The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Huda Rohmat, 2020-05-09 19:51:39

BIMBINGAN KEJAYAAN P.ISLAM TING 3

BIDANG AL QURAN

BIMBINGAN KEJAYAAN

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3
BIDANG AL QURAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.19.1 Membaca ayat 1-10 surah al Kahfi dengan betul, lancar
serta bertajwid.

1.19.2 Menyatakan intisari ayat.

1.19.3 Menghafaz ayat 1-10 surah al Kahfi dengan betul, lancar
serta bertajwid.

1.19.4 Mengamalkan ayat 1-10 surah al Kahfi dalam solat dan
zikir secara beradab dan istiqamah.

AYAT 6 - 10 SURAH AL KAHFI

Ayat ini juga merupakan
sambungan ayat hafazan

yang lepas

AYAT 6 - 10 SURAH AL KAHFI

TERJEMAHAN AYAT 6 - 10 SURAH AL KAHFI

Ayat 6 : Maka janganlah kamu membinasakan dirimu kerana berdukacita
terhadap perbuatan mereka, jika mereka enggan beriman kepada
keterangan al Quran ini.

Ayat 7 : Sesungguhnya kami jadikan apa-apa yang ada di bumi sebagai
perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah
antaranya yang lebih baik amalnya.

Ayat 8 : Dan sesungguhnya kami akan jadikan apa-apa yang
ada di bumi itu sebagai tanah yang tandus.

TERJEMAHAN AYAT 6 - 10 SURAH AL KAHFI

Ayat 9 : Adakah kamu menyangka kisah Ashabul Kahfi dan ar Raqim
itu sahaja yang menakjubkan antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaan kami. (Ingatkanlah peristiwa) ketika sekumpulan
pemuda mencari tempat perlindungan ke gua.

Ayat 10 : Lalu mereka berdoa “ Wahai Tuhan kami,
kurniakanlah rahmat dari sisimu, dan berilah petunjuk
yang benar dalam urusan kami.”

INTISARI AYAT

● Allah swt memujuk Rasulullah saw supaya tidak
berdukacita terhadap keingkaran musyrikin

● Allah swt menjadikan perhiasan dunia seperti harta
benda dan anak pinak sebagai suatu ujian kepada
manusia.

● Ujian Allah swt adalah untuk memilih orang yang terbaik
amalannya

● Orang beriman berasa bahagia melakukan ketaatan
sekalipun menghadapi kerumitan hidup

Imam at Tabari menyatakan beberapa
pandangan ulama’ tentang maksud
ar Raqim :

- Nama sebuah batu yang tertulis padanya
nama & kisah pemuda Ashabul kahfi

- Nama sebuah lembah yang terletak di
gua tempat perlindungan pemuda
Ashabul Kahfi

SOALAN PENILAIAN

1. Hafaz ayat 6 - 10 surah al Kahfi. Rakam bacaan anda dan
hantar video hafazan anda pada Ustazah. [ 20m ]

2. Jelaskan 2 intisari ayat. [ 40m ]
3. Ayat al Quran yang dihafaz perlu dijaga supaya tidak

hilang daripada ingatan. Bagaimanakah anda
membudayakan amalan membaca ayat hafazan dalam
kehidupan. [ 40m ]

Semoga bermanfaat

DISEDIAKAN OLEH :
USTAZAH NORUL HUDA BINTI ROHMAT


Click to View FlipBook Version