STRATEGI BAHASA
PENGUAT DAN
PENEGAS
AISYAH NUR AZWANI BT AZZA WARA
HALIM(D20161075056)
NURFARIZAH BINTI HASBULLAH (D20161075047)
NURADILA AINA BINTI NORHAROZI(D20161075051)
NORHAYATI BINTI MAT PIAH (D20161075049)
Objektif
1. Mengenalpasti 2.Mengenalpasti
bahasa penegas bahasa penguat
di dalam Hikayat di dalam Hikayat
Langlang Buana Langlang Buana
Kata Penguat
• Kata penguat ialah perkataan yang
mendahului atau mengikuti kata adjektif dan
berfungsi untuk menguatkan maksud yang
terkandung dalam kata adjektif.
• Terdapat 3 jenis kata penguat :
Penguat hadapan
Penguat belakang
Penguat bebas
Kata Penguat
Hadapan
• Digunakan di hadapan kata adjektif/frasa
adjektif.
• Kata penguat jenis ini ialah:
– Agak, paling, cukup, terlalu, terlampau, makin
…dll
• Contoh petikan Hikayat Langlang Buana:
• ‘Itulah kelak akan menjadi anak laki-laki terlalu gagah
beraninya dan anak engkau inilah kelak akan menjadi
raja keempat alam ini ’
Kata Penguat
Belakang
• Digunakan di belakang kata adjektif/frasa
adjektif.
• Kata penguat jenis ini ialah:
– Sekali, benar, betul dan nian.
• Contoh petikan Hikayat Langlang Buana:
• Katanya , ‘Ya Tuhanku Syah Alam, terlalu sekali
bahagia anakanda itu.’
Kata Penguat Bebas
• Digunakan secara bebas sama ada di hadapan
atau di belakang kata adjektif.
• Kata penguat jenis ini ialah:
– Amat, sungguh dan sangat
• Contoh petikan Hikayat Langlang Buana:
• … anak Raja Indera Dewa saudara sepupu dengan
Permaisuri Indera Maharupa, terlalu amat elok
parasnya.
Kata Penegas
• Dikenali sebagai partikel atau kata penyerta.
• Memberikan penegasan atau penekanan
kepada bahagian-bahagian tertentu.
• Unsur penegas terbahagi kepada dua, iaitu:
a) Menegaskan subjek atau predikat
Contoh petikan Hikayat Langlang Buana:
Adapun bunga itu hanyalah setangkai juga.
Maka sekalian pun segeralah datang menghadap
Maharaja Puspa Indera Koci
b) Menegaskan perkataan yang bergabung
dengannya
Contoh petikan Hikayat Langlang Buana:
Serta datang ke istana lalu baginda duduklah bersuka-
sukaan dengan isi istananya.
“Takutkah engkau akan raja kami ini?”
RUMUSAN
• Kata penguat boleh mendahului atau
mengikuti kata adjketif.
• Kata penegas memberikan penegasan kepada
bahagian-bahagian tertentu.