8
Tips 4: Merisik dan Meminang…………………..10
Tips 5: Majlis Perkahwinan………………………..12
Tips 6: Perkahwinan Adalah Ibadah…………..14
Tips 7: Perkahwinan Adalah Perkongsian…..16
Tips 8: Perkahwinan Adalah Pengorbanan….19
Tips 9: Rumahtangga Bahagia……………………21
Tips 10: Doa……………………………………………….23
Penutup………………………………………………………26
Pengenalan 10
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
HADIS RASULULLAH TENTANG
PERKAHWINAN.
"Menikah adalah sunnahku, barangsiapa yang tidak
mengamalkan sunnahku, bukan sebahagian
dariku. Maka menikahlah kalian, kerana aku
bangga dengan banyaknya umatku (di hari
kiamat)." (H.R. Ibnu Majah. Hadis no. 1846,
disahihkan Al Albani dalam Silsilah Ash Shahihah
no. 2383)
"Jika seseorang menikah, maka ia telah
menyempurnakan separuh agamanya. Maka
bertakwalah pada Allah separuh yang lainnya."
(H.R. al-Baihaqi)
1
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
10
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
Perkahwinan adalah satu sunnah. Ia juga satu
amanah dan satu ibadah kerana di sana banyak
ruang pahala untuk mereka yang benar-benar
ikhlas dan mengharapkan redhaNya. Ia akan
berubah menjadi dosa sekiranya amanah dan
tanggungjawab tidak dilaksanakan dengan baik.
Perkahwinan menutup pintu-pintu kemaksiatan
dan dengan itu, pintu keberkatan dan limpahan
rahmat akan terbuka dengan luasnya.
Semua orang mengimpikan sebuah keluarga
bahagia, maka menjadi keperluan setiap
pasangan mempunyai ilmu demi membina
syurga dalam rumahtangga.
2
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
Kenapa harus bersiap?
Mendirikan rumahtangga merupakan fasa
baru dalam kehidupan. Satu fasa yang
memerlukan ilmu pengetahuan baik untuk
suami yang akan mengemudi bahtera, juga
isteri sebagai anak kapal.
Hidup berumahtangga bukan soal siapa
menang dan siapa kalah. Hubungan suci ini
berdiri di atas sikap toleransi dan hormat
menghormati antara satu sama lain. Masing-
masing bersedia memikul tanggungjawab dan
peranan masing-masing.
Adakalanya bahtera dilanda badai dan
dipukul ombak. Namun dengan berbekalkan
ilmu, pasangan akan kembali mengingati
objektif hakiki perkahwinan iaitu
mengharapkan keredhaan Allah S.W.T,
dengan izinNya bahtera akan kembali tenang.
3
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
10
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
Sudahkah anda tahu?
4
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#1 Pemilihan Pasangan
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
Islam menggariskan beberapa panduan untuk
lelaki dalam memilih calon isteri dan untuk
wanita memilih calon suami
Di antara kriteria yang perlu ada pada calon
isteri ialah baik agamanya, baik paras
rupanya, mengetahui keturunannya dan
setara taraf hidup (harta).
Hadis Rasulullah SAW:
، َولأ أدينأَها،ْتَويَِأَلدَاَمَاكِألَا،الَأودِيألَأنَستَبأأرَبهَا،بألأَذَمااِأألَتا:تْن َك ُح الْ َمْرأَةُ فَأِالَْظْربََفعْر
“Wanita dinikahi kerana 4 hal: hartanya,
nasabnya, kecantikannya, dan agamanya.
Pilihlah yang memiliki agama, maka kalian
akan beruntung.” (H.R. Bukhari. Hadis no.
4700)
5
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#1
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN Pemilihan Pasangan
Seterusnya, kriteria yang perlu ada pada
calon suami ialah taat kepada Allah dan
RasulNya, bersopan dan berakhlak, sekufu,
berkemampuan memberikan nafkah, dan
menyenangkan jika dipandang.
Hadis Rasulullah SAW:
"Apabila datang kepada kamu seseorang
yang engkau redha dengan agama dan
kelakuannya, maka kahwinkanlah dia. Jika
tidak kamu lakukan, akan berlaku fitnah di
muka bumi dan kerosakan berpanjangan."
