The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Huda Rohmat, 2024-03-09 03:56:29

E-BOOK 30 HARI TAZKIRAH RINGKAS RAMADAN

E-BOOK 30 HARI TAZKIRAH RINGKAS RAMADAN

TTaazzkkiirraahh RRiinnggkkaass 30Hari Ramadan Ustazah Huda Rohmat


Isi Kandungan i 1.Keutamaan Bulan Ramadan................................................ 2.Pelajari Sejarah Ramadan ............................................... 3.Kesempurnaan Sabar ........................................................... 4.Kelebihan Bersifat Ihsan ..................................................... 5.Ganjaran Bersedekah .......................................................... 6.Takwa Mendidik Nafsu .......................................................... 7.Tadarus Al-Quran Tingkatkan Keimanan .................. 8.Memahami Makna Tawakal Dan Reda ............................ 9.Merenung Kembali Diri Dalam Istighfar ....................... 10.Keindahan Ukhuwah Dalam Solat Tarawih ................ 11.Memahami Hikmah Berlapar ............................................... 12.Iftar Mengeratkan Kasih Sayang .................................. 13.Dermawan di Bulan Ramadan ............................................ 14.Tawakal Kepada Allah SWT .............................................. 15.Keseimbangan Ibadah & Kehidupan Dunia ................... 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15


Isi Kandungan ii 16. Keindahan Bersyukur.............................................................. 17. Keistimewaan Iktikaf .............................................................. 18. Ramadan Pengikat Kasih Sayang .................................... 19. Kesempurnaan Solat Tarawih .......................................... 20. Keutamaan Menjaga Lidah ................................................ 21. Gandakan Ibadah ...................................................................... 22. Kepentingan Menjaga Masa .............................................. 23. Sabar Menjalani Ujian Hidup ............................................. 24. Puasa Menjaga Kesucian Hati ......................................... 25. Perbaiki Hubungan Sesama Manusia .............................. 26. Solat Meningkatkan Ketakwaan ..................................... 27. Kecintaan Kepada Rasulullah SAW ................................ 28. Ramadan Membentuk Akhlak Mulia .................................. 29. Puasa Mengajar Erti Kesyukuran ................................. 30. Muhasabah Diri Di Akhir Ramadan .................................. 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30


Bulan Ramadan merupakan bulan istimewa dalam Islam di mana umat berpuasa untuk mendekatkan diri kepada Allah. Keutamaan bulan ini termaktub dalam banyak hadis dan ayat Al-Quran. Ia bukan hanya tentang menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga kesempatan untuk meningkatkan kualiti spiritual dan bertaqarrub kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan dengan iman dan berharap pahala dari Allah, dosa-dosanya yang lalu akan diampuni." (Riwayat al-Bukhari) 1 Keutamaan Bulan Ramadan 1


Mengetahui sejarah dan kelebihan bulan Ramadan dapat memberi kita inspirasi dan motivasi tentang betapa mulianya bulan ini dalam Islam. Melalui pemahaman ini, kita akan sentiasa berusaha untuk menyempurnakan ibadah puasa sebaiknya dan menggandakan amal soleh di bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda, "Bulan Ramadan ini telah datang kepada kamu, sebuah bulan yang mengandungi keberkatan besar ; Allah mewajibkan ke atas kamu berpuasa pada bulan itu." (Riwayat al-Bukhari) 2 Pelajari Sejarah Ramadan 13


Puasa dalam bulan Ramadan mengajar kita erti sebenar sabar. Sabar bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri dari perbuatan maksiat dan perkataan yang tidak baik. Kesempurnaan sabar membawa ganjaran yang besar dari Allah, dan bulan Ramadan memberi peluang untuk memupuk sifat ini dalam diri. Allah berfirman dalam Al-Quran, "Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu berpuasa sebagaimana yang ditetapkan kepada orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah : 183) 3 Kesempurnaan Sabar 2


