The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

YAYASAN LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azimtshamsu97, 2023-05-30 21:12:01

DEMI SEBUAH PERJUANGAN YAYASAN LTAT

YAYASAN LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Keywords: YLTAT

YAYASAN LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DEMI SEBUAH PERJUANGAN (YAYASAN LTAT) “Penggerak Utama Dalam Memperkasakan Pendidikan Dan Kebajikan Warga ATM”


DARI MEJA KETUA EKSEKUTIF Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) terus diberikan kesempatan untuk menyalurkan sumbangan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif baharu @ new deals yang memberi manfaat untuk pendidikan anak tentera serta kebajikan warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Objektif penubuhan Yayasan LTAT adalah untuk meningkatkan mutu kehidupan anak warga ATM termasuk ahli keluarga melalui penyaluran bantuan serta membiayai pendidikan dan kebajikan. Selain itu, Yayasan LTAT menjalinkan kerjasama strategik bersama Jabatan Arah Pendidikan ATM dan Sel Kebajikan ATM serta agensi-agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) demi menjaga kepentingan penerima manfaat. Sebagai yayasan yang berfokus kepada pendidikan dan kebajikan warga ATM, Yayasan LTAT akan kekal komited untuk membongkar bakat dan potensi anak tentera dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif baharu yang mampu memberi nilai tambah kepada pembentukan modal insan yang berdaya saing sejajar dengan aspirasi pendidikan nasional. Di samping itu, Yayasan LTAT akan terus komited bagi menjaga kebajikan warga ATM yang memerlukan termasuk golongan asnaf, balu dan veteran ATM sekaligus menjadi pelengkap kepada daya usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pertahanan. Di kesempatan ini, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada perajurit atas segala perit getir yang mereka lalui ketika bertugas di perbatasan untuk menjaga keamanan dan kedaulatan tanah air. Semoga khidmat bakti dan pengorbanan mereka terus disanjung tinggi dan mendapat keberkatan Ilahi. DATO’ DR. MOHD NIZAR BIN HAJI SUDINfi “Demi Sebuah Perjuangan ...”


Ahli Lembaga Pemegang Amanah www.yayasanltat.org.my 01 YBHG JENERAL TAN SRI DATO' SRI HJ. AFFENDI BIN BUANG TUDM PANGLIMA ANGKATAN TENTERA YB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN MENTERI PERTAHANAN YM JENERAL TAN SRI RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR (B) PENGERUSI LTAT Penerima Manfaat Utama: Teras Utama 2Yayasan LTAT Teras Pendidikan Teras Kebajikan Warga ATM Yang Masih Berkhidmat 1. Ahli Keluarga Warga ATM 2. Veteran ATM 3. 1. 2.


PENUBUHAN PENUBUHAN Ditubuhkan pada 26 April 2000 dan dahulunya dikenali sebagai Yayasan Warisan Perajurit. PENJENAMAAN PENJENAMAAN Penjenamaan semula pada 22 Julai 2016 dan kini dikenali sebagai Yayasan LTAT. PENGURUSAN PENGURUSAN Sebelum ini diuruskan secara sekretariat bersama antara Boustead Holdings Berhad & Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Sejarah & Latar Belakang Yayasan LTAT www.yayasanltat.org.my 02 Di samping itu, Yayasan LTAT akan terus komited bagi menjaga kebajikan warga ATM yang memerlukan termasuk golongan asnaf, balu dan veteran ATM sekaligus menjadi pelengkap kepada daya usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pertahanan. Di kesempatan ini, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada perajurit atas segala perit getir yang mereka lalui ketika bertugas di perbatasan untuk menjaga keamanan dan kedaulatan tanah air. Semoga khidmat bakti dan pengorbanan mereka terus disanjung tinggi dan mendapat keberkatan Ilahi.


www.yayasanltat.org.my 03 Pendidikan merupakan tunjang utama dalam pembangunan dan pertahanan negara. Justeru, bagi menyokong dan memastikan anak-anak warga ATM terus cemerlang dalam bidang pendidikan, pelbagai inisiatif transformasi pendidikan dirangka dan dilaksanakan agar kumpulan ini turut menjadi penyumbang utama dalam pembangunan negara. Yayasan LTAT akan kekal komited dalam memastikan pendidikan anak-anak warga ATM terus diutamakan. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk: Teras Pendidikan


www.yayasanltat.org.my 04 Menerusi skim ini, Yayasan LTAT menyumbang dana permulaan sebanyak RM50 untuk membuka akaun Tabung Haji kepada setiap anak-anak warga ATM yang bersekolah di Sekolah Dalam Kem (SDK) seluruh negara. Program Skim Penabungan Anak-anak ATM Rukun kelima (SPARK) www.yayasanltat.org.my 04 Sebagai pengiktirafan atas pencapaian cemerlang anak -anak warga ATM dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Yayasan LTAT memberi insentif secara one-off sebanyak RM1,500 seorang. Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM Insentif secara one-off sebanyak RM1,000 diberikan kepada anak-anak warga ATM yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Program Bantuan IPTA


www.yayasanltat.org.my 05 Program ini merupakan inisiatif bagi memberi bimbingan dan membantu persediaan anak-anak warga ATM yang akan menduduki peperiksaan SPM. Inisiatif ini melibatkan tuisyen percuma dan teknik menjawab soalan SPM bagi mata pelajaran teras serta program motivasi di 4 buah sekolah menengah dalam kem (SDK) dengan kerjasama guru cemerlang MRSM, SBP dan sekolah kluster kecemerlangan. Program Sentuhan Elit SPM Yayasan LTAT Selain insentif tunai, anak-anak warga dan veteran ATM yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama turut diberikan komputer riba percuma. Bantuan Laptop Percuma Insentif secara one-off diberikan khusus kepada anak-anak warga dan veteran ATM yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama di 100 Universiti Terbaik Dunia. Program Dermasiswa Premium


www.yayasanltat.org.my 06 Kerjasama strategik yang dijalinkan antara Yayasan LTAT bersama Unirazak memberi peluang kemasukan seramai 250 orang anak-anak anggota ATM setahun untuk melanjutkan pengajian ke program Asasi Sastera secara percuma. Program ini melibatkan kos tajaan keseluruhan daripada Unirazak dan yuran pendaftaran daripada Yayasan LTAT. Program Penajaan Asasi Sastera Bersama Unirazak Latihan kebolehpasaran graduan merupakan salah satu program Train & Place tajaan Yayasan LTAT bersama rakan strategik. Ianya terbuka kepada graduan IPTA anak-anak warga ATM dan veteran ATM untuk menjalani latihan reskilling & upskilling dengan jaminan peluang pekerjaan selepas tamat latihan. Bagi anak-anak anggota ATM dan veteran lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Yayasan LTAT melaksanakan program Train & Place iaitu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bersama rakan strategik yang memberi peluang pelajar terpilih menjalani latihan di organisasi bersesuaian dengan kursus yang ditawarkan serta padanan kerjaya selepas tamat latihan. Program Jejak Bakat Anak Tentera (JEBAT)


www.yayasanltat.org.my 07 Latihan kemahiran khusus untuk isteri dan keluarga warga ATM untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya keusahawanan, teknologi digital, industri makanan dan minuman, kemahiran perniagaan serta pendidikan dan sebagainya khusus bertujuan untuk bersama-sama membantu meningkatkan taraf kehidupan keluarga ATM. Program Bersama BAKAT ATM Sumbangan CSR pendidikan disalurkan bagi pelaksanaan tuisyen intensif Bahasa Arab, kelas tambahan dan keperluan makmal komputer kepada STAY ATM yang menempatkan pelajar tahfiz dan anak-anak yatim. Bantuan Pendidikan kepada Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY ATM) Yayasan LTAT telah menyuntik dana bagi pembinaan Mahallah di UIAM, Kampus Gombak yang siap dibina pada tahun 2015. Mahallah ini dibina bertujuan untuk menjana pendapatan menerusi hasil sewaan yang digunakan sebagai biasisiwa pendidikan, iaitu Yayasan LTAT – IIUM Ummatic Scholarship bagi anak-anak anggota dan veteran ATM. Inisiatif Biasiswa Pendidikan bersama IIUM Endowment Fund (Yayasan LTAT-IIUM Ummatic Scholarship)


www.yayasanltat.org.my 08 Yayasan LTAT sentiasa prihatin dalam memastikan kebajikan warga ATM akan terus disantuni termasuk kebajikan para isteri, balu, anak dan veteran ATM. Usaha ini akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan yayasan menerusi pelbagai program dan inisiatif sepanjang tahun. Pelbagai program dirancang dan dilaksanakan termasuk : Teras Kebajikan


www.yayasanltat.org.my 09 Hulurkan tangan, ringankan beban. Yayasan LTAT prihatin menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan insentif tunai kepada penerima manfaat yang memerlukan. Sumbangan Bantuan One-Off Kepada Warga ATM & Ahli Keluarga Makanan asas kehidupan. Bantuan bakul makanan secara one-off berupa barangan keperluan harian diagihkan kepada warga dan veteran ATM yang memerlukan. Bakul Wira SEMBARA Kepada Warga & Veteran ATM


www.yayasanltat.org.my 10 Sebagai tanda prihatin, Yayasan LTAT memberikan sumbangan one-off kepada warga dan veteran ATM yang diuji musibah kemalangan dan kematian ahli keluarga. Bantuan Kecemasan Kemalangan & Kematian Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bagi meringankan beban yang ditanggung warga dan veteran ATM mengalami masalah kesihatan, Yayasan LTAT menghulurkan bantuan berupa peralatan kesihatan seperti katil hospital, kerusi roda, alat bantuan kesihatan dan ubat-ubatan kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan Alat Bantuan Kesihatan Santuni anak yatim. Bantuan tunai secara one off diberikan kepada anak-anak tentera yang kehilangan ibu, bapa atau keduanya sekali. Skim Wira Insaniah


www.yayasanltat.org.my 11 Keadaan ekonomi yang tidak menentu memberi kesan terhadap sebilangan warga dan veteran ATM. Menyedari hakikat tersebut, Yayasan LTAT menyalurkan BSH kepada veteran, balu dan bekas isteri yang ditinggalkan secara bulanan sejak tahun 2008 untuk mengurangkan beban isi rumah dalam menampung perbelanjaan harian. Bantuan Sara Hidup (BSH) Bantuan lampin pakai buang secara bulanan kepada veteran dan balu veteran yang memerlukan kerana masalah kesihatan. Bantuan Bulanan Lampin Pakai Buang


Yayasan LTAT turut mengambil tanggungjawab mengagihkan zakat menerusi program Zakat Wakalah Yayasan LTAT. Zakat Wakalah diagihkan untuk menyantuni anggota, keluarga serta veteran ATM yang tergolong daripada kumpulan asnaf, miskin, pesakit kronik, mualaf, anak yatim dan pelajar fisabilillah serta institusi masjid dalam kem untuk program khusus bersama kumpulan asnaf. Program berlangsung sepanjang tahun. www.yayasanltat.org.my 12 Zakat Wakalah


www.yayasanltat.org.my 13 Yayasan LTAT mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan strategik dan pihak-pihak yang telah bekerjasama dan menghulur sumbangan demi menjayakan misi dan visi Yayasan LTAT dalam membela pendidikan dan kebajikan warga ATM, veteran dan seluruh ahli keluarga. Setinggi-tinggi Penghargaan Yayasan LTAT sentiasa terbuka dan mengalu-alukan kerjasama dan kolaborasi bersama mana-mana pihak korporat untuk sama-sama menyumbang demi kebajikan warga ATM dan veteran yang berkorban demi menjaga keselamatan negara. Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Unit Komunikasi Korporat menerusi email: [email protected] Sumbangan boleh dibuat secara atas talian melalui perbankan online/cek/wang pos ke akaun: AFFIN BANK 1052 6000 1469 YAYASAN LTAT Sumbangan yang disalurkan ke Yayasan LTAT layak mendapat pengecualian cukai pendapatan selaras dengan Akta Cukai Pendapatan 1967 di bawah Sub Seksyen 44(6) KEMENTERIAN PERTAHANAN LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA IIUM LEMBAGA TABUNG HAJI TABUNG HAJI JABATAN HAL EHWAL VETERAN SEL KEBAJIKAN ATM JABATAN ARAH PENDIDIKAN ATM YAYASAN PENERAJU SYARIKAT KUMPULAN BOUSTEAD KUMPULAN AFFIN YAYASAN VETERAN ATM Rakan Strategik:


Yayasan LTAT - YLTAT yayasanltat Yayasan LTAT yayasanltat www.yayasanltat.org.my © Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Cetakan pertama, Mei 2023 Hak cipta terpelihara. Mana-mana isi kandungan buku ini tidak boleh diterbitkam semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada pihak penerbit.


Click to View FlipBook Version