(H.R. at-Tirmidzi)
Maka pilihlah calon yang mempunyai ciri-ciri
yang digariskan dalam Islam.
Kunci utama : Sebuah perkahwinan yang
berlandaskan pemilihan petunjuk ini, akan
terhasillah sebuah rumahtangga yang berkat,
sentiasa dalam keadaan tenang dan saling redha-
meredhai antara satu sama lain.
6
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#2 Pemilihan
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN Berasaskan Agama
Bagi pihak lelaki yang ingin mencari calon
isteri, ciri agama sangat ditekankan supaya
isteri dapat melaksanakan tanggungjawab
sebagai isteri dan ibu dengan sempurna dan
dapat menunaikan hak suami dan anak-anak
mengikut sunnah.
Bagi pihak perempuan, pilihlah calon suami
yang mempunyai agama dan akhlak supaya
suami dapat menjalankan kewajipannya
kepada keluarga dengan sempurna.
Kunci utama: Untuk menikmati kebahagiaan dan
menjaga kestabilan keluarga, kunci utama ialah
pemilihan pasangan berasaskan agama dan akhlak
7
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#3 Pemilihan
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN Berasaskan
Keturunan
Memilih pasangan hidup daripada keluarga
yang soleh dan mulia sangat dituntut. Manusia
berbeza dari segi kemuliaan dan kehinaan,
kebaikan dan kejahilan.
8
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#3
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
Hadis Rasulullah SAW:
"Berhati-hatilah dengan sayuran sampah.
Sahabat bertanya, "Apakah yang engkau
maksudkan dengan sayuran sampah, wahai
Rasulullah. Baginda menjawab, "Wanita
rupawan yang membesar di persekitaran
yang buruk." (H.R. Ad-Daruqutni, al-'Askari,
dan Ibnu 'Adi)
Hadis Rasulullah SAW:
"Pilihlah dengan baik tempat meletakkan
benihmu kerana darah itu sangat licik."
(H.R. Ibnu Majah, Ad-Daruqutni dan al-
Hakim)
Kunci utama: Pilihlah isteri yang membesar dalam
persekitaran baik, dalam rumah yang penghuninya
hidup dalam suasana soleh. Ini supaya anak-anak
yang dilahirkan akan terbiasa melakukan amalan,
adat dan akhlak Islam.
9
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#4
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN Merisikdan Meminang
Islam tidak melarang majlis merisik dan
meminang malah Islam menggalakkan bakal
pengantin untuk saling mengenali dan
melihat fizikal masing-masing sebelum
bernikah.
Hadis Rasulullah SAW:
انْظُْر إألَْي َها فَأإَنّهُ أَ ْحَرى أَ ْن يُْؤَدَم بَْينَ ُك َما
Maksudnya: “Lihatlah perempuan itu
dahulu kerana ia akan lebih mengekalkan
kasih sayang antara kamu berdua.” (H.R.
at-Tirmidzi. Hadis no. 1087)
10
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#4
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN Merisikdan Meminang
Seorang perempuan juga berhak melihat
lelaki yang ingin dikahwininya bagi
memastikan keadaan lelaki tersebut supaya
tidak menyesal selepas perkahwinan.
Jaga adat semasa majlis berlangsung.
Pastikan mengikut syariat Islam.
Kunci utama: Tempoh bertunang adalah untuk
bakal pasangan mengenal akhlak dan sifat
pasangan. Juga waktu untuk mempersiapkan diri
ke arah fasa baru dalam kehidupan. Pastikan adab
dijaga kerana hubungan masih belum sah.
11
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#5 Majlis
TIPS Perkahwinan
KE GERBANG PERKAHWINAN
Mengadakan kenduri untuk majlis
perkahwinan adalah sunnah. Ia adalah
sebagai tanda syukur dan berterima kasih
kerana memperolehi pasangan.
Ketika Rasulullah SAW mengetahui
sahabatnya 'Abdurrahman bin 'Auf baru
sahaja bernikah. Rasulullah pun berkata
kepadanya (sambil terlebih dahulu
mendoakannya):
ََبَرَك اََّّللُ لَ َك أَْوِألْ َولَْو بأ َشاة
"Barakallahu laka (semoga Allah memberi
berkah kepadamu). Adakanlah walimah
walaupun hanya dengan seekor kambing."