Selain daripada puasa, bulan Ramadan juga mengajarkan kita tentang sifat ihsan. Memberikan bantuan kepada yang memerlukan, menyumbang kepada amal jariah, dan memberi kebaikan kepada sesama insan adalah amat-amat ditekankan. Sifat ihsan ini akan membuka pintu rahmat Allah dan membantu meningkatkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa. Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang memberikan makanan berbuka puasa kepada orang berpuasa, dia akan mendapat pahala yang sama tanpa mengurangkan pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun." (Riwayat at-Tirmizi) 4 Kelebihan Bersifat Ihsan 3


Bulan Ramadan memperlihatkan keindahan bersedekah dan memberi kepada yang memerlukan. Bukan sekadar memberikan harta, tetapi juga menyumbang kasih sayang, memberi senyuman, dan memberikan sokongan kepada sesama insan. Bersedekah pada bulan ini membuka pintu keberkatan dan memperkukuhkan ikatan ukhuwah di antara umat Islam. Allah berfirman, "Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam hari dan siang hari secara senyap dan secara terang-terangan, bagi mereka pahala di sisi Tuhan mereka; tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan mereka tidak akan bersedih hati." (Surah Al-Baqarah : 274) 5 Ganjaran Bersedekah 4


Puasa Ramadan bukan hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mengajar kita untuk mengawal nafsu. Dengan mengawal diri, kita dapat meningkatkan ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah. Ketakwaan inilah yang menjadi tujuan utama puasa, memperbaiki diri dan mencapai matlamat takwa. Allah berfirman, "Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orangorang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah : 183) 6 Takwa Mendidik Nafsu 5


Bulan Ramadan adalah masa yang istimewa untuk mendalami dan menguatkan hubungan kita dengan Al-Quran. Membaca, memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran membawa kebaikan dan menambahkan keimanan kita. Mari sama-sama kita manfaatkan bulan ini untuk lebih mendekati Kalamullah dan merasai keberkatan dan kemanisan yang terkandung dalam setiap ayat. Allah berfirman, "Bulan Ramadan yang di dalamnya diturunkan AlQuran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan yang batil." (Surah Al-Baqarah : 185) 7 Tadarus Al-Quran Tingkatkan Keimanan 6


Puasa di bulan Ramadan mengajarkan kita tentang tawakal, iaitu berserah kepada kehendak Allah dan menggantungkan harapan sepenuhnya kepada-Nya. Selain itu, memahami konsep reda adalah kunci untuk menerima segala ujian dan nikmat dengan hati yang lapang. Allah berfirman, "...Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)." (Surah at-Talaq : 3) 8 Memahami Makna Tawakal Dan Reda 7


Bulan Ramadan adalah masa yang paling sesuai untuk merenung kembali diri dan memperbanyakkan istighfar. Dengan memohon ampun dari Allah, kita memperbaiki hubungan kita dengan-Nya. Istighfar bukan hanya untuk dosa-dosa besar, tetapi juga dosa-dosa kecil yang mungkin kita lakukan tanpa kita sedari. Mari sama-sama kita manfaatkan peluang ini untuk membersihkan hati dan jiwa. Allah berfirman, "...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar : 53) 9 Merenung Kembali Diri Dalam Istighfar 8


Solat tarawih adalah ibadah sunnah yang dilakukan pada malam bulan Ramadan. Selain mendapat pahala yang besar, ia juga memperkukuh ukhuwah di antara jemaah. Melalui solat berjemaah, kita dapat merasai keindahan dan kebersamaan dalam mencari keredaan Allah. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang berdiri (mengerjakan solat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, diampuni dosadosanya yang telah lalu." (Riwayat al-Bukhari) 10 Keindahan Ukhuwah Dalam Solat Tarawih 9


Lapar ketika berpuasa bukan sekadar pengalaman fizikal, tetapi juga pengajaran rohaniah. Ia mengingatkan kita akan keperluan dan penderitaan sesama manusia yang kurang bernasib baik. Melalui pengalaman lapar, kita dapat merasai kesusahan dan kepayahan orang lain, seterusnya meningkatkan rasa kesyukuran, dan mendekatkan diri kepada Allah dengan rasa rendah hati. Justeru, dengan berpuasa kita semestinya bukan sekadar berlapar sahaja, tetapi cuba mengambil ibrah di sebalik ibadah berpuasa. Rasulullah SAW bersabda, "Banyak orang yang berpuasa namun hanya mendapatkan lapar dan dahaga." (Riwayat Ibnu Majah) 11 Memahami Hikmah Berlapar 10


Tradisi iftar atau berbuka puasa bersama keluarga membawa keceriaan dan kasih sayang. Ia memberi peluang untuk berkumpul, berkomunikasi, dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Kesempatan ini adalah anugerah yang perlu dihargai, dan keharmonian dalam keluarga adalah sebahagian daripada rahmat Allah yang patut kita syukuri. Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang memberikan makanan berbuka puasa kepada orang berpuasa, dia akan mendapat pahala yang sama seperti orang berpuasa tersebut, tanpa mengurangkan pahala orang itu sedikit pun." (Riwayat at-Tirmidzi) 12 Iftar Mengeratkan Kasih Sayang 11


Ramadan mengajarkan nilai-nilai pemurah, kasihsayang dan keprihatinan terhadap sesama insan. Ini adalah masa yang sesuai untuk menggandakan sedekah, membantu mereka yang memerlukan, dan menyumbang kepada anak-anak yatim. Marilah kita sama-sama berkongsi rezeki agar rezeki yang dikurniakan Allah mendapat keberkatan dari-Nya. Rasulullah SAW bersabda, "Adalah Rasulullah saw orang yang paling dermawan, dan kedermawanan beliau paling tinggi pada bulan Ramadhan..." (Riwayat Bukhari & Muslim) 13 Dermawan di Bulan Ramadan 12


Puasa Ramadan mengajarkan kita untuk benarbenar bergantung kepada Allah dan meletakkan kepercayaan penuh dalam kepada-Nya. Melalui tawakal, kita menyedari bahawa segala yang berlaku adalah kehendak Allah yang Maha Bijaksana. Justeru, pasti kita akan lebih tenang dalam menghadapi ujian hidup. Allah berfirman, "Dan cukuplah Allah sebagai Penolong dan Allah cukuplah sebagai Pembantu." (Surah An-Nisa ’ : 45) 14 Tawakal Kepada Allah 14


Puasa Ramadan mengajarkan keseimbangan (wasatiah) antara ibadah dan kehidupan dunia. Meskipun kita bersungguh-sunnguh mengumpul pahala dalam ibadah, tetapi amanah & tugas serta tanggungjawab juga mesti dilaksanakan sebaikya. Menjaga keseimbangan ini adalah penting untuk memastikan keberkatan dan keredaan Allah SWT dalam kehidupan seharian. Laksanakanlah segala ibadah di bulan Ramadan dengan sebaik mungkin, pasti besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda, "Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa. Sesungguhnya puasa adalah untuk-Ku. Dan Aku (Allah) sendiri yang akan mengurniakan ganjarannya." (Riwayat al-Bukhari) 15 Keseimbangan Ibadah & Kehidupan Dunia 15


Puasa Ramadan mengajarkan kita untuk bersyukur atas nikmat yang Allah berikan yang kita nikmati setiap hari. Kita mestilah menghargai setiap kurniaan Allah baik secara dalam hati, lisan atau pun tingkah laku. Dengan bersyukur, kita dapat merasakan ketenangan dan keberkatan dalam hidup. Allah berfirman, "Pemberi makan yang bersyukur sama kedudukannya dengan orang berpuasa yang sabar." (Riwayat at-Tirmizi) 16 Keindahan Bersyukur 16


Iktikaf adalah ibadah khusus di mana seseorang bermunajat dan beribadah di masjid. Selama bulan Ramadan, kita dapat merasakan nikmat kemanisan ibadah iktikaf seterusnya dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan lebih intensif, khususnya di malam-malam 10 akhir Ramadan Rasulullah SAW bersabda, "Adalah Rasulullah SAW itu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan." (Riwayat al-Bukhari) 17 Keistimewaan Iktikaf 17


Ramadan adalah peluang emas untuk meningkatkan ikatan kasih sayang dan amal-amal soleh. Dalam bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita berusaha memberikan bantuan kepada yang memerlukan, mengunjungi orang sakit, dan menyebarkan kebaikan. Amalan ini bukan hanya memberi manfaat kepada penerima, tetapi juga membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada diri kita sendiri. Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang mengasihi akan dikasihi oleh Allah Yang Maha Pengasih. Kasihilah siapa yang di bumi, nescaya kalian akan dikasihi siapa yang di langit." (Riwayat Ahmad, Abu Daud & Tirmizi) 18 Ramadan Pengikat Kasih Sayang 18


Solat tarawih adalah ibadah malam yang dilakukan secara berjemaah pada bulan Ramadan. Ia bukan sekadar menambah pahala, tetapi juga membawa ketenangan dan kekhusyukan, bahkan mengeratkan silaturahim sesama insan. Sewajarnya kita berusaha melaksanakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan kerana banyak ganjaran yang Allah sediakan buat hamba-Nya. Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam." (Riwayat at-Tirmizi) 19 Kesempurnaan Solat Tarawih 19


Puasa Ramadan bukan hanya menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga menuntut kita untuk menjaga lidah dari ucapan yang sia-sia dan merugikan. Kita perlu sentiasa berhati-hati dengan perkataan yang dituturkan, menghindari fitnah, mengumpat (ghibah), dan menghina. Menjaga lidah adalah sebahagian dari kesempurnaan ibadah puasa. Rasulullah SAW bersabda, "“Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”." (Riwayat Bukhari & Muslim) 20 Keutamaan Menjaga Lidah 20


10 hari terakhir Ramadan memiliki keistimewaan tersendiri, terutama malam Lailatul Qadar. Mari sama-sama kita manfaatkan waktu berharga ini dengan meningkatkan amal ibadah, seperti solat malam, membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa. Sesungguhnya keberkatan dan pahala yang diperoleh pada malam Lailatul Qadar melebihi seribu bulan. Maka beruntunglah mereka yang Allah pilih untuk meraih ganjaran di malam Lailatul Qadar. Allah berfirman, "Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan." (Surah Al-Qadr : 1-3) 21 Gandakan Ibadah 21


Ramadan mengajarkan kita untuk menjadi lebih bijak dan berdisiplin dalam mengurus masa. Dengan menjadikan setiap saat berharga, kita dapat meningkatkan kualiti dalam ibadah dan aktiviti seharian kita. Muslim yang betul-betul menghayati Ramadan akan mementingkan waktu dan tidak akan mensia-siakan Ramadan berlalu tanpa amal soleh yang dilakukannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ada dua kenikmatan yang banyak dilupakan oleh manusia, iaitu nikmat kesihatan dan waktu lapang." (Muttafaqun “ alaih) 22 Kepentingan Menjaga Masa 22


Puasa Ramadan merupakan latihan sabar yang luar biasa. Kita menahan diri dari makan dan minum selama berjam-jam sebagai bentuk ketaatan kepada Allah. Sabar dalam menghadapi ujian hidup juga menjadi pelajaran dan pengalaman berharga. Melalui sabar, kita dapat meraih keberkatan dan mendapatkan kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan cubaan. Allah SWT berfirman, "Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." (Surah al-Baqarah : 153) 23 Sabar Menjalani Ujian Hidup 23


Puasa Ramadan bukan hanya menuntut kebersihan fizikal, tetapi juga kesucian hati. Kita perlu menjaga hati dari sifat-sifat negatif seperti hasad dengki, iri hati, dan buruk sangka. Dengan memelihara kesucian hati, ibadah kita akan lebih khusyuk dan mudah-mudahan diterima Allah, bahkan hubungan sesama manusia juga akan lebih harmoni. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya dalam jasad terdapat segumpal daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah hati." (Riwayat al-Bukhari) 24 Puasa Menjaga Kesucian Hati 24


Ramadan adalah waktu yang tepat untuk memperbaiki hubungan dengan keluarga, sahabat, dan sesama manusia. Kita perlu sentiasa memaafkan kesalahan orang lain, menghargai perbezaan, dan menyebarkan kasih sayang. Memperbaiki hubungan sesama insan adalah amalan yang dicintai Allah dan memberikan ketenangan dalam jiwa. Rasulullah SAW bersabda, "Tidak masuk syurga orang yang mempunyai seberat biji sawi kesombongan di dalam hatinya." (Riwayat Muslim) 25 Perbaiki Hubungan Sesama Manusia 25


Puasa Ramadan memerlukan kita untuk memantapkan ibadah solat sebagai salah satu rukun Islam. Solat bukan hanya kewajipan harian, tetapi juga ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dengan melaksanakan solat dengan khusyuk, kita dapat meningkatkan ketakwaan dan mendapat keberkatan dan keredaan dari-Nya. Allah berfirman, "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." (Surah Al-Ankabut : 45) 26 Solat Meningkatkan Ketakwaan 26


Bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk meningkatkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Dengan mempelajari & menghayati sirah Baginda, khususnya amalan ketika berpuasa, merenungkan hadis-hadisnya, dan mengamalkan sunnah-sunnahnya, kita dapat memperbaiki diri menjadi yang terbaik. Kecintaan kepada Rasulullah SAW memperkukuh iman dan membimbing kita menuju kehidupan yang lebih bermakna di dunia dan di akhirat. Allah berfirman, "Katakanlah: 'Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." (Surah Ali Imran : 31) 27 Kecintaan kepada Rasulullah SAW 27


Bulan Ramadan mengajarkan kita untuk menjaga akhlak yang mulia dalam segala aspek kehidupan. Kejujuran, kesabaran, dan rendah diri adalah sebahagian daripada nilai-nilai akhlak yang perlu kita tanamkan. Dengan menjaga akhlak yang baik, kita sebenarnya membina hubungan yang baik dengan Allah dan sesama manusia. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." (Riwayat Muslim) 28 Ramadan Membentuk Akhlak Mulia 28


Ramadan mengajarkan kita untuk bersyukur dalam apa sahaja keadaan. Walaupun kita mungkin merasa lapar dan dahaga, kita perlu bersyukur kerana Allah memberi kita kesempatan untuk mendekatkan diri kepada-Nya melalui ibadah puasa. Kesyukuran dalam segala keadaan membuka pintu keberkatan Allah dan meningkatkan kualiti iman kita. Jadilah hamba yang bersyukur, bukannya kufur dengan nikmat Allah SWT. Allah berfirman, "Dan (ingatlah), jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim : 7) 29 Puasa Mengajar Erti Kesyukuran 29


Bulan Ramadan adalah peluang untuk memurnikan diri dari dosa dan kelemahan. Namun, cabaran sebenar adalah menjaga istiqamah beramal soleh dan semangat beribadah setelah bulan suci ini berakhir. Kita mesti terus berusaha dan menjadikan perubahan positif yang kita raih selama Ramadan sebagai landasan untuk kehidupan sepanjang tahun. Semoga Allah menerima semua amal soleh yang kita lakukan sepanjang Ramadan. Rasulullah SAW bersabda, "Puasa Ramadan adalah bulan kesabaran dan ganjarannya ialah syurga." (RiwaBukhari) 30 Muhasabah Diri di Akhir Ramadan 30


Click to View FlipBook Version