The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Huda Rohmat, 2020-05-09 22:11:01

MULIAKAN IBU BAPA BAHAGIAKAN KELUARGA

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

MULIAKAN IBUBAPA
BAHAGIAKAN KELUARGA

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2
BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH

STANDARD PEMBELAJARAN

6.7.1 Menyatakan dalil naqli kewajipan beradab kepada ibu bapa.
6.7.2 Menjelaskan cara beradab dengan ibu bapa dan keluarga dari aspek
percakapan dan tingkah laku.
6.7.3 Menerangkan kepentingan beradab dengan ibu bapa dan keluarga.
6.7.4 Menerangkan punca penderhakaan kepada ibu bapa.
6.7.5 Menerangkan akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga.
6.7.6 Menghormati ibu bapa dan keluarga secara beradab dan istiqamah.

DALIL NAQLI KEWAJIPAN BERADAB TERHADAP IBU BAPA

DALIL NAQLI KEWAJIPAN BERADAB TERHADAP IBU BAPA

CARA BERADAB TERHADAP IBU BAPA

HATI ● Setiap anak wajib berkasih
sayang terhadap ibu bapa.
Contoh : menjaga perasaan

● Prihatin dengan selalu bertanya
khabar dan menghulurkan
bantuan.

● Hormat-menghormati antara satu
sama lain dengan memupuk
kasih-sayang dalam keluarga.
Contoh : menunjukkan muka yang
manis

CARA BERADAB TERHADAP IBU BAPA

PERCAKAPAN ● Bersopan-santun. Bercakap
dengan nada suara & intonasi
yang lembut. Contoh : tidak
meninggikan suara

● Tidak menyanggah percakapan
ibu bapa. Mendengar dengan
penuh perhatian.

● Menggunakan suara yang lembut
bagi menyenangkan hati

CARA BERADAB TERHADAP IBU BAPA

● Selalu menziarahi ibu bapa & TINGKAH
keluarga jika tinggal berasingan. LAKU

● Menjaga hubungan baik dengan
kawan ibu bapa dapat
mengeratkan silaturrahim dalam
masyarakat.

● Merawat & menjaga ibu bapa yang
sakit dan tua. Contoh : membawa
mereka ke hospital untuk
mendapatkan rawatan

Jadikan doa ini
sebagai amalan setiap

kali selepas solat

KEPENTINGAN BERADAB TERHADAP IBU BAPA

Umat Islam dapat
melaksanakan perintah Allah
swt dan rasul yang sentiasa

menghendaki setiap orang
Islam beradab dengan ibu bapa

dan keluarga.

Umat Islam dapat menjadi
contoh teladan kerana setiap
orang yang beradab dengan

ibu bapa akan diikuti oleh
orang lain.

KEPENTINGAN BERADAB TERHADAP IBU BAPA

Umat Islam dapat membina
kewibawaan diri. Keluarga yang
bahagia & saling berkasih sayang
dapat membentuk individu yang

berjaya dunia & akhirat.

Umat Islam dapat membina
keluarga yang bahagia kerana

saling bantu-membantu.

PUNCA ➢ Kurang penghayatan agama
dalam kehidupan
PENDERHAKAAN
TERHADAP ➢ Kurang menghayati pengajaran
agama di sekolah.
IBU BAPA

➢ Terpengaruh dengan perlakuan
kawan yang negatif.

INDIVIDU

● Mendapat kemurkaan Allah
● Disisih & dipinggirkan oleh ibu bapa dan

keluarga
● Berdosa besar, jika tidak bertaubat boleh

membawa ke neraka

AKIBAT TIDAK BERADAB TERHADAP
IBU BAPA DAN KELUARGA

MASYARAKAT

● Anggota keluarga berpecah dan susah
mendapat pertolongan

● Susah mendapat kawan yang baik
● Gejala sosial berleluasa dalam

masyarakat

AKIBAT TIDAK BERADAB TERHADAP
IBU BAPA DAN KELUARGA

NEGARA

● Tidak maju kerana institusi keluarga runtuh
● Tidak aman dan makmur kerana rakyat tidak

bersatu padu
● Negara mengalami kerugian kerana terpaksa

membelanjakan wang untuk pemulihan
akhlak

AKIBAT TIDAK BERADAB TERHADAP
IBU BAPA DAN KELUARGA

SOALAN PENILAIAN

1. Senaraikan 2 cara beradab dengan ibu bapa dan keluarga. [ 20m ]

2. Terangkan 2 kepentingan beradab terhadap ibu bapa & keluarga. [ 40m ]

3. Jadual di bawah menunjukkan kes anak yang menghantar anak ke rumah
orang tua. Huraikan faktor berlakunya perkara tersebut dalam masyarakat
Islam. [ 40m ]

SEMOGA BERMANFAAT

DSEDIAKAN OLEH :
USTAZAH NORUL HUDA BINTI ROHMAT


Click to View FlipBook Version