(H.R. al-Bukhari. Hadis no. 5155)
12
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#5
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
Berdasarkan hadis tersebut, mengadakan
majlis (walimah) (menjamu orang makan)
dengan sebab pernikahan adalah
disyariatkan.
Walaupun begitu, majlis tidaklah
semestinya dilakukan dengan
seekor kambing tetapi ia
dilaksanakan bersesuaian
dengan kemampuan
suami. Boleh jadi lebih dari itu,
atau sebaliknya boleh lebih sederhana
dari seekor kambing.
Kata Kunci: Buatlah sekadar kemampuan dengan
niat penuh ikhlas dan mengharapkan ganjaran dari
Allah. Elakkan pembaziran dan sebarang bentuk
maksiat sepanjang majlis berlangsung.
13
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#6 Perkahwinan
TIPS Adalah Ibadah
KE GERBANG PERKAHWINAN
Perkahwinan adalah satu proses menuju
syurga. Hendaklah saling bantu membantu
dalam menguruskan kehidupan berumah
tangga. Perkahwinan adalah jalan untuk
suami isteri berkhidmat dan saling berbuat
baik kepada satu sama lain.
Suami bekerja keras untuk keluarga, memberi
didikan agama kepada keluarga adalah ibadah
baginya dan isteri yang sentiasa mentaati
suami dan mengurus rumahtangga adalah
ibadah baginya.
Perkahwinan juga dapat menghindarkan diri
dari dosa dan keruntukan akhlak. Selagimana
dirinya terhindar dari perkara maksiat ialtu
menahan pandangan dan memelihara
kemaluan, ia adalah ibadah.
14
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#6
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
Hadis Rasulullah SAW:
"Wahai para pemuda, barang siapa di antara
kalian yang mampu berkahwin, maka
berkahwinlah. Ini kerana, dengan berkahwin
dapat menahan pandangan dan lebih
memelihara kemaluan. Dan barang siapa yang
tidak mampu, maka hendaklah berpuasa
kerana puasa dapat menekan syahwatnya."
(H.R. al-Bukhari. Hadis. no. 5066. Kitab An-
Nikah & H.R. Muslim. Hadis no. 1402. Kitab
an-Nikah & H.R. at-Tirmidzi. Hadis no. 1087.
Kitab an-Nikah)
Andai si suami taat dalam agama, semoga
menjadi tauladan kepada si isteri. Dan andainya
si isteri taat dalam beragama, semoga menjadi
tauladan juga buat suami.
Kunci utama : Rumahtangga adalah medan ibadah.
Segala amal untuk kebaikan keluarga adalah ibadah.
Termasuk juga bermesraan dan berhubungan intim
dengan isteri itu berpahala dan bernilai sedekah di
sisi Allah. Jadilah kalian berdua sebagai teman yang
rapat dan saling berlumba berbuat kebaikan.
15
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#7 Perkahwinan
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN Adalah Perkongsian
Rumahtangga perlulah didirikan asas dasar
taqwa. Pasangan perlu sedar dan faham
tanggungjawab yang akan dipikul oleh suami
atau isteri selepas diijabkabulkan. Berkongsi
beban dan kewajipan dan laksanakan sehabis
baik merupakan kunci kebahagiaan.
“Kehidupan rumah tangga adalah hayatul
amal. Ia diwarnai oleh beban-beban dan
kewajipan. Landasan kehidupan rumah tangga
bukan semata-mata kesenangan dan
romantik, melainkan tolong-menolong dalam
memikul beban kehidupan dan beban
dakwah.” - Hassan Al Banna
16
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#7
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
Namun suami perlu faham bahawa tugas dan
tanggungjawab menyara dan menafkahkan
keluarga terletak di atas bahu suami. Isteri
pula tidak sewajarnya mengambil alih kecuali
sekadar menampung kekurangan kewangan
keluarga atau untuk keselesaan, biarpun dia
berjawatan tinggi.
Firman Allah SWT:
َوَعلَى الْ َمْولُْوأد لَهٗ أرْزقُ ُه َّن َوكأ ْسَوتُ ُه َّن َأبلْ َمْعُرْو أف
"... kewajipan bapa pula ialah memberi
makan dan pakaian kepada ibu itu menurut
cara yang sepatutnya." (Surah al-Baqarah :
233.
17
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#7
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
Sekiraya suami tidak memberi nafkah yang
sepatutnya, menjadi keharusan seorang isteri
mengambil harta suami sekadar perlu untuk
keperluan dirinya dan anaknya.
Kisah Hindun dan Abu Sufyan :
Hindun mengadu kepada Nabi :“Sesungguhnya
Abu Sufyan adalah lelaki yang kedekut, dia
tidak memberikanku sesuatu yang mencukupi
keperluanku dan anak-anakku kecuali yang
sengaja aku ambil sendiri tanpa
pengetahuannya, jadi macamana tu?” Nabi
bersabda, “Ambilah kadar yang cukup untuk
kamu dan anak-anakmu. (H.R. Bukhari. Hadis
no. 2211 & H.R. Muslim. Hadis no. 4574)
Kunci utama : Suami dan isteri punya
tanggungjawab masing-masing. Laksanakanlah
dengan baik demi melahirkan rumahtangga yang
cemerlang, saling bantu-membantu di antara satu
sama lain.
18
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#8 PerkahwinanAdalah
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN Pengorbanan
Pengorbanan suami setelah berkahwin adalah
melalui kerja keras mencari nafkah demi
kesejahteraan keluarga. Adakalanya masa
lapang dan hobi juga perlu dikorbankan untuk
memberi tumpuan kepada keluarga.
Pengorbanan paling besar oleh seorang isteri
setelah diijabqabul ialah ketaatan kepada suami.
Isteri perlu mentaati suami dalam keadaan suka
atau tidak, bersama dengan keinginan atau
tidak. Mentaati suami adalah satu pengorbanan.
Ganjaran taat kepada suami adalah syurga.
Hadis Rasulullah SAW:
“Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu,
berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal
kemaluannya (maruahnya) dan ta'at kepada suaminya.
Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu
yang dia kehendaki." (H.R. Ibn Hibban. Hadis no. 4163.
Jilid, 471/9.
19
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#8 PerkahwinanAdalah
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN Pengorbanan
Segala pengorbanan suami untuk isteri dan isteri
untuk suami adalah pahala. Pengorbanan bukan
sahaja dari segi tenaga dan masa, malah suami
isteri perlu juga berkorban perasaan dan
mengawal emosi agar bahtera rumahtangga
kekal utuh.
Pesan Abu Darda’ kepada isterinya:
“Bila kau marah, aku membuatmu redha
kembali. Karena itu bila aku marah buatlah aku
redha. Kalau tidak demikian, betapa cepatnya
kita akan berpisah”.
Kunci utama: Terima
pasangan seadanya. Terima
kekurangan pasangan dan
hiduplah bersama dengan
saling lengkap-melengkapi.
Kesejahteraan rumahtangga
akan terjamin bila pasangan
saling meredhai dan saling
memaafkan antara satu
sama lain. 20
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#9 Rumahtangga
TIPS Bahagia
KE GERBANG PERKAHWINAN
Bahagia tak semestinya kaya. Bahagia juga
tidak semestinya kerana mempunyai pasangan
yang cantik. Akan tetapi bahagia ialah apabila
isteri menjadi punca ketenangan suami dan
suami menjadi punca ketenangan isteri
Firman Allah SWT :
َواأألَمْيْنَهااٰيٰتأَوهَجَعٗ َْٓلٓ بَاَْيْننَ ُكَْخملَ ََّمقَوَلََيّّدتَةًُكَفَْمَّوّكَرأُمْرْْحوَْنةًناَاأنََُّْفن أأسِْفُك ْٰمذلأاَْزََكواًَجٰلاٰي لأتَت ْسلأَقُكْنوُٓمْْوا
Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya
ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan
untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya,
dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih
dan sayang. Sungguh, pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda-tanda
(kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."
(Surah ar-Ruum: 22)
21
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#9
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
Hadis Rasulullah SAW:
“Tiada sesuatu yang lebih bermanfaat bagi
seseorang mukmin selepas daripada
bertaqwa kepada Allah selain dari isteri
yang solehah, apabila diperintahkan
sesuatu ditaatinya, apa memandangnya
rasa gembira, apabila dibuat giliran
diterimanya dengan senang hati dan
apabila ketiadaan kita di rumah, dia
menjaga dirinya (maruah) dan harta benda
suaminya.” (H.R. al-Bukhari)
Kunci utama : Asas bagi pembinaan
rumahtangga bahagia ialah ketenangan,
kemesraan dan timbangrasa. Apabila suami dan
isteri saling memberikan hak masing-masing,
nescaya rumahtangga akan tenang dan
membahagiakan.
22
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#10 Doa
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
Selain berusaha, sentiasalah mohon
pertolongan dari Allah melalui doa-doa yang
baik. Semoga Allah membimbing kita agar
rumahtangga yang bakal dibina bahagia dan
beroleh keberkatan dunia dan akhirat.
MEMOHON PASANGAN & ZURIAT YANG
MENJADI PENYEJUK HATI
َرَبّنَا َه ْب لَنَا أم ْن أَْزَوا أجنَا َوذُإأأَرّمَّايتًأمنَاا قَُّرَة أَ ْعُُي َوا ْجَعْلنَا لأْل ُمَتّأقَُي
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami
dan keturunan kami sebagai penyejuk hati
(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-
orang yang bertakwa.” (Surah al-Furqan : 74)
23
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#10
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
MEMOHON KEBAIKAN DAN DIJAUHI KEJAHATAN
، الَوََّكراأرأْهش إأأدلَيْينََنا الْ ُكْفَر َوالُْف ُسو َق َوالْعأ ْصيَا َن،الَلُّهَم َحَبّ ْب إألَْينَا اْأليمَا َن َوَزيأْنهَُواأِْجفَعْلقُنَلُاوبأأمنَاَن
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada
keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami,
bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan
kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan
orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Hujurat : 7)
DOA MEMOHON CINTA & KASIH SAYANG
اللَّ ُه َّم إِنِي أَ ْسأَلُ َك ُحبَّ َك َو ُح َّب َم ْن يُ ِحبُّ َك َوا ْل َع َم َل الَّ ِذي يُبَ ِلغُ ِني ُحبَّ َك
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon
kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang
mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan
yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. ” (H.R.
at-Tirmidzi. Hadis Hasan)
24
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
#10
TIPS
KE GERBANG PERKAHWINAN
MEMOHON ZURIAT YANG BAIK
َر ِب َه ْب ِلي ِم ْن لَدُ ْن َك ذُ ِريَّةً َط ِيبَةً ۖ ِإ ّنَ َك َس ِمي ُع الدُّ َعا ِء
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi
Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya
Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al-Imran : 38)
DOA MEMOHON ZURIAT YANG RAJIN MENDIRIKAN
SOLAT
ر أب ا ْجَعْلأِن ُمأقيَم ال َّصلاَأة َوأمن ذُأرَيّأِت َرَبّنَا َوتََقَبّ ْل ُد َعاء
Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak
cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya
Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Surah Ibrahim :
40)
25
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
Penutup
SENTIASA BERIKHTIAR DAN MEMOHON
DARIPADANYA
Tidak ada kurnia sekecil apapun kecuali hanya
datang dari Allah. Maka, di samping berikhtiar
mencari kecukupan duniawi, sentiasalah kita
berdoa kepada Allah kerana Allah jualah yang
berkuasa membolak-balikkan hati manusia.
Semoga Allah membimbing kita agar menjadi ibu
bapa yang terbaik dan role model bagi anak-anak
serta keluarga kita. In sha Allah.
26
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad
Rujukan
Tarbiyatul Aulad Fil Islam oleh Dr Abdullah Nasih
Ulwan
Pedoman Para Wanita oleh Badiuzzaman Said
Nursi
Mengendalikan Hubungan Suami Isteri oleh Dr
Nasoha Saabin
Hakcipta Terpelihara ©Asma Ahmad