The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengisahkan tentang 3 orang murid iaitu Atan, Budi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1097-15-ainul, 2024-03-13 18:07:44

3 Budak Nakal

Mengisahkan tentang 3 orang murid iaitu Atan, Budi

BUDAK NAKAL AINUL MARDHIAH


Atan, Budi dan Wan berkawan rapat sejak mereka bersekolah di Tadika Kemas. Mereka yang kini berumur 10 tahun dan bersekolah di SK Taman Melati itu berada di dalam kelas yang berbeza akan tetapi hubungan persahabatan mereka masih akrab. Mana tidaknya, mereka seringkali ke kantin ketika waktu rehat, pergi ke sekolah dan pulang dari sekolah malah mereka juga turut bermain bersama-sama selepas sesi persekolahan tamat.


Mereka bertiga ini seringkali menjadi bualan para guru kerana terkenal dengan perwatakan mereka yang nakal. Mereka kerap ke tandas kerana bosan belajar di dalam kelas. Mereka juga turut gemar mengganggu rakan-rakan kelas yang lain seperti membaling pemadam ke arah mereka, meniru kerja rumah yang diberikan oleh guru, serta berlari-lari dan membuat bising ketika di dalam kelas.


Walaupun begitu, kelakuan mereka tidak pernah berubah. Selalu mengganggu ketenteraman di sekolah sehinggakan rakanrakan yang lain tidak menghindari keberadaan mereka. Akan tetapi, berlaku suatu tragedi yang menimpa mereka bertiga.


Kisahnya bermula ketika mereka bertiga mengikuti ke Kem Perkhemahan Perdana yang dianjurkan di sebuah kawasan perkhemahan bertempat di Hulu Langat. Mereka bertiga yang bersemangat untuk mengikuti program ini segera menyerahkan nama kepada guru bertugas. Mana tidaknya, mereka baru sahaja menaiki tahun empat di sekolah dan ini merupakan kali pertama mereka mengikuti kem perkhemahan. Hanya murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja yang boleh mengikuti ke program ini. Mereka bertiga juga segera meminta izin ibu bapa mereka untuk mengikuti lawatan tersebut. Murid yang mengikuti lawatan dikehendaki untuk mengisi borang kebenaran dan membayar yuran sebanyak RM50 setiap seorang.


Setelah penantian selama seminggu, kini Atan, Budi dan Wan serta rakan-rakan yang lain bergerak ke kem perkhemahan di Hulu Langat dengan menaiki bas dari sekolah mereka. Jarak yang diambil untuk pergi ke sana lebih kurang 3 jam. Bas mula bertolak untuk menuju ke destinasi pada jam 8.00 pagi. Mereka amat teruja dan gembira kerana ini merupakan kali pertama mereka menaiki bas bersama-sama. Di dalam bas, kelakuan mereka adalah seperti biasa. Mereka mengganggu rakan-rakan yang lain serta membuat bising. Walaupun sudah berkali-kali dimarahi oleh guru, mereka tetap meneruskan gelagat mereka. HULU LANGAT


Ketika bas menghampiri ke kawasan perkhemahan di Hulu Langat, Atan, Budi dan Wan mula fokus terhadap suasana di sekeliling mereka. Struktur jalannya yang bengkang-bengkok menyebabkan Wan termuntah-muntah kerana mual. Akan tetapi, rakan-rakan yang lain asyik menikmati suasana yang segar kerana bukit-bukau dan tumbuhan hijau yang menenangkan di kawasan sekitar.


Setelah tiba di kawasan perkhemahan tersebut, mereka pun memulakan perjalanan dengan berjalan kaki untuk sampai ke tapak perkhemahan yang jaraknya lebih kurang 300 meter dari tempat bas diberhentikan. Dalam perjalanan, murid-murid terpesona melihat keindahan hutan yang dijaga rapi oleh penjaga kawasan perkhemahan.


“Baiklah semua murid boleh pilih 3 rakan untuk kamu pilih duduk dalam satu khemah bersama” kata guru pembimbing kepada peserta kem perkhemahan. Atan, Budi dan Wan menjadi rakan sekhemah disebabkan tiada murid yang ingin duduk bersama mereka. Jadi, guru meletakkan 3 orang ini untuk tinggal bersamasama di dalam 1 khemah. Mereka pun amat teruja kerana dapat tinggal bersama di dalam satu khemah


Jam menunjukkan 11.30 pagi. Mereka mula memacakkan khemah yang diberikan oleh guru sebelum matahari mula berdiri di atas kepala. Setiap khemah perlu melantik seorang ketua bagi menguruskan ahli kumpulan. Cara pemasangan khemah ditunjuk oleh guru pembimbing dan murid-murid perlu memacakkan khemah mengikut ahli kumpulan masing-masing.


Selepas selesai memasang khemah, Atan, Budi dan Wan leka dengan bunyi sipi-sipi air yang mengalir dari kawasan sungai di pinggir tapak kem perkhemahan.


Mereka membuat keputusan untuk pergi ke sungai secara diam-diam seusai sahaja khemah dipacakkan. Tanpa pengetahuan guru, mereka terus bergerak ke sungai walaupun tidak tahu arah yang dituju. Mereka hanya menuju ke arah bunyi air yang kedengaran. Jarak kawasan tapak khemah ke sungai adalah lebih kurang 300 meter. Sambil mereka bersuka ria untuk menuju ke sana, kedengaran hempasan air yang kuat dan deras semakin dekat. Mereka terus berlari untuk sampai ke kawasan itu secepat yang mungkin


Setelah tiba di kawasan itu, mereka terpesona selepas melihat keindahan air yang jernih dan segera terjun ke dalam sungai tanpa menghiraukan nasib mereka kerana pergi ke sungai tanpa pengetahuan guru pembimbing. Mereka amat teruja dan bersuka ria dengan jeritan yang ditenggelami oleh bunyi derasan air yang kuat.


Di tapak perkhemahan pula, murid-murid dikumpulkan untuk menjalankan aktiviti yang berikutnya. Belum sempat mengira jumlah murid, tiba-tiba salah seorang daripada mereka menyedari kehilangan Atan, Budi dan Wan. Guru pembimbing mulai panik dan memanggil nama mereka di kawasan sekitar. Namun, tiada sebarang sahutan yang diperolehi. Seramai 5 orang guru pembimbing membuat keputusan untuk berpecah dan mencari Atan, Budi dan Wan di kawasan berdekatan. Akan tetapi masih tidak menjumpai mereka.


Seronok mereka bertiga bermandi manda, tiba tiba air sungai mulai berubah warna dan menjadi keruh. Daundaun kering serta ranting-ranting mulai memenuhi permukaan sungai. Tiba-tiba Atan menyedari aliran air sungai menjadi kuat dan deras yang mengalir dari hulu sungai ke sungai utama. Atan menjerit ketakutan “Naik, Budi, Wan naik. Kepala air !”. Mereka bertiga terus berenang untuk sampai ke tepi sungai. Budi yang agak ketinggalan mulai berasa cemas. Atan dan Wan sempat sampai ke daratan akan tetapi Budi telah dibawa arus yang deras.


“Tolong, tolong, tolong !” kedengaran sipi suara Budi berteriak meminta tolong sambil dibawa arus yang deras. Atan dan Wan hanya mampu berenang ke daratan dalam keadaan yang cemas. Seusai sahaja sampai ke daratan, jeritan Budi sudah tidak lagi kedengaran. Mereka berdua terus menjerit memanggil Budi berulang kali namun tiada respon yang diperolehi. Tolong, Tolong !


Teriakan mereka berdua didengari oleh guru dan rakan rakan di tapak perkhemahan. “Eh dengar macam ada orang meminta pertolongan, kamu semua duduk di sini jangan ke mana mana ” kata Cikgu Alia kepada murid murid yang lain


Cikgu Alia dan beberapa guru lain bergegas berlari ke arah suara tersebut. Alangkah terkejutnya apabila mereka melihat keberadaan Atan dan Wan menjerit memanggil nama Budi sambil menangis dan memandang ke arah sungai yang deras itu.


”Cikgu, Budi cikgu, Budi tenggelam dalam sungai !” kata Wan sambil menangis teresak-esak memberitahu cikgu. Dalam keadaan cemas, cikgu terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk melaporkan kejadian berkenaan. “Hello Assalamulaikum. Saya nak laporkan ada murid lemas mandi di sungai. Tolong datangkan bantuan dengan segera !”


Setelah 15 minit menunggu bantuan, akhirnya bantuan penyelamat bomba menghampiri kawasan sungai di mana Budi ditenggelami air. Anggota bomba terus mengeluarkan alatan penyelamat seperti tali, pelampung, jaket dan lain-lain lagi.


Setibanya penyelamat menjalankan misi pencarian dan, Atan, Wan dan guru-guru yang lain hanya mampu berdoa sambil menunggu dalam keadaan yang cemas. Tiba-tiba salah seorang penyelamat tersedar seorang mangsa terdampar di tepi sungai dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mereka terus memberi bantuan pernafasan serta-merta.


"Uhukk, uhukk" Budi terbatukbatuk dan air keluar dari mulutnya. Budi tersedar selepas bantuan pernafasan diberikan kepadanya. "Ya Allah Budi, Alhamdulillah kamu sedar Budi” kata Cikgu Alia kepada Budi yang dalam keadaan mamai atas perkara yang menimpanya. Budi terus dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan lanjut


"Kamu tengok apa yang kamu dah buat Atan, Wan. Dah jadi macam ni kamu dah susahkan banyak pihak. Lain kali dengar arahan dan jangan bersikap degil. Kalau terjadi apa-apa yang berlaku pada Budi siapa yang nak bertanggungjawab ? Jangan lagi kamu bertiga nak berkelakuan begini. Faham !" kata Cikgu Alia kepada Atan dan Wan. Mereka berdua menggaru-garu kepala dalam keadaan yang serba salah lantas menjawab "Kami minta maaf cikgu, kami janji kami takkan buat lagi perkara sebegitu".


Akhirnya mereka bertekad untuk menjadi murid yang baik dan cemerlang. Tragedi yang menimpa mereka dijadikan iktibar dan mereka tidak mahu mengulanginya lagi.


Click to View FlipBook Version