The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Huda Rohmat, 2020-05-10 22:37:09

KORBAN DAN AQIQAH

BIDANG FEQAH TINGKATAN 4

KORBAN DAN
AQIQAH

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 4

BIDANG FEQAH

STANDARD PEMBELAJARAN

4.22.1 Menyatakan maksud, hukum, dalil serta haiwan yang disyariatkan
korban dan aqiqah.

4.22.2 Menjelaskan syarat sah, perkara sunat dan tempoh pelaksanaan korban
dan aqiqah.

4.22.3 Menjelaskan pembahagian daging korban dan aqiqah.

4.22.4 Merumuskan hikmah korban dan aqiqah.

4.22.5 Berazam untuk melaksanakan korban.

Unit 1

KORBAN

MAKSUD DAN HUKUM KORBAN

Korban ialah menyembelih binatang Hukum korban
ternakan (al an’am) pada 10 Zulhijjah ialah sunat
hingga akhir Hari Tasyrik bertujuan muakkad,
mendekatkan diri kepada Allah swt.
menjadi wajib
jika bernazar.

DALIL & JENIS BINATANG KORBAN

Binatang al an’am yang
disyariatkan ialah :
● Unta
● Biri-biri
● Kambing
● Lembu
● Kerbau

BERNIAT KORBAN MASA PELAKSANAAN
- Berniat korban ketika - Selepas solat hari raya
binatang disembelih aidiladha pada 10 Zuhijjah
- Pada akhir Hari Tasyrik (13
Zulhijjah)

SYARAT SAH
KORBAN

CUKUP UMUR SIFAT AL AN’AM
- Unta : 5 tahun dan ke atas - Bebas daripada penyakit
- Lembu @ Kerbau : 2 tahun dan kecacatan. Contohnya
dan ke atas cacat yang teruk pada satu
- Kambing : 2 tahun & ke atas matanya, berpenyakit yang
- Biri-biri : 1 tahun @ sudah teruk, tempang atau kurus
bersalin gigi hadapan setelah yang melampau.
berumur 6 bulan

PERKARA SUNAT KORBAN

1 2Orang yang berkorban Melakukan
disunatkan tidak bercukur dan penyembelihan korban
memotong kukunya pada dengan sendiri dan tidak
permulaan bulan Zulhijjah
mewakilkan kepada
sehingga selesai berkorban.
orang lain jika mampu.

3 Melaksanakan segala
sunat sembelihan seperti
menghadap arah kiblat
dan alat sembelihan yang
tajam.

PERKARA SUNAT KORBAN

4 Membaca dan berselawat ke

atas Rasulullah saw ketika menyembelih.

5 Berdoa semasa hendak
menyembelih

TEMPOH PELAKSANAAN KORBAN

Korban dilakukan pada 10 Zulhijjah dan dan Hari-hari Tasyrik.

1 Zulhijjah Korban tidak sah 10 Zulhijjah
dilakukan sebelum 10
Orang yang berkorban Waktu penyembelihan
makruh bercukur dan Zulhijjah yang afdal bermula

memotong kuku selepas naik matahari
selepas solat sunat

aidiladha & 2 khutbah

TEMPOH PELAKSANAAN KORBAN

11 Zulhijjah 12 Zulhijjah
Sunat pelaksanaan
Sunat pelaksanaan
korban korban

14 Zulhijjah 13 Zulhijjah
Sunat pelaksanaan
Korban tidak sah
dilakukan selepas korban
terbenam matahari 13

Zulhijjah

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN

Dihadiahkan kepada sahabat handai
termasuk orang kaya atau jiran

Dimakan oleh pihak yang
bekorban dan anggota
keluarganya

Disedekahkan kepada fakir dan
miskin

AGIHAN DAGING KORBAN

WAJIB semua daging Orang yang berkorban
korban bagi korban nazar HARAM menjual daigng
disedekahkan kepada fakir korban, termasuk kulit,
lemak, susu, kaki, kepala
dan miskin. dan bulu binatang korban.

HIKMAH KORBAN

Mengagungkan syiar Islam yang merupakan
tanda taqwa bagi mendekatkan diri kepada Allah
swt.

Menghayati semangat pengorbanan agung yang
telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim as supaya
semangat tersebut menaikkan semangat jihad.

HIKMAH KORBAN

Mengeratkan persaudaraan antara umat Islam
kerana solat sunat aidiladha menghimpunkan
seluruh umat Islam.

Tanda bersyukur kepada Allah swt atas segala
nikmat supaya rezeki yang diperoleh sentiasa
diberkati.

Unit 2

AQIQAH

MAKSUD DAN HUKUM AQIQAH

Aqiqah ialah binatang ternakan (al Hukum aqiqah
an’am) yang disembelih sempena ialah sunat
muakkad,
kelahiran bayi.
menjadi wajib
jika bernazar.

DALIL & JENIS BINATANG AQIQAH

Binatang al an’am yang
disyariatkan ialah :
● Unta
● Biri-biri
● Kambing
● Lembu
● Kerbau

SYARAT SAH AQIQAH 1. BERNIAT AQIQAH
- Berniat aqiqah ketika binatang disembelih

2. MASA PELAKSANAAN
- Setelah bayi dilahirkan

3. CUKUP UMUR
- Unta : 5 tahun dan ke atas
- Lembu / Kerbau : 2 tahun dan ke atas
- Biri-biri : 1 tahun atau sudah bersalin gigi hadapan

setelah berumur 6 bulan

4. SIFAT AL AN’AM
- Bebas daripada penyakit dan kecacatan, contohnya

cacat yang teruk pada satu matanya, berpenyakit yang
teruk, tempang atau kurus yang melampau

- Penyembelihan binatang aqiqah
memadai dengan seekor
kambing.

- Sebaik-baiknya ialah 2 ekor
kambing bagi anak lelaki dan 1
ekor bagi anak perempuan.

PERKARA SUNAT AQIQAH

1 Berdoa semasa hendak 2 Menyembelih ketika
menyembelih. matahari sedang naik.

3 Dilakukan pada hari
ke7 selepas kelahiran.

PERKARA SUNAT AQIQAH

4 Tidak dipatah-patahkan 6 Bersedekah dengan emas
tulang binatang semasa atau perak seberat rambut
memotong daging kecuali bayi yang telah bersyukur.
mengikut sendi-sendinya.

5 Mencukur rambut bayi
selepas penyembelihan.
Memberikan nama yang
baik kepada bayi.

TEMPOH PELAKSANAAN AQIQAH

SUNAT SUNAT MUAKKAD

Setelah sempurna Pada hari ke7
kelahiran kelahiran bayi

sehingga bayi itu
baligh

PEMBAHAGIAN DAGING AQIQAH

Sunat dimasak Masakan itu afdal Masakan itu sunat
dengan masakan disedekahkan dimakan oleh orang
yang manis dan
kepada fakir miskin. yang beraqiqah.
disedekahkan
sesudah dimasak.

HIKMAH AQIQAH

Menzahirkan kesyukuran kepada Allah swt atas
kurniaan cahaya mata.

Menghebahkan berita kelahiran supaya tidak
timbul prasangka.
Menyuburkan sifat pemurah dan menjauhi sifat
bakhil.

SOALAN PENILAIAN

1. Nyatakan maksud korban dan aqiqah. [ 20m ]
2. Apakah hukum korban dan aqiqah? [ 20m ]
3. Jelaskan cara pembahagian daging korban. [ 20m ]
4. Terangkan 2 hikmah menunaikan ibadat aqiqah. [ 40m ]

Semoga Bermanfaat

DISEDIAKAN OLEH :
USTAZAH NORUL HUDA BINTI ROHMAT


Click to View FlipBook Version