The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Huda Rohmat, 2020-05-12 23:14:53

CARA PENYELESAIAN MASALAH

TASAWWUR ISLAM T5

CARA
PENYELESAIAN
MASALAH

TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5
PELAJARAN 8 [BAB 3 : PENYELESAIAN MASALAH]

LANGKAH PENYELESAIAN MASALAHbermlaakMsuaelnahgeynaanlgpasti

1 2 34 mseapscpeaanlsuarythnarMeaMcletteeeaesnngarmgiigpaaueneajinrskiaaanellcadpihaahs&ti
2
penMilealiaaknuskeamn ula

PERLAKUAN DALAM PENYELESAIAN

MASALAH Ni Ke Tin Ta Mu

Niat Keazaman Tindakan

Mempunyai niat Mempunyai Tindakan yang
yang betul dan keazaman yang diambil untuk
baik untuk tinggi untuk menyelesaikan
menyelesaikan menyelesaikan masalah mestilah
masalah masalah yang betul dan
berlaku menepati
kehendak syara’

3

PERLAKUAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Tawakkal Muhasabah

Berserah kepada Allah swt Menilai kelemahan
untuk menentukan & kekuatan diri
kejayaannya setelah segala sendiri dalam
usaha & ikhtiar dilakukan usaha untuk
dengan sempurna & menyelesaikan
bersungguh-sungguh masalah

4

Amalan

PENYELESAIAN
MASALAH

5

AMALAN PENYELESAIAN MASALAH

Melalui al Quran Melalui al Hadis Melalui tindakan yang betul
dari pemerintah
Melalui nasihat yang Melalui dakwah yang
bijaksana berkesan Melalui pendidikan yang
betul
Melalui doa Melalui kesungguhan
bekerja Melalui pegangan agama
Islam yang teguh

6

1

Melalui al Quran

- Merupakan sumber utama penyelesaian masalah
menurut Islam.

- Segala hukum & peraturan dalam Islam sesuai
dengan fitrah semulajadi manusia.

- Isi kandungan al Quran meliputi semua aspek
kehidupan manusia.

Isi kandungan al Quran dibahagikan
kepada 5 perkara :

⦁ Mengandungi hukum ibadat : kewajipan solat, puasa, zakat, haji.
⦁ Mengandungi contoh dan teladan daripada kisah umat terdahulu :

kisah Nabi Yusuf dengan saudaranya, kisah Firaun.
⦁ Mengandungi perkara mengenai keesaan Allah swt @ keimanan

terhadap perkara ghaib : syurga, neraka, dosa, pahala.
⦁ Mengandungi ilmu pengetahuan : ilmu geografi, matematik.
⦁ Mengandungi undang-undang yang menjaga kepentingan umat

manusia dan sesuai dipraktikkan di semua tempat, masa dan
keadaan.

8

2

Melalui al Hadis

- Merupakan sumber rujukan kedua selepas al Quran
dan merupakan pentafsir kepada al Quran.

- Jika sesuatu hukum tidak dinyatakan dengan jelas
dalam al Quran, maka perkara tersebut akan dirujuk
dalam al Hadis.

3

Melalui tindakan oleh
pemerintah

- Pemerintah bertanggungjawab dalam menyelesaikan
masalah yang berlaku dalam negara.

- Rakyat pula mestilah mematuhi keputusan yang
dibuat oleh pemerintah.

4

Melalui nasihat yang
bijaksana

- Nasihat mestilah dilakukan dengan cara yang
bijaksana agar tidak menyinggung orang yang
dinasihati.

- Amalan nasihat-manasihati dapat menjamin
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup dalam
masyarakat.

5

Melalui dakwah

- Dakwah ialah usaha untuk mengubah suatu keadaan
yang belum Islam kepada keadaan yang mempunyai
nilai-nilai Islam.

- Manusia dapat didekatkan dengan perkara kebaikan
dan dijauhi dengan perkara kejahatan.

- Usaha dakwah mestilah dilakukan secara berterusan
tanpa mengira masa, tempat dan keadaan.

“ Cara berdakwah yang berkesan : 13

⦁ Dengan cara memberi penerangan dan penjelasan tentang
kebenaran & keindahan Islam mengikut kemampuan orang yang
mendengar

⦁ Dengan cara memberi nasihat yang baik melalui contoh teladan yang
terpuji

⦁ Dengan cara mengadakan perbincangan & perbahasan yang baik
dalam bentuk ceramah, forum dan sebagainya

⦁ Dengan cara menyalurkan khidmat kebajikan yang dapat memenuhi
keperluan masyarakat

⦁ Dengan cara memberi penerangan dan ilmu pengetahuan yang
sempurna

6

Melalui pendidikan

- Pendidikan yang sempurna dapat menjamin
kehidupan seseorang ke arah yang lebih baik.

- Melalui pendidikan manusia dapat mengeluarkan diri
mereka daripada pelbagai masalah seperti kejahilan,
mudah berputus asa dan malas untuk berusaha

7

Melalui doa

- Doa ialah cara untuk memohon kebaikan atau
menolak sesuatu keburukan kepada Allah swt.

- Seseorang yang menghadapi masalah mestilah
berdoa kepada Allah swt supaya masalah yang
dihadapinya dapat diselesaikan dengan baik, setelah
segala usaha dilakukan dengan sempurna.

Adab Berdoa

⦁ Berdoa dengan ikhlas kepada Allah swt
⦁ Berada dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan besar
⦁ Berkeadaan khusyuk dan tenang
⦁ Berdoa dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh

serta tidak berputus asa
⦁ Melunakkan suara ketika berdoa
⦁ Memulakan doa dengan memuji Allah swt & mengakhiri doa

dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw

16

8

Melalui kesungguhan bekerja

- Bekerja dengan bersungguh-sungguh merupakan
asas kejayaan.

- Melalui bekerja dengan bersungguh-sungguh,
masalah dapat diselesaikan dengan baik.

9

Melalui pegangan agama
yang teguh

- Pegangan agama yang teguh menjadikan seseorang
itu tidak mudah berputu asa dan sentiasa berusaha
untuk menyelesaikan dengan baik dan sempurna.

Soalan penilaian

1. Terangkan langkah-langkah penyelesaian
masalah menurut Islam. [ 4m]

2. Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah cara
anda boleh berdakwah di sekolah? [4m ]

3. Nyatakan adab-adab berdoa. [ 2m ]

19

Semoga
bermanfaat

Disediakan oleh :
Ustazah Norul Huda Binti Rohmat

20


Click to View FlipBook Version