The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Huda Rohmat, 2020-05-09 23:39:21

ERA MASYARAKAT JAHILIYYAH

SIRAH TINGKATAN 1

ERA MASYARAKAT
JAHILIYYAH

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1
[BIDANG SIRAH]

STANDARD PEMBELAJARAN

5.2.1 Menyatakan maksud jahiliyyah.

5.2.2 Menjelaskan keadaan masyarakat arab sebelum kerasulan Nabi
Muhammad saw dari segi aqidah dan akhlak.

5.2.3 Menerangkan sebab Rasulullah saw diutuskan kepada masyarakat
jahiliyyah.

5.2.4 Menghuraikan nilai-nilai negatif masyarakat arab sebeleum kerasulan
Nabi Muhammad saw dan mengambil pengajaran daripadanya.

5.2.5 Membina jati diri muslim.

5.2.6 Menjaga batas pergaulan dalam kehidupan secara beradab dan
istiqamah.

MAKSUD JAHILIYYAH

- Berasal daripada perkataan bahasa arab ‫ ﺟﮭل‬yang

bermaksud tidak tahu, bodoh atau jahil.
- Jahil aqidah : menganut ajaran Nabi Ibrahim & Nabi Ismail

tetapi mencampuradukkannya dengan penyembahan
berhala, amalan sihir dan khurafat.
- Jahil akhlak : banyak melakukan perkara buruk seperti suka
menindas perempuan dan hamba, berjudi serta minum arak.

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN
NABI MUHAMMAD SAW [AQIDAH]

- Mereka menganut banyak ajaran dan agama.

AGAMA YAHUDI KEPERCAYAAN
AGAMA HANIF MAJUSI
AGAMA NASRANI
KEPERCAYAAN
ANIMISME

AGAMA PENYEMBAH
BERHALA

AGAMA YAHUDI

- Agama samawi yang diubahsuai daripada ajaran Nabi
Musa as mengikut keinginan para penganutnya.

- Banyak memfitnah para nabi & menolak ajaran Nabi
Muhammad saw.

- Mereka datang dari Palestin ke Negara Arab.

AGAMA NASRANI

- Agama samawi yang diubahsuai daripada ajaran Nabi Isa
as mengikut keinginan pengikutnya.

- Mereka mempercayai Nabi Isa as sebagai anak tuhan.
- Mereka datang dari Habsyah dan Rom.
- Abrahah, Raja Nasrani membina tempat ibadat baharu di

Yaman untuk menyaingi populariti Kaabah di Makkah,
namun gagal dengan pertolongan Allah swt.
- Kisah ini telah dipaparkan dalam surah al Fiil.

KEPERCAYAAN MAJUSI

- Kepercayaan yang dianuti oleh golongan penyembah api.
- Pada malam kelahiran Rasulullah saw, api yang disembah

oleh penganut majusi di Parsi telah padam.
- Api tersebut telah tidak pernah padam selama 1000

tahun sebelum kelahiran Rasulullah saw.

KEPERCAYAAN ANIMISME

- Kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh dan
semangat.

- Mereka menyembah alam seperti matahari, bintang dan
pokok.

AGAMA HANIF

- Agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi ismail as.
- Agama samawi seperti agama Islam. Buktinya :

1) Percaya kepada Allah swt
2) Percaya kepada hari kebangkitan & hidup sesudah mati
3) Percaya kepada dosa dan pahala
- Ajaran agama hanif yang diteruskan amalannya dalam syariat
Islam seperti ibadat korban, ibadat haji & ibadat umrah.

AGAMA PENYEMBAH BERHALA

- Mula diperkenalkan oleh ‘Amru bin ‘Amir bin Luhai ( pemimpin Khuzaah)
- Dia menemukan ajaran tersebut dari negeri Syam lalu membawa berhala

bernama ‘Hubal’ ke Makkah dan meletakkannya di dalam Kaabah.
- Dia memerintahkan seluruh penduduk Makkah supaya menyembah berhala

tersebut.
- Agama yang mensyirikkan Allah swt.
- Disebarkan kepada seluruh orang Arab ketika musim haji.
- Ketika Makkah berjaya dibuka oleh Nabi Muhammad saw, ada sebanyak 360

berhala sekita Kaabah.
- Kesemuanya dimusnahkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat.

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN
NABI MUHAMMAD SAW [AKHLAK]

AKHLAK BAIK

● Menepati janji
● Berani, kuat & pantang menyerah kalah
● Menjaga kebersihan mulut dan kuku
● Tidak mengahwini mereka yang ada

pertalian darah
● Menghormati tetamu
● Taat kepada pemimpin
● Menghormati bulan haram

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN
NABI MUHAMMAD SAW [AKHLAK]

AKHLAK BURUK

● Berjudi dan minum arak
● Penzinaan & pelacuran berleluasa
● Mengamalkan bigami
● Pewarisan harta hanya pada lelaki
● Membunuh anak perempuan
● Mengamalkan tenung nasib
● Berperang kerana perang yang kecila

RASULULLAH SAW DIUTUSKAN KEPADA
MASYARAKAT JAHILIYYAH KERANA :

❏ Masyarakat jahiliyah mempunyai nilai negatif seperti suka berjudi,
berzina, minum arak serta merendahkan martabat wanita & suka
mengamalkan khurafat.

- Rasulullah saw diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.
- Masyarakat arab lebih mudah dilentur kerana mereka buta huruf.
- Hal ini secara tidak langsung menjadi bukti kerasulan Nabi Muhammad

saw kerana Baginda tidak pernah membaca atau mempelajari kitab
agama samawi dan ajaran agama purba.

RASULULLAH SAW DIUTUSKAN KEPADA
MASYARAKAT JAHILIYYAH KERANA :

❏ Semenanjung Arab terletak di antara 4 kuasa besar dunia
pada waktu itu iaitu Rom, Parsi, Grik dan India. Kedudukan
yang strategik menjadikan Islam mudah tersebar ke seluruh
tamadun dunia dan pelbagai bangsa.

❏ Adanya Kaabah yang dikunjungi untuk ibadah.
❏ Keistimewaan bahasa dan budaya Arab

SOALAN PENILAIAN

1. Nyatakan maksud jahiliyyah. [ 20m ]

2. Senaraikan 2 agama yang dianuti oleh masyarakat arab
jahiliyyah. [ 20m ]

3. Jelaskan bagaimanakah keadaan akhlak masyarakat jahiliyyah. [
40m ]

4. Terangkan faktor mengapa Rasulullah saw diutuskan kepada
masyarakat arab jahiliyyah. [20M ]

Semoga Bermanfaat

DISEDIAKAN OLEH :
USTAZAH NORUL HUDA BINTI ROHMAT


Click to View FlipBook